Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Selasa, 30 September 2008

I'm Not Single... Temui Penonton Hari Raya Aidilfitri di Astro Kirana


Cinta perlukan kejujuran dan keikhlasan?’
I’m Not Single, temui jawapannya..


Trailer I'm Not Single


Benarkah rasa cinta itu perlu datang di dalam hati setelah lama berhubungan mesra? Dan Adakah cinta memerlukan pengorbanan setulus kasih untuk mengikat janji kesetiaan dengan bersandarkan kepercayaan dan keikhlasan?’, Itulah yang boleh digambarkan menerusi naskhah kedua Pierre Andre, ‘I’m Not Single’ yang telah ditayangkan pada umum 24 Julai 2008 lalu. Filem yang dibarisi Farid Kamil, Lisa Suriyani, Intan Ladyana dan Awal Ashaari ini mengisahkan Maya ( Lisa Suriyani ) yang dipaksa berkahwin bukan atas dasar cinta dengan Adam ( Farid Kamil ). Perkahwinan mereka telah menimbulkan kekecohan dalam perhubungan masing-masing, sehingga terjadi beberapa perkara yang tidak diingini. Maya yang sememangnya menyintai Dani ( Awal Ashaari ) ini telah melakukan beberapa perkara yang tidak menyenangkan Adam, sebagai suaminya, sehingga memaksa Adam menyendiri dan ingin melepaskan Maya kepada Dani atas dasar kasih sayangnya pada Maya. Namun, dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang manusia dan seorang isteri, Maya terpaksa menerima hakikat bahawa Adam adalah suaminya dan dia adalah menjadi milik Adam, sehingga ke akhir hayat. Plot penceritaan filem ini lebih kepada melodrama komedi yang memerlukan penghayatan yang khusus dalam merencanakan pemikiran setiap watak dan perwatakan yang ditonjolkan di dalam filem ini. Ia seakan-akan sama dengan beberapa style dan cara olahan filem-filem korea dan Japan. Pemilihan lokasi, wardobe, pakaian dan penataan seni serta fotografi atau sinematografi di dalam filem ini sedikit sebanyak membantu perjalanan filem ini yang lebih menjurus kepada elemen romantik komedi yang sasarannya adalah golongan remaja. Rasa cinta Maya sememangnya bukan untuk Adam, dan mereka memerlukan masa dan waktu untuk mengenali hati budi masing-masing. I’m Not Single wajar ditonton buat golongan remaja atau sesiapa sahaja yang sedang dilamun cinta atau ingin mengenali hati pasangan kekasih masing-masing. Dan bagi anda yang terlepas menonton di pawagam, anda boleh saksikan kemunculan tayangannya di astro kirana pada hari raya aidilfitri ini..

P/S: Daripada 5 bintang, saya memberikan 4 bintang untuk filem I’m Not Single..

Isnin, 29 September 2008

Aidilfitri TM 2008 : Iklan Raya Osman Ali



Dalam beberapa hari lagi, umat islam seluruh Malaysia akan menyambut perayaan Aidilfitri yang akan jatuh pada 1 Oktober 2008. Sehubungan dengan itu, boleh dilihat pelbagai program bakal disajikan beberapa buah stesen tv tempatan milik kerajaan mahupun stesen tv berbayar. Di dalam kesibukan membuat persiapan raya, baru-baru ini saya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada rakan media bahawa pengarah tersohor, Osman Ali tampil dengan iklan komersial Aidilfitri untuk ditayangkan di beberapa buah stesen tv bermula hari ini sehinggalah menjelang perayaan Aidilfitri 2008. Iklan Raya terbitan Nuansa Film itu kerjasama TM dan di arahkan oleh Osman Ali ini mengisahkan seorang bapa yang membawa pulang anak dan isteri untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman walaupun tanpa kedua-dua datuk dan nenek. Perjalanan cerita filem iklan ini lebih menjurus kepada kasih sayang sesama insan antara anak dan bapa yang sudah lama tidak pulang ke kampung dan kepulangan mereka adalah sekadar untuk mengimbas kenangan menyambut aidilfitri tanpa bangunan pencakar langit, kesibukan kota, pencemaran alam dan sebagainya. Pencahayaan sinematografi pada keseluruhan filem iklan ini wajar dipuji kerana mood yang ditampilkan dan dipersembahkan melalui susunan plot penceritaan adalah lebih memfokuskan kepada subjek sebuah keluarga, suasana kampung dan elemen kasih sayang yang menjurus kepada sesebuah emosi. Penampilan adik Haziq, pelakon muda cilik daripada rancangan Tom Tom Bak di dalam filem iklan ini membuktikan kepada kita semua bahawa, walaupun lahir daripada rancangan talkshow, namun adik Haziq mampu menghayati watak yang diberi.Tetapi apa yang menjadi persoalan saya ialah, adakah pelakon lelaki yang memegang watak sebagai bapa Haziq dalam iklan ini ialah merupakan pelakon lelaki utama filem kontroversi 'Bukak Api'. Jikalau tidak benar, maafkan saya kerana wajahnya seakan-akan sama. Justeru, walaupun dengan lahirnya iklan Osman Ali ini untuk perayaan Aidilfitri, namun saya masih menantikan apakah Yasmin Ahmad tidak mempunyai iklan rayanya pada tahun 2008 ini?.

P/S: Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri..maaf zahir batin..Antara iklan yang melekat di minda saya ialah iklan ‘burung murai dan iklan cekodok KTM Adibah Noor’.. syabas pada Yasmin dan juga Abang Osman Ali… kedua-dua karyawan filem yang saya sanjungi…

Ahad, 28 September 2008

Upin & Ipin.. Animasi Malaysia Bertaraf Antarabangsa..


Bangunkan Sinema Animasi 3D Tempatan

Sejak diperkenalkan pada tahun lepas, Les’Copaque Production yang dibarisi beberapa tenaga kreatif muda memperkenalkan produk animasi mereka, Upin dan Ipin. Animasi Malaysia ini mula menemui khalayak penonton pada tahun lepas, dan di siarkan sepanjang bulan Ramadhan di saluran TV9 Dekat Di Hati. Namun begitu, Animasi Upin dan Ipin ini mula mendapat tempat di hati penonton-penonton bukan sahaja berbangsa Melayu, malahan ia menjadi animasi 3D yang cukup popular dan tinggi ratingnya di Malaysia. Kanak-kanak malahan orang dewasa sehingga pelbagai lapisan peringkat umur amat menggemari animasi Upin dan Ipin. Ketika ditanya pada sesetengah penonton, kenapa mereka menggemari animasi ini?. Katanya, ia lain daripada animasi Malaysia yang lebih menjurus kepada pergerakan 2D atau lukisan grafik biasa. Upin dan Ipin mempunyai banyak mesej yang tersurat malahan yang tersirat, apatah lagi isu dan fokusnya adalah lebih kepada bulan Ramadhan itu sendiri.



