Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 30 Julai 2008

'Burp' bakal juara Filem Pendek Terbaik...?

BURP.. RENCAH BARU SINEMA MALAYSIA?.


'Burp' arahan Tayanithi Ramanujem yang diterbitkan bersama Cik Suhaili Nurdin ini di katakan bakal mencipta satu lagi sejarah dalam pembikinan filem pendek 2008 apabila dicalonkan bagi kategori Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 21 Putrajaya 2008. Filem yang mengisahkan perjalanan hidup watak Adam dan Hawa ini dalam mencari kehidupan sebenar akhirnya terjerumus dalam godaan syaitan yang bernafsu buas dalam meruntuhkan keimanan seseorang manusia. Perjalanan visual melalui konsep seakan-akan filem 'Pan's Labyprint' ini di katakan pencabar kepada beberapa filem pendek lain kerana suntikan baru melalui teknik CGI menampakkan 'Burp' bukan seperti karya pelajar lain malahan boleh dianggap sebagai filem sentuhan magis produksi profesional. Menjalankan penggambaran sepenuhnya di dalam studio, 'Burp' dikatakan bakal mewarnai sinema tempatan dalam jurnal filem pendek dan bakal menjuarai filem pendek Terbaik pada FFM 21?. Mungkinkah ia suatu angan-angan kosong atau satu realiti yang perlu kita akuinya walaupun sekadar filem pendek?. Justeru, ini pandangan saya sebagai penonton filem dan penantian kita pada malam FFM21 nanti, persoalan ini bakal terjawab..
p/s: Burp karya terbaik Tayanithi. Ini ramalan saya mungkin menang atau tidak, terpulang pada juri yang melaksanakannya. Apapun the best la Taya..

0 comments :