Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 13 November 2008

Hargai Khazanah Warisan Negara.... Bahasa Melayu Di Persada Antarabangsa


'Kebudayaan dan Alam: Rimba, Gua dan Lelayang', adalah tema utama Festival Puisi Warisan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia (KPKKW) pada 8 hingga 11 November 2008, bertempat di Taman Negara Niah, Miri, Sarawak. Festival yang disertai 30 pemuisi tempatan dan antarabangsa ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Dr.Muzahet Masruri, Ketua Setiausaha KPKKW pada 11 November lalu di Ruang Legar, Taman Negara Niah, Miri Sarawak.

Festival Puisi ini yang berlatarbelakangkan kehijauan alam flora dan fauna di Hutan Hujan Tropika Miri, Sarawak ini nyata memberikan signifikan tersendiri bahawa kreativiti pemuisi dan warga penulis adalah adaptasi daripada realiti sebenar yang berlaku atau dialami untuk memberikan idea yang terbaik buat pendengar dan pencinta puisi di Malaysia. Pemilihan Taman Negara Niah, bagi saya adalah cukup realistik di mana peserta yang terdiri daripada warga Korea, Thailand, Rusia, Brunei, Indonesia dan Malaysia di bawa memasuki Gua Niah melalui jambatan yang dibina menghubungkan Resort Taman Negara, Niah dengan Gua Niah yang jauhnya kira-kira 2 km hingga 4 km perjalanan kaki merentas kehijauan Hutan Hujan Tropika ini. Saya dan krew di bawa masuk ke dalam Gua Niah yang penuh kegelapan, cuma terdengar bisikan lelayang dan cengkerik gua yang seolah-olah menyambut kedatangan kami.

Bahasa Melayu Di Hargai..

Daripada program 4 hari ini, saya cukup teruja apabila Bahasa Melayu di hargai oleh Bangsa Luar di mana pertuturan mereka lebih kepada Bahasa Melayu secara keseluruhannya, walaupun terdapat pelat atau pengaruh dialek masing-masing. Saya bertanya kepada salah seorang peserta dari Korea tentang kefasihannya berbahasa Melayu, dia menjelaskan kepada saya bahawa 'beliau adalah pensyarah bahasa di Universiti Malaya, Kuala Lumpur'. Terfikir sejenak saya bahawa, di mana harga diri bangsa kita, yang asyik mengagungkan bahasa luar dan melupakan bahasa pertuturan kita kononnya 'tak de class', tetapi bangsa luar lebih mengagungkan bahasa Melayu dengan percubaan mereka mencipta puisi dalam bahasa Melayu untuk festival puisi ini.


Jambatan Flora dan Fauna

Kehijauan alam flora dan fauna, apatah lagi titisan embun pagi Hutan Hujan Tropika ini serta kesunyian hutan cuma terdengar kicauan unggas , nyata memberikan kenangan manis buat saya dan krew penggambaran berada di dalam hutan yang kira saya bahawa ia adalah Taman terbesar di Malaysia yang membuatkan anda terpaksa meredah kehijauan dengan melupakan kesibukan kota buat seketika. Sanggupkah anda berjalan kira-kira 2 jam lamanya dari Resort Taman Negara Niah untuk ke Rumah Chang, Gua Niah dan Gua Lukisan yang memberikan pemandangan yang cukup cantik buat memori anda penggemar aktiviti 'jungle tracking'?. Bagi anda yang kuat dan cintakan alam, inilah tempat yang perlu anda sekeluarga lawati tahun ini. Dan saya cukup berterima kasih pada Jabatan Warisan Negara yang menaja penginapan saya selama 4 hari di Taman Negara dan Dynasty Hotel, Miri Sarawak serta FINAS menaja penerbangan M.A.S untuk team produksi ke sana. Cewah... katanya..


p/s: Saya selepas travel sana-sini, ketagih pulak nak melancong lagi.. kali ini akan datang ke Bandung, Indonesia bulan Disember nanti.... mana tau di sana boleh dapat filem-filem Indonesia yang sukar menembusi pasaran Malaysia..

0 comments :