Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 22 Ogos 2008

Filem Pendek: Antara Maruah, Budaya & Penyiaran?


Sebut sahaja filem pendek, banyak pihak yang tertanya-tanya dan ada juga yang tidak mengerti bahawa dalam industri filem di Malaysia mahupun di peringkat dunia terutama dalam industri perfileman, filem pendeklah yang menjadi portfolio atau gerak kerja pertama seseorang karyawan filem untuk berada di dalam industri perfileman. Di luar negara, filem pendek seringkali dijadikan bahan antonasi pemikiran karyawan dalam menerapkan falsafah atau kreativiti mereka dalam berkarya dengan menjadikan beberapa subjek kepada visual untuk tontonan segelintir peminat filem atau pengkaji filem. Filem Pendek sebenarnya membenarkan seseorang karyawan melakukan kebebasan dalam berkarya terutama dalam menyampaikan sesuatu mesej melalui susunan plot penceritaan lalu diterjemahkan kepada visual untuk diadaptasikan ke bentuk layar skrin buat segenap penonton yang mencintai dunia perfileman.

Di Malaysia, kenyataan sedemikian cuba dijadikan realiti oleh kebanyakkan karyawan filem muda yang mempunyai ratusan idea untuk diolah melalui gerak pemikiran dalam erti kata naratif penceritaan, sehingga ada yang terlampau atas dasar penceritaan tetapi ini disangkal oleh sesetengah pihak yang kononnya gah, agung dan tercipta yang mahukan idea pemikiran yang terlalu menghormati, dan takutkan elemen yang kontroversi. Pernyataan 'takut pada istilah kontroversi'tidak perlu dijadikan sesuatu isu sekiranya anda ingin berkarya. Apabila sesuatu isu dalam sesebuah filem pendek diperdebatkan hebat atas nama 'kebebasan berkarya', banyak pihak mula menjadikan ia sebagai isu agama dengan ratusan penterjemahan atau komentar yang bertujuan meraih simpati pembaca untuk menghentam segelintir karyawan yang bertapak atas nama 'perfileman;, barangkali ada sesetengahnya tidak mahu kononnya digelar pencemar budaya, bahkan mereka amat hipokrit dalam sesuatu hal. Soal 'Maruah' dan 'budaya', seringkali dijadikan bahan oleh sesetengah pihak dalam menilai sesuatu filem dengan mensasarkan filem 'bebas' adalah filem tidak bermaruah dan kononnya 'filem bebas filem yang tidak beragama' sedangkan masyarakat kita lebih meruntuhkan agama dan budayanya, tetapi atas dasar politik terpaksa dikaburinya melalui pemikiran jelek sesetengah manusia, adalah kerna tidak ingin masyarakat menudingnya, lantaran karyawan lah dipersalahkan.

Apabila bercakap mengenai 'hak penyiaran' dalam sesebuah filem pendek, terutamanya penggiat filem pendek lahir daripada sekolah filem di Malaysia amnya, khabarnya tidak dibenarkan menyiarkan produk mereka tanpa kebenaran sekolah atau institusi pendidikan perfileman, kononnya ini boleh meruntuhkan institusi pendidikan perfileman?. Adakah ia wajar dan boleh diterima atau sekadar undang-undang baru yang dibuat mengikut Akta sendiri. Jika filem pendek yang dibikin tanpa sebarang publisiti, mana pergi silibus atau subjek yang menjurus kepada promosi?. Adakah subjek ini sekadar subjek dan tidak boleh diadaptasikan?. Itulah pemikiran sesetengah daripada kita yang tidak mahu memperkembangkan diri dengan alasan 'karya anda terlalu sensitif'.Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh sesetengah karyawan muda lulusan kolej atau universiti tempatan, melainkan kolej luar negara yang lebih mementingkan promosi para pelajarnya untuk mengetengahkan bakatnya. Sekiranya kita menghasilkan filem pendek dan disimpan di dalam almari kaca kononnya filem pelajar yang dikeluarkan bajet produksi pelajar itu sendiri dan pihak kolej hanya membantu dari segi penajaan alat-alat teknikal, adakah 'hak penyiaran' itu milik kolej tersebut, sedangkan para pelajar itu yang bertungkus lumus mempromosikan dan menghasilkan karya tersebut?. Dan sekiranya kita ingin bercakap filem pendek adalah 100& milik kolej tersebut memang tidak adil, kerana yang mempopularkan kolej tersebut adalah idea dan pemikiran pelajar bukannya kolej tersebut.