Berbelanja lebih jutaan ringgit, Animasi 3D Maya ini bakal menemui khalayak penonton di semua pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2008 ini. Upin dan Ipin, melalui tajuk ‘Geng: Misteri Hantu Durian’ yang di arahkan oleh pengarah muda, Nizam Razak yang diterbitkan oleh produksi Les’Copaque Production ini mengisahkan suka duka kehidupan segelintir masyarakat kampung yang divisualkan secara 3D, apatah lagi karektor utama Upin dan Ipin yang sangat comel rekaan 3Dnya. ‘Unik, Fantastik dan Kreatif’, adalah intipati yang tepat boleh digambarkan menerusi 3D Upin dan Ipin ini. Animasi ini boleh disifatkan sebagai animasi Malaysia bertaraf antarabangsa, dan ia telah mewarnai sinema animasi tempatan yang dahulunya ketandusan idea kreatif, tetapi kemunculan Upin dan Ipin, sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran sesetengah pihak terhadap perkembangan sinema animasi negara.


Walaupun kemenangan Upin dan Ipin pada tahun lepas di Festival Filem Kuala Lumpur Antarabangsa ( KLIFF 2007) dalam kategori Filem Animasi terbaik yang mengalahkan ratusan penyertaan daripada pelbagai kolej atau produksi animasi Malaysia, kemunculannya setiap episod walaupun di kaca TV masih dinanti-nantikan khalayak penonton walaupun sekadar 5 minit tayangan. Justeru, sebagai warga negara Malaysia dan warga filem khususnya, patut berbangga dengan perkembangan sinema tempatan kita yang mula menunjukkan perkembangannya dari semasa ke semasa. Dan harapan warga filem, akan lebih banyak lagi filem-filem berkualiti dan kreatif ditampilkan pada khalayak penonton dari semasa ke semasa. Insya-allah.

p/s: Tak sabar rasanya nak menunggu Animasi Upin dan Ipin di layar lebar pawagam. Ingat.. hanya penonton yang menyintai dunia filem tidak kira animasi atau tak.. hanya menonton dipawagam sahajalah anda dapat menilai pelbagai aspek tanpa gangguan sesebuah filem.. Kalau diberi pilihan.. saya lebih suka ke pawagam daripada membeli DVD sesebuah filem.. kekuatan sesebuah filem hanya akan nampak di layar lebar okay..

Sabtu, 27 September 2008

‘Satu’, ungkap Erti Kasih Dan Sayang’..


* gambar adalah sekadar hiasan.. Rozie Rashid merupakan pelakon utama filem pendek SATU arahan Zulman Zeki Supardi.


• Terpilih memasuki Program Karyawan Muda
• Disiarkan di dalam portal Murai.com, Skrin Amatur




Antara kasih dan sayang seorang anak pada ibunya, cintanya cuma satu : dramatik insiden yang memerlukan kesabaran menghayatinya’, adalah intipati yang tepat boleh digambarkan menerusi naskah ‘Satu’, sebuah filem pendek 11 minit arahan Zulman Zeki Supardi. Filem yang diterbitkan oleh AFM Production untuk ASWARA ini telah pun ditayangkan sempena Penilaian PETA Filem 2008, Julai yang lepas di panggung Aswara. Filem yang mengisahkan seorang anak kecil dan ibunya, lakonan Rozie Rashid ini hidup dengan penuh kasih sayang. Filem yang berlatarbelakangkan sebuah kehidupan ditengah-tengah kemodenan masyarakat Malaysia ini mempunyai pergolakan jiwa si anak kecil yang memaksa ibunya mengotakan janji untuk memiliki sebuah kereta mainan @ barang mainan, sehinggakan kedua-duanya terpisah pada jalur kehendak yang tidak ketara. Pembukaan filem ini amat menarik dengan visual paparan sebuah layang-layang kertas terbang diudara yang mengikut hembusan angin di angkasa. Sungguh mendalam maksudnya. Paparan visual tersebut menggambarkan si anak kecil hidup dengan kesunyian tanpa berteman, walaupun dia masih ada ibu yang menyayanginya. Impian cuma satu ingin mendapatkan apa yang dimilikinya, walaupun si ibu tidak mampu mendapatkannya atas sebab-sebab tertentu. Kedegilan rasa si anak kecil membuatkan perlarian jiwa pada kehendak yang tidak terkota sehinggakan satu dramatik insiden berlaku di tengah-tengah jalan raya, membuatkan jiwa yang kacau tadi memberontak, layu, sedih sehinggakan patah bergelora. Apa yang disangka tidak sebenarnya. Bukan ibunya, tetapi perempuan lain yang maut ditengah jalan, yang pakaiannya hampir sama. ‘Anak mana yang tidak sayang ibunya kan?’. Si anak kecil melarikan diri pulang kerumah dengan rasa hampa, menyesal dan teramat sedih. Klimaks filem ini agak menjadi dan sasaran kehendak penonton adalah intipati sang sutradara filem ini yang berjaya menyuntik elemen ‘kasih sayang’ sebagai naskah air mata garapannya. Si ibu muncul membuka pintu rumah lalu memeluk si anak kecil yang kehausan kasih sayang dan barang yang diimpinya di buang, Cuma satu yang diingini kini adalah ibunya. Itulah kisah yang melodrama air mata garapan pengarah muda, graduan akhir Akademi Filem Malaysia, yang kini ASWARA, Zulman Zeki Supardi. Filem ini khabarnya telah menyertai Pertandingan Filem Pendek ‘Program Karyawan Muda’ anjuran Filem Negara Malaysia dan RTM ini, kini ditayangkan secara online di dalam portal murai.com untuk Skrin Amatur Astro. Tahniah buat zulman.

p/s: Saya masih menantikan DVD filem SATU ini bersama JPEG Poster filem ini untuk diupdated masuk ke dalam Artikel ini daripada pengarahnya. Mana Zul?.

