Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Rabu, 31 Disember 2008

Bandung.... Good Places for Your Shopping..






Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah S.W.T dapat kembali semula ke tanah air yang tercinta, setelah 4 hari berada di Kota Bandung, Indonesia dari 25 hb hingga 28 hb Disember 2008. Kiranya 6 hari la blog ini bercuti.. huhuhu. Pertama kali salam tahun baru 2009 yang bakal tiba tidak beberapa jam lagi dan diharapkan tahun baru ini sinar kegembiraan akan terpancar diwajah seluruh rakyat Malaysia, termasuk warga filem, anak-anak seni dan pembaca setia blog ini serta rakan-rakan yang dicintai. Berada di Kota Bandung, Indonesia 3 hari yang lepas nyata menggamit memori dan meninggalkan kenangan yang sangat manis kerana menyaksikan corak kehidupan masyarakatnya yang boleh dikatakan amat menghargai erti sebuah kehidupan berdasarkan potensi kewangan bagi mereka amat diperlukan untuk hidup di muka bumi.


Bandung, Indonesia bagi sesetengah orang adalah bandar biasa yang penuh kesesakan lalu-lintas, walaupun secara amnya di banjiri oleh kenderaan-kenderaan kecil samada motosikal, van, mobil / kereta mahupun angkutan kota iaitu sebuah pengangkutan seperti bas tetapi modelnya macam sebuah van menjadi pengangkutan utama masyarakat Bandung untuk bergerak ke satu lokasi ke lokasi yang lain yang berdekatan antara satu sama lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam angkutan kota, saya, nazrul, pn subaidah dan anaknya di bawa menaiki angkutan kota untuk ke sebuah pasar yang menjual barang-barang murah termasuk VCD-VCD filem Indonesia mahupun antarabangsa yang dijual dengan harga rp6,000 bersamaan dengan RM 1.75 sekeping. Maaf... puas mencari di mana menjual yang original, tidak diketemui malahan kami dibawa ke sebuah pasar seakan-akan Petaling Street, yang menjual puluhan VCD atau DVD filem Indonesia yang 'cetak rompak'. Jika di Malaysia, pastinya saya akan membeli yang tulen.




Bukan setakat berjalan-jalan kosong di pusat bandarnya, saya dan team rombongan dari Malaysia di bawa ke Gedung Batik Danar Hadi, Bandung yang merupakan pusat penjualan batik terunggul di Kota Bandung yang harganya murah dan ada juga mahal dan kualitinya bagus bangat. Kiranya jika di Malaysia, Noralfa Batik la standardnya. Membeli belah di Kota Bandung, Indonesia sangat menguntungkan kerana saya di bawa ke Factory Outlet di sekitar Bandung iaitu gudang butik terbesar seperti sebuah banglo rumah yang menjual ratusan pakaian yang berjenama dari Guess, Zara, Hugo Boss, LV, Gorgio Armani, Burberry, CK dan sebagainya dengan harganya 3 kali ganda lebih murah daripada Malaysia. Cuba bayangkan pakaian berjenama yang original boleh dibeli dengan harga rp100,00 hingga rp350,000 iaitu antara Ringgit Malaysia RM35.00 hingga RM150.00 sahaja. Jaket kulitnya boleh didapati dengan harga RM80.00 daripada jenama Zara, Hugo Boss dan sebagainya. Jika di Malaysia, pastinya tidak dapat kerana di KL harganya sekitar RM 200 ke atas. Patutlah, bisik teman saya, ramai selebriti Malaysia ke bandung adakalanya untuk shopping, kerana harganya amat berpatutan dan berkualiti. Bagi anda yang gilakan shopping dan branded barangnya, wajarlah menghabiskan cuti anda di Kota Bandung mahupun Jakarta yang tentunnya tidak rugi dan berbaloi untuk shopping hujung tahun mahupun awal tahun. Barangkali teman-teman karyawan ataupun anda patut ke sana..



