Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 27 September 2008

‘Satu’, ungkap Erti Kasih Dan Sayang’..


* gambar adalah sekadar hiasan.. Rozie Rashid merupakan pelakon utama filem pendek SATU arahan Zulman Zeki Supardi.


• Terpilih memasuki Program Karyawan Muda
• Disiarkan di dalam portal Murai.com, Skrin Amatur




Antara kasih dan sayang seorang anak pada ibunya, cintanya cuma satu : dramatik insiden yang memerlukan kesabaran menghayatinya’, adalah intipati yang tepat boleh digambarkan menerusi naskah ‘Satu’, sebuah filem pendek 11 minit arahan Zulman Zeki Supardi. Filem yang diterbitkan oleh AFM Production untuk ASWARA ini telah pun ditayangkan sempena Penilaian PETA Filem 2008, Julai yang lepas di panggung Aswara. Filem yang mengisahkan seorang anak kecil dan ibunya, lakonan Rozie Rashid ini hidup dengan penuh kasih sayang. Filem yang berlatarbelakangkan sebuah kehidupan ditengah-tengah kemodenan masyarakat Malaysia ini mempunyai pergolakan jiwa si anak kecil yang memaksa ibunya mengotakan janji untuk memiliki sebuah kereta mainan @ barang mainan, sehinggakan kedua-duanya terpisah pada jalur kehendak yang tidak ketara. Pembukaan filem ini amat menarik dengan visual paparan sebuah layang-layang kertas terbang diudara yang mengikut hembusan angin di angkasa. Sungguh mendalam maksudnya. Paparan visual tersebut menggambarkan si anak kecil hidup dengan kesunyian tanpa berteman, walaupun dia masih ada ibu yang menyayanginya. Impian cuma satu ingin mendapatkan apa yang dimilikinya, walaupun si ibu tidak mampu mendapatkannya atas sebab-sebab tertentu. Kedegilan rasa si anak kecil membuatkan perlarian jiwa pada kehendak yang tidak terkota sehinggakan satu dramatik insiden berlaku di tengah-tengah jalan raya, membuatkan jiwa yang kacau tadi memberontak, layu, sedih sehinggakan patah bergelora. Apa yang disangka tidak sebenarnya. Bukan ibunya, tetapi perempuan lain yang maut ditengah jalan, yang pakaiannya hampir sama. ‘Anak mana yang tidak sayang ibunya kan?’. Si anak kecil melarikan diri pulang kerumah dengan rasa hampa, menyesal dan teramat sedih. Klimaks filem ini agak menjadi dan sasaran kehendak penonton adalah intipati sang sutradara filem ini yang berjaya menyuntik elemen ‘kasih sayang’ sebagai naskah air mata garapannya. Si ibu muncul membuka pintu rumah lalu memeluk si anak kecil yang kehausan kasih sayang dan barang yang diimpinya di buang, Cuma satu yang diingini kini adalah ibunya. Itulah kisah yang melodrama air mata garapan pengarah muda, graduan akhir Akademi Filem Malaysia, yang kini ASWARA, Zulman Zeki Supardi. Filem ini khabarnya telah menyertai Pertandingan Filem Pendek ‘Program Karyawan Muda’ anjuran Filem Negara Malaysia dan RTM ini, kini ditayangkan secara online di dalam portal murai.com untuk Skrin Amatur Astro. Tahniah buat zulman.

p/s: Saya masih menantikan DVD filem SATU ini bersama JPEG Poster filem ini untuk diupdated masuk ke dalam Artikel ini daripada pengarahnya. Mana Zul?.

0 comments :