Khamis, 25 September 2008

'Kopitiam Kurang Manis', Macam Filem Yasmin..



'Kesunyian, Seks dan Kedai Kopi' adalah intipati utama yang boleh dirumuskan melalui filem pendek, Kopitiam Kurang Manis, arahan dan lakon layar Azri Abu Hassan. Filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telahpun ditayangkan di beberapa buah kelab seni filem sekitar Kuala Lumpur sehinggalah berjaya ditonton secara rangkaian web melalui portal murai.com. Filem yang menarik ini dibuka melalui susunan shot yang agak menarik perhatian saya melalui paparan visual yang memerlukan kita berfikir seketika apakah yang terjadi seterusnya dan apakah maksud disebalik tumpahan kopi dan terbaliknya cawan di atas meja. Visual yang dipaparkan itu memberikan pelbagai persoalan pada saya, barangkali akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Gambaran telur separuh masak yang diambil terlalu lama, menggambarkan watak lakonan Mislina Mustaffa itu akan menghadapi suatu saat yang bakal menggembirakan kehidupannya serta jugak buat Ah Keong, pemilik kedai kopi yang agak moody dengan ragam pelanggannya yang mula hilang hari demi hari akibat haruman kopi yang agak kurang memikat. Kegersangan seks dan nafsu Ah Keong yang agak meruncing itu boleh dilihat melalui alunan muzik latar cina yang agak klasik dengan pergerakan kamera dan kekuatan sinematografi membuatkan filem arahan Azri Abu Hassan ini seakan-akan filem Yasmin Ahmad. Bukan ingin membuat perbandingan antara kedua-duanya, tetapi inilah sebuah filem pendek yang mempunyai jalur pemikiran yang agak kuat, apatah lagi ia banyak bermain dengan aspek Mise-en-Scene dan Simbolismnya yang tersendiri. Dari sudut sinematografi, Kopitiam Kurang Manis boleh dipuji kerana penataan cahaya yang digunakan menggambarkan seseorang watak dan karektor itu mempunyai masalah dan setiap elemen yang dipersembahkan di dalam filem ini, bukan dibuat-buat atau sengaja diframekan di dalam seseuatu shot, malahan ia memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat penilaian atas naskhah Kopitiam Kurang Manis ini.

Persoalan kedua ialah, adakah watak lakonan Mislina Mustaffa itu disatukan dengan watak Ah Keong?. Siapakah insan yang bertanggungjawab menghamilkan Mislina?. Benarkah Mislina dan Ah Keong itu bersatu di bawah satu bumbung?. Ini persoalan yang kurang jelas ditafsirkan oleh pengarah melalui naskhah Kopitiam Kurang manis ini. Mungkin ia sekadar sebuah kisah pendek, tetapi dari sudut penceritaan, lakonan, pencahayaan dan falsafah, ia boleh dipuji. Akhirnya, Kedai Kopi milik Ah Keong menerima ramai pelanggan mungkin atas resepi cintanya pada Mislina?. Jikalau tidak benar, maafkan saya. Saya cuma mentafsir mengikut pemahaman saya ke atas filem ini.

p/s: Tayanithi ada cakap pada saya yang dia akan menghasilkan naskhah filem pendek lagi pada hujung tahun ini.. dia tak nak ada perebutan atas hak milik karya oleh sesetengah pihak.. ini bukan pasal filem kopitiam la...

Rabu, 24 September 2008

Tayanithi dan Projek Video Klip...



Pengarah filem pendek 'Burp', Tayanithi Ramanujem kini dalam proses menerbitkan satu video klip artis independent untuk disiarkan di salah sebuah stesen tv tempatan. Video Klip 'tidak bernama' ini masih lagi dalam proses penggambaran dan pasca produksi. Menjalankan penggambaran di Studio 1 Finas baru-baru ini menampakkan satu sisi kreativiti video klip ini dari proses penceritaan dan pengarahannya.

Melihat setnya sudah cukup menampakkan video klip ini seakan-akan video klip artis antarabangsa yang mempunyai jalur naratif yang berbeza-beza. Tayanithi masih berahsia dengan saya mengenai 'video klip' ini. Katanya dia mahukan satu 'suprise', untuk penonton-penonton. Apapun, pengarah Burp ini cukup kreatif dalam susunan shot dan plot penceritaannya. Justeru, saya terhutang budi dengan Tayanithi yang menyumbangkan idea tentang 'comolot'.. memorinya amat dihargai..



Apapun.. amy ikram menunggu status video klip ini dan penghasilannya diharapkan lebih baik daripada karya terbaiknya, Burp yang telahpun pecah panggung aswara bulan Julai lepas...

p/s: saya amat berharap semua graduan Akademi Filem Malaysia dari ASWARA mampu mengukir nama sehingga ke peringkat antarabangsa..

Selasa, 23 September 2008

Yasmin Ahmad...dan Iklan Raya

Tinggal beberapa hari lagi, Aidilfitri bakal menjelang. Persiapan raya sudah dilihat disekitar ibu kota. Pusat-pusat membeli-belah telah memulakan jualan meganya dengan tawaran hebat daripada pakaian, perabot, kuih-muih sehinggalah ke acara-acara yang memukau pandangan. Begitu juga dengan syarikat televisyen tempatan milik kerajaan mahupun berbayar, masing-masing berlumba untuk menyajikan hidangan program yang dapat menarik perhatian khalayak penonton sepanjang musim perayaan. Ini tidak terkecuali jugak beberapa syarikat korporat, agensi kerajaan dan syarikat pengiklanan menghasilkan iklan sambutan perayaan lebih menjurus kepada perpaduan kaum, keharmonian masyarakat mahupun iklan-iklan komersial yang lain. Petronas, syarikat minyak gergasi di Malaysia, jugak tidak terkecuali dalam menghidangkan genre-genre iklan yang dapat menarik khalayak penonton untuk menghayati naratif penceritaan sesuatu iklan yang dipersembahkan. Saban tahun, iklan Petronas mempunyai pengikutnya tersendiri. Mereka menghasilkan iklan dengan garapan beberapa tenaga kreatif pembikin filem dengan acuannya yang tersendiri. Yasmin Ahmad, nama besar dalam dunia pengiklanan komersial, selain sebagai pengarah filem yang berjaya. Beliau telah menyumbangkan banyak idea kreatifnya dalam menghasilkan kertas kerja untuk portfolio bukan sahaja untuk Petronas, malah untuk beberapa syarikat korporat yang lain, walaupun ia cuma untuk beberapa minit.