Apabila berbicara dengan salah seorang supervisornya di butik outlet tersebut, mereka memberitahu saya bahawa di outlet tersebut adalah barang-barangnya diimport dari luar negara masuk ke Indonesia mengikut kapasiti kepadatan penduduknya dan jumlah pendapatan dan nilai rupiah sebesar mana sekalipun nilainya, maka harga seseuatu barang akan menjadi tetap mengikut nilai sesebuah negara. Jika di Malaysia, benda yang sama juga berlaku, barang-barang berjenamanya terpaksa menjadi mahal kerana kualitinya, charge cukai perkhidmatannya dan di mana ia ditempatkan adalah faktor utama nilai sesuatu barang itu turun ataupun naik. Maka, bagi saya Bandung adalah negara sesuai untuk anda yang gilakan membeli-belah. Fikirkan masak-masak samada anda sanggup membayar lebih untuk mendapatkan kualiti yang sama.


Namun begitu, bukan sahaja destinasi ke bandung untuk membeli belah namun kami di bawa ke Tangkuban Parahu iaitu tempat di mana larva gunung berapi meletus dan meninggalkan kesan dan rekahannya untuk tatapan generasi pencinta aktiviti travelling mahupun persekitaran. Yang menariknya di sepanjang berjalan di sekitar Bandung atau mana-mana tempat sekalipun, kami di buru penjual cenderamata daripada key chain hinggalah senapang yang memaksa kami membeli barang-barang mereka, katanya 'mau beli pak... murah aja mas.. kami butuh uang mahu makan.. ambiklah satu mas... buat kenang-kenangan'.. kata salah seorang penjual cenderamata di mana-mana tempat di Bandung.. Kiranya macam selebriti pulak la ye.. asyik diburu sebegitu.. Tetapi memorinya amat kekal diingatan.


28hb Disember.. selamat tiba di LCCT Air Asia Airport, membawa pulang seribu kenangan bercuti sambil menghabiskan wang, katanya di Bandung.. jadi tidak rugilah shopping di sana... jadi next year kata teman saya, may be akan ke Bangkok ataupun ke Gold Coast, Australia...


salam tahun baru, 2009




Khamis, 25 Disember 2008

25 - 28 December 08 at Bandung.... Happy Holidays!!

'Merry Chritsmas!!'.. untuk semua penganut agama Kristian yang terdapat di Malaysia, semoga ceria dan sihat selalu hendaknya. Mulai 25 hb hingga 28 hb Disember 2008, amy ikram the storyteller akan bercuti selama 4 hari di Bandung, Indonesia untuk menghadiri sesi lawatan dan shopping day di sekitar tempat-tempat menarik untuk membeli belah di Kota Bandung, Indonesia. Oleh itu, blog ini tidak akan aktif selama 4 hari dan akan kembali beroperasi pada 29 atau 30hb December 2008. Justeru, selamat bercuti jugak kepada anda dan kita berjumpa lagi pada minggu hadapan.

p/s: jangan salah faham, saya bercuti bukan untuk menyambut Krismas!!! tetapi saya pergi atas urusan kerja yang perlu diselesaikan. Tidak sabar untuk membawa pulang DVD filem indonesia yang sukar untuk menembusi pasaran Malaysia.. mungkin filem kontroversi.. so.. selamat malam... doakan saya selamat pergi dan balik...

Rabu, 24 Disember 2008

Comolot dan Artikel Berita Harian : Maafkan Remy...


Dari meja Pengarah....

Salam sejahtera. Rasanya sudah setahun filem pendek 'comolot' di hasilkan, tetapi ia masih hangat diperdebatkan lagi di dalam blogger picisan anak-anak muda, tidak kira forum agama, budaya dan sosial. Jika di klik pada laman youtube, filem comolot masih lagi ada dan ia di masukkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi menghangatkan suasana, jika ye pun tidak suka akan kontroversi filem ini, kenapa masih lagi berdegil dan tetap memasukkan semula filem ini?. jangan salah para karyawan, apabila menghasilkan filem sebegini. Sendiri mau ingat lah. Kata rakan-rakan blogger dan para media, jika seseorang itu alim dan kuat agama, kenapa ia masih melayan portal youtube dan mencari video-video atau filem-filem kontroversi untuk dikupas?. Sebab, no point untuk menulis isu lain, jadi untuk menarik pembaca. 'comolot' sasaran utama penulis-penulis sebegini. terima kasih kerana anda memperdebatkan filem ini dan mewujudkan pertelingkahan pendapat...... - amyikram ismail



Petikan artikel tentang Remy Ishak, di dalam Berita Harian 23 Disember 2008..
oleh: Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Pelakon baru berpotensi luangkan masa ke Balai Berita khas untuk pembaca Hip

BERBULAN-bulan penantian Hip menanti tarikh yang sesuai dan lapang buat pelakon baru, Remy Ishak, 26, yang semakin pantas menambat perhatian peminat. Akhirnya pada 2 Disember lalu baru terlaksana sesi fotografi ini.

