Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 29 September 2008

Aidilfitri TM 2008 : Iklan Raya Osman Ali



Dalam beberapa hari lagi, umat islam seluruh Malaysia akan menyambut perayaan Aidilfitri yang akan jatuh pada 1 Oktober 2008. Sehubungan dengan itu, boleh dilihat pelbagai program bakal disajikan beberapa buah stesen tv tempatan milik kerajaan mahupun stesen tv berbayar. Di dalam kesibukan membuat persiapan raya, baru-baru ini saya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada rakan media bahawa pengarah tersohor, Osman Ali tampil dengan iklan komersial Aidilfitri untuk ditayangkan di beberapa buah stesen tv bermula hari ini sehinggalah menjelang perayaan Aidilfitri 2008. Iklan Raya terbitan Nuansa Film itu kerjasama TM dan di arahkan oleh Osman Ali ini mengisahkan seorang bapa yang membawa pulang anak dan isteri untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman walaupun tanpa kedua-dua datuk dan nenek. Perjalanan cerita filem iklan ini lebih menjurus kepada kasih sayang sesama insan antara anak dan bapa yang sudah lama tidak pulang ke kampung dan kepulangan mereka adalah sekadar untuk mengimbas kenangan menyambut aidilfitri tanpa bangunan pencakar langit, kesibukan kota, pencemaran alam dan sebagainya. Pencahayaan sinematografi pada keseluruhan filem iklan ini wajar dipuji kerana mood yang ditampilkan dan dipersembahkan melalui susunan plot penceritaan adalah lebih memfokuskan kepada subjek sebuah keluarga, suasana kampung dan elemen kasih sayang yang menjurus kepada sesebuah emosi. Penampilan adik Haziq, pelakon muda cilik daripada rancangan Tom Tom Bak di dalam filem iklan ini membuktikan kepada kita semua bahawa, walaupun lahir daripada rancangan talkshow, namun adik Haziq mampu menghayati watak yang diberi.Tetapi apa yang menjadi persoalan saya ialah, adakah pelakon lelaki yang memegang watak sebagai bapa Haziq dalam iklan ini ialah merupakan pelakon lelaki utama filem kontroversi 'Bukak Api'. Jikalau tidak benar, maafkan saya kerana wajahnya seakan-akan sama. Justeru, walaupun dengan lahirnya iklan Osman Ali ini untuk perayaan Aidilfitri, namun saya masih menantikan apakah Yasmin Ahmad tidak mempunyai iklan rayanya pada tahun 2008 ini?.

P/S: Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri..maaf zahir batin..Antara iklan yang melekat di minda saya ialah iklan ‘burung murai dan iklan cekodok KTM Adibah Noor’.. syabas pada Yasmin dan juga Abang Osman Ali… kedua-dua karyawan filem yang saya sanjungi…

0 comments :