Iklan Yasmin Ahmad terbitan MHZ Film yang disiarkan oleh TV3 ini telah mendapat perhatian ramai pada musim perayaan Aidilfitri. Ia telah disiarkan pada pertengahan Ramadhan sehinggalah menjelang aidilfitri. Itu cerita lama. bagaimana pula pada tahun ini?.Dari segi lakonan, saya amat mengkagumi Adibah Noor yang spontan dari segi lakonan, walaupun ia tidak banyak dialog.. Apatah lagi dengan gabungan kreativiti Yasmin Ahmad sebagai pengarahnya. Tahniah team MHZ Film.



Ini satu lagi iklan yang jugak menyentuh perasaan saya khususnya di sepanjang Aidilfitri dan Ramadhan 2007. Namun, kedatangan Aidilfitri 2008, jugak membuatkan penonton dan pengikut iklan Petronas, ternanti-nanti apakah pula genre dan isu yang ditampilkan melalui iklan Petronas, Yasmin Ahmad pada tahun 2008 ini?. kelibatnya masih tidak kelihatan.. Apakah Petronas masih lagi bertaring dalam memberi saingan iklannya kepada penonton TV musim perayaan ini. Tepuk dada tanya selera..

Wassalam

Jumaat, 19 September 2008

Berbuka Puasa Di Sana Sini..


Coretanku di Hari Lahirku..

Nak bagitau semua yang hari ini 19.9.2008 adalah hari lahir amy ikram yang ke-25. tak de hadiah ker?. hehehe




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam bulan puasa nie, amy banyak la jugak dapat jemputan berbuka puasa di merata-rata tempat. Tapi, tak dapat pergi kan.. Ye la.. satu lagi bulan puasa nie kurangnye transport nak gerak ke sana-sini, lagipun member-member amy, ramai yang sibuk dengan rakaman itu rakaman ini. Biasela kan si Farouk tue, member amy merupakan Asst. Producer di RTM nun di sana, tak dapat temankan Amy la ye. Minggu lepas Amy dapat jemputan berbuka puasa daripada Budiey dari Sensasi Selebriti, tapi tak dapat pergi la... Berbuka Puasa pulak dekat Lemon Restaurant kat The Mines tue, milik penerbit filem terkenal, David Teo. hmmm.. sedih kan.. Pada yang ajak Amy tue, maaf-maafkan lah ye.. tak dapat joint kawan-kawan. Hari ini pulak, dekat The Palace Of Golden Horses, Tayangan Unggul syarikat filem gergasi tue, invited semua media, artis, karyawan dan blogger datang majlis berbuka puasa. Blogger Sensasi, Ajami Hashim , tak habis-habis tanya amy nak pergi ke tak. Ini merungsingkan kepala amy ini.. kawan-kawan pulak, malas nak pergi.. tapi amy tak janji la ye cik ajami... Selalunya, amy tak pernah missed mana-mana acara dan jemputan, tapi dalam bulan puasa nie kurang la sikit kan. Satu lagi amy tak faham dengan rakan amy yang kiranya melampau tahap gaban iaitu, Saiful Mamak tak habis-habis nak dengki kat amy.. kononnya dia lah diva segala diva.. hai diva ke Viva.. ntah la.. semua.. yang penting kite happy betul tak.. satu lagi amy nak bagitau yang FINAS ada buat Majlis berbuka puasa minggu depan untuk semua karyawan filem, penerbit, artis dan media di Sound Stage FINAS. Hari apa?. nanti amy iklan kan ye... confirm darah berangan kawan amy seekor tue naik lagi.. ok lah.. salam ramadhan dan jauhkan sifat dengki tue ye.. kata Anim Dewi, u hipokrit la.. ntah la.. bye selamat berpuasa.

p/s: amy nak bagitau yang model iklan, Anim Dewi akan buat majlis berbuka puasa bersama suami.. Dekat mana tue?. Amy kurang pasti la.. nanti amy khabar-khabarkan ye..

Khamis, 18 September 2008

Pengarah Filem Pesona Non Grata di tahan?



BLOGGER DI TAHAN

Syed Azidi Al Bukhary @ Syed Azidi Abdul Aziz di tahan polis di bawah akta hasutan berkaitan blognya yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan pemimpin politik. Untuk makluman anda, Syed Azidi ini merupakan pengarah filem Pesona Non Grata yang telahpun ditayangkan pada tahun 2006. Namun, ini mengejutkan ramai pihak atas penangkapan beliau di bawah Akta Hasutan. Yang pasti tulisannya mengenai 'kibar bendera cara terbalik' memang agak kurang ajar untuk ditafsirkan sebagai rakyat Malaysia. Jika ingin memperjuangkan hak kite, tak perlulah menyentuh soal sensitiviti ini, lagipun soal bendera malaysia adalah kehormatan negara kita.. Jika isu lain tue.. ok la.. harap-harap blogger yang lain hati-hati atas tulisan masing-masing.. Saya rasa selepas Raja Petra, Syed Azidi pulak.. dan lepas ini.. entah lah..


Dipetik daripada Malaysiakini.com

Seorang lagi blogger ditahan
Sep 17, 08 6:38pm

www.malaysiakini.com

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Rabu, 17 September 2008

Pembikin Filem VS Karya Kreatif..

KARYAWAN FILEM DAN KARYA KREATIF

'Pembikin Filem VS Karya Kreatif?' itulah tajuk utama pada hari ini dalam blog saya yang akan saya kupas mengikut pemahaman dan pemikiran saya sebagai peminat seni dan karyawan muda. Sebut sahaja pembikin filem, pastinya terlintas difikiran kite semua bahawa, pengarah filem atau karyawan filem sememangnya mempunyai tanggungjawab besar di dalam industri perfileman dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton filem atau peminat mahupun pengkritik filem. Pembikin filem selalunya dikaitkan dengan karya kreatif yang mereka hasilkan tidak kira filem pendek, filem cereka, dokumentari, drama mahupun filem iklan. Kesemua elemen ini mempunyai kaitan dengan aspek kreativiti dalam merencanakan pemikiran manusia terhadap sesuatu isu yang melanda sesebuah negara atau berkaitan dengan permasalahan sosial tidak kira politik, masyarakat, agama dan budaya. Kesemua elemen ini selalunya dijadikan intipati bagi setiap pembikin filem dalam mencorakkan sesebuah karya yang dihasilkan. Kreativiti pembikin filem di Malaysia, selalunya terhad dan cenderung mengupas isu yang sensitif terhadap masalah sosial, persekitaran dan gender sesebuah golongan masyarakat yang terpinggir dan disisihkan.


