Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Jumaat, 31 Oktober 2008

Wajarkah Filem Pendek Di Tayangkan di Pawagam?...

Wajarkah sesebuah filem pendek garapan beberapa pengarah muda di tayangkan di semua pawagam di Malaysia? Dan ia ditayangkan sebelum sesebuah filem komersial itu menemui khalayak di layar skrin. Atau perlukan satu pawagam seperti pawagam Digital International Screen GSC mengiktiraf sesebuah filem pendek untuk ditayangkan sepertimana filem digital lain? Mungkin ini persoalan yang kurang difikirkan oleh sesetengah pihak terutama dalam industri perfileman Malaysia, yang lebih memfokuskan tentang pasaran filem komersial sahaja, dan filem pendek dibiarkan terperap dan hanya menyertai beberapa festival filem luar. Kenapa?. Kerana ia indipendent dan rata-ratanya hanya sebuah filem art dan tidak ada unsur komersial dalam sesebuah filem pendek?. Atau mungkinkah sesebuah filem pendek hanya memaparkan unsur realiti berlandaskan kontroversi yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan ia perlu ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia?. Sekiranya ini terjadi, ia sedikit sebanyak menganggu kreativiti pembikin filem dalam mengentengahkan sesuatu isu kepada khalayak.

Walaupun tidak ditayangkan di pawagam, sesebuah filem pendek juga ada diantaranya diupload masuk atau ditonton dalam laman video popular youtube. Yang terbaru, dengan kerjasama FINAS dan Astro, telah mengadakan Skrin Amatur yang mengiktiraf pembikin filem muda untuk menyertai program ini sehinggakan video dan filem mereka disiarkan di laman murai.com. Bukan itu sahaja, banyak jugak acara dan aktiviti menarik turut diadakan bagi menayangkan sesebuah filem pendek untuk dikongsi bersama buat peminat-peminat filem, sepertimana aktiviti yang telah dijalankan oleh Rantai Event, Maskara Shorties, Karyawan Muda dan sebagainya. Akan tetapi, sebanyak mana daya usaha pembikin filem kita untuk mengetengahkan hasil karya mereka, terdapat juga segelintir pihak akan menuding jari seandainya sesebuah karya itu cuba memaparkan suatu yang realiti sebenar-benarnya berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Menjadi pembikin filem pendek sangat mencabar bagi sesetengah individu, kerana kita memerlukan kreativiti yang lebih, dalam merencanakan pemikiran melalui paparan visual yang cuba ingin kita sampaikan. Di Malaysia, boleh dikatakan ramai pembikin filem muda yang hanya dikenali melalui filem-filem pendeknya sahaja. Ada di antara mereka telah menyertai beberapa festival filem luar negara, sehinggakan memperolehi beberapa anugerah di sana. Namun begitu, sekiranya ada pihak yang tampil memberikan pandangan bahawa 'wajarkah filem pendek ditayangkan di pawagam sebelum sesebuah filem bermula', nescaya pandangan anda mungkin akan menjadi realiti atau fantasi semata-mata.

Justeru, mewakili semua pembikin filem muda di Malaysia saya merasakan satu hari nanti mungkin industri filem Malaysia akan menayangkan filem pendek di pawagam sebelum filem bermula. Ini sekaligus akan memberikan daya usaha khususnya buat semua karyawan muda untuk mempersembahkan naskhah yang benar-benar boleh dikongsi bersama. Tetapi, perlukah ia ditapis dibawah LPF?, sekiranya filem pendek itu hanya 5 minit ke 10 minit?. Mungkin ia satu tamparan yang hebat buat pembikin filem kita, sekiranya filem pendek mereka mempunyai beberapa shot yang mencabar minda ataupun mempunyai perilaku yang amat sensitif. Atau selepas ini banyak filem pendek akan memaparkan falsafah yag tinggi dengan kritikan yang tersirat, sepertimana filem 'Kala Malam Bulan Mengambang', yang ditafsirkan sebagai sebuah naskhah yang menyingkap pergolakan institusi pentadbiran negara khususnya Kerajaan Malaysia, demi menutup hipokrasi sesetengah pihak, supaya tidak terjadi kontroversi. Oleh itu, sebelum saya menutup bicara ini, persoalan yang ingin saya kongsikan dengan anda 'perlukah sesebuah filem pendek ditayangkan di pawagam, walaupun sekejap cuma sebelum sesebuah filem lain ditayangkan?.' Sekiranya ia benar-benar dilaksanakan, mungkin bertuah bagi anda membuat filem pendek dan ditonton oleh semua penonton. Atau 'kreativiti sesetengah darinya akan terhalang' seandainya filem pendek ditayangkan dipawagam, dan anda akan terhad pemikirannya dalam memaparkan suatu yang gempak untuk santapan minda penonton, kerana risiko 'itu tak boleh... ini tak boleh' akan berlaku dalam sinema kita jika filem pendek di bawa masuk ke pawagam.. Wallahuallam..

p/s: ada berani membuat filem pendek bertemakan 'realiti'.. kerana sekiranya kontroversi mulalah pelbagai pihak tampil mengutip dana kerana miskin..daripada kita yang baru nak bertapak..

Khamis, 30 Oktober 2008

Klon Datuk Siti Nurhaliza ?.... Ferry Seri Karisma Soundrack...

'Bakatnya yang luar biasa... mampukah ia menjadi seperi Datuk Siti Nurhaliza?'


Ferry Seri Karisma..
nama yang cukup asing dalam dunia nyanyian di Malaysia. Namanya hanya dikenali sebagai make-up artist drama-drama tempatan di bawah produksi Rashid Sibir. Sentuhan magisnya pada wajah selebriti terkenal meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama dihati menonton yang menyaksikan solekan pelbagai jenis pada wajah para pelakon yang membintangi pelbagai drama arahan sutradara drama air mata 'Rashid Sibir'. Namun, kerjaya dalam kariernya bukan setakat itu saja, malahan Ferry kini mencipta nama pula sebagai pelakon utama bagi drama 'D'Debab' yang telah disiarkan di saluran Astro Ria beberapa bulan yang lepas. Drama yang mengisahkan seorang lelaki lembut yang mempunyai suara seakan-akan wanita ini telah meminjamkan suaranya pada adiknya untuk dimuatkan dalam album adiknya untuk menjadi seorang penyanyi terkenal. Ini telah mebuatkan dirinya bangkit atas naluri sendiri untuk memperkenalkan dirinya pada khalayak supaya mengetahui bahawa dialah yang menyanyikan lagu itu bukan adiknya. Kalau anda yang terlepas menonton drama D'Debab ini, anda mungkin akan terasa kerugiannya, kerana inilah sebuah kisah benar disebalik suara emas, Ferry Seri Karisma yang seakan-akan suara penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza. Anda tidak percaya? Bolehlah menonton klip video yang dihasilkan oleh Opera Klasik dan Rashbir Media untuk drama D'Debab lakonan Ferry Karisma, Enot, Fauziah Gous, Syanie dan ramai lagi.

DIA.. theme song for D'Debab telemovie directed by Rashid Sibir.. Artist : Ferry Seri Karisma..


Video klip ini adalah dinyanyikan oleh Fery Seri Karisma sendiri, bukan di miming atau suara orang lain. Inilah suara sebenarnya.. Sebelum ini, Ferry pernah menyanyikan lagu berjudul Kasihku, ciptaan Onie yang jugak disiarkan di dalam drama tersebut.


Kasihku.. Single by Ferry Seri Karisma..



Percayakan?. Itulah kedua-dua lagu nyanyian Ferry yang katanya bakal meletup dipasaran siber nanti. Ingat jangan membuat spekulasi bahawa, dia adalah klon Siti. Tetapi, itulah suara sebenar beliau apabila mengalunkan lagu-lagu nyanyian bintang ternama, Siti Nurhaliza.. Mesti ramai yang cakap.. 'eh macam sitilah'.. tapi tak de lah.. itu suara emas yang dianugerahkan kepada Datuk Ferry.. eh bukan Ferry Seri Karisma la...

p/s: pada komposer baru yang nak buat lagu untuk drama ker apa ker, kalau nak cari suara mcm siti.. inilah orangnya... kelaskan...?

Rabu, 29 Oktober 2008

D.O.P terkenal kini blogger?.


Sinematografi terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang hasil karyanya boleh dilihat menerusi filem-filem arahan beberapa sutradara di Malaysia, kini beralih pula ke dunia penulisan blog melalui blog rasminya http://rajamukhriz.blogspot.com. Walaupun baru sebulan bertapak di dalam dunia penulisan blog, saya merasakan blognya pasti akan dilayari oleh pengikut-pengikut setianya, sepertimana blog beberapa pengarah terkenal yang cukup tinggi ratingnya, antaranya Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid. Blog yang diberi judul D'Reincarnation ini telah pun beroperasi sejak Oktober 2008 lalu yang merupakan catatan harian atau diari dari Raja Mukhriz untuk tatapan para peminat filem dan blogger yang lain. Boleh dikatakan sudah menjadi lumrah di Malaysia mahupun di mana-mana negara sekalipun, blogger merupakan medan utama atau lapangan kerja sementara yang menyingkap isi hati, perasaan dan naluri seseorang manusia dalam menyampaikan sisipan kreativiti masing-masing untuk dikongsi bersama. Ia bukan catatan kosong, malahan ada sesetengah dari blogger menjadikan dunia penulisan blog sebagai teman berbicara mereka dalam mengungkap sesuatu perkara untuk dikongsi di layar siber.