Kata Remy, bukan berniat mengelak publisiti tetapi mengakui agak tersepit di antara memuaskan hati pihak produksi dan rakan media.

Jika dulu, aktor kelahiran Negeri Sembilan ini mengakui banyak berlembut dengan sesetengah pihak sehingga akhirnya timbul kesukaran untuk mengikut rentak orang. Bangkit dengan azam baru, Remy kini tidak lagi terkapar-kapar, sebaliknya sudah boleh berfikir apa yang patut dan baik untuknya.

Memohon maaf di atas kelewatan memberikan tarikh untuk sesi fotografi dengan Hip, kisah lalu terus dilontar jauh tanpa perlu dikenang lagi. Cuma, harap ia mampu menjadi pengalaman dan pengajaran terbaik buat Remy untuk terus memacu kerjaya seninya yang semakin meledak.

Biar baru tiga tahun menerjah arena seni, namanya pernah terpalit dengan beberapa siri kontroversi termasuklah kisah dikatakan kononnya hanya melayan media yang boleh memastikan wajahnya diisi di kulit hadapan majalah atau surat khabar, termasuklah sensasi filem pendek Comolot yang dilakonkannya. “Apabila terjebak dengan sikap sesetengah pihak produksi yang bersikap sambil lewa mengenai jadual penggambaran, akhirnya saya sendiri berdepan masalah dengan pihak media. Masalah yang acap kali berlaku dengan sesebuah produksi ini adalah normal. Sekarang saya harus tegas dan setiap tawaran berlakon perlu disertakan dengan jadual penggambaran. “Saya bukan saja berdepan dengan masalah dengan wartawan kerana tidak dapat memberikan tarikh untuk fotografi tetapi ada juga produksi lain yang ingin mendapatkan khidmat saya sedangkan saya tidak mampu memberi kata putus bila dapat berlakon apabila terikat dengan produksi sebelumnya. Akhirnya, saya berada dalam keadaan serba salah.

“Bukan saya nak demand atau berlagak diva meminta jadual penggambaran yang tetap, tapi itu hak saya sebagai pelakon untuk cari makan. Pada masa yang sama, saya boleh melakukan urusan lain termasuklah memenuhi undangan fotografi dan kerja lain,” katanya dalam nada kecewa.


Pernah tidur masjid ketika merantau

MULA melangkah sebagai pelakon sejak 2006, cuma 2008 menjadi tahun yang betul-betul menyerlahkan bakat lakonannya. Lebih fokus kini, perjalanan hidup Remy ke tahap sekarang bukanlah semudah disangka. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di Hotel Mandarin Oriental. Hasil kerja kerasnya, Remy mampu tersenyum bangga dan sudah memiliki kereta untuk kemudahan bergerak ke sana ke mari. Semua yang dilalui, mematangkan hidupnya.

Dilahirkan dalam keluarga susah dan berdepan dengan perceraian keluarga ketika di tingkatan satu, ada saat sepi yang pasti membuatkan dirinya mula mengenang kisah perit dulu kala. Sebut saja pekerjaan mana tidak pernah dilakukannya.

Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

“Umur 18 tahun saya mempertaruhkan hidup datang ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib mencari kerja. Saya pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Pada masa yang sama, saya mencari kawan sekampung untuk meminta tolong mencarikan kerja. Dipendekkan cerita, ketika berada di Kompleks Pertama dan Kompleks Campbell secara kebetulan saya berjumpa kawan lama dan berkat bantuannya, saya mula bekerja di hotel bahagian house keeping.

“Sejak bersekolah lagi saya sudah mula hidup berdikari mencari duit sendiri. Perpisahan ibu bapa juga membuatkan saya kecewa. Bayangkan setiap kali membaca kisah perceraian di surat khabar, saya pasti fobia dan sedih mengenangkan kisah keluarga,” katanya.

Berbalik kepada soal lakonan, umpama rezeki terpijak Remy tidak menyangka impian sejak kecil ingin menjadi pelakon akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat peluang berlakon filem Akuarium Cinta arahan Osman Ali.