(GAMBAR AJAMI BERSAMA OSMAN ALI )

Percubaan Osman Ali menerusi karya Bukak Api telah membuka mata banyak pihak terhadap isu seksual dan gender golongan transeksual di ibu kota Malaysia yang beragama islam. Ia dikecam oleh sesetengah pihak sebagai filem yang tidak bermaruah, sengaja memperbesarkan isu seksual murahan dan budaya yang menyimpang dari pemahaman normal masyarakat Malaysia. Tetapi itulah realiti segelintir kehidupan manusia ditengah-tengah kebanjiran dan pergolakan status serta identiti kelompok masyarakat Malaysia. Walaupun ia dikritik sebagai karya yang terlalu sensitif, Osman Ali telah mengukir nama sekali lagi sebagai karyawan muda yang berisiko dalam menghasilkan naskhah seperti Malaikat Di Jendela, lakonan Ning Baizura, Puaka Tebing Biru dan Anak Halal. Kerja-kerja kreativitinya tidak terhenti setakat itu kerana Osman Ali juga banyak terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan, video klip dan sebagainya.



Yasmin Ahmad, pengarah yang lahir menerusi filem Sepet dan Rabun ini pula telah mencipta nama sebagai pengarah kontroversi melalui karya-karya yang boleh dianggap terlalu berat untuk ditafsirkan melalui pemikiran manusia, tetapi bagi saya, beliau adalah seseorang pembikin filem yang mempunyai jatidirinya yang tersendiri. Kehebatan karyanya telah meletakkan namanya sebaris pengarah-pengarah ternama luar negara dan kebanyakkan filem dan karyanya menyertai beberapa festival filem luar negara yang boleh disifatkan sebagai festival filem yang cukup berprestij. Filem Gubra sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Yasmin ahmad dianggap sebagai propaganda agama dan budaya masyarakat Malaysia dengan menjadikan agama sebagai subjek utama dalam garapan naskhah filemnya. Muhksin karya keempatnya sekali lagi berjaya mengharumkan namanya difestival luar negara sehingga berjaya mendapat hak penayangan di salah sebuah pawagam ternama di luar negara. Itulah kehebatan nama Yasmin Ahmad sehingga karya Mualafnya masih lagi ditunggu-tunggu ramai sebagai karya yang bakal mencetuskan lagi kontroversi pada tahun 2009 nanti. Apapun filem talentime arahan Yasmin Ahmad kini dalam proses penggambaran khabarnya. Walaupun dianggap sebagai pengarah yang seringkali mencetuskan kontroversi melalui karya-karya arahannya, Yasmin Ahmad berjaya mengukir nama sebagai pengarah iklan bagi syarikat minyak gergasi PETRONAS kerana semua iklan arahannya yang disiarkan dikaca TV mendapat perhatian ramai dan menyentuh jiwa. Itulah Yasmin Ahmad, seorang idola saya di dalam industri perfileman Malaysia.




Mamat Khalid, Amir Muhammad, Khabir Bhatia dan Afdlin Shauki boleh dikatakan pengarah filem yang sebaris nama Osman Ali dan Yasmin Ahmad dalam berkarya, Justeru, saya berharap satu hari nanti saya 'amy ikram' akan menjadi seperti mereka kalau diizinkan tuhan kerana cabaran untuk menjadi pembikin filem adalah amat hebat dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Justeru, saya berharap agar mana-mana karyawan muda yang ingin berkarya, pastikan anda tidak gentar dengan cabaran pemikiran dan penerimaan khalayak penonton terhadap sesebuah karya yang anda hasilkan. Namun, sebagai karyawan muda seperti saya, saya amat berharap agar, saya dapat menjadi seperti mereka nanti. Insya-allah.

Salam Ramadhan..

Selasa, 16 September 2008

Memory of Comolot Story..

PENGHARGAAN KHAS BUAT TEAM PRODUKSI COMOLOT 2007 SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK


Alhamdulillah.. boleh aku katakan untuk 'comolot' dan team produksinya. Walaupun sudah setahun filem comolot dihasilkan, impaknya masih dirasai oleh aku terutama dalam membaca pelbagai kritikan dan komen malahan cemuhan bersikap 'tidak rasional' dikalangan pengkritik-pengkritik filem yang melihat 'comolot' dari pelbagai sudut. Terima kasih atas pandangan anda terhadap filem comolot ini. Pada en Hishamuddin Rais, terima kasih atas kepercayaan dirinya dalam memberikan peluang pada aku untuk berkarya sebaik mungkin walaupun ia mencabar pemikiran sesetengah manusia yang tidak boleh menerima konsep yang aku tampilkan, kononnya aku mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram. Walaupun telah dijelaskan dalam artikel-artikel sebelumnya, yang aku menghasilkan comolot adalah sebagai gambaran kisah perjalanan kehidupan manusia dari sisi gelap untuk renungan bersama, masyarakat kite cepat melatah dan menuduh aku dengan pelbagai-bagai andaian. Namun aku sedar bahawa tidak semua perkara yang kite buat dan paparkan itu dipersetujui ramai.. susahkan nak membuka mata masyarakat kita menontonnya. dan apa salah aku menghasilkan cuma ia sekadar kisah pendek.. bukan filem lucah..







Aku juga perlu ucapkan banyak-banyak terima kasih buat Along dan Bell yang sudi sponsor kostum pengantin yang cantik-cantik untuk dimuatkan di dalam filem comolot ini, serta masakan yang sedap-sedap untuk semua team produksi comolot walaupun hampir setahun berlalu, aku hargai semua itu!! Kalau pembaca semua nak tau, yang pegang watak 'Tok Imam' itu adalah Along, penaja utama kostum pengantin dalam filem comolot..