Justeru inilah ragam yang perlu kita hadapi apabila kita membikin filem pendek di Malaysia dan wajarkan kita menghasilkan filem pendek seperti drama TV? Dan kita tidak boleh beresperimentasi terhadap sesuatu watak dan perkara negatif tidak dibenarkan. Adakah ini adil apabila kita disekat memperkembangkan sesuatu watak atau karektor dengan alasan 'pencemar budaya'. Sekiranya kita tidak mampu mengambil sebarang risiko, tariklah diri dari industri perfileman kerana filem pendek memerlukan suara berani pengkaryanya, dan jangan anggap membikin filem pendek seperti menulis novel.. Tepuk dada tanya selera.

Rabu, 20 Ogos 2008

'SUSUK', bukan Karya Sebarangan..


'SUSUK', JALUR PEMIKIRAN YANG TERBAIK..

‘Soraya dan Suzana’ adalah dua karektor yang sama menerusi ‘SUSUK’, sebuah filem arahan Amir Muhammad dan Naiem Ghalili yang telahpun menemui khalayak pada 7 Ogos 2008 yang lalu. ‘SUSUK’, naratif yang kontroversi mengisahkan impian segelintir artis yang ingin mencipta populariti dengan jalan dan impian yang ‘terlarang’dengan menjadikan nikmat ‘susuk’ itu suatu yang indah dan terpuji. Garapan ‘susuk’ oleh Amir Muhammad begitu teliti dengan jalur pemikiran yang mengelirukan bagi sesetengah penonton yang agak ‘confuse’, terutamanya pada watak Ida Nerina dan Diana Rafar. Susunan plot melalui naratif penceritaan menjelaskan bahawa karektor Ida Nerina dan Diana Rafar adalah orang yang sama kerana imej yang ditonjolkan pada ‘cermin’ melalui pertukaran visual antara Diana Rafar dan Ida Nerina membuktikan mereka adalah satu karektor yang sama, tetapi Amir Muhammad menjadikan satu karektor menerusi dua watak yang berbeza. Ini boleh dijelaskan lagi melalui watak dan perwatakan antara Ida Nerina dan Diana Rafar, yang gemar melepaskan rambut ikal mayangnya apabila kedua-dua watak ini berjalan. Janaan imej grafik atau CGI semasa proses pembomohan di sebuah gudang yang dilakukan oleh Bomoh Dewangga, lakonan Adlin Aman Ramli, menjelaskan secara langsung bahawa Diana Rafar dan Ida Nerina disatukan dalam satu tubuh, dan proses ini menggelirukan sesetengah penonton.

Permulaan cerita ‘SUSUK’ ini bermula di sebuah gudang dan berakhir juga disebuah gudang. Ini suatu plot yang menarik dengan susunan editing yang sempurna dan boleh membanggakan. Menonton ‘susuk’ membanggakan saya kerana inilah jalur naratif dan plot penceritaan yang terbaik dalam arus sinema tempatan selepas karya naratif terbaik Yasmin Ahmad. Amir Muhammad dikenali sebagai pengarah kontroversi melalui karya-karya arahannya yang tidak berjaya ditayangkan dipawagam menerusi filem dokumentari ‘Apa Khabar Orang Kampung’ dan ‘Lelaki Komunis Terakhir’ . Percubaan ‘Susuk’ dengan plot yang agak kontroversi, tetapi dijalurkan secara indah dan dramatik menjadikan ‘susuk’, karya yang terindah dan terbaik garapan Amir Muhammad dan Naim Ghalili. Jangan membandingkan ‘susuk’ dengan filem ‘congkak’ dan sebagainya, kerana ia berbeza sama sekali. Dari segi lakonan dan kemunculan pelakon cameo dalam industri mahupun penyertaan beberapa karyawan juga boleh dibanggakan dalam ‘susuk’ kerana penampilan pelakon seperti ‘Yasmin Yusof, Sofia Jane, Aleeza Kassim, Yasmin Ahmad dan sebagainya dalam susuk menjadikan ia pernuh warna-warni dan amat menarik.

