Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 28 September 2008

Upin & Ipin.. Animasi Malaysia Bertaraf Antarabangsa..


Bangunkan Sinema Animasi 3D Tempatan

Sejak diperkenalkan pada tahun lepas, Les’Copaque Production yang dibarisi beberapa tenaga kreatif muda memperkenalkan produk animasi mereka, Upin dan Ipin. Animasi Malaysia ini mula menemui khalayak penonton pada tahun lepas, dan di siarkan sepanjang bulan Ramadhan di saluran TV9 Dekat Di Hati. Namun begitu, Animasi Upin dan Ipin ini mula mendapat tempat di hati penonton-penonton bukan sahaja berbangsa Melayu, malahan ia menjadi animasi 3D yang cukup popular dan tinggi ratingnya di Malaysia. Kanak-kanak malahan orang dewasa sehingga pelbagai lapisan peringkat umur amat menggemari animasi Upin dan Ipin. Ketika ditanya pada sesetengah penonton, kenapa mereka menggemari animasi ini?. Katanya, ia lain daripada animasi Malaysia yang lebih menjurus kepada pergerakan 2D atau lukisan grafik biasa. Upin dan Ipin mempunyai banyak mesej yang tersurat malahan yang tersirat, apatah lagi isu dan fokusnya adalah lebih kepada bulan Ramadhan itu sendiri.



Berbelanja lebih jutaan ringgit, Animasi 3D Maya ini bakal menemui khalayak penonton di semua pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2008 ini. Upin dan Ipin, melalui tajuk ‘Geng: Misteri Hantu Durian’ yang di arahkan oleh pengarah muda, Nizam Razak yang diterbitkan oleh produksi Les’Copaque Production ini mengisahkan suka duka kehidupan segelintir masyarakat kampung yang divisualkan secara 3D, apatah lagi karektor utama Upin dan Ipin yang sangat comel rekaan 3Dnya. ‘Unik, Fantastik dan Kreatif’, adalah intipati yang tepat boleh digambarkan menerusi 3D Upin dan Ipin ini. Animasi ini boleh disifatkan sebagai animasi Malaysia bertaraf antarabangsa, dan ia telah mewarnai sinema animasi tempatan yang dahulunya ketandusan idea kreatif, tetapi kemunculan Upin dan Ipin, sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran sesetengah pihak terhadap perkembangan sinema animasi negara.


Walaupun kemenangan Upin dan Ipin pada tahun lepas di Festival Filem Kuala Lumpur Antarabangsa ( KLIFF 2007) dalam kategori Filem Animasi terbaik yang mengalahkan ratusan penyertaan daripada pelbagai kolej atau produksi animasi Malaysia, kemunculannya setiap episod walaupun di kaca TV masih dinanti-nantikan khalayak penonton walaupun sekadar 5 minit tayangan. Justeru, sebagai warga negara Malaysia dan warga filem khususnya, patut berbangga dengan perkembangan sinema tempatan kita yang mula menunjukkan perkembangannya dari semasa ke semasa. Dan harapan warga filem, akan lebih banyak lagi filem-filem berkualiti dan kreatif ditampilkan pada khalayak penonton dari semasa ke semasa. Insya-allah.

p/s: Tak sabar rasanya nak menunggu Animasi Upin dan Ipin di layar lebar pawagam. Ingat.. hanya penonton yang menyintai dunia filem tidak kira animasi atau tak.. hanya menonton dipawagam sahajalah anda dapat menilai pelbagai aspek tanpa gangguan sesebuah filem.. Kalau diberi pilihan.. saya lebih suka ke pawagam daripada membeli DVD sesebuah filem.. kekuatan sesebuah filem hanya akan nampak di layar lebar okay..

0 comments :