Di dalam industri perfileman Malaysia, blogger merupakan salah satu aspek terpenting bagi seseorang individu dalam mempromosikan sesuatu produk untuk memperkenalkan hasil kerja mereka untuk dikongsi bersama. Ada sesetengah daripada mereka menjadikan blog sebagai senjata mempertahankan diri, malahan ada juga di antara mereka menjadikannya sebagai medan permusuhan antara satu sama lain. Namun begitu, dengan kemunculan blog Raja Muhkriz ini, saya pasti ia akan menarik lebih ramai lagi pembaca terutamanya pelajar filem, peminat industri mahupun seseorang individu untuk mengenali dengan lebih dekat lagi, siapa sebenarnya Raja Mukhriz yang dianggap antara Top 10 Sinematographer di Malaysia. Oleh itu, untuk makluman anda, Raja Muhkriz kini dalam pembikinan filem sulung arahannnya yang berjudul Ransan untuk layar skrin pada tahun 2009. Sama-samalah kita berdoa agar filemnya nanti berjaya jua direalisasikan. Insya-allah.

p/s : saya masih menantikan jikalau ada blog Osman Ali suatu hari nanti.. mana tahu kan.. jikalau ada.. khabar-khabarkan..... kata teman saya 'buat apa kau nak tulis blog?', buang masa!', jawab saya 'kalau ada orang yang nak baca ok lah.. kalau tak.. aku tak leh paksa kan..'.. ini hak aku.. kalau tak suka.. diam!!!.. huhuhu.. selamat datang buat semua blogger baru...

Selasa, 28 Oktober 2008

PTPTN.. caj perkhidmatan yang tinggi?


RENUNGKANLAH...

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Kite tukar topik lain pulak ye.. Daripada ulasan berkaitan filem dan aktivitinya, kini pula saya singkapkan kepada anda tentang pinjaman PTPTN dan caj perkhidmatannya. Anda pernah meminjam pinjaman PTPTN tak?. Mesti ada di antara anda pembaca semua, kini berperang untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN secara ansuran bulanan seperti yang ditetapkan oleh perbadanan tersebut dalam mengutip dana yang diberikan kepada yang layak. Caj perkhidmatan PTPTN boleh dikatakan amat tinggi keuntungannya kepada pihak perbadanan tersebut. Daripada pinjaman RM 10,000 ringgit hinggalah kepada RM 50,000, pihak perbadanan tersebut tersebut tetap memberikan caj perkhidmatan mengikut jumlah pinjaman yang diberikan. Sebagai contoh, sekiranya anda meminjam RM 10,000 sebagai pinjaman pendidikan anda, tempoh yang perlu dilaksanakan pembayaran adalah 5 tahun, anda perlu membayar RM 25.00 dalam caj perkhidmatannya setiap bulan hinggalah tempoh pembayaran pinjaman berakhir. Jadi anda perlu membayar kira-kira RM1,000 keuntungan lebih kepada PTPTN, ini bermakna anda harus membayar RM 10,900 atau RM 11,000. Wajarkah ini terjadi atau perlu sebagai caj perkhidmatan?. Ini bayaran bunga yang perlu jugak anda selesaikan demi memartabatkan pinjaman untuk generasi akan datang.

Justeru, kepada anda yang berhajat untuk membuat pinjaman PTPTN untuk anak anda mahupun diri anda sendiri demi masa depan pendidikan yang gemilang, fikirkanlah samada anda ingin membuat pinjaman atau tidak daripada perbadanan tersebut, kerana apabila anda menamatkan pengajian anda harus membayar pinjaman yang diberikan, dengan caj perkhidmatan yang tinggi, kalau tidak tindakan undang-undang akan di ambil. Ingat, pinjaman mesti di laksanakan demi generasi akan datang, katanya.

P/S: Pada Ibuk Hanim Dewi, kamu harus laksanakan jugak pembayarannya, kerana kalau nggak.. kamu akan diheret ke mahkamah... katanya at least bayar RM 50.00 pun tak pe.. jadi.. kalau mcm tue.. sampai mati pun takkan abis. huhuhu


Isnin, 27 Oktober 2008

Maskara Shorties... Sekadar Tayangan atau Festival?.


5 Hari lagi... Maskara Shorties yang dijadualkan 1 November 2008 akan muncul.. Satu tayangan yang menghimpunkan 20 filem pendek daripada pembikin filem muda akan diadakan. Daripada rata-rata karyawan muda yang menyertai tayangan tersebut, nama Mamat Khalid juga tersenarai di antara karyawan yang menyertai Maskara Shorties ini. Juga tidak terkecuali, blogger sensasi, Ajami Hashim juga turut membuat tayangan perdananya untuk karya berjudul 'SMS' pada 1 November 2008 di Rumah Pena, 8.00 malam. Tayangan perdana itu mengalu-alukan semua karyawan filem, pelajar dan pengkritik filem untuk sama-sama menyaksikan kira-kira 20 filem pendek yang berdurasi beberapa minit sahaja. Pada malam tersebut, juga di adakan khabarnya, sesi temubual antara setiap karyawan yang menayangkan filem mereka pada malam tersebut. Namun persoalan di sini, apakah program seperti ini adalah satu festival yang akan diadakan setiap tahun terutamanya buat para blogger dunia hiburan dalam menyampaikan isi hati mereka melalui setiap karya yang dipersembahkan?. Oleh itu, di mana pulak karya setiap pembikin filem daripada ASWARA tidak pun nampak dalam penyertaan untuk Maskara Shorties ini. Cuma yang kelihatan adalah karya Bennylita Nasuti Ramlee, menerusi filem komedi, Hari ini Hari Bodo Saya Cik. Adakah program seperti ini adalah tayangan suka-suka yang kurang menarik perhatian karyawan muda daripada sekolah perfileman tersebut?. Atau.. tayangan percuma kurang sengitnya?. Namun, bagi saya program seperti Maskara Shorties ini perlu disertai oleh ramai lagi pembikin filem muda daripada semua sekolah filem di Malaysia, kerana inilah tempat anda untuk berkongsi citarasa dan idea. Sesungguhnya ingatlah jangan membuat andaian bahawa 'filem pendek adalah hak organisasi sesebuah sekolah filem dan tidak dibenarkan membuat tayangan sesuka hati?. kononnya ia adalah hak penyiaran!'. Non-sense and Stupid answer!!. Jikalau macam tue lah kan.. kite buat filem dan simpan dalam almari kaca sahaja. Wallahuallam...

p/s: pada yang membuat tayangan pada malam tersebut. good job.. nanti amy dtg ye.. namun ada yang bertanya pada saya.. 'tak nak masukkan comolot ker'.. 'aduh..! nak mampos?', kata saya.. cukuplah dengan satu dan dua kontroversi.. nanti tak pasal2.. yang dengki dan tak puas hati tue.. bangkit lagi isu nie.. mana tau next year.. saya akan hasilkan filem pendek lain pulak ye.. bye..

Sabtu, 25 Oktober 2008

Yasmin Ahmad New Commercial... Deepavali Petronas



Happy Deepavali!! buat semua blogger, rakan-rakan dan pembaca setia blog ini. Sempena Deepavali Day's yang akan disambut pada isnin ini 27 Oktober 2008, saya ingin membawakan anda kepada satu commercial video terbaru untuk Deepavali 2008 ini. Ia merupakan produk terbaru Petronas yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad. Hebatkan.. setiap tahun pada musim perayaan, Yasmin Ahmad tidak terkecuali daripada menghasilkan video komersial untuk Petronas.. Namun, apakah tidak ada karyawan muda lain yang mahu menghasilkan video commercial untuk setiap perayaan di Malaysia?. Jika ada... agensi seperti FINAS boleh membantu anda merealisasikan impian setiap karyawan atau pembikin filem muda yang mahu mencari tapak dalam industri filem di Malaysia.. Apa lagi... sahutlah cabaran dengan membawa proposal kepada mereka. Pastikan ia ada nilai kemanusiaan yang tinggi .. okay... Salam Divali buat semua rakyat Malaysia..

p/s: Semua Rakyat Malaysia dijemput hadir pada 2 November ini pukul 2.00 petang di Brikcfield.. dekat ngan padang dekat KL Sentral.. ada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008.. jangan lupa. Pelbagai acara menarik di sediakan

Jumaat, 24 Oktober 2008

'satu short film'... Naskhah Terbaik Zulman Zeki di Malam Murai.com


oleh: Amy Ikram Ismail


21 Oktober lepas, portal online terkenal murai.com, dibawakan khas oleh Astro dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan Malam Skrin Amatur dengan menobatkan filem pendek, SATU arahan dan lakon layar, sutradara muda Zulman Zeki Supardi sebagai filem pendek terbaik dengan mengalahkan hampir 50 penyertaan filem pendek online dari ratusan dan puluhan karyawan muda di seluruh negara. Filem yang diterbitkan oleh AFM Production untuk ASWARA ini mengisahkan seorang budak lelaki yang terperangkap dalam jalur kasih sayang antara dirinya dan ibunya, lakonan Rozie Rashid yang akhirnya terpisah dan bersatu semula dalam antonasi yang mengujakan minda dan perasaan setiap khalayak yang menonton filem ini.



