Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 11 Ogos 2008

'Kala Malam', julang Mamat Khalid di FFM21


Wow!!.. itulah yang boleh digambarkan buat Mamat Khalid apabila filem kelima arahannya, 'Kala Malam Bulan Mengambang' semalam ( 9 Ogos 2008 ) telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik pada malam berprestij Festival Filem Malaysia ke-21 2008 Putrajaya. Sangkaan saya selama ini, membuahkan hasil apabila filem berformat hitam putih ini tidak dipandang sepi oleh para juri kerana ia mempunyai banyak elemen yang tersirat dan tersurat malahan 'kala Malam' boleh disifatkan sebagai karya terbaik terbitan Tayangan Unggul ini. Walaupun saingan sengitnya yang diwar-warkan akan menjuarai kategori ini, 'Anak Halal', 'Wayang' dan 'Pensil' juga turut menerima pengiktirafan pada malam FFM21 ini. Walaupun kutipan 'Kala Malam' tidak sehandal filem lain, kemenangan Mamat Khalid semestinya menggembirakan khalayak penggiat filem yang hadir kerana elemen 'noir' itu sukar ditembusi oleh pengarah yang lain kerana menghasilkan filem hitam putih agak berisiko kerana kite perlu memikirkan sambutan dan penerimaan masyarakat itu sendiri. Walaupun dikritik sebagai 'pengarah yang ape-ape ntah' oleh kebanyakkan penonton, saya merasakan Mamat Khalid adalah seorang pengarah profilik yang mempunyai karektornya yang tersendiri dalam menerapkan falsafah dan antonasi pemikirannya ke layar perak untuk tontonan masyarakat malahan 'Kala Malam' boleh dikatakan bakal dijadikan bahan rujukan perfileman buat para pelajar filem di universiti dan generasi akan datang.
Kemenangan Lakon Layar Terbaik menerusi karya CUCI arahan Hans Isaac yang juga memenangi Pengarah Harapan Terbaik telah menimbulkan spekulasi negatif banyak pihak kerana sekiranya filem yang diangkat sebagai Filem Terbaik, haruslah memenangi Lakon Layar Terbaik, tetapi ini tidak berlaku dalam FFM21. Sekiranya di buat perbandingan, filem yang layak menggondol Lakon Layar Terbaik, seharusnya filem 'Anak Halal, Wayang, Pensil mahupun Kala Malam Bulan Mengambang', bukannya filem CUCI. Saya tidak kata filem CUCI tidak bagus, tetapi, mungkin CUCI mempunyai falsafah yang tersendiri barangkali saya tidak tahu, dan hanya panel juri yang mampu menguraikan kekusutan yang berlaku. Dan saya berharap agar FFM22 yang bakal di adakan di Kota Kinabalu, Sabah nanti haruslah memikirkan perkara sedemikian..


p/s: Tunggu karya Mualaff arahan Cik Yasmin Ahmad di layar perak nanti. Ajami.. jangan lupa ajak aku kalau ada tayangan perdana.. okay...Tahniah pada semua pemenang FFM21 semalam terutamanya buat OSMAN ALI ANAK HALAL..

0 comments :