Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 17 November 2008

Wajarkah Oskar 7 di Komersialkan?

Sabtu lepas, 15 November 2008 berlangsungnya Malam Anugerah Oskar 7 di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia ( PPFM) di bawah naungan Syed Muhammad, pengerusi PPFM yang juga merupakan pengarah filem Akhirat, dikatakan tidak semeriah malam Anugerah lain yang ada di Malaysia, seperti Anugerah Skrin, AIM, Anugerah Bintang Popular, dan Festival Filem Malaysia. Walaupun saya tidak dapat menghadirinya atas urusan yang tidak dapat dielakkan, nyata Festival seperti Oskar 7 ini perlu diberi perhatian oleh ramai pihak lagi. Walaupun ia tidak disiarkan secara langsung di kaca TV, namun penganjuran OSKAR 7 ini atas daya usaha PPFM melalui teraju utamanya, Syed Muhammad tetap boleh dibanggakan kerana sasarannya adalah untuk menghargai karyawan seni tempatan menemui sasaran dan tema yang dikehendaki. Persoalan yang ingin saya rungkaikan disini ialah, kenapa majlis anugerah seperti OSKAR 7 ini dipandang sepi oleh beberapa penaja yang lain dan juga stesen tv tempatan mahupun berbayar?. Adakah OSKAR 7 ini bukan malam glamour seperti malam anugerah lain yang ada di Malaysia?. Apa yang ingin saya tekankan disini ialah, OSKAR 7 merupakan malam yang sepatutnya dihadiri oleh ramai karyawan, artis-artis tempatan dan para penggiat seni tanah air kerana inilah malam yang sepatutnya di sambut dan diraikan oleh anda yang mengakui andalah seniman, karyawan, dan artis Malaysia. Apapun, saya mengharapkan agar tahun depan, penganjuran Oskar 7 akan menjadi lebih hebat dan gemilang lagi, di mana saya merasakan ia pasti akan disiarkan secara langsung di kaca TV. Justeru, apakah pandangan kementerian dan pihak FINAS dalam isu ini?.

0 comments :