Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 29 Oktober 2008

D.O.P terkenal kini blogger?.


Sinematografi terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang hasil karyanya boleh dilihat menerusi filem-filem arahan beberapa sutradara di Malaysia, kini beralih pula ke dunia penulisan blog melalui blog rasminya http://rajamukhriz.blogspot.com. Walaupun baru sebulan bertapak di dalam dunia penulisan blog, saya merasakan blognya pasti akan dilayari oleh pengikut-pengikut setianya, sepertimana blog beberapa pengarah terkenal yang cukup tinggi ratingnya, antaranya Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid. Blog yang diberi judul D'Reincarnation ini telah pun beroperasi sejak Oktober 2008 lalu yang merupakan catatan harian atau diari dari Raja Mukhriz untuk tatapan para peminat filem dan blogger yang lain. Boleh dikatakan sudah menjadi lumrah di Malaysia mahupun di mana-mana negara sekalipun, blogger merupakan medan utama atau lapangan kerja sementara yang menyingkap isi hati, perasaan dan naluri seseorang manusia dalam menyampaikan sisipan kreativiti masing-masing untuk dikongsi bersama. Ia bukan catatan kosong, malahan ada sesetengah dari blogger menjadikan dunia penulisan blog sebagai teman berbicara mereka dalam mengungkap sesuatu perkara untuk dikongsi di layar siber.

Di dalam industri perfileman Malaysia, blogger merupakan salah satu aspek terpenting bagi seseorang individu dalam mempromosikan sesuatu produk untuk memperkenalkan hasil kerja mereka untuk dikongsi bersama. Ada sesetengah daripada mereka menjadikan blog sebagai senjata mempertahankan diri, malahan ada juga di antara mereka menjadikannya sebagai medan permusuhan antara satu sama lain. Namun begitu, dengan kemunculan blog Raja Muhkriz ini, saya pasti ia akan menarik lebih ramai lagi pembaca terutamanya pelajar filem, peminat industri mahupun seseorang individu untuk mengenali dengan lebih dekat lagi, siapa sebenarnya Raja Mukhriz yang dianggap antara Top 10 Sinematographer di Malaysia. Oleh itu, untuk makluman anda, Raja Muhkriz kini dalam pembikinan filem sulung arahannnya yang berjudul Ransan untuk layar skrin pada tahun 2009. Sama-samalah kita berdoa agar filemnya nanti berjaya jua direalisasikan. Insya-allah.

p/s : saya masih menantikan jikalau ada blog Osman Ali suatu hari nanti.. mana tahu kan.. jikalau ada.. khabar-khabarkan..... kata teman saya 'buat apa kau nak tulis blog?', buang masa!', jawab saya 'kalau ada orang yang nak baca ok lah.. kalau tak.. aku tak leh paksa kan..'.. ini hak aku.. kalau tak suka.. diam!!!.. huhuhu.. selamat datang buat semua blogger baru...