“Bagaimanapun, filem itu masih lagi tertangguh penggambarannya hingga saya mendapat peluang berlakon filem Anak Halal arahan pengarah yang sama. Sebelum filem itu berada di pawagam, saya kembali bekerja di hotel selama dua tiga bulan untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, berkat kesabaran, saya diberi peluang berlakon drama, telefilem dan filem,” katanya.

Menceritakan pengalaman setahun jagung di dalam dunia seni, Remy pernah dua kali tertipu dengan orang yang mengakui diri mereka adalah wartawan. Percaya bulat-bulat dan naif, Remy tanpa bercakap banyak memenuhi undangan fotografi wartawan yang dimaksudkan itu.


'Cerita saya 'gay' hanya lakonan'

MENGENAI filem pendek Comolot yang dilakonkannya itu, dia tidak menyangka niat baiknya untuk menambahkan skil dan bakat lakonan di salah erti apatah lagi filem itu menjadikan subjek golongan gay sebagai plot penceritaannya.

“Apabila mengenangkan pengalaman ditipu mereka yang mengaku wartawan dan jurugambar ini, saya menjadi hairan kenapa boleh timbul isu saya demand ‘muka depan’ saja. Kenaifan saya dulu memberi peluang orang mengambil kesempatan sedangkan saya yang tidak tahu menahu boleh ditipu sebegini. Saya selamba memberikan aksi pos bergambar tanpa mengetahui niat tersembunyi mereka. Apabila dikenang kembali kisah ditipu, lucu juga jadinya.

“Saya bukan gay dan tanggapan orang mengatakan saya sebegitu hanyalah cerita kosong. Tapi secara logik, apabila orang berandaian sebegitu, bermakna lakonan dan watak saya di dalam filem itu berjayalah maksudnya. Cuma saya tidak sangka, filem pendek itu menjadi isu dan digembar-gembur semasa filem Anak Halal mula ditayangkan di pawagam. Saya menerima tawaran berlakon filem pendek itu atas dasar menolong kawan dan dibayar dengan harga biasa,” katanya.

Mengintai kisah peribadinya, Remy sedang mengenali hati budi seseorang dan perkenalan mereka terjalin ketika Remy masih bekerja di hotel. Kenal sudah lama, wanita itu hanyalah orang biasa.

“Dia tahu saya ada perasaan terhadapnya tapi saya hanya buat bodoh hingga membuatkan dirinya pasti atau sebaliknya mengenai niat hubungan kami. Apa yang membuat saya hormati dirinya adalah kerana dia tidak pernah berubah hati biarpun saya sudah menjadi pelakon. Hubungan kami masih pada tahap kawan. Masa depan nanti tidak tahulah kesudahannya,” katanya menoktahkan bicara dan masih sibuk menghabiskan baki penggambaran drama Awan Dania yang hangat disiarkan di Astro Ria.

Remy Ishak

  • Nama sebenar: Mohammad Zalimei Ishak
  • Nama komersial: Remy Ishak
  • Tarikh lahir: 11 April 1982
  • Tempat lahir: Negeri Sembilan
  • Hobi: Mengembara dan seni fotografi
  • Mula berlakon: 2006
  • URL Myspace: www.myspace.com/remyishak
  • Filem: Akuarium Cinta (masih tertangguh penggambaran), Anak Halal.
  • Drama: Sindarella, Obsesi, Awan Dania
  • Tele filem: Iktikaf, Jalan Pintas Ke Neraka, Takbiratul Ihram, Sesuci Kasih
  • Iklan: Kopi Radix, KL Tourism dan 5M (Kementerian Kesihatan)