Plot dan naratif

'Satu', sebuah naskhah yang mempunyai plot dan naratif yang agak kuat untuk ditafsirkan pada pemikiran manusia kerana plotnya adalah tertumpu kepada kasih sayang antara seorang anak dengan ibunya. Ia dikupas dengan begitu drastik dan agak teliti melalui susunan penceritaan filem ini yang lebih menjurus kepada sebuah kasih sayang antara sebuah keluarga melalui jalur ikatan yang begitu melodrama tragik sehinggakan mood dan rasa dalam setiap susunan visual itu mencapai kehendak dan tema yang diinginkan. Pembukaan filem ini cukup berseni dan mendalam maksudnya, dengan paparan layang-layang kertas ditiup angin dan melambai-lambai diudara mengikut rentak cerita yang cuba disampaikan oleh sutradaranya. Visual layang-layang yang dipaparkan pada pembukaan filem dan pertengahan ini mentafsirkan bahawa watak anak kecil tersebut inginkan kebebasan dari ibunya yang tidak mahu menuruti kehendaknya yang mahukan permainan tersebut. Tetapi, ini memberikan tamparan yang cukup hebat semasa satu scene kemalangan jalan raya, yang telah mengubah persepsinya bahawa kasih sayang antara anak dan ibu begitu jua sebaliknya, adalah merupakan kasih sayang yang hakiki dan sukar ditembusi dengan nilai harta mahupun wang ringgit. Susunan visual melalui teknik sinematografi oleh Tayanithi Ramanujem menguatkan falsafah filem ini yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan yang tinggi dan perjalanan naratifnya begitu melodrama, apatah lagi muzik latar yang digunakan pada keseluruhan filem ini, walaupun tanpa vokal berjaya menyuntik elemen sedih dan ia cukup rencah untuk dihayati.



Karya Zulman menembusi pasaran antarabangsa..

Walaupun kemenangan naskhah 'satu' pada malam Skrin Amatur tersebut, khabarnya filem pendek berdurasi 10 minit ini telah terpilih menyertai beberapa festival filem antarabangsa. Yang terbaru, kata sutradaranya filem 'Satu' telah tersenarai di salah sebuah festival filem setaraf cannes untuk tahun 2009. Benarkah andaian tersebut?. Kita sama-sama nantikan pengumuman ekslusif daripada Zulman, sekiranya filem pendeknya terpilih mewakili Malaysia ke US. Berbalik kepada anugerah filem pendek terbaik yang dimenanginya pada malam 21 Oktober lepas, Zulman cukup bersyukur dan dari riak wajah serta mesej yang dikirim pada saya, jelas nyata menunjukkan beliau benar-benar gembira atas kemenangan tersebut. Filem SATU telah memenangi wang tunai RM 3,000 dan Sijil Penghargaan daripada MIG Films. Wah.. hebatkan?. Mana tahu suatu hari nanti, bekas graduan Akademi Filem Malaysia (AFM) ini akan menjadi seperti Osman Ali yang telah berjaya melakarkan namanya di persada perfileman tempatan sebagai pengarah dan karyawan filem yang disegani. Insya-allah.

* FILEM PENDEK SATU BOLEH DI TONTON SECARA ONLINE DI PORTAL www.murai.com.. cari skrin amatur

p/s: sebelum ini, saya pernah mengulas filem pendek SATU dalam blog saya. Anda boleh mencarinya di laman arkib blog saya untuk bulan September 2008.. Tahniah kepada semua pemenang pada malam Skrin Amatur tersebut?. tak reti-reti nak buat open house ker?.

Khamis, 23 Oktober 2008

Sinema Indonesia : ML Mau Lagi : Di Banned..



ML Mau Lagi.. khabarnya sebuah filem yang memaparkan perilaku seksual yang agak kritikal dengan beberapa visual tanpa potongan, kini trailernya boleh ditonton secara meluas di laman online paling hit, youtube. Filem dari Indonesia ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, sehinggakan Lembaga Sensor Indonesia terpaksa menarik balik tayangan filem ini yang dijadualkan Mei 2008 di pawagam Indonesia. Tetapi, ia terpaksa dilupakan kerana filem ini dikatakan memaparkan beberapa scene yang agak 'panas' dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Tidak percaya?. Lihat aja.. teaser filem ini yang hitnya laris seperti goreng pisang.

Apabila berbicara mengenai filem ini, ia mengingatkan saya pada filem pendek saya, comolot yang telah mencetuskan kontroversi di laman youtube sehinggakan terpaksa dikeluarkan dari tayangan online demi menjaga hati beberapa pihak. Mungkin silap saya mencetuskan kontroversi, tetapi rata-rata pandangan daripada beberapa karyawan filem lain juga serta beberapa produser, antaranya menyukai apa yang saya hasilkan untuk pemikiran penonton, namun saya terpaksa akur kerana saya berkarya di bumi Malaysia, yang cukup sensitif dalam setiap hal walaupun terpaksa hipokrit demi memartabatkan sesuatu perkara.

Berbalik pada Isu filem ML Mau Lagi ini, bagi saya memang ia cukup kontroversi kerana shot dan visualnya terlalu banyak adegan yang dimasukkan adalah agak daring dan melampau. Mungkin sasarannya adalah untuk menarik golongan remaja ke pawagam. Kata produser filem ini, ia mahukan penonton menonton filem ini secara terbuka pemikirannya dengan melihat isi kandungan naskhah, bukannya visual yang disengajakan kontroversi. Saya no komen dalam isu ini kerana saya belum menonton filem ini. Sekiranya ada dalam bentuk DVD yang terlepas dipasaran gelap, mungkin anda bernasib baik, tetapi jika tidak.. mungkin anda dan saya hanya berangan menantikan filem ini di upload dalam youtube... Jangan pulak ada yang nak saman-menyaman pulak ye. Kata teman media yang rapat ngn saya, 'ala.. dah tak de duit nak sara hidup.. mereka akan amik tindakan nak saman la....'. opps.. pas tue dia ketawa.. tak faham saya disebalik maksud yang diutarakan. Mungkin ada tersiratnya kot..

p/s: Pada temanku di kota Indonesia.. khabar-khabarkan padaku andainya filem ini boleh didapati daripada tangan pengarahnya.. atau ada undangan menonton secara percuma di sana.. wallahualam..



Rabu, 22 Oktober 2008

Akan Datang 30 Oktober 2008.... Budak Kelantan...

TRAILER FILEM



Petang semalam ( 21 Oktober 2008 )pukul 2.30 petang, tayangan perdana filem 'Budak Kelantan', arahan Wan Azli di Cathay Cineliesure, Damansara. Tayangan khas untuk para media ini, adalah promosi dalam memperkenalkan naskhah 'Budak Kelantan' kepada umum. Mengikut jadual wajib tayang, filem Budak Kelantan akan menemui penonton di semua pawagam tempatan adalah mulai 30 Oktober 2008. Kata teman blogger yang cukup sensasi ini Ajami Hashim, 'Budak Kelantan adalah naskhah yang mempunyai naratif yang baik'. Benarkah kata-kata si Ajami itu?. Saya no komen!, coz saya belum sempat menonton filem ini tadi di Cathay Cineliesure kerana saya minggu ini berada di Kuantan, Pahang untuk rakaman the making of 'Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Kuantan, Pahang yang dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini 25hb Oktober 2008 di Kg Sg Isap, Kuantan bermula pukul 1.00 hingga 5.00 petang. Semua warga Pahang di jemput hadir...

Jadi.. untuk review penuh filem Budak Kelantan, tunggulah bulan depan ye...


Isnin, 20 Oktober 2008

Muallaf.. adakah ia kontroversi?




Bukan ingin mencari kontroversi atau bahan pelaris akhbar mahupun publisiti yang sengaja digembar-gemburkan, filem Muallaf naskhah terbaik Sutradara Yasmin Ahmad, khabarnya bakal mencetus kontroversi di Malaysia apabila ia ditayangkan kelak. Bagi saya, Yasmin seorang pembikin filem yang cukup kreatif dalam menyampaikan mesej melalui garapan dalam setiap pembikinan karyanya, namun saya cukup risau sekiranya filem Muallaf, bakal mencetuskan kontroversi melalui poster yang memaparkan seorang wanita muslim bertudung putih, yang dikatakan cara pemakaiannya adalah salah bagi wanita muslim. Kebanyakkan pendapat yang saya temui, rata-ratanya menganggap pemakaian tudung sebegitu adalah salah dan ia bukan identiti wanita Muslim. Benarkah kata-kata saya ini?.. Saya memerlukan pandangan anda terhadap isu ini untuk dikongsi bersama. Sebelum ini, filem Muallaf menimbulkan kontroversi apabila pelakon wanita terbaik FFM19, Sharifah Armani telah membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya bagi menghayati watak dalam filem arahan Yasmin Ahmad itu. Armani dikatakan mengambil risiko yang amat tinggi dengan mengetepikan pelbagai hujah daripada pelbagai pihak yang tidak menggemari karya Yasmin Ahmad, dikatakan pengarah 'pencemar budaya', namun atas usaha yang gigih, kini nama Yasmin mula di kenali sebagai karyawan filem yang cukup berpengaruh sehinggakan setiap karyanya di nanti-nantikan ramai pihak. Walaupun apapun yang terjadi atas karya ini, saya merasakan Muallaf bakal mencetuskan satu fenomena baru dalam industri filem Malaysia pada 2009 nanti.

p/s: Artikel ini bukan bertujuan mencetuskan kontroversi pada Muallaf, tetapi pendapat saya memerlukan pandangan anda secara jujur bukan bersifat rasa iri hati. Pendapat yang positif di alu-alukan. Pada Ajami.. jangan lupa ajak aku kalau ada preview filem Yasmin.. ye.. go yasmin.. u are great filmmaker..

Ahad, 19 Oktober 2008

'Tipu Kanan Tipu Kiri'..........Filem Indonesia atau Filem Malaysia?...