Justeru, ‘susuk’, boleh dibanggakan selepas filem Kala Malam Bulan Mengambang, kerana ‘susuk’ bukan sekadar kisah dunia artis murahan tetapi jalur pemikiran untuk khalayak boleh dipuji dan oleh itu, jangan terasa rugi apabila anda datang menoton ‘susuk’, kerana bagi saya ia adalah filem yang mempunyai lakon layar yang terbaik setakat ini..


Isnin, 11 Ogos 2008

'Kala Malam', julang Mamat Khalid di FFM21


Wow!!.. itulah yang boleh digambarkan buat Mamat Khalid apabila filem kelima arahannya, 'Kala Malam Bulan Mengambang' semalam ( 9 Ogos 2008 ) telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik pada malam berprestij Festival Filem Malaysia ke-21 2008 Putrajaya. Sangkaan saya selama ini, membuahkan hasil apabila filem berformat hitam putih ini tidak dipandang sepi oleh para juri kerana ia mempunyai banyak elemen yang tersirat dan tersurat malahan 'kala Malam' boleh disifatkan sebagai karya terbaik terbitan Tayangan Unggul ini. Walaupun saingan sengitnya yang diwar-warkan akan menjuarai kategori ini, 'Anak Halal', 'Wayang' dan 'Pensil' juga turut menerima pengiktirafan pada malam FFM21 ini. Walaupun kutipan 'Kala Malam' tidak sehandal filem lain, kemenangan Mamat Khalid semestinya menggembirakan khalayak penggiat filem yang hadir kerana elemen 'noir' itu sukar ditembusi oleh pengarah yang lain kerana menghasilkan filem hitam putih agak berisiko kerana kite perlu memikirkan sambutan dan penerimaan masyarakat itu sendiri. Walaupun dikritik sebagai 'pengarah yang ape-ape ntah' oleh kebanyakkan penonton, saya merasakan Mamat Khalid adalah seorang pengarah profilik yang mempunyai karektornya yang tersendiri dalam menerapkan falsafah dan antonasi pemikirannya ke layar perak untuk tontonan masyarakat malahan 'Kala Malam' boleh dikatakan bakal dijadikan bahan rujukan perfileman buat para pelajar filem di universiti dan generasi akan datang.
Kemenangan Lakon Layar Terbaik menerusi karya CUCI arahan Hans Isaac yang juga memenangi Pengarah Harapan Terbaik telah menimbulkan spekulasi negatif banyak pihak kerana sekiranya filem yang diangkat sebagai Filem Terbaik, haruslah memenangi Lakon Layar Terbaik, tetapi ini tidak berlaku dalam FFM21. Sekiranya di buat perbandingan, filem yang layak menggondol Lakon Layar Terbaik, seharusnya filem 'Anak Halal, Wayang, Pensil mahupun Kala Malam Bulan Mengambang', bukannya filem CUCI. Saya tidak kata filem CUCI tidak bagus, tetapi, mungkin CUCI mempunyai falsafah yang tersendiri barangkali saya tidak tahu, dan hanya panel juri yang mampu menguraikan kekusutan yang berlaku. Dan saya berharap agar FFM22 yang bakal di adakan di Kota Kinabalu, Sabah nanti haruslah memikirkan perkara sedemikian..


p/s: Tunggu karya Mualaff arahan Cik Yasmin Ahmad di layar perak nanti. Ajami.. jangan lupa ajak aku kalau ada tayangan perdana.. okay...Tahniah pada semua pemenang FFM21 semalam terutamanya buat OSMAN ALI ANAK HALAL..

