Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 13 November 2008

Tahniah Yasmin Ahmad...

Mungkin sudah terlewat untuk mengucapkan tahniah buat sutradara terkenal, Yasmin Ahmad yang telah memenangi Anugerah Khas Juri di malam Anugerah Skrin 2008, pada 7 November lalu. Penganugerahan tersebut nyata amat bersesuaian dengan kariernya yang telah mengharumkan nama Malaysia dipersada perfileman antarabangsa melalui karya-karya arahannya, bermula dengan filem Rabun sehinggalah yang terkini menunggu tayangan, Muallaf dan Talentime. Bagi saya, kemenangan beliau di malam Anugerah Skrin tersebut membuktikan Malaysia amat menghargai kariernya di dalam industri perfileman sehinggalah beliau digelar 'pencemar budaya' oleh sesetengah pihak yang mencemburui kejayaan beliau. Filem Sepet dan Gubra nyata memberikan signifikan tersendiri dikalangan pengkritik-pengkritik filem malahan pengamal media dan para ulama di Malaysia, yang menganggap filem arahan Yasmin Ahmad lebih cenderung kepada isu perkauman, kebudayaan dan keagamaan. Namun walauapapun definasi yang diberi oleh sesetengah pihak padanya, namun Yasmin Ahmad adalah seorang 'storyteller' di Malaysia yang mempunyai pengaruhnya yang cukup kuat dan semua filem-filem arahannya tidak pernah gagal di mata pengkritik filem sehinggalah namanya melonjak naik sebagai pengarah filem Malaysia bertaraf antarabangsa. Amy Ikram mengucapkan tahniah pada semua krew yasmin dalam setiap pembikinan filemnya sehinggalah semua karyanya mendapat perhatian masyarakat filem di luar negara.

p/s: Tahniah Yasmin... sori la ek, baru update my blog coz seminggu saya outstation gie Niah National Park, Miri Sarawak ada Heritage International Poetry coverage.. byk memori ingin saya kongsikan bersama anda...

0 comments :