'Fantastik, dramatik dan menghiburkan....
suatu komedi yang tidak membosankan...'
-amy ikram ismail

Selepas gagal menerusi filem DIVA, lakonan Ning Baizura pada tahun lepas, Astro Shaw bersama Tarantela Pictures menerbitkan filem 'Tipu Kanan Tipu Kiri', arahan dan lakon layar Sharad Sharan yang telahpun menemui penonton pada 16 Oktober 2008. Filem yang dibarisi pelakon Indonesia dan Malaysia ini, antaranya Christian Sugino, Titi Kamal, Catherine Wilson, Hans Isaac, Datin Natasha Hudson, Azwan Ali, Sazzy Falak, dan Fauzi Nawawi ini khabarnya mendapat sambutan hangat di Indonesia beberapa bulan lepas sebelum ditayangkan di Malaysia. Filem yang penuh warna-warni ini seakan-akan filem Indonesia bahkan keseluruhan dialog dalam filem ini menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya. Filem yang mengisahkan kehidupan Rudy yang beristerikan Wulan, penyanyi wanita terkenal di Indonesia yang terpaksa melarikan diri ke Malaysia atas sebab identiti mereka supaya tidak diketahui umum ini merupakan naskah komedi yang mempunyai citarasa yang cukup baik berbanding dengan filem komedi lain yang di tayangkan di Malaysia. 'Tipu Kanan Tipu Kiri' mempunyai jalur cerita yang cukup tersusun kerana plotnya dikembangkan secara sistematik di mana kehidupan Rudy sebagai suami kepada bintang terkenal, Indonesia, Wulan cukup memberikan implikasinya yang tersendiri. Di Malaysia, Rudy diterima bekerja sebagai General Manager di sebuah syarikat pengiklanan milik Remo, lakonan Hans Isaac seorang bos yang mempunyai sikap playboynya yang cukup kuat dan pantang melihat gadis cantik dihadapannya. Rudy seorang jejaka tampan yang bisa mencairkan hati setiap wanita ini terpaksa membohongi Remo semasa di sesuatu majlis dengan membawa Sarah ( Natasha Hudson), di majlis tersebut sebagai isterinya, supaya identiti sebenar Rudy, suami kepada Wulan agar tidak diketahui umum ini telah menimbulkan beberapa perkara yang menyentuh perasaan sehingga terjadinya rasa cinta antara Sarah dengan Rudy, tanpa pengetahuan Wulan. Filem ini cukup menyentuh perasaan dengan iringan muzik latar yang bisa membuatkan anda tidak berganjak daripada tempat duduk sehinggakan filem ini berakhir dengan tragedi air mata yang sangat menyedihkan. Namun, bagi anda yang tercari-cari sebuah filem komedi yang baik, mempunyai jalan cerita yang tidak membosankan, dan mempunyai rasa yang sungguh kompleks, 'Tipu Kanan Tipu Kiri' adalah jawapan yang tepat kerana naskhah ini pasti tidak akan mengecawakan khalayak yang menonton.

p/s: Inilah cerita yang mempunyai plot dan naratif cerita yang agak baik, berbanding filem Senario yang saya rasa sebuah cerita yang tidak berjaya menarik perhatian saya. Tipu Kanan Tipu Kiri seakan-akan filem Indonesia, bukan filem Malaysia walaupun latar tempat adalah di Kuala Lumpur. Syabas buat team produksinya.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Seniman & Tokoh Filem Yang Di Segani.. Tribute To Jins Shamsudin



Video Editor : Hadely Md Esa
Script : Amy Ikram Ismail
Narrator : Ahmad Tarmimi Serigar

Dalam Kenangan..

14 Oktober 2008, perginya seorang seniman terbilang di dalam organisasi FINAS. Jasa dan baktinya akan dikenang dan dihargai oleh segenap warga filem. Sumbangannya dalam memartabatkan industri filem tempatan melalui FINAS sehingga termaktub melalui Dasar Perfileman yang diperjuangkan sehingga kini. Itulah disebalik jasa pada nama yang cukup indah, YB Senator Tan Seri Datuk (Dr) Jins Shamsudin, mantan Pengerusi Finas yang telah pun bersara dalam perkhidmatannya selama 3 tahun menerajui perbadanan tersebut. Beliaulah yang mencadangkan FINAS ditubuhkan melalui akta perbadanan, sehinggakan kini FINAS merupakan badan utama dalam memperkembangkan industri filem Malaysia, sehinggakan terkenal di seluruh pelosok dunia..

Namun, walaupun pemergian atas persaraan Tan Seri Jins Shamsudin, FINAS kini akan diterajui pengerusi baru, Razali Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Muar. Justeru, diharapkan dengan pelantikan Razali Ibrahim sebagai pengerusi baru, kerancakkan industri Filem Malaysia melalui FINAS akan lebih berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa lagi. Warga filem melalui FINAS, mengalu-alukan kedatangannya dalam organisasi tersebut. Amin...


Jumaat, 17 Oktober 2008

Muallaf Yasmin Ahmad... with Malaysia & Singapore..


INFO TERKINI..

Pembukaan pertama tayangan filem kelima arahan Yasmin Ahmad, Muallaf akan ditayangkan di Picture House, Singapura pada 27 November 2008 sebelum ditayangkan di pawagam Malaysia, pada 25 Disember 2008 iaitu sebulan selepas menemui khalayak di Kota Singa itu. Filem yang mengisahkan dua beradik, Rohana dan Rohani ini mengalami dilema yang sangat mengujakan apabila menjadi mangsa dera bapanya, dan permasalahan tersebut menemukan mereka berdua dengan seorang pemuda berlainan agama, bangsa dan budaya sehingga tercetusnya pertembungan rasa dan keinginan antara satu sama lain. Nantikan tayangan dan temujanji anda pada bulan November di Singapura dan Disember di Malaysia..

p/s: Kemunculan Muallaf dinantikan ramai peminat seni tanah air dan tayangannya pasti merancakkan lagi perkembangan sinema tempatan. Mana tahu Muallaf bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri filem Malaysia selepas dinobatkan nakhah terbaik di Locarno, Tokyo, Pusan dan Armsterdam.. nantikan tayangan muallaf ye..

Khamis, 16 Oktober 2008

‘Rakaman Ruang yang Cukup Menyesakkan… Pungguk Rindukan Bulan, realiti masyarakat yang kusam’


Oleh: Amy Ikram Ismail

‘Kelam, kotor dan Jijik’, merupakan kawasan persekitaran yang boleh digambarkan bagi sesetengah kediaman yang beraras tinggi dengan kepadatan penduduknya yang mencecah ratusan orang, apatah lagi dengan perilaku sosial yang mengancam kehidupan seharian. Itulah yang boleh dikatakan menerusi naskhah ‘Punggok Rindukan Bulan (PRB)’, sebuah rakaman sosial masyarakat flat yang terpinggir ditengah-tengah kemodenan persekitarannya, arahan pengarah muda, Azhar Rudin. Filem yang diterbitkan oleh Amir Muhammad dan Tan Chui Mui ini yang dibarisi Saeful Nazhif Satria, Shahronizam Noor dan Maya Karin ini mengisahkan pergolakan jiwa dan kekosongan hati anak muda bernama Sidi yang hidup bersama bapanya Adman setelah pemergian ibunya, Roza ke Indonesia atas alasan untuk mencari keluarganya, sekaligus membuatkan kedua-dua watak ( Sidi dan Adman ) seperti kekosongan jiwa, sedih dan agak membosankan dengan gambaran beberapa shot dan visual yang disengajakan terlalu lama di framekan sehinggakan beberapa minit lamanya.



Imej yang difokuskan di dalam gelap semasa Adman pergi memancing bersama Sidi dan rakan-rakannya, tanpa bantuan cahaya yang terang dan hanya berpandukan umbun api yang dinyalakan nyata memberikan maksud yang tersirat disebalik kekosongan jiwa sebuah keluarga terpinggir yang hidup di sebuah kawasan flat yang hanyir dengan jiwa masyarakatnya. Rakaman sosial tentang perilaku segelintir masyarakat flat yang diwakili Sidi dan beberapa rakan-rakannya yang hidup ditengah-tengah kemodenan dan kerancakkan bandar Johor meresahkan dan menyesakkan lagi keadaan, apabila sesetengah dari mereka terperangkap dalam permainan hidup yang tiada nokhtahnya. Keadaan flat yang tidak berubah seperti salah sebuah lokasi flat di Bangsar, Kuala Lumpur dengan kerosakan lift, persekitaran yang kotor, busuk dan hanyir ini cukup menjadikan filem ini sebuah rakaman yang mempunyai plot dan naratif yang agak kuat. Ia seakan-akan sebuah dokumentari khas tentang ‘penduduk flat di Johor’ yang merangkumi cara hidup, pergaulan dan persekitaran yang senarionya cukup menggambarkan keperitan dan kegelisahan serta kerosakan sesetengah cara hidup kelompok masyarakat yang cuba ingin diketengahkan Azhar Rudin dalam garapan naskhah ulungnya ini, yang akan berakhir tayangannya dalam minggu ini di International Screen, GSC.

Muzik latar yang tiada langsung dalam filem ini jelas nyata menggambarkan ia sebuah naskhah daripada pembikin filem bebas yang rata-ratanya kurang menjadikan muzik latar sebagai plot utama, tetapi Pungguk Rindukan Bulan ini hanya berpaksikan naratif, lakonan dan rakaman visualnya. Pemilihan lokasi di Johor yang memfokuskan keseluruhan cerita pada kehidupan flat murahan yang mempunyai banyak cerita yang tersirat amat bersesuaian dengan tema dan kehendak penceritaan ‘Pungguk Rindukan Bulan’ yang boleh dikatakan sebuah cerita tentang penantian, kerinduan, kekosongan dan kegelisahan segelintir watak dan perawatakan yang digambarkan. Penggunaan teknik cahaya atau sinematografi dalam filem ini tidaklah sekuat filem komersial lain yang agak keterlaluan, tetapi kesederhanaan sinematografinya dan rakaman visual melalui kualiti video mungkin susah untuk menarik penonton ke pawagam, tetapi saya rasakan Pungguk Rindukan Bulan ini dibikin oleh sutradaranya dan penerbitnya adalah sasaran untuk ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, sambutan tayangan untuk penonton di Malaysia adalah agak kecewa atas naskhah ini. Namun, Pungguk Rindukan Bulan boleh dianggap sebagai sebuah filem doku-drama yang mempunyai falsafah dan naratifnya yang tersendiri. Mungkin antara ya atau tidak, kutipan terhadap naskhah ini tidaklah sehebat filem lain yang ditayangkan dipawagam.