Kepada para pelakon kesayangan aku, Mia Sara, Ben Quariel dan pelakon yang tidak asing lagi jejaka idaman Malaya, Remy Ishak tahniah atas lakonan anda yang telah berjaya menyuntik minda penonton kita yang masih tidak mempercayai yang 'comolot' adalah lakonan sebaliknya tuduhan berasas yang tiada etika boleh didapati dalam mana-mana blog picisan berkaitan filem ini.





Aku begitu teruja atas kesungguhan Remy Ishak dalam menghayati watak yang diberi walaupun beliau was-was pada mulanya, kerana 'comolot adalah isu yang panas' dan dengan sikapnya yang berkarisma aku amat respect akan kebolehan Remy Ishak dalam menghayati pelbagai watak, walaupun beliau dikritik hebat kerana watak Danial dalam filem comolot. Dan dengan keberaniannya lihatlah betapa hebatnya Remy Ishak sekarang dengan lakonan-lakonannya dalam semua drama dan filem. Tahniah Remy..





Siapa yang tidak kenal dengan anak muda ini kan.. dialah Ben Quariel atau Ariel yang merupakan bakat muda yang aku gilap dalam filem comolot. Ben Quariel merupakan watak yang tidak banyak bercakap dan hanya membisu dalam filem comolot.. kata orang watak 'bottom', itu hanya lakonan yang telah membuka mata ramai pihak. Ada yang suka dan ada yang tidak.. Apa-pun tahniah atas keberanian u all dalam menerima skrip comolot dahulu..






Mungkin ada orang cakap kenapa baru sekarang aku nak buat ucapan ini. Ini adalah ucapan khas dari seorang pengarah buat team produksinya. Bahkan ia bulan mulia, wajarlah kite bermaaf-maafan sesama kite dalam mengeratkan tali persaudaraan kite sebagai orang islam. Kalau tak de pengarah sinematografi, sesebuah filem tak akan berjaya memaparkan visualnye. Pada En Tayanithi Ramanujem, terima kasih atas sumbangan idea dalam memberikan shot-shot yang terbaik untuk filem comolot.. dan dialah seorang pelapis sinematografi akan datang..





Pada Produser bersama En Sharavanan Rajendran, yang sudi bekerjasama bersama aku dalam menjadikan 'comolot' sebuah realiti yang kini masih lagi aku rasa dipertikaikan ramai pihak.. Pada keluarga aku, terima kasih atas sponsor kewangan yang beribu-ribu untuk aku membikin portfolio aku ini.. dan juga pada kolej aku.. thank's kerana memahami kehendak aku.. Pada mana-mana pihak yang tersinggung atas kewujudan filem comolot ini.. walaupun ia filem pelajar.. maafkan aku.. aku tidak berniat untuk menjatuhkan atau memalukan mana-mana pihak. Dan aku berharap penjelasan panjang lebar ini tidak akan lagi ada pertikaian dari mana-mana pihak. Ingatlah ini karya pertama aku..





Penampilan Zahiril Adzim sebagai pelakon undangan sedikit sebanyak mewarnai filem comolot ini. Di dalam filem comolot, beliau memegang watak sebagai pasangan gay yang mandi di kolam bersama Fared @ ayam. Untuk pengetahuan anda, Zahiril atau Bob ini merupakan graduan ASWARA yang kini bakal menyinar di dalam filem KAMI yang akan ditayangkan dipawagam.

Pada Budiey dari Sensasi Selebriti dan Ajami Hashim yang tidak habis-habis bertanya pada aku.. bile comolot nak disambungnya?. Tunggulah ye.. bukan mudah untuk mereka karya baru... tersilap sikit kecoh negara..







wassalam
Salam Ramadhan Al Mubarak pada semua team produksi COMOLOT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..

'Menjejak Pemikiran Mamat Khalid'



Semalam, 15 September 2008 antara pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas telah berlangsungnya satu forum yang membincangkan hala tuju pemikiran pengarah tersohor, Mamat Khalid telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), kerjasama FINAS ini telah dihadiri beberapa tetamu yang memenuhi ruang pawagam yang rata-ratanya dikalangan penggiat filem tempatan, pelajar filem UiTM dan para blogger, khususnya blogger sensasi, Ajami Hashim turut datang memeriahkan acara. Walaupun saya hanya masuk dalam lingkungan 15 minit dalam pawagam Finas, menyaksikan kelantangan Mamat Khalid bersuara atas dasar pemikirannya dalam industri nyata memberikan sisi pandangan yang cukup ekslusif tentang penglibatannya dalam industri filem tempatan ini. 'Kala Malam Bulan Mengambang' , nyata memberikan signifikan yang amat positif terutama dalam sejarah perfileman di Malaysia dengan kemenangannnya pada malam FFM21 Putrajaya telah menyuntik semangat baru para penggiat filem yang lain dalam menghasilkan naskhah yang benar-benar kreatif yang mempunyai falsafah pemikiran yang tersendiri. 'Estet' adalah karya terbaru Mamat Khalid yang saya rasa akan mencipta satu lagi sejarah dalam industri filem tempatan tahun 2009 nanti.

Walaupun meriahnya majlis tersebut semalam, saya tidak dapat menghadirinya secara penuh atas dasar kerja dan komitment lain, namun saya nantikan acara-acara seperti ini lagi di masa akan datang yang saya rasa mungkin selepas ini, pengarah Yasmin Ahmad pula akan membuka tirai 2009 dengan Muallafnya pulak. Justeru, pada penggiat filem lain, teruskan berkarya yang 'baik-baik' dan binalah pemikiran penonton kita agar mereka menghargai arus pemikiran yang kita jalurkan bersama dalam membina sinema kita agar berada di puncak nun jauh di sana..

Salam Ramadhan buat semua warga filem Malaysia..
Juga buat blogger yang tak pernah jemu memberikan sisi pandangannya terhadap sinema Malaysia, Ajami Hashim..

blog Ajami http://ajamihashim.blogspot.com
blog Mamat http://tempurungpecah.blogspot.com/

Jumaat, 12 September 2008

MALAM INI : Fenomena Seni bersama Mufti Perlis


Perhatian buat semua Karyawan Filem, Penulis Blog dan Peminat Industri

Malam ini, pukul 10.00 hingga 11.00 malam bertempat di Angkasapuri RTM, secara langsung di TV1, Fenomena Seni membawakan 'Media Baru Di Hujung Jari' bersama Mufti Perlis yang cukup sinonim dengan isu-isu dunia hiburan termasuk isu yang membabitkan dunia seni, filem dan muzik. Jangan lupa ikuti temubual secara ekslusif ini di RTM1.