Jumaat, 8 Ogos 2008

'Kami'.. kisah remaja yang enjoy..


'Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada..' adalah tagline bagi filem 'KAMI', sebuah filem arahan Effendy dan Fariza Azlina. Filem ini telahpun ditayangkan semalam 8 Ogos 2008 di GSC Alamanda, Putrajaya sempena Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM21 Putrajaya). Walaupun ketinggalan 5 minit pertama filem ini, saya tidak merasa suatu kerugian kerana 'KAMI' adalah sebuah kisah remaja kini yang sarat dengan erti kasih sayang dan nilai persahabatan itu sendiri. Filem ini dibuka dengan rentetan hidup anak muda remaja yang penuh dengan nilai keterbukaan dalam masyarakat yang cukup tertutup dengan gaya hidup sosial remaja Kuala Lumpur dalam era kini 2008. Filem yang diinspirasikan sambungannya dari drama bersiri sensasi 'KAMI' di 8TV nyata tidak mengecewakan khalayak kerana fokus utama filem ini ialah 'remaja' dan 'life' itu mampu membuatkan saya tidak berganjak dari tempat duduk menyaksikan 'KAMI' dari awal hinggalah akhir filem ini. 'KAMI' mengisahkan 5 orang sahabat karib yang hidup dikota Kuala Lumpur, terdiri daripada Ali, Lyn, Abu, Adii dan Sofie ini menggambarkan erti persahabatan itu sendiri dalam mempersoalkan 'hak dan kebebasan, Cinta dan Perasaan, serta Nafsu dan Keinginan' adalah 3 rencah utama dalam menyatukan 'KAMI' sebagai lagenda persahabatan anak remaja yang tiada tolok bandingnya. Persahabatan dalam 'KAMI' begitu kukuh dan akrab sehinggakan perkara remeh dan hal peribadi masing-masing dikongsi bersama. Itulah kisah 'KAMI' yang boleh kita jadikan pegangan dalam kehidupan. Walaupun persahabatan ini murni dan jujur, namun kejahatan dan godaan nafsu pasti menjadi rencah bagi sesetengah karya yang menerapkan isu remaja ini. Penampilan Zahiril Adzim, pelakon baru versatile dari ASWARA ini dilihat agak berani dan mampu menyuntik perasaan dengki khalayak menyaksikan kehitaman perasaan 'Boy' pada kelima-lima karektor 'KAMI' dengan mesasarkan 'LYN' sebagai punca utama kehilangan salah seorang rakan mereka yang disayangi, Abu. 'Boy' bertindak sebagai anak muda yang kaya, berkedudukan dan hancur dari sudut mentaliti pemikirannya sehingga menjadikan 'dendam'sebagai jalan pintas untuk meruntuhkan ikatan persahabatan tetapi dengan semangat jitu kelima-lima karektor ini mampu membuatkan saya mengucap sendirian, 'its great.. persahabatan itu tidak mampu meruntuhkan ikatan yang terbina'. Bercakap mengenai dialog dalam filem KAMI, terdapat satu dialog yang melekat dikepala saya iaitu, dialog Boy ( zahirl adzim) , "air dah sampai ke kepala nie", . Dari pernyataan itu, saya merasakan itu dialog seksual tetapi terlepas jua dari tapisan LPF kerana bagi saya ia tidak selucah mana, namun yang penting niat kita dalam merealisasikan karya kita agar disenangi dan diterima umum. Filem ini berakhir dengan pertanyaan di fikiran saya bahawa adakah watak 'ABU' di matikan sampai bila-bila' dan kenapa ia menjadi sasaran cerita kami ini. adakah ABU watak yang tidak baik?. Terpulanglah pada anda yang menilainya..

p/s: nantikan tayangan KAMI pada 1 Oktober 2008 di pawagam berdekatan anda. Jangan Jadi macam rakan saya, Anim Dewi yang suka tonton kat Pawagam Penyamun.. ala kat umah dengan VCD keluaran penyamun.. cetak rompak la... opss!!! iklan cetak rompak terbitan FINAS bakal menggantikan iklan KRU.... tunggu je kat wayang nanti..

