Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Jumaat, 12 September 2008

MALAM INI : Fenomena Seni bersama Mufti Perlis


Perhatian buat semua Karyawan Filem, Penulis Blog dan Peminat Industri

Malam ini, pukul 10.00 hingga 11.00 malam bertempat di Angkasapuri RTM, secara langsung di TV1, Fenomena Seni membawakan 'Media Baru Di Hujung Jari' bersama Mufti Perlis yang cukup sinonim dengan isu-isu dunia hiburan termasuk isu yang membabitkan dunia seni, filem dan muzik. Jangan lupa ikuti temubual secara ekslusif ini di RTM1.



Untuk makluman anda, Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini merupakan Mufti Perlis yang banyak menyumbangkan idea dan pemikiran dari konteks islam mengenai industri filem tempatan. Tidak lama dahulu, pandangannya terhadap filem Melayu tempatan yang cenderung memaparkan perkara yang negatif dalam visual yang dipaparkan juga turut menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah karyawan filem tempatan.. Oleh itu, malam ini temulah janji anda bersama beliau di RTM 1.

3 comments :

nnti upload @ utube tau!.. X sempat nk tgk laa..

sama la jugak.. tak sempat nak tgk lagipun pada malam yang sama ada jemputan berbuka puasa kat umah member.. balik lambat..tak pe nanti i cuba tgk kat rtm punye website siri ulangan.. kalau tak de kena kol member i kat rtm.. huhuhu

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.