INFO: Maklumat menarik mengenai Remy

  • Tengku Haidar: Watak yang diingati lakonannya di dalam drama Sindarella arahan Shahrul Ezad. Dia seorang anak raja kepada negara Inderapura yang tidak mengenal erti cinta pada mulanya namun diajar oleh seorang puteri.
  • Publisiti: Memang perlu ada sebagai strategi hebahan dan promosi untuk menjual produk (artis) atau karya (filem atau drama).
  • Minyak wangi: Sudah mengumpul 12 botol minyak wangi daripada deretan jenama seperti Emporio Armani Aqua De Gio, Davidoff, Polo Ralph Lauren, Polo Black, Dunhill. Meminati haruman berbau jantan dan maskulin.
  • Jaket: Mempunyai enam pasang. Dua daripadanya jenama Levis Jean, selain jenama Seed, Padini dan Renoma
  • Media: Tidak mempunyai masalah dengan media, cuma apabila timbul dingin dengan pihak wartawan, dia menjadi hairan dituduh kononnya hanya mengutamakan fotografi untuk kulit muka depan dan termasuklah masalah komunikasi apabila tersepit antara jadual penggambaran drama dan memenuhi tuntutan fotografi bersama media. Moga penjelasannya di sini akan menjelaskan bahawa tiada isu yang disebut tadi.
  • Impian: Ada di benak fikirannya dan selagi ia belum menjadi kenyataan, dia enggan bercakap lanjut bimbang yang dirancang tidak menjadi.


Selasa, 23 Disember 2008

'Panas dan Sangat Provokatif..... Teater Bilik Sulit perdebatkan isu realiti tahanan ISA?


'Bilik Sulit', ia bukan sebarang teater yang dilakonkan secara rekaan atau mengikut naratif penceritaan yang digubah pada kebanyakkan konsep teater yang ada di Malaysia, namun ia boleh dikatakan sebuah pementasan ringkas yang memaparkan isu yang sangat menyentuh perasaan dan agak panas isi kandungannya. Bilik Sulit arahan pengarah filem profilik, Hishamuddin Rais dan pelakon Mislina Mustaffa ini merupakan kisah realiti yang berlaku di sebalik tirai besi terhadap tahanan-tahanan ISA yang diseksa tanpa perikemanusiaan di dalam sebuah penjara yang dikelilingi kuncu-kuncu kerajaan yang hidup berpaksikan rasuah dan penipuan yang amat dasyat. Penggunaan dialog dan susur kata di dalam visual teater ini agak daring dengan dialog-dialog 'lucah' yang sememangnya berlaku di dalam masyarakat Malaysia yang berpura-pura hidup dengan nilai adat dan budaya yang disanjungi. Apakah itu realiti di sebalik tirai besi yang digambarkan oleh Hishamuddin Rais di dalam naskhah Bilik Sulit ini?. Rata-ratanya mengaku 'YA'... itulah gambaran sebenar betapa kejamnya akta ISA yang perlu dimansuhkan, demi memelihara keamanan dan kedamaian hidup yang hakiki. Kekejaman akta ini dikupas secara sindiran dan ketajaman seni lakonan yang dipersembahkan oleh setiap para pelakon teater ini, yang sedikit sebanyak membuatkan saya tidak senang duduk dan seolah-olah 'panas seketika' dengan isu yang diperdebatkan di dalam teater Bilik Sulit ini. Ia bukan karya untuk mempersendakan sesiapa, tetapi ia sebuah naskhah untuk memaparkan secara artistik bahawa sesuatu akta itu perlu dikaji secara terperinci dan hendaklah diadili secara berhemah, bukannya seperti 'anak anjing yang di sepak tuannya'. Dari segi lakonan, setiap persembahan para pelakonnya boleh dipuji terutamanya pada watak Jasni, lakonan Moizzasr Chong yang disepak dan diterajang di dalam teater ini dan ia 'di bogelkan separuh sehingga menampakkan sedikit seluar dalamnya'.. ia sangat provokatif dan mencabar pemikiran penonton seketika. Keberanian para pelakonnya dalam mengupas isu yang ditulis skripnya oleh Hishamuddin Rais ke bentuk teater, bolehlah dipuji kerana bagi saya 'Bilik Sulit' ini merupakan sebuah teater yang agak berani mengupas sesuatu isu secara jujur dan ia dipentaskan mulai 20 hingga 23 Disember 2008 di Bar Council, Kuala Lumpur. Justeru itu, bagi para peminat seni teater dan aktivis politik, anda di jemput hadir menyaksikan teater ini yang agak panas dan akan berakhir malam ini, 23 hb Disember 2008...

HISHAMUDDIN RAIS


MISLINA MUSTAFFA


p/s: Berani dan sangat provokatif... scene yang agak berani ialah watak jasni.. nasib baik tak dibogelkan langsung.. kalau tak riuh rendah panggung... apapun.. tahniah Hishamuddin Rais...

Isnin, 22 Disember 2008

Filem Pensil M.Subash..... sangat touching....