Khamis, 7 Ogos 2008

Mana Pergi DUKUN?

DUKUN UMIE AIDA MENGHILANG..



Sudah setahun berlalu selepas diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), Filem DUKUN arahan Dain Iskandar yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan Astro Shaw kini menyepi dari sebarang berita. Walaupun digembar-gemburkan oleh media bahawa DUKUN adalah inspirasi kisah hidup Mona Fandey yang mati ditali gantung, namun banyak yang menyangkal dan ingin mengambil tindakan apabila DUKUN ingin ditayangkan pada khalayak Disember 2006. Kesan daripada itu, pihak penerbit terpaksa menarik balik tayangan atas faktor tersebut. DUKUN kisah hidup dukun ternama lakonan mantap pelakon versatile Umie Aida bakal dikatakan pencabar kepada sinema tempatan apabila ditayangkan, namun itu cuma angan-angan yang mungkin sampai bilapun tidak akan ditayangkan, melainkan terlepas dalam cakera DVD untuk pasaran gelap. Mustahil.. Mengenali karektor pengarah kepada filem DUKUN, penulis merasakan DUKUN mempunyai kelainan dari sudut sinematografi, penataan seni, lakonan dan pengarahan. Tetapi, itu cuma pandangan peribadi penulis yang masih menantikan bilakah DUKUN akan menemui khalayak dan bersediakah mengharungi cabaran kritikan sesetengah penonton yang hipokrit?... Atau adakah ia berani jugak?. Terpulang lah pada anda.. tepuk dada tanya selera.

Selasa, 5 Ogos 2008

'Burp' bakal harumkan nama ASWARA

'Burp' filem pendek 10 minit arahan Tayanithi Ramanujem akhirnya tercalon dalam top 5 kategori filem pendek terbaik bersama-sama filem Hasrat, Tiffin, Eyefinger dan Kopitiam Kurang Manis. Filem yang mengisahkan perjalanan Adam dan Hawa ini dikatakan bakal mewarnai sinema kecil di Malaysia dan bakal menjuarai Filem Pendek Terbaik di FFM21 Putrajaya. Filem yang diterbitkan untuk ASWARA ini sekali lagi dikatakan bakal mengharumkan nama ASWARA sebagai kolej perfileman terunggul di Asia dalam melahirkan graduan perfileman yang berdaya kreatif. Ketika diajukan soalan pada Tayanithi atas ramalan bahawa 'Burp' bakal menjuarai FFM21 kategori Filem Pendek, Taya seolah-olah tidak mempercayai ramalan yang di buat ini dan menganggap 'Burp' karya exsperimental dan mustahil untuk menjuarai sebarang kategori di FFM21. Justeru, apa yang pasti, walaupun ia exsperimental atau tidak, yang penting ialah kelainan yang ditampilkan dalam sudut pengarahan dan penataan seni dalam 'Burp' yang mengetengahkan aspek teknikal dan penggunaan CGI mampu mengukir lagi sejarah dalam penerbitan filem pendek di Malaysia. Ketika dibanding antara kelima-lima karya yang bertanding, saingan bagi filem 'Burp' ialah filem Hasrat arahan Martias yang telah memenangi filem pendek terbaik di KLIFF 2007. Dan mampukah 'Burp' mewarnai sinema tempatan pada malam kemuncak FFM21. Kite tunggu dan lihat sahajalah ye..

p/s: harap en taya dan mama elly datang ye untuk ambik anugerah, kalau menang la.. kalau tak menang pun... tak pe.. janji top5 tak gitu?.