Keseluruhan: ***

Selasa, 14 Oktober 2008

‘Konflik Sosial, Keluarga dan Identiti.. Realita Cinta, Rock & Roll, sebuah kisah tentang kasih sayang…’



Pertama kali menonton filem ‘Realita Cinta, Rock n Roll’, sebuah naskhah dari Indonesia arahan dan lakon layar, Upi Avianto, yang di barisi pelakon-pelakon kacak, cantik dan berbakat, Vino G.Bastian, Herjunot Ali, Barry Prima, Shandy Harun, Frans Tumbuan, dan Nadine Chandrawinata, saya anggapkan ia sebuah filem tentang homoseksual, tetapi sangkaan saya meleset kerana ‘Realiti Cinta’, merupakan sebuah naskhah filem yang mempersoalkan tentang kasih sayang, persahabatan dan krisis identiti yang subjeknya lebih banyak menjurus kepada kehidupan kelompok remaja yang mempunyai banyak rencah dan permasalahan yang cukup mencabar dan mengujakan minda.



Pembukaan filem ini dengan perilaku sosial kelompok remaja yang diwakili anak muda, Ipang ( Vino G.Bastian ) dan Nugi ( Herjunot Ali ) merakamkan sisi gelap sebuah kehidupan yang tidak terarah, kelam dan cukup mengujakan dengan paparan segelintir kehidupan ditengah-tengah kesibukan Bandar Indonesia yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Muzik ‘rock n roll’ jelas nyata digemari anak muda zaman ini yang diwakili watak Ipang dan Nugi yang sememangnya tidak meminati soal pendidikan, tetapi menjadikan elemen muzik rock n roll sebagai cerita yang cukup tersirat dari pemikiran manusia dan kehidupannya. Genre muzik ‘rock n roll’ yang melatari sebahagian dari filem ini cukup jelas menggambarkan keresahan, pergolakan jiwa dan krisis sebuah kehidupan serta status keluarga dalam pencarian sebuah kasih sayang yang hakiki berlandaskan naratif yang cukup mencabar dan mengusik perasaan. Ipang dan Nugi yang hidupnya tidak terarah, sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada naskhah ‘Kami’ yang sedang hangat ditayangkan di pawagam Malaysia. Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama tetapi plot dan wataknya berbeza .


Perbezaan cerita ‘Kami’ dengan ‘Realita Cinta’ adalah tentang pergolakan jiwa yang merangkumi permasalahan dalam penerimaan jati diri sebuah kehidupan dalam kelompok remaja di Bandar Indonesia. ‘Realita Cinta’ memberikan plot yang cukup mengejut tentang krisis identiti yang merangkumi persoalan kasih sayang antara pelbagai watak yang bermain dengan pelbagai emosi, cukup menyentak perasaan setiap penonton yang menilai naskhah ini. Krisis kasih sayang sebuah keluarga masing-masing antara dua watak, Ipang dan Nugi yang mempunyai jalan ceritanya yang agak berbeza, tetapi kekuatan plotnya adalah sama, iaitu tentang pencarian sebenar sebuah erti kasih sayang tidak kira, keluarga, persahabatan dan gerak sosial. Pencarian yang cukup mengejut terjadi pada watak Nugi, jejaka kacak pada pemikiran saya ini mungkin digilai ramai wanita kerana mempunyai susuk tubuh yang menggiurkan dan menelan rasa terutama pada golongan wanita diluar sana, tetapi mempunyai jalan cerita yang cukup mengujakan minda kerana bapa Nugi adalah seorang transeksual yang mempunyai jalan kehidupan dan ceritanya yang tersendiri. Bagaimana seandainya ini terjadi dalam keluarga anda?. Cukup mencabarkan?. Nugi pada mulanya tidak dapat menerima kehadiran bapanya, seorang transeksual yang mengalami perubahan jantina antara lelaki ke wanita ini cukup membuatkan saya menunggu dari pertengahan cerita hinggalah ke akhir sebuah revolusi perjalanan filem ini yang cukup menyentuh perasaan. Apakah terjadi seterusnya?. Anda kenalah menonton filem ini yang ditayangkan di dalam youtube.


Berbalik pula kepada Ipang, remaja yang mempunyai permasalahan sosial yang cukup kuat ini pula mempunyai perjalanan kisah keluarganya, siapakah dirinya dan adakah beliau menerima yang dirinya adalah anak angkat sebuah keluarga ternama dan berpengaruh?. Persoalan ini adalah agak kabur tentang siapakah keluarga sebenar Ipang dan jawapannya tidak ada di dalam filem ini, mungkin sutradaranya Upi mahu khalayak penonton berfikir dengan pemikiran yang pelbagai-bagai dan mungkin ini memberikan sudut pandangan yang cukup berbeza. Persahabatan antara Ipang, Nugi dan rakan perempuannya cukup akrab bagaikan mereka adalah rakan seperjuangan dalam kehidupan ini, tetapi ketiga-tiga mereka mempunyai kisah ceritanya yang berbeza. Nugi dan Ipang adalah rakan baik, bagaikan mereka adalah pasangan gay, tidak berbaju, berotot seksi tetapi ini tidak dan ia mungkin mengelirukan khalayak yang menontonnya. Nugi dan Ipang adalah rakan baik sejak di sekolah atau kolej lagi dan persahabatan mereka begitu akrab, walaupun dalam soal sebuah keluarga masing-masing, mereka tetap utuh bersama. Kehadiran wanita disisi mereka berdua menjadikan kehidupan mereka seperti remaja lain di mana-mana Negara sekalipun, yang tetap berfantasi seks yang tiada berkesudahannya, mungkin terjadi atau tidak persoalan ini, anda kenalah menonton sendiri naskhah ini.


‘Persahabatan, keluarga, kasih sayang dan identiti’ adalah boleh disimpulkan dalam ‘Realita Cinta, Rock & Roll’ sebuah filem tahun 2006 arahan Upi Avianto ini yang boleh dirumuskan sebagai sebuah filem remaja yang mengupas pelbagai persoalan diminda tentang kehidupan, seks dan identiti dalam kelompok yang tersirat sebuah perjalanan kisah remaja di kota Indonesia. Ini satu lagi kisah yang perlu anda tonton selepas filem KAMI, ia berbeza tetapi plotnya dalah sama tentang remaja.

TRAILER FILEM REALITA CINTA, ROCK & ROLL

Keseluruhan filem ini : *****

Isnin, 13 Oktober 2008

Ekoran Penganugerahan 'Datuk' pada Shah Rukh Khan....Sidang Akhbar Tergempar di FINAS



Petang tadi pukul 3.00 hingga 5.00 petang, bertempat di Lobi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diadakan satu sidang Akhbar tergempar oleh Para SENIMAN mengenai bantahan terhadap pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang telah menerima Anugerah Panglima Jasa Negara oleh Kerajaan Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob yang membawa gelaran Datuk berkuatkuasa semalam. Sidang Akhbar yang diketuai Datuk Mustaffa Maarof dihadiri ramai karyawan dan artis tempatan, terutamanya Datuk Aziz Sattar, Datuk Jalaluddin Hassan, Rusdi Ramli menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan Melaka atas penganugerahan tersebut. Shah Rukh Khan adalah ikon dunia dikatakan telah mempromosikan Melaka di dalam filemnya dan jasanya telah diiktiraf oleh kerajaan Melaka. Daripada sidang Akhbar tersebut, saya dapat merumuskan bahawa penganugerahan tersebut kepada artis luar (Shah Rukh Khan) adalah tindakan yang sangat sensitif buat para karyawan terutama buat seniman di Malaysia yang banyak bertungkus lumus dalam kerjaya mereka sehingga terkenal di seluruh dunia. Persoalan di sini kenapa, di berikan kepada artis luar yang khabarnya penuh ego dan sombong apabila di sapa wartawan untuk ditemuramah, Shah Rukh Khan.

Bukan mempersoalkan tentang ketidakpuasan hati para karyawan atau seniman di Malaysia, tetapi penganugerahan tersebut adalah tidak wajar buat ikon dunia itu, dan kenapa di beri pada rakyat bukan Malaysia yang tidak mempunyai adat dan sopan apabila berada di Malaysia. Jangan kerana atas alasan jasa dan bakti ‘sebab buat shooting di Malaysia’, kite menggadaikan tittle ‘Datuk’ dan maruah kite pada warga luar. Kenapa kite tidak memberi title ‘Datuk’ itu pada seniman dan artis kita yang berasal dari tanah tumpah mereka, Malaysia. Contohnya seperti, selebriti dan pakar masak dunia, Chef Wan?. Lihat, dengan kreativitinya beliau telah mempromosikan namanya, programnya serta nama Malaysia sehingga di kenali di mata dunia. Oleh itu, wajarkah tittle Datuk itu diberikan kepada artis luar?. Kalau macam itulah, Nampak gayanya lepas ini ramai lagi artis luar Negara yang akan menerima pangkat Datuk, selepas ini kan?.