Walaupun sudah lama ia ditayangkan di pawagam sejak 12 Jun 2008, filem 'Pensil' arahan Sutradara Muda, M.Subash boleh dikatakan sebuah filem yang sangat menyentuh jiwa dan perasaan penonton. Menggunakan trademak yang agak simple ' Kebendaan tidak penting untuk insan yang mendahagakan kasih sayang' merupakan naskhah terbaik M.Subash yang mengisahkan 'Badrul seorang pemuda yang cacat dan hidup dalam lingkungan masyarakat melayu yang mempunyai sikap iri hati yang sangat kuat, dan ia mewakili watak Zaitun, lakonan Khatijah Tan merupakan adik kepada Mon, lakonan Maimon Muthalib. Filem pertama arahan M.Subash ini boleh dipuji dari sudut sinematografinya dan penataan muzik latar yang sangat membantu perjalanan filem ini walaupun ia sebuah karya melodrama yang sangat meruntun perasaan. Dalam filem ini, saya amat tertarik akan 'composed shot' fotografinya oleh Indra Che Muda terutama pada shot M.Subash duduk di atas tangga rumah dalam kesedihan mengenang nasib yang menimpanya, pada rakaman visual yang sangat cantik dengan paparan warna kelabu, hijau dan coklat. Mungkin kata kebanyakkan penonton, ia seperti sebuah melodrama tragik, tetapi bagi saya Pensil ini merupakan sebuah filem yang mempunyai nilai kemanusiaan yang sangat tinggi jatidirinya, apatah lagi ia di hargai di FFM21 dalam kategori Anugerah Khas Juri. Penggunaan latar muzik background di dalam filem ini, sangat membantu perjalanan filem ini sehinggakan saya hampir-hampir 'mengalirkan air mata' menyaksikan naratif penceritaan filem ini yang memaparkan kegigihan seorang pemuda gelap yang cacat dan dihina masyarakat termasuk ibu tirinya, Mon dan ia hanya di sayangi neneknya, lakonan Ruminah Sidek. Walaupun ia sebuah karya klise, tetapi lakonan M.Subash sebagai pemuda cacat boleh dipuji kerana 'bukan senang lelaki normal membawa watak lelaki cacat', ia sangat mengujakan.


Jika dilihat dari segi mesej, filem Pensil arahan M.Subash ini nyata memberikan signifikan yang tersendiri bahawa 'dalam kehidupan ini kenapa manusia yang sempurna akal fikiran dan anggota badannya malas untuk mengubah nasib keluarganya, malahan yang cacat anggota tetapi sempurna mentalnya tetap berjuang mencari sesuap rezeki walaupun terpaksa menempuhi pelbagai ranjau dan duri dalam kehidupan', itulah paparan apa yang ingin disampaikan oleh M.Subash dalam Pensil. Walaupun ia sebuah karya yang kurang menarik perhatian penonton, barangkali kurang pelakon komersial dan cantik seperti filem-filem arus perdana yang lain, tetapi 'Pensil' bagi saya sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua yang bergelar manusia dan ingatlah sesungguhnya kita hanya manusia sementara yang perlu bersyukur atas nikmat pemberian tuhan. Ingatlah jangan ego dalam kehidupan... kerana hidup ini adalah sementara.

SINOPSIS FILEM PENSIL M.SUBASH

Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua.

Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya.

Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.

Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid.

Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.


* Perhatian: Filem Pensil ini telah dijemput ke Festival Filem Antarabangsa, India ke-39, pada 22 November hingga 2 Disember 2008. Tahniah M.Subash...

p/s: pada cik saiful laharina daripada astro.. cukup-cukuplah dengan rasa ego dalam kehidupan..... kerana kite manusia biasa bukannya tuhan pencipta alam..

Ahad, 21 Disember 2008

Maxis Broadband....... Pilihan Amy Ikram...


