Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 16 September 2008

Memory of Comolot Story..

PENGHARGAAN KHAS BUAT TEAM PRODUKSI COMOLOT 2007 SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK


Alhamdulillah.. boleh aku katakan untuk 'comolot' dan team produksinya. Walaupun sudah setahun filem comolot dihasilkan, impaknya masih dirasai oleh aku terutama dalam membaca pelbagai kritikan dan komen malahan cemuhan bersikap 'tidak rasional' dikalangan pengkritik-pengkritik filem yang melihat 'comolot' dari pelbagai sudut. Terima kasih atas pandangan anda terhadap filem comolot ini. Pada en Hishamuddin Rais, terima kasih atas kepercayaan dirinya dalam memberikan peluang pada aku untuk berkarya sebaik mungkin walaupun ia mencabar pemikiran sesetengah manusia yang tidak boleh menerima konsep yang aku tampilkan, kononnya aku mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram. Walaupun telah dijelaskan dalam artikel-artikel sebelumnya, yang aku menghasilkan comolot adalah sebagai gambaran kisah perjalanan kehidupan manusia dari sisi gelap untuk renungan bersama, masyarakat kite cepat melatah dan menuduh aku dengan pelbagai-bagai andaian. Namun aku sedar bahawa tidak semua perkara yang kite buat dan paparkan itu dipersetujui ramai.. susahkan nak membuka mata masyarakat kita menontonnya. dan apa salah aku menghasilkan cuma ia sekadar kisah pendek.. bukan filem lucah..







Aku juga perlu ucapkan banyak-banyak terima kasih buat Along dan Bell yang sudi sponsor kostum pengantin yang cantik-cantik untuk dimuatkan di dalam filem comolot ini, serta masakan yang sedap-sedap untuk semua team produksi comolot walaupun hampir setahun berlalu, aku hargai semua itu!! Kalau pembaca semua nak tau, yang pegang watak 'Tok Imam' itu adalah Along, penaja utama kostum pengantin dalam filem comolot..





Kepada para pelakon kesayangan aku, Mia Sara, Ben Quariel dan pelakon yang tidak asing lagi jejaka idaman Malaya, Remy Ishak tahniah atas lakonan anda yang telah berjaya menyuntik minda penonton kita yang masih tidak mempercayai yang 'comolot' adalah lakonan sebaliknya tuduhan berasas yang tiada etika boleh didapati dalam mana-mana blog picisan berkaitan filem ini.





Aku begitu teruja atas kesungguhan Remy Ishak dalam menghayati watak yang diberi walaupun beliau was-was pada mulanya, kerana 'comolot adalah isu yang panas' dan dengan sikapnya yang berkarisma aku amat respect akan kebolehan Remy Ishak dalam menghayati pelbagai watak, walaupun beliau dikritik hebat kerana watak Danial dalam filem comolot. Dan dengan keberaniannya lihatlah betapa hebatnya Remy Ishak sekarang dengan lakonan-lakonannya dalam semua drama dan filem. Tahniah Remy..





Siapa yang tidak kenal dengan anak muda ini kan.. dialah Ben Quariel atau Ariel yang merupakan bakat muda yang aku gilap dalam filem comolot. Ben Quariel merupakan watak yang tidak banyak bercakap dan hanya membisu dalam filem comolot.. kata orang watak 'bottom', itu hanya lakonan yang telah membuka mata ramai pihak. Ada yang suka dan ada yang tidak.. Apa-pun tahniah atas keberanian u all dalam menerima skrip comolot dahulu..






Mungkin ada orang cakap kenapa baru sekarang aku nak buat ucapan ini. Ini adalah ucapan khas dari seorang pengarah buat team produksinya. Bahkan ia bulan mulia, wajarlah kite bermaaf-maafan sesama kite dalam mengeratkan tali persaudaraan kite sebagai orang islam. Kalau tak de pengarah sinematografi, sesebuah filem tak akan berjaya memaparkan visualnye. Pada En Tayanithi Ramanujem, terima kasih atas sumbangan idea dalam memberikan shot-shot yang terbaik untuk filem comolot.. dan dialah seorang pelapis sinematografi akan datang..





Pada Produser bersama En Sharavanan Rajendran, yang sudi bekerjasama bersama aku dalam menjadikan 'comolot' sebuah realiti yang kini masih lagi aku rasa dipertikaikan ramai pihak.. Pada keluarga aku, terima kasih atas sponsor kewangan yang beribu-ribu untuk aku membikin portfolio aku ini.. dan juga pada kolej aku.. thank's kerana memahami kehendak aku.. Pada mana-mana pihak yang tersinggung atas kewujudan filem comolot ini.. walaupun ia filem pelajar.. maafkan aku.. aku tidak berniat untuk menjatuhkan atau memalukan mana-mana pihak. Dan aku berharap penjelasan panjang lebar ini tidak akan lagi ada pertikaian dari mana-mana pihak. Ingatlah ini karya pertama aku..





Penampilan Zahiril Adzim sebagai pelakon undangan sedikit sebanyak mewarnai filem comolot ini. Di dalam filem comolot, beliau memegang watak sebagai pasangan gay yang mandi di kolam bersama Fared @ ayam. Untuk pengetahuan anda, Zahiril atau Bob ini merupakan graduan ASWARA yang kini bakal menyinar di dalam filem KAMI yang akan ditayangkan dipawagam.

Pada Budiey dari Sensasi Selebriti dan Ajami Hashim yang tidak habis-habis bertanya pada aku.. bile comolot nak disambungnya?. Tunggulah ye.. bukan mudah untuk mereka karya baru... tersilap sikit kecoh negara..







wassalam
Salam Ramadhan Al Mubarak pada semua team produksi COMOLOT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..

0 comments :