Mualaff Yasmin tak di hantar ke FFM21?


Mualaff, filem kelima arahan pengarah profilik Yasmin Ahmad khabarnya tidak di hantar ke Festival Filem Malaysia ke-21 yang bakal berlangsung pada malam kemuncak 9 Ogos 2008 di Putrajaya. Dari desas desus mulut wartawan dan beberapa blogger lain, Yasmin Ahmad tidak menghantar satu pun karyanya untuk bertanding pada malam kemuncak FFM21 itu. Adakah Yasmin merajuk atau karyanya tidak menepati kreateria FFM21?. Hanya Yasmin yang tahu dan mampu merungkai persoalan yang belum terjawab ini. Menurut Nancie Foo, pihak Yasmin Ahmad tidak menghantar Muallaf kerana masih menunggu kelulusan dari LPF ( Lembaga Penapisan Filem )dan mana-mana karya atau filem yang ingin menyertai FFM21 mestilah mendapat kelulusan dari LPF terlebih dahulu. Dan sehingga kini jawatankuasa FFM21 tidak menerima penyertaan dari Yasmin Ahmad mengenai filem Mualaffnya untuk menyertai FFM21. Apapun, dengan tersenarai nama besar seperti Osman Ali, Mamat Khalid, Shuhaimi Baba, Ahmad Idham dan Hatta Azad Khan, kesedihan ini pasti terubat. Justeru, walaupun Yasmin ( my favourite), tidak menghantar penyertaan pada tahun ini, saya pasti Muallaf bakal menjuarai sebarang kategori pada FFM22 tahun 2009 nanti. Ataukah ia menunggu untuk mencabar sinema tempatan kita bersama-sama karya kontroversi Osman Ali, Akuarium Cinta?. Kita tunggu dan lihat sahajalah ye..

Anak Halal dominasi pencalonan FFM21?


Anak Halal dominasi pencalonan FFM21
04-08-2008
oleh WAHIDA ASRANI

MStar.com.my

KUALA LUMPUR: Filem arahan Osman Ali, Anak Halal menerima 12
pencalonan daripada 24 kategori yang dipertandingkan menerusi dua
anugerah utama iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta sempena
Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) yang bakal berlangsung di
Putrajaya pada 9 Ogos ini.

Filem yang membariskan pelakon-pelakon seperti Maya Karin, Fasha
Sandha, Farid Kamil, Raja Farah dan Fauzi Nawawi ini meraih pencalonan
rata-ratanya untuk kategori utama seperti Pengarah Filem Terbaik,
Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Turut memberi saingan sengit kepada Anak Halal ialah filem noir arahan
Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) dan Wayang, arahan
Hatta Azad Khan yang masing-masing menerima 11 pencalonan.

Hatta dan Mamat juga tercalon di dalam kategori Pengarah Filem Terbaik
bersama Osman serta Ahmad Idham (Congkak) dan Shuhaimi Baba (1957 Hati
Malaya).

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, bintang muda Farid Kamil
menerusi filem Anak Halal bakal bersaing dengan empat aktor hebat
untuk gelaran tersebut iaitu Adlin Aman Ramlie (Susuk), Afdlin Shauki
(Sepi), Rosyam Nor (KMBM) dan Eman Manan (Wayang).

Manakala untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, empat aktres yang
tercalon adalah Maya Karin (Anak Halal), Erra Fazira (Anak), Fazura
(Kayangan), Nasha Aziz (Otai) dan Vanidah Imran (Akhirat).