'Kenapa Maxis Broadband?' itulah antara persoalan yang dikemukakan oleh teman-teman blogger dan rakan-rakan media di dalam industri. Walaupun banyak sangat servis internet daripada Celcom, Streamyx dan U-Mobile, samada dalam bentuk Modem ataupun Mobile Internet, saya tetap memilih Maxis Broadband edisi terhad ini yang sudah saya terokainya sejak beberapa bulan yang lepas dan hanya RM 118 sebulan. Ia nyata memberikan liputan yang terbaik terutamanya di kawasan pusat bandar yang rangkaiannya adalah HSPDA 3.4 Mpbs, dan rangkaiannya full coverage dan lancar bagi yang menggunakan mac ataupun laptop biasa. Jika digunakan di luar bandar, memang agak rumit sedikit kerana ia secara automatik coveragenya akan menjadi EDGE / GPRS yang liputannya agak lembap sedikit. Jika anda berada di kawasan 3G, maka penggunaannya adalah yang terbaik antara servis-servis lain yang ada di Malaysia. Jika perkhidmatannya bertambah baik lagi, mungkin ini agak menarik lebih ramai lagi pengguna di Malaysia. Oleh itu, bagi anda yang belum mencuba broadband ini, kunjungilah mana-mana booth yang terdekat. Opss!! ini bukan iklan ye.. ini adalah citarasa gue sahaja... So.. anda bagaimana menggunakan internet free ke Wi-Fi?


p/s: Antara Celcom, Streamyx dan U-Mobile, mana pilihan anda.. saya tetap menggunakan Maxis Broadband...

Sabtu, 20 Disember 2008

Documentary Talk at FINAS by Lara Ariffin & Harun Rahman, Novista...


Pagi tadi, bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas di adakan Taklimat Antarabangsa Penerbitan Filem Dokumentari FINAS untuk tahun 2009 yang akan di siarkan di saluran astro dan bakal menembusi pasaran antarabangsa. Taklimat tersebut di sampaikan secara ekslusif oleh Lara Ariffin dan Harun Rahman, pembikin filem dokumentari dari Novista Film Sdn Bhd. Mereka meyampaikan secara professional tentang bagaimana penerbitan filem dokumentari dijalankan yang meliputi penyediaan proposal mengikut syarat dan kehendak antarabangsa yang diiktiraf oleh National Geographic. Dalam taklimat tersebut, Lara dan Harun berkongsi pengalaman yang cukup berharga kepada para peserta taklimat mengenai konsep, idea dan pemikiran serta subjek matter yang perlu diketengahkan dalam setiap naratif pembikinan filem dokumentari yang di klafikasikan mengikut pembinaan sktruktur 4 act, di mana setiap pengakhiran episod adalah mengikut pecahan babak yang perlu membuatkan penonton tertanya-tanya pada setiap kesinambungan penceritaan. Ini adalah penting bagi menarik perhatian penonton dalam menyaksikan dokumentari tersebut. Namun begitu, apa yang ingin di sampaikan mereka di dalam taklimat penerbitan dokumentari ini, ialah 'konsep penceritaan yang perlu diketengahkan hendaklah mempunyai struktur pemikiran yang sukar difikirkan oleh khalayak. Ini bermaksud ' seseorang pembikin filem dokumentari yang ingin menghasilkan proposal mereka, perlulah mengetengahkan idea dan cerita yang 'strong' serta ia sukar diramalkan pemikiran manusia dan mungkin tidak terfikir akal cerita yang ingin anda ketengahkan. Namun begitu, diingatkan di sini bahawa 'jangan menghasilkan dokumentari melalui paparan isu yang agak murah dan ia mestilah sebuah karya yang agak kuat, menarik perhatian dan sebuah isu yang belum pernah dikupas, dan anda mestilah mengemukakan setiap fakta yang betul di dalam dokumentari ingin anda hasilkan...




Justeru, untuk makluman anda, Lara Ariffin dan Harun Rahman ini merupakan pengarah dan penerbit filem Dokumentari 'Smart Tunnel' yang telah di siarkan di National Geographic pada tahun lepas, dan ia mengutip jumlah rating penonton yang agak tinggi. Syabas!!! so.. kepada semua karyawan muda, pembikin filem dan pencipta dokumentari, sahutlah cabaran ini kerana mana tahu rezeki anda.. ia akan terpilih. maklumat lanjut sila hubungi FINAS untuk keterangan terperinci mengenai Dana Penerbitan Dokumentari 2009, FINAS.


Smart Tunnel - karya Novista Film ( Lara Ariffin & Harun Rahman )

maklumat mengenai Novista, sila klik http://novista.tv/prodnotes.html

Jumaat, 19 Disember 2008

Datuk Siti Nurhaliza dalam Filem Perempuan Berkalung Sorban...