Untuk makluman anda, Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini merupakan Mufti Perlis yang banyak menyumbangkan idea dan pemikiran dari konteks islam mengenai industri filem tempatan. Tidak lama dahulu, pandangannya terhadap filem Melayu tempatan yang cenderung memaparkan perkara yang negatif dalam visual yang dipaparkan juga turut menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah karyawan filem tempatan.. Oleh itu, malam ini temulah janji anda bersama beliau di RTM 1.

Hormati Ramadhan Al Mubarak..

(gambar adalah sekadar hiasan)

Beberapa minggu lepas, semasa saya berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang nak menuju ke Pavillion Bukit Bintang untuk menemani seorang rakan shopping disitu, boleh dikatakan kawasan Bukit Bintang tidak pernah lengang dengan golongan remaja malahan ada juga yang tidak segan silu berpegangan tangan tanpa muhrim antara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas yang digambarkan seperti menonton filem atau drama di kaca TV seolah-olah menjadikan mereka tidak cukup bersalah, apatah lagi merokok, berpakaian mendedahkan aurat dan membuka kesemuanya untuk tontonan masyarakat yang gersang. Itulah sebahagian yang boleh dilihat terutamanya pada hujung minggu, setiap hari, ketika, masa dan waktu walaupun ia berlaku pada bulan Ramadhan Al Mubarak. kata rakan saya 'tak hormat langsung bulan puasa', terutamanya melihatkan beberapa golongan remaja yang tidak segan silu merokok walaupun ditempat terbuka.Yang merokoknya adalah bangsa melayu dan beragama islam, malahan bulan puasa pulak tue. Kalau ye pun tak puasa, cover-coverlah.. ini tidak nak tunjuk pada semua masyarakat yang bestnya kalau aku tak puasa.



Kes yang kedua pula melibatkan salah seorang teman saya nie kononnya dia bekerja di salah sebuah produksi drama yang cukup terkenal dengan drama yang meruntun jiwa dan memikat khalayak penontonnya sendiri. Bukan saya cemburu atau pun dengkikan rezeki kawan kite nie, tetapi perangainya membuatkan hati saya ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa 'kenapa kite ada kedudukan, harta yang dianugerahkan tuhan dan kite hidup senang dengan pemberiannya', tetapi kite sombong dan ego kononnya aku kaya, moden dan berpengaruh tetapi sedih dari segi mentalitinya. Cerita kawan kite nie cukup boleh dijadikan drama bersiri kerana saya tidak faham apakah yang ada diminda dan dikepala teman saya nie yang professionnya saya boleh puji, dan saya cukup terasa dengan semua mesej yang dihantar melalui telefon bimbit saya yang berbunyi 'mak diva okay, korang semua hanya pencacai kerajaan'. Astafirullah, mengucap panjang saya kerana semenjak saya mengenali diri teman saya nie di universiti lagi karektornya boleh dikatakan mengada-ngada la jugak, tetapi apabila kerjaya memukau pandangannya, kesombongan mula merajai hatinya. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah, sejak saya mengenali ramai personaliti, para penerbit dan pengarah, kes sombong laknat inilah pertama kali saya hadapi dikalangan rakan saya sendiri. Dia menghina semua pekerja termasuk pekerja industri yang makan gaji la.. dan dia sahaja yang betul dan kaya kononnya. Ketika berkongsi masalah dengan teman-teman lain dalam industri, banyak yang setuju dengan pendapat saya bahawa 'apa yang digambarkan dalam sesebuah drama adalah intipati benar kehidupan manusia' . Nah.. dan terbukti gila glamour dan gila harta dunia. Ya Allah.. maafkan aku.. Dan apa yang ingin saya tegaskan disini ialah, tak perlulah kite berbangga-bangga dengan apa yang kite ada dan di anugerahkan, itu cuma sementara yang bakal menggoncang dunia jika kita sombong dan ini dilaknati oleh Allah S.W.T. ', itulah serba sedikit dari gambaran masyarakat di bulan Puasa nie. Sekiranya rakan saya ada terbaca coretan saya ini.. maafkan saya menulis dan meluahkannya kerana ini mewakili teman-teman wartawan dan rakan media lain yang meminta saya menulis di dalam blog.... bukan untuk mengutuk atau mengaibkan teman saya nie.. cuma meminta agar berubah.. dan jangan kerana sifat sombong laknatnya.. maka dia akan kehilangan semua perkara yang dia miliki.. ..

p/s: Saya tak mengaibkan sesiapa.. dan artikel ini tidak menyebut nama yang diklafikasikan.. cuma yang terasa maafkan saya

Salam Ramadhan...
Amy Ikram Ismail

Isnin, 8 September 2008

Antara Maruah, Cinta, Agama dan Persahabatan... Ayat Ayat Cinta'



‘Ayat Ayat Cinta’ Ungkap Erti Cinta dan Persahabatan..

Assalamualaikum semua..

Ini mungkin ulasan yang sudah terlewat merentasi masa.. tapi tak apa kan.. saya baru tengok.. ini lah yang saya dapat komentarkan..


‘Tidak rugi dan perlu ditonton oleh semua wanita muslim!’, itulah yang boleh saya katakan menerusi filem ‘Ayat Ayat Cinta’, sebuah karya terbaik arahan Hanung Bramantyo serta lakonlayar oleh Salman Aristo dan Ginatri S. Noer. Ini kisah cinta yang luar biasa yang perlu pengamatan anda dan ia penuh dengan dramatik insiden yang mengujakan perasaan dan minda anda.. Sesuai dijadikan tontonan anda pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Plot
Ia berkisar sebuah kisah cinta yang agak kronik melalui perwatakan Fahri Abdillah ( Fedi Nuril ) yang merupakan pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir dalam menyambung masternya. Di Mesir, Fahri bersahabat baik dengan Maria Girgis (Carissa Putri) dan persabahatan mereka ditunjangi dengan erti persahabatan yang tulus apatah lagi Fahri amat menghormati kemuliaan hati seorang wanita yang suci. Maria di sini amat mengkagumi budi pekerti Fahri yang disifatkan seorang pemuda muslim yang baik dan amat patuh pada ajaran agamanya. Maria dari segi perwatakannnya adalah seorang wanita beragama Kristian yang amat mengkagumi Ayat Ayat Suci Al Qur’an dan dari situlah pertemuannya dengan Fahri terungkap sedikit erti persahabatan yang ikhlas dan tersemat jua perasaan cinta pada mereka. Ini tidak digambarkan secara langsung oleh Maria, cuma ia hanya terungkap di dalam sebuah diari cinta yang penuh misteri tanpa pengetahuan Fahri. Dan persoalan ini cuba diungkap dan dileraikan oleh Aisyah, permata jiwa Fahri.