Berikut adalah senarai pencalonan 'Top 5' bagi FFM21:

ANUGERAH PERDANA

Pengarah Filem Terbaik:

1. Hatta Azad Khan - Wayang
2. Shuhaimi Baba - 1957 Hati Malaya
3. Ahmad Idham - Congkak
4. Mamat Khalid - KMBM
5. Osman Ali - Anak Halal

Pelakon Lelaki Terbaik:

1. Afdlin Shauki - Sepi
2. Adlin Aman Ramlie - Susuk
3. Rosyam Nor - KMBM
4. Eman Manan - Wayang
5. Farid Kamil - Anak Halal

Pelakon Wanita Terbaik:

1. Maya Karin - Anak Halal
2. Erra Fazira - Anak
3. Fazura - Kayangan
4. Nasha Aziz - Otai
5. Vanidah Imran - Akhirat

Lakon Layar Terbaik:

1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Cuci - Hans Isaac

Cerita Asal Terbaik:

1. Wayang - Hatta Azad Khan
2. KMBM - Mamat Khalid
3. Sepi - Ara & Mira Mustaffa
4. Anak Halal - Osman Ali
5. Pensil - M.Subash

Sinematografi Terbaik:

1. Evolusi KL Drift - Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
2. Sepi - Mohd Nor Kassim
3. Susuk - Daven Raghaven
4. Kayangan - Raja Mukhriz
5. Anak Halal - Khalid Zakaria

Penyunting Terbaik:

1. 1957 Hati Malaya - Nik Haslinda Nik Hussain / Kamarudin Abu
2. Wayang - Hafiz Kamaruzaman
3. Congkak - Ahmad Mustadha
4. KMBM - Raja Affandi Raja Jamaludin
5. Sepi - Johan Bahar

Skor Muzik Asal Terbaik:

1. Wayang - Hafiz Askiak
2. KMBM - Ahmad Badaruddin
3. Susuk - Hardesh Singh
4. Anak Halal - Nurzaidi Abdul Rahman
5. 1957 Hati Malaya - Sharon Paul

Filem Animasi Terbaik:

1. Family Portrait - The One Academy
2. Upin & Ipin - Les! Copaque Prod.Sdn Bhd
3. World War - University of Hertfordshire
4. Nene Breshke - Wan Muhammad Tamlikha
5. Apocalypse - The One Academy

Filem Dokumentari Terbaik:

1. Making The Cut - Reel Network Sdn Bhd
2. The Woodsmiths - Reel Network Sdn Bhd
3. The Perak Man - Eurofine / FINAS
4. Kami Yang Disyaki - UiTM
5. Restoring Merdeka - Leong Hon Yuen

Filem Pendek Terbaik:

1. Hasrat - Martias Entertainment
2. Tiffin - Chor Ai Lene
3. Eyefinger - Marge Bong
4. Burp - ASWARA
5. Kopitiam Kurang Manis - UiTM

Filem Digital Terbaik:

1. Yantra
2. Malaysia's Sweet Heart
3. Wirasiswi
4. Ganavin / Vanthaanda Herd
5. Jarum Halus

Filem Terbaik

(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)

ANUGERAH CIPTA

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:

1. Zul Huzaimy - Wayang
2. Farid Kamil - KMBM
3. Adlin Aman Ramlie - 1957 Hati Malaya
4. Eizlan Yusof - Impak Maksima
5. Fauzi Nawawi - Anak Halal

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:

1. Nabila Huda - Akhirat
2. Nanu Baharuddin - 1957 Hati Malaya
3. Azizah Mahzan - Anak
4. Ruminah Sidek - Pensil
5. Dynaz - Kayangan

Penataan Seni Terbaik:

1. 1957 Hati Malaya - Aida Fitri Buyong / Kamarul Nizam Abd Rahman
2. KMBM - Nazrul Ashraff
3. Susuk - Kek Ting Lam
4. Johnny Bikin Filem - Dr. Anuar Nor Arai
5. Anak Halal - Irwanmazwan Ibrahim

Penataan Bunyi Terbaik:

1. Congkak - Brian Ng
2. KMBM - Azman Abu Hassan
3. Susuk - Add Audio
4. Evolusi KL Drift - Daud Sulaiman
5. Anak Halal - Azman Abu Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:

