Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 8 Ogos 2008

'Kami'.. kisah remaja yang enjoy..


'Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada..' adalah tagline bagi filem 'KAMI', sebuah filem arahan Effendy dan Fariza Azlina. Filem ini telahpun ditayangkan semalam 8 Ogos 2008 di GSC Alamanda, Putrajaya sempena Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM21 Putrajaya). Walaupun ketinggalan 5 minit pertama filem ini, saya tidak merasa suatu kerugian kerana 'KAMI' adalah sebuah kisah remaja kini yang sarat dengan erti kasih sayang dan nilai persahabatan itu sendiri. Filem ini dibuka dengan rentetan hidup anak muda remaja yang penuh dengan nilai keterbukaan dalam masyarakat yang cukup tertutup dengan gaya hidup sosial remaja Kuala Lumpur dalam era kini 2008. Filem yang diinspirasikan sambungannya dari drama bersiri sensasi 'KAMI' di 8TV nyata tidak mengecewakan khalayak kerana fokus utama filem ini ialah 'remaja' dan 'life' itu mampu membuatkan saya tidak berganjak dari tempat duduk menyaksikan 'KAMI' dari awal hinggalah akhir filem ini. 'KAMI' mengisahkan 5 orang sahabat karib yang hidup dikota Kuala Lumpur, terdiri daripada Ali, Lyn, Abu, Adii dan Sofie ini menggambarkan erti persahabatan itu sendiri dalam mempersoalkan 'hak dan kebebasan, Cinta dan Perasaan, serta Nafsu dan Keinginan' adalah 3 rencah utama dalam menyatukan 'KAMI' sebagai lagenda persahabatan anak remaja yang tiada tolok bandingnya. Persahabatan dalam 'KAMI' begitu kukuh dan akrab sehinggakan perkara remeh dan hal peribadi masing-masing dikongsi bersama. Itulah kisah 'KAMI' yang boleh kita jadikan pegangan dalam kehidupan. Walaupun persahabatan ini murni dan jujur, namun kejahatan dan godaan nafsu pasti menjadi rencah bagi sesetengah karya yang menerapkan isu remaja ini. Penampilan Zahiril Adzim, pelakon baru versatile dari ASWARA ini dilihat agak berani dan mampu menyuntik perasaan dengki khalayak menyaksikan kehitaman perasaan 'Boy' pada kelima-lima karektor 'KAMI' dengan mesasarkan 'LYN' sebagai punca utama kehilangan salah seorang rakan mereka yang disayangi, Abu. 'Boy' bertindak sebagai anak muda yang kaya, berkedudukan dan hancur dari sudut mentaliti pemikirannya sehingga menjadikan 'dendam'sebagai jalan pintas untuk meruntuhkan ikatan persahabatan tetapi dengan semangat jitu kelima-lima karektor ini mampu membuatkan saya mengucap sendirian, 'its great.. persahabatan itu tidak mampu meruntuhkan ikatan yang terbina'. Bercakap mengenai dialog dalam filem KAMI, terdapat satu dialog yang melekat dikepala saya iaitu, dialog Boy ( zahirl adzim) , "air dah sampai ke kepala nie", . Dari pernyataan itu, saya merasakan itu dialog seksual tetapi terlepas jua dari tapisan LPF kerana bagi saya ia tidak selucah mana, namun yang penting niat kita dalam merealisasikan karya kita agar disenangi dan diterima umum. Filem ini berakhir dengan pertanyaan di fikiran saya bahawa adakah watak 'ABU' di matikan sampai bila-bila' dan kenapa ia menjadi sasaran cerita kami ini. adakah ABU watak yang tidak baik?. Terpulanglah pada anda yang menilainya..

p/s: nantikan tayangan KAMI pada 1 Oktober 2008 di pawagam berdekatan anda. Jangan Jadi macam rakan saya, Anim Dewi yang suka tonton kat Pawagam Penyamun.. ala kat umah dengan VCD keluaran penyamun.. cetak rompak la... opss!!! iklan cetak rompak terbitan FINAS bakal menggantikan iklan KRU.... tunggu je kat wayang nanti..

0 comments :