Jusreru, sebagai penggiat filem yang mewakili rasa tidak puas hati teman-teman karyawan kite di Malaysia, saya tidak bersetuju atas penganugerahan tersebut, yang saya sifatkan sangat tidak wajar kerana kite bukannya Negara Barat, tetapi kite di Malaysia. Oleh itu, sesuatu pangkat yang hendak diberi pada sesiapapun hendaklah bertaraf warganegara Malaysia. Adakah selepas ini, Shah Rukh Khan pula akan mendapat taraf warganegara Malaysia oleh Kerajaan Malaysia?. Harap2 tak lah ye..

p/s: pas nie siapa pulak ye.. yg akan dapat gelaran Datuk.. jangan lepas nie…. Shah rukh khan dapat gelaran Tan Sri pulak.. meradang la.. seniman kite.. opps!!!

Ahad, 12 Oktober 2008

Datuk Siti Nurhaliza di sambar Produser Filem..



Diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza di katakan bakal muncul dalam sebuah filem muzikal terbitan KRU films pada tahun depan 2009. Beliau dikatakan beliau bakal berlakon di dalam filem tersebut yang merupakan filem lakonan pertamanya di layar perak selepas muncul di dalam filem pendek 'Zaleha Ayam Patah' terbitan UPM tidak lama dahulu. Industri filem tempatan pasti akan lebih rancak lagi dengan kemunculan penyanyi kesayangan ramai ini di layar skrin yang besar nanti.. good luck!!! Apapun saya ternati-nantikan, apakah benar Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan berlakon filem?. Sure pecah panggung punye.. harap2 storytelling dia tak lah merapu okay.. go KRU..


info:-

Rumour has it that Malaysia's top songstress Datuk Siti Nurhaliza is to land her first movie role in an upcoming KRU project. According to KRU Films, they have approached the diva before the Raya break to act in a musical fantasy, due for filming early 2009.

Datuk Siti's manager, Rozie, via phone conversation with Cinema Online, admitted that the production house did approach her sister-in-law with a script but Siti, who is currently running a tight recording schedule for an upcoming traditional album, has yet to take up the offer. She said: "Nonetheless, there is a possibility of Siti making her movie debut should the timing prove favourable."

Aside from Siti, the musical fantasy, which is said to be a la "Alice in Wonderland", is likely to assemble big local stars including singer Ziana Zain, Mawi and actress Maya Karin. A bigger surprise is that the youngest KRU sibling, Edry Abdul Halim, may helm the project for his first directorial attempt.



Cinema Online, 10 October 2008

Jumaat, 10 Oktober 2008

‘Tiada Kekuatan Plot dan Naratif…..... Senario The Movie Episod 1, sebuah komedi yang hambar…’


Dah Kutip RM 3.5 juta dalam seminggu tayangan’, itulah mesej ringkas yang diberitahu teman media pada saya baru-baru ini. Tersentak sekejap malahan bersyukur atas prestasi perkembangan filem tempatan akhir-akhir ini yang ada turun dan naik dalam tempoh dan kutipan tayangan sesebuah filem di pawagam. Senario The Movie Episod 1 arahan Ahmad Idham ini bukannya prekuel atau sekuel kepada karya Senario sebelum ini yang lebih gah dan bagus, tetapi boleh dikatakan ia agak hambar dari sudut plot dan naratif penceritaan keseluruhan naskhah Senario ini yang komedinya tidak sehebat karya terdahulu yang saya rasakan tidak dibuat-buat atau memaksa penonton untuk bergelak ketawa atau sekadar terpaksa berhibur kerana tidak mempunyai pilihan yang lain. Meneliti aspek gerak kerja kamera boleh dipujila, tetapi saya agak kecewa menyaksikan keseluruhan filem ini yang saya rasakan tidak mempunyai tujuan untuk bercerita kepada khalayak, dan adakah pembikinannya adalah sekadar untuk mengutip pulangan tinggi buat peminat setia kumpulan senario ini?.


Dari sudut tema dan penceritaan filem ini ialah lebih mengkhusus kepada perjalanan sebenar identiti siapakah kumpulan senario yang diterajui Mazlan, Azlee dan Wahid yang ingin mengejar impian untuk bergelar bintang ‘pelawak’ terkenal. Ia seperti anda menonton sebuah telemovie untuk kaca tv bukannya sebuah filem yang menghidangkan cerita-cerita atau isi yang membuka minda atau plot yang kuat. Senario cuba memaparkan atau mempromosikan karya-karya Ahmad Idham, seperti ‘Jangan Pandang Belakang’ dan ‘Rempit’ yang dimasukkan rencahnya dalam filem Senario ini, mungkin pengarahnya Ahmad Idham, maka sedikit sebanyak ia mempengaruhi plot filem ini yang sudah mula kucar kacir. Duduk menonton Senario Episod 1 ini memang menghiburkan khalayak, tetapi kekuatan penceritaan untuk sesebuah filem itu tidak ada langsung dalam naskah yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies ini. Bukan saya ingin mengutuk atau menghentam keseluruhan filem ini, tetapi saya agak kecewa dengan plot dan naratif penceritaan yang gagal menarik minat saya untuk menonton dan mendalami naskhah ini dengan rasa yang begitu mendalam. Sebelum ini karya-karya Ahmad Idham tidak pernah mengecewakan saya sebagai seorang karyawan muda dan jugak seorang blogger dalam menonton sekaligus mengkritik karya beliau walaupun terpaksa mengakuinya demi memartabatkan sinema tempatan kita.


Justeru, saya berharapkan agar filem-filem arahan Ahmad Idham buat masa akan datang tidaklah segagal pemikiran untuk mengupas sesuatu plot dalam sesebuah penceritaan seperti karya Senario ini. Oleh itu, kepada anda yang belum lagi menonton filem ini, tontonlah ia dengan rasa penuh ketelitian kerana mana tahu anda menyukai naskhah ini yang bagi saya kurang sengatnya dalam arus perdana filem tempatan walaupun ia bakal memecah rekod box office sinema tempatan.

Keseluruhan filem ini : * ( 1 star )

Khamis, 9 Oktober 2008

Mampukah Filem Malaysia di Globalkan?

Rugi rasanya terlepas menghadiri forum yang dianjurkan UiTM baru-baru ini di Puncak Perdana, Shah Alam pada Rabu lepas. Namun begitu, walaupun sekadar membaca ulasan tulisan Abd Aziz Itar, saya rasakan forum tersebut cukup panas dan sensasi.. Adakah forum tersebut didokumentasikan oleh UiTM?. Kalau ada.. war warkan pada saya dan teman blogger lain ye..



FORUM BERSAMA YASMIN AHMAD, KHALID MAULOD DAN SHUHAIMI BABA..
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


DIALOG Puncak Perdana Pengantarabangsaan Filem Malaysia disertai tiga ahli panel (dari kiri) Shuhaimi Baba, Yasmin Ahmad dan Khalid Maulod. Gambar MOHD. NOOR AMIN --------------------------------------------------------------------------------



SESEBUAH filem terutamanya filem Melayu yang diterbitkan bukan setakat untuk tontonan masyarakat setempat semata-mata, tetapi ia juga boleh diperluaskan dengan cara mengedar, menjual atau menayangkannya di luar negara.

Untuk mencapai hasrat tersebut, sesebuah filem itu haruslah mempunyai nilai-nilai global seperti kekuatan jalan cerita, lakon layar, tema, latar tempat, selain elemen-elemen identiti budaya tempatan agar ia mudah menarik penonton di peringkat antarabangsa.

Justeru, sesebuah filem tempatan seharusnya mempunyai faktor-faktor itu sebelum ia boleh diantarabangsakan dan diterima tonton oleh para peminat daripada segenap lapisan usia dan masyarakat walau di mana-mana juga.

Bagi mengupas formula itu, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Dialog Puncak Perdana - Pengantarabangsaan Filem Malaysia di Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor petang kelmarin.

Dialog yang disertai oleh tiga ahli panel iaitu Pengarah Pembangunan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Khalid Maulod serta pengarah filem, Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad itu banyak mengupas tentang cabaran yang terpaksa ditempuh sebelum hasrat itu dapat direalisasikan.

Insentif kewangan

Menurut Khalid Maulod, sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menggalak dan membantu industri perfileman tempatan, Finas telah melakukan pelbagai cara termasuklah memberi insentif kewangan kepada penerima yang layak bagi membangunkan bidang tersebut.

"Kalau kita bercakap tentang di mana tahap kita berada sekarang ini dalam usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem Malaysia, saya rasa ia sedang melalui proses itu.

"Kalau daripada perspektif Finas sebagai pentadbir, kami antaranya telah melaksanakan Dasar Filem Negara yang telah diluluskan pada Mac 2005. Banyak yang telah kita laksanakan daripada dasar itu, termasuklah soal mempromosi dan memasarkan filem-filem tempatan di luar negara.

"Contohnya, sejak 2006 Finas telah membantu memasarkan filem-filem tempatan di pasaran filem seperti di Hong Kong dan Perancis. Bulan depan pula kita akan ke pasaran filem di Santa Monica, Amerika Syarikat," katanya.

Peranan Finas itu memang tidak perlu dinafikan, tetapi menurut Shuhaimi Baba, sebelum usaha untuk memasar atau mengantarabangsakan sesebuah filem itu dilakukan, perkara penting yang harus ditekankan ialah soal skrip yang bermutu.

Kata pengarah filem 1957: Hati Malaya ini, skrip yang bermutu bukan sahaja tidak banyak dan sukar dihasilkan dalam industri perfileman tempatan, malah tidak banyak juga usaha ke arah itu yang dilaksanakan bagi mengatasinya.

Kekurangan skrip

"Setakat ini tidak banyak tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan skrip yang bagus. Untuk menghasilkan skrip yang baik kita kena ambil masa dan ia juga susah untuk dihasilkan.