Pertemuan Fahri bersama Aisya (Rianti Cartwright) di satu persimpangan antara pergolakan permasalahan dunia di antara protagonist keagamaan yang menentang keras puak bukan Islam daripada kehidupan di dunia Arab, ini terjadi di dalam sebuah tren, lantas memaksa perkenalan pertama Aisya dengan Fahri akan berakhir kepada satu tahap yang akan mengujakan minda dan perasaan anda. Maruah wanita dihormati oleh Fahri yang membuatkan segenap perasaan setiap wanita terpaut pada ketampanan dan kemuliaan hati Fahri. Permasalahan besar yang pasti mengujakan minda anda apabila melihatkan kesanggupan seorang wanita bernama Aisya, yang sanggup mencari satu demi satu bukti siapa sebenarnya Fahri apabila Fahri difitnah dan dipenjarakan. Kesetiaan cinta Aisya pasti membuatkan anda menangis apabila kesanggupan wanita ini berkongsi rasa cinta dengan wanita lain dalam membebaskan Fahri dari hukuman gantung, ini terjadi dalam menyatukan cinta Maria dan suaminya Fahri.

Kekejaman cinta dan permasalahan kekeluargaan memaksa Noura Bahadur lakonan (Zaskia Adya Mecca) yang dirogol bapa angkatnya di Mesir membuatkan Fahri tidak senang duduk melihat wanita diseksa begitu rupa. Ini tidak dibalas budi oleh Noura yang sememangnya menyintai Fahri dalam diam dan dengan rasa dendam bapa angkatnya yang mengupah pembunuhan Maria, telah mengheret Fahri ke muka pengadilan atas pertuduhan yang dirancang , fitnah merogol Noura. Konflik demi konflik yang berlaku membuatkan saya teruja sedetik dengan pelbagai persoalan ‘adakah Fahri akan terlepas dari hukuman gantung’ akibat sistem kehakiman Mesir yang terlalu keras sifatnya.

Nurul Ja'far Abdur Razaq, (Melanie Putria) adalah rakan baik dari Indonesia yang sememangnya menyintai Fahri dan beliau tampil menceritakan perihal sebenar Fahri dari kaca matanya, walaupun terpaksa menipu yang dirinya juga menyintai Fahri.


Naratif




Ayat Ayat Cinta’, boleh diungkap sebagai sebuah kisah yang penuh trilogik dan amat complicated untuk dihayati, dan ia memerlukan pemerhatian yang lebih sempurna apabila anda menonton filem ini. Kisah cinta remaja yang berlandaskan hukum agama dihalusi dengan begitu indah menjadikan ‘Ayat Ayat cinta’ sebuah naskhah yang wajib ditonton terutamanya buat peminat filem di Malaysia, dan wajar dijadikan wadah anda dalam bulan Ramadhan ini. Pergaulan antara lelaki dan perempuan dengan batasan yang mengikut lunas-lunas islam ditampilkan begitu indah di dalam filem Ayat Ayat Cinta dengan barisan pelakon yang cukup versatile menjadikan ia sebuah karya yang perlu dihormati. Saya boleh katakan yang filem ini seperti filem Iran atau filem dari negara timur tengah yang cukup bagus dari segi naratif penceritaannya, apatah lagi pencahayaan sinematografinya dan muzik skornya cukup membantu perjalanan cerita filem ini yang menggunakan bahasa pengantar Indonesia dan sedikit dicampurkan bahasa Arab. Bagi anda yang menonton Ayat Ayat Cinta, anda seolah-olah meletakkan diri anda di dalam kelompok masyarakat tersebut yang penuh dengan ranjau dan duri terutama di tengah-tengah Bandar Mesir yang penuh dengan segala pergolakan. Kaum wanita dilayan begitu istimewa dan adakalanya tidak dan ini digambarkan pada pemikiran Fahri yang tidak sanggup melihat titisan air mata seorang wanitapun dihadapannya. Ini membuatkan ramai wanita terpaut pada ketampanan dan kemuliaan hati Fahri yang sememangnya dilahirkan mempunyai perasaan sedemikian. Rasa cinta dalam persahabatan terjadi pada Maria, yang sukar melafazkan bait-bait cinta melalui kata-kata dan hanya diadaptasikan melalui gerak hati yang diukirkan di dalam sebuah diari merah miliknya, yang akhirnya hanya tinggal kenangan walaupun impian memiliki Fahri hanya sedetik cuma. Layanan terhadap wanita hanya mulia disisi Fahri, tetapi ia terjadi amat kejam pada Noura yang menjadi mangsa habuan seks bapa angkatnya. Lantaran itu, memaksa Noura berdusta di Mahkamah bahawa Fahri memperkosanya, dan ini tidak dapat direalisasikan dendam bapa angkatnya apabila Maria muncul di muka pengadilan di saat-saat getir perbicaraan tersebut bagi membuktikan yang Fahri tidak bersalah. Ini merisaukan bapa angkatnya yang gagal merancang pembunuhan Maria dan akhirnya ia terjerat dengan sikap ketamakkannya sendiri. Perasaan demi percintaan yang memaksa Aisya mencari bukti sebenar adakah suaminya, Fahri bersalah atau strategi yang dirancang bapa angkat Noura?. Semuanya akan terjawab dalam sebuah filem yang pasti membuatkan anda menitis air mata menghayati bait-bait lirik lagu dengan sebuah kisah yang menyayat hati.. Ayat-Ayat Cinta semestinya resepi anda dan wajib ditonton oleh semua gadis muslim diluar sana..

Salam keikhlasan.. Ramadhan Al Mubarak
Amy Ikram Ismail