1. Erynne Erynna - Congkak
2. Amrul Hisham - Anak
3. Mohd Asrah Akis - Wayang
4. Mohd Asrah Afif - Wayang
5. Erin Malek - Congkak

Pengarah Harapan Terbaik:

1. Hans Isaac - Cuci
2. M.Subash - Pensil
3. Mohd Latif Zami - Dunia Baru The Movie
4. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift
5. Barney Lee - Anak

Pelakon Harapan Lelaki:

1. M.Subash - Pensil
2. Moh. Kamarulzaman Taib - 1957 Hati Malaya
3. Wan Kenari Ibrahim - Wayang
4. Zaefaul Nadzarine Nordin - 1957 Hati Malaya
5. Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift

Pelakon Harapan Wanita:

1. Julia Ziegler - Kayangan
2. Lisa Surihani - I'm Not Single
3. Mas Muharni - Wayang
4. Avaa Vanja - KMBM
5. Diana Rafar - Susuk

Pereka Kostum / Busana:

1. 1957 Hati Malaya - Dee Hasnan / Ezrah Rahim
2. Johnny Bikin Filem - Ayu Haswida
3. Susuk - Mohd Zaini Abdul Rahman
4. Anak Halal - Mohamad Zaini Abdul Rahman
5. KMBM - Nasirah Ramlan

Poster Terbaik:

1. Cuci
2. Susuk
3. Anak Halal
4. Evolusi KL Drift
5. Pensil

Lagu Tema Asal Terbaik:

(Akan dimaklumkan pada malam anugerah)

ANUGERAH KHAS JURI

(5 Anugerah dari tersebut atau yang sesuai mengikut tema festival)

Isnin, 4 Ogos 2008

I Don't Want To Sleep Alone Trailer

COMING SOON...
FROM INDEPENDENT FILMMAKER MALAYSIA..

20 Tayangan Percuma Sempena FFM 21

Sempena Festival Filem Malaysia ke-21 yang bakal berlangsung pada malam kemuncak 9 Ogos 2008, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS ) akan menganjurkan 20 tayangan filem percuma sempena FFM 21 ini yang bakal menemui anda mulai 8 hingga 10 Ogos 2008 bertempat di tiga lokasi berbeza iaitu GSC Alamanda Putrajaya, TGV KLCC dan Cathay Cineleisure Damansara. Tiket-tiket percuma boleh di dapati melalui urusetia FFM 21 di talian 03-4104 1404 atau di kaunter tiket pawagam berkenaan. Di antara filem yang terpilih antaranya
  1. GSC ALAMANDA PUTRAJAYA 8 OGOS 08 - Cuci ( 5.00 PTG ), Dunia Baru The Movie ( 7.15 MLM), 1957 Hati Malaya( 9.35 ML M ), 9 OGOS 2008 - Cinta U-Turn( 5.00 PTG ), I'm not single ( 7.15 MLM ) , 10 OGOS 2008 -Kayangan ( 7.15 MLM ), Anak Halal ( 9.35 MLM )
  2. TGV SURIA KLCC 8 OGOS 2008 - KL Drift ( 5.00 PTG) , Apa Kata Hati ( 7.20 mlm). 9 OGOS 2008 - Pensil ( 5.00 ptg ) & Congkak ( 7.20 mlm). 10 OGOS 2008 - Akhirat ( 5.00 ptg ), Nana Tanjung 2 ( 7.20 mlm ) & Anak ( 9.40 mlm )
  3. CATHAY CINELEISURE DAMANSARA. 8 OGOS 2008 - Impak Maksima ( 5.00 ptg ), & 9 September ( 7.15 mlm ). 9 OGOS 2008 - Duyung (5.00 ptg), Kala Malam Bulan Mengambang ( 7.15 mlm ) . 10 OGOS 2008 - Otai ( 7.15 mlm ) & Sepi ( 9.30 mlm)