"Cuba anda renung sejenak bahawa kita sudah ada banyak stesen televisyen sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi rasanya, setakat ini belum ada drama kita misalnya, yang menang anugerah di peringkat antarabangsa. Apa sebabnya? Kerana kita tidak ada banyak skrip yang bermutu," ujarnya.

Ketika mencelah tentang usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem tempatan, pengerusi dialog, Dr. Mahadi J. Murat menambah, usaha juga seharusnya ditumpukan bukan sahaja kepada pembangunan karya-karya yang bermutu, tetapi juga aspek skop pasaran yang lebih efektif.

Beliau memberi contoh, negara-negara Asean yang mempunyai lebih 200 juta penduduk terutamanya dalam kelompok yang menggunakan bahasa dan budaya yang sama iaitu Melayu haruslah diberi tumpuan dalam usaha ke arah pengantarabangsaan tersebut.

"Asean boleh dikatakan berada dalam kelompok alam Melayu yang agak besar di mana selama ini kita lebih banyak didominasi oleh filem-filem Hollywood dari Amerika Syarikat. Mengapa kita tidak banyak halakan pasaran filem-filem kita di kawasan dunia Melayu Asean ini," soal Dr. Mahadi.

Berhubung cadangan itu, Khalid Maulod yang menjelaskan perkara itu berkata, sejak sekian lama Finas lebih banyak menumpukan kepada soal strategi pemasaran dan pembangunan filem sesuai dengan peranan perbadanan tersebut.

"Tetapi pada masa sama kami turut mengadakan banyak usaha lain bagi membantu mencapai hasrat itu. Contohnya, Finas sudah banyak kali menganjurkan pertandingan menulis skrip, bengkel penulisan skrip dan Master Class.

"Misalnya, kita pernah menjemput tenaga pengajar filem, Jeffry Kilmore dari Sundance, Amerika Syarikat dalam program Master Class untuk mencapai tujuan tersebut.

"Malah, kita turut membantu kos membiayai pengajian para pelajar dalam bidang ini seperti mereka yang datangnya dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Mereka yang layak boleh memohon bantuan yang telah disediakan oleh Finas itu," katanya lagi.

Dalam usaha untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air, Yasmin pula berpendapat, setiap penggiat filem perlu mempunyai inisiatif sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan termasuklah bantuan daripada Finas.

Jelas sutradara filem Mukhsin ini, para pembikin filem terutama golongan Melayu haruslah lebih berdaya saing dan berusaha gigih bagi meninggikan taraf dan mutu karya-karya mereka sama seperti bangsa-bangsa lain di negara ini.

Sedar diri

"Kita (orang Melayu) seharusnya tidak terlalu mengharapkan kepada bantuan Finas semata-mata, tetapi kita juga kena menganggap kita ini seperti orang bukan Melayu. Para pembikin filem kita haruslah sedar diri dan berdikari.

"Jangan harapkan pihak kerajaan kerana mereka juga ada banyak perkara lain yang hendak difikirkan, misalnya untuk menyediakan kemudahan hospital untuk kemudahan rakyat dan sebagainya. Sedangkan filem ini mungkin sesuatu yang kurang penting," komennya penuh makna.

Pada masa sama, Yasmin turut menegaskan pendiriannya bahawa pengisian yang paling penting dalam sesebuah filem sebelum ia dapat diantarabangsakan ialah penerapan soal nilai-nilai kemanusiaan yang diselitkan di dalamnya.

Ujarnya, beliau bukan menentang idea yang menekankan tentang pengetengahan soal budaya dan bahasa dalam karya-karyanya, tetapi ia hanya merupakan perkara-perkara sampingan yang membantu dalam kekuatan sesebuah filem yang akan dihasilkan.

"Saya perhatikan filem-filem dari luar negara yang berjaya contohnya, dari Korea kuat dengan penerapan unsur-unsur kemanusiaan dan mendapat sambutan ramai. Ini lebih penting daripada kita sibuk mahu memartabatkan budaya Melayu. Di mana Melayunya kita ini?

"Sedangkan songkok yang kita pakai sekarang ini pun diambil daripada budaya luar, contohnya dari India. Bagi saya, apabila kita bercakap tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam filem ia lebih bersifat antarabangsa," tegasnya.

Bagaimanapun, pendapat Yasmin disanggah oleh Khalid Maulod yang menyifatkan, dalam sesebuah filem Melayu itu, elemen-elemen seperti bahasa dan budaya sepatutnya dipelihara serta diketengahkan dengan sebaik mungkin.

Elemen budaya dan sejarah juga merupakan antara intipati yang mampu mengangkat sesebuah filem tempatan di peringkat antarabangsa seperti mana yang ditekankan oleh Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia, Ahmad Puad Onah pada dialog itu.

Menurut beliau, Finas misalnya haruslah menyediakan dana khas bagi menerbitkan sekurang-kurangnya lima buah filem setahun yang bertemakan sejarah dan budaya bagi mengisi ruang kekosongan dalam genre tersebut.

"Korea misalnya, setiap tahun menerbitkan lima buah filem yang bergenrekan sedemikian di mana ia mendapat bantuan daripada pihak kerajaan di sana. Saya difahamkan di Vietnam, Laos dan Thailand juga melakukan perkara yang sama.

"Kalau setahun kita berjaya terbitkan filem seperti itu, maka dalam lima tahun sahaja kita akan ada 25 buah filem. Sampai bila kita hendak bergantung kepada filem seperti Paloh, Bukit Kepong atau 1957: Hati Malaya pada setiap tahun," katanya.

Pendekatan itu turut disokong oleh Dekan FACT, Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang menyarankan agar kerajaan menerusi Finas menyediakan dana khas bagi membantu mengantarabangsakan filem-filem tempatan.

"Contohnya, kita sediakan dana dalam RM10 juta setahun bagi membantu lima orang pengarah atau penerbit yang berkelayakan bagi membiayai penerbitan filem-filem mereka.

"Ini kerana, kita ada ramai pembikin filem yang bagus tetapi menghadapi masalah kewangan dalam menerbitkan filem yang ada unsur-unsur budaya dan sejarah. Kita tidak boleh halang orang lain yang mahu bikin filem-filem komersial ringan.

"Ini kerana, industri atau pasaran untuk filem-filem seperti itu memang tetap ada. Dalam hal ini, saya cadangkan Finas wujudkan suatu geran untuk membantu golongan penerbit filem yang memerlukannya terutamanya penerbitan filem-filem berunsur budaya," ujarnya.

Jelas Dr. Hatta dalam senario itu, beliau sendiri pernah menghadapi masalah apabila hampir tujuh syarikat produksi menolak permohonannya untuk menerbit serta mengarahkan filem Wayang baru-baru ini.

Sesi dialog yang berakhir awal senja itu disertai oleh 100 peserta termasuk pensyarah FACT, para pelajarnya serta kalangan penggiat dalam industri perfileman tempatan

Selasa, 7 Oktober 2008

Yasmin Ahmad... Karyawan Malaysia Di Mata Dunia..



Yasmin Ahmad.. My Idol..

Wow.. Sekali lagi tahniah buat pengarah kesayangan ramai, Yasmin Ahmad yang telah berjaya mengharumkan namanya melalui kerjasama rasmi dalam penerbitan filem bersama Japan's Wa Entertainment untuk karya Forget-Me-Not. Inilah contoh terbaik buat karyawan diluar sana agar mencontohinya termasuk semua karyawan muda. Apapun.. Yasmin Ahmad adalah karyawan filem Malaysia yang bertaraf Antarabangsa dengan karya-karyanya yang memukau masyarakat luar.. Tahniah Yasmin Ahmad..

ref : www.screendaily. com
from : http://yasminthestoryteller.blogspot.com



"Malaysian director Yasmin Ahmad's 'Forget-Me-Not', which is being produced by Japan's Wa Entertainment, picked up the $20,000 Pusan Award at the closing of the Pusan Promotion Plan (PPP) on Monday night.

The project tells the story of a Malay girl who goes to visit her relatives in Japan after her Japanese grandmother dies. The cash award is granted every year by Busan Metropolitan City.

'Poetry', which is being directed by Korea's Lee Chang-dong (Secret Sunshine) was awarded the $20,000 Kodak award for a Korean project. Fine Cut is handling international sales of the project, about a woman in her mid-sixties living in poverty who endeavors to compose a poem for the first time in her life.

The $10,000 Busan Film Commission (BFC) Award went to Chinese director Zhang Yuan's Executioner Garden, a grisly tale set in a Shanghai prison, to be produced by Beijing Jingle Culture Development Co.

Korean-French co-production A Brand New Life, to be directed by Ounie Lecomte, picked up the $10,000 OKF Fund award, which is presented by the Overseas Korean Foundation to a project from an overseas Korean.

The Goteborg Film Festival Fund gave its award, designed to support the selected filmmaker's travelling and accommodation costs, to Iranian director Mona Zandi's The Bride.

The Wooridul Award, newly launched this year for Korean projects, went to Jung Bum-shik's Eugenia.

This year, the PPP scaled back on the number of projects to a more manageable 30 compared to 35 last year. Around 500 meetings were held during market's four days (Oct 3-6)."

- Liz Shackleton, Screen Daily.