'Perempuan Berkalung Sorban' adalah sebuah filem dari Indonesia arahan Hanung Bramatyo yang akan ditayangkan di Indonesia pada bulan ini, Disember 2008. Filem yang dibintangi pelakon Indonesia ini jalan ceritanya mengisahkan seorang perempuan, Anissa yang taksub akan pengertian islam yang banyak pantang larang dan kefahaman dari segi cara hidupnya. Filem ini barangkali dikupas begitu drastik, dan adakalanya mungkin mempersoalkan isu wanita dari kaca mata islam. Namun, apakah pengertian dan kesudahan tersebut?. Anda bolehlah melayari facebook filem ini di alamat:

http://www.facebook.com/pages/PEREMPUAN-BERKALUNG-SORBAN/34484707706

Saya tidak boleh mengupas filem ini, kerana ia belum memasuki pawagam Malaysia. Insya-allah kalau diizinkan, mana tahu tahun depan ia akan ditayangkan di sini, nanti akan saya khabarkan di blog ini ya. Satu lagi, yang menarik mengenai poster filem ini ialah penggunaan warna putih dan hitam. Putih melambangkan muslimah dan masyarakat islam yang begitu suci di dalam filem ini dan warna hitam pulak yang diperagakan pada pelakon utamanya, memperjelaskan pula tentang kecelaruan pemikiran si wanita terhadap konsep islam dari pemahaman dan kaca matanya, kerana beliau menganggapkan islam menindas golongan wanita dan memperjuangkan golongan lelaki. Isu yang cukup sensitif barangkali, dan diharapkan ia dapat ditayangkan di sini. Apabila bercakap mengenai poster ini, teringat saya akan poster filem arahan Yasmin Ahmad, Muallaf... konsepnya sama sahaja dan kedua-dua filem ini bagi saya cukup tinggi pemikiran yang ingin dikupas oleh sutradaranya.

Menarik mengenai filem 'Perempuan Berkalung Sorban' ini adalah rakaman soundtracknya atau lagu temanya, kerana filem ini menggunakan suara emas, Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza yang telah mencipta lagu yang berjudul 'Batasku Asaku @ Ketika Cinta' yang melodi dan lirinya sangat menyentuh jiwa, apatah lagi video klip ini sangat membantu atas promosi filem ini, yang saya rasakan akan seperti filem 'Ayat-Ayat Cinta'.. so kawan-kawan semua dan para blogger yang ku kasihi, dengarkan lagu tema untuk filem ini.... yang di nyanyikan oleh Diva no 1 di Malaysia...



Sedutan Dari Berita Indonesia...


Khamis, 18 Disember 2008

Semua Produser Filem & Karyawan Muda Di Jemput Esok... Taklimat Dana Filem Dokumentari..


Perhatian buat semua Produser Filem, Drama dan Dokumentari serta Para Karyawan Muda, anda dipelawa untuk ke Taklimat Ekslusif mengenai Dana Penerbitan Filem Dokumentari terbitan FINAS untuk tahun 2009, pada Jumaat 19hb Disember 2008, pukul 9.00 pagi, bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Taklimat ini bertujuan untuk memperjelaskan secara terperinci mengenai dana penerbitan untuk filem dokumentari bagi penerbitan produksi untuk tahun 2009. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari 2009, untuk serahan akhir proposal untuk penilaian. Proposal yang terpilih akan berpeluang menjalani penggambaran dengan dana yang di beri dan produk akhir akan di siarkan di Saluran Discovery Channel atau National Geographic, Astro. Oleh itu, datang la esok dan rebutlah peluang keemasan ini kerana karya terpilih akan disiarkan ke seluruh dunia... so... apa tunggu lagi... datang la ye..

Rabu, 17 Disember 2008

Tawaran Hebat buat semua Karyawan Filem : Dana Penerbitan Filem Dokumentari FINAS 2009...


* Tawaran ini terbuka kepada semua karyawan filem di Malaysia... Dokumentari ini akan di siarkan di Saluran Discovery Channel, Astro..

sila klik pada setiap gambarajah dibawah untuk detail terperinci..

P/S: So.. apa lagi rebutlah peluang anda ini kepada semua karyawan filem samada professional atau tidak... mana tau, dokumentari anda akan disiarkan di saluran tersebut, sehingga dipertontonkan ke seluruh dunia...