SENARAI PENCALONAN DI PUSAN
"Arrested Memories" (Korea, Japan) dir. SABU
"Black and White Photos" (China, France) dir. Shu Haolun
"A Brand New Life" (working title) (Korea, France) dir. Ounie Lecomte
"The Bride" (Iran) dir. Mona Zandi
"The Bright Way" (Kazakhstan) dir. Marat Sarulu
"Crawling at Night" (U.S.A) dir. Kimi Takesue
"Devil's Rock" (Georgia) dir. Rusudan Chkonia
"Eugenia" (Korea) dir. Jung Bum-shik
"Executioner Garden" (China) dir. Zhang Yuan
"A Father" (Korea) dir. Zhang Lu
"Forget-me-not" (Japan, Malaysia) dir. Yasmin Ahmad
"How are you, Dad?" (Taiwan) dir. Chang Tso Chi
"I am Dan Ba" (Vietnam) dir. Viet Linh Nguyen
"Jeon Woo Chi" (working title) (Korea) dir. Choi Dong-hoon
"Leaving the Peninsula behind" (Japan) dir. Lee Sang-il
"A Long Afternoon Nap" (China) dir. Chen Tao
"The Lullabies" (Iran) dir. Manijeh Hekmat
"My Back Page" (Japan) dir. Yamashita Nobuhiro)
"Our Grand Despair" (Turkey) dir. Seyfi Teoman
"Pinoy Sunday" (Philippines, Taiwan) dir. Ho Wi Ding
"Quari" (Korea), dir. Cho Eunhee
"Running across Beijing" (China) dir. Cai Shangjun
"Sacred Warriors" (Taiwan) dir. Chou Zero
"Sandcastle" (Singapore) dir. Boo Jun Feng
"Snow" (Thailand) dir. Kongdej Jaturanrasmee
"Stranger" (U.K.) dir. Simon Rumley
"The Sunrise" (India) dir. Partho Sen-Gupta
"Two Dragglers" (China) dir. Zhu Wen
"YIPSAK-A Chicken Wild" (Korea) dir. Oh Sung-yoon
"LEE Chang-dong Project" (Korea) dir. Lee Chang-dong

Isnin, 6 Oktober 2008

‘Amin…Paparan Realiti Kehidupan Masyarakat di Lorong Chow Kit’

Arahan dan Lakon Layar : Cut Mutia Teuku Iskandar
Penolong Pengarah : Amy Ikram Ismail
Pengarah Sinematografi : Tayanithi Ramanujem
Pengurus Produksi : Zulman Zeki Supardi
Penerbit Eksekutif : Norazawana Jurami, Aswara

Tarikh Tayangan : 9 Disember 2006 ( telahpun ditayangkan ) di Panggung Aswara




• menjadi wakil tunggal Malaysia ke Festival Antarabangsa Kodak di Melbourne, Australia 2006.
• Filem Pendek Terbaik, Pengarah Sinematografi Terbaik dan Penataan Seni Terbaik di Festival Filem Pelajar Malaysia 2006




‘Amin’, naskhah Terbaik 2006 arahan dan lakon layar Cut Mutia Teuku Iskandar yang telah memenangi Filem Pendek Terbaik pada malam Festival Filem Pendek Pelajar 2006. Walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu, ‘Amin’ adalah naskhah pertama pengarah dan juga selebriti, Cut Mutia ini mengisahkan gelodak jiwa seorang anak kecil, Amin yang terperangkap dalam kasih sayang sebuah keluarga terpinggir yang hidup di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, Chow Kit. Amin dibesarkan oleh seorang mak nyah yang dianggap ibu kandungnya, setelah ibunya sendiri sukar menerima kehadiran dirinya, kerana Amin adalah anak luar nikah hasil ‘sundal’ ibunya, Mariam seorang pelacur murahan di Chow Kit. Filem pendek yang berdurasi 10 minit ini diterbitkan oleh ASWARA movies ini adalah projek tahunan 2006 yang telah melonjak naik nama ASWARA di persada perfileman ‘film school’ sehingga ke peringkat antarabangsa.






‘Amin’ adalah sebuah kisah masyarakat terpinggir yang benar-benar terjadi dalam kehidupan di Malaysia. Berlatarbelakang kan kota metropolitan yang disegani, Kuala Lumpur tersimpan suatu cerita dan tragedi yang menyayat hati di tengah-tengah kebanjiran warga Chow Kit yang rata-ratanya mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri. Amin di besarkan tanpa kasih sayang wanita sejati, dan hanya belaian ibu tirinya, Zainab seorang mak nyah tua yang berwawasan telah membesarkan Amin sehingga membuatkan Amin mencuba dan mencari siapakah ibunya sendiri. Amin dibesarkan dengan ilmu agama yang cukup oleh Zainab dengan menghantar Amin ke sekolah agama agar ia tidak terjerumus dalam kancah maksiat yang bermaharajalela di Chow Kit. Walaupun berlatar belakangkan kancah pelacuran dan pergolakan hidup masyarakat yang berdosa, namun naratif ‘Amin’, mengajak penonton berfikir sejenak bahawa dalam kehidupan ini, jangan menyalahkan takdir dan masyarakat yang tidak diterima hukum alam, golongan mak nyah ini sebagai golongan yang tidak bermaruah.





Dalam ‘Amin’, perbezaan status dan jantina dikupas begitu drastik dengan paparan perilaku kedua-dua watak, Mariam ( pelacur wanita ) dan Zainab ( mak nyah tua ). Mariam digambarkan memiliki kesempurnaan hati tetapi kecundang pada lelaki demi mencari sesuap rezeki untuk hidup, manakala Zainab seorang mak nyah tua yang sudah insaf dan mempunyai perikemanusiaan sehingga membesarkan Amin seperti anak kandungnya sendiri, walaupun hakikatnya dia adalah lelaki, bukannya wanita. Pergolakan hidup memaksa Zainab membesarkan Amin dengan nilai agama demi menjauhkan diri daripada ibu kandungnya, Mariam seorang pelacur yang tidak sedar diri. Amin mencari demi kasih sayang siapa ibunya sebenar dan ini memaksa Mariam menjauhkan Amin daripadanya kerana ‘anak luar nikah’ hasil yang tidak halal dan sah. Impak yang membuat kita berfikir ialah jangan membezakan taraf manusia dalam kehidupan bermasyarakat kerana naskah Amin sendiri memberikan petunjuk kepada kita bahawa golongan transeksual yang tidak diterima hukum alam itu masih mulia dalam nilai perikemanusiaannya. Dan ini menjelaskan secara langsung bahawa golongan mak nyah adalah lebih mulia daripada seorang wanita. Itulah lumrah alam yang wajar diterima apabila anda menonton Amin, filem pendek arahan Cut Mutia ini. Ingat jangan pulak menjadikan ia sebagai isu yang kontroversi apabila anda menonton Amin..





Justeru, pencarian Amin dalam menyempurnakan hati ibunya, Mariam agar menerimanya tidak kesampaian kerana sampai akhir nanti pun, ibunya masih tidak dapat menerima Amin sebagai anak kandungnya. Filem ini berakhir cukup mengujakan minda kerana ia memaksa kita supaya membuat penilaian bahawa adakah kita mulia disisi para penciptanya dalam mengurus sebuah kehidupan. Walhal kita hidup di dunia penuh dengan hipokrit yang tiada gunanya. Jadikan Amin sebagai renungan bersama kita dalam membuat pemilaian kepada kehidupan bermasyarakat golongan terpinggir.

p/s: amy mengharapkan Amin ada kesinambungannya.. jika dijadikan telemovie atau drama bersiri pasti rating penonton cukup tinggi..

Dialog Filem Malaysia di Persada Antarabangsa..



PERHATIAN BUAT SEMUA BLOGGER DUNIA HIBURAN, KARYAWAN FILEM DAN PELAJAR FILEM..




Anda di jemput hadir pada 8 Oktober 2008 ini.. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri forum yang julung kali diadakan ini.


DIALOG PUNCAK PERDANA : PENGANTARABANGSAAN FILEM MALAYSIA

TARIKH : 8HB OKTOBER 2008
MASA : 4pm-7pm
TEMPAT : LIBRARY, UiTM PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM
PANEL-PANEL : YASMIN AHMAD, SHUHAIMI BABA, U-WEI HJ SHAARI, MOHD MAHYIDIN MUSTAKIM

MODERATOR : DR.MAHADI J.MURAT

Rabu, 1 Oktober 2008

Yasmin Ahmad : Iklan Raya Petronas 2008



Anda sudah menonton iklan raya Petronas ini?. Kalau anda nak tahu, inilah iklan hari raya yang terbaru daripada pengarah Yasmin Ahmad. Setiap tahun, pada musim perayaan nama Yasmin Ahmad tidak pernah lekang di bibir para peminat iklan hari raya terbitan Petronas ini. Iklan ini mengisahkan bagaimana seorang anak yang pulang ke kampung untuk berhari raya di rumah ibunya, tetapi di kawasan rumah tersebut tidak mempunyai talian internet untuk dihubungkan melalui komputer bimbit (laptop). Dalam kesibukan menyambut aidilfitri, si anak masih lagi sibuk dengan kariernya dan tugasannya. Tetapi, demi kasih dan sayang si anak pada ibunya, beliau pulang pada malam itu jugak untuk menyambut Aidilfitri dan melupakan seketika tugasan harian. Mesej daripada iklan tersebut cukup tajam pemikirannya, di mana Yasmin Ahmad cuba ingin menyampaikan mesej kepada penonton bahawa walaupun sesibuk mana kite sekalipun, kite jangan lupa pada ibu bapa kite yang bersusah payah menjaga kite sejak dari kecil hinggalah kite dewasa. Kasih sayang ibu bapa perlu kite semaikan kerana tanpa mereka, kite tidak akan berada di muka bumi ini. Salam Aidilfitri....

p/s: Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog 'colour of film' ini.. amy ikram memohon kemaafan seandainya selama ini terkasar bahasa, terguris hati mahupun tersalah bicara dalam kite berbicara di dalam dunia maya ini. Salam Lebaran. Maaf Zahir Batin.