Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 15 Disember 2008

25 Filem Malaysia untuk tahun 2009?


Dalam portal Sinema Malaysia Finas, di maklumkan bahawa untuk tahun 2009 sebanyak 25 buah filem Malaysia akan ditayangkan dipawagam seluruh negara, yang masing-masingnya belum dipastikan tarikhnya lagi. Cuma, filem Animasi Geng: Upin dan Ipin khabarnya telah tersenarai untuk ditayangkan pada 12 Februari 2009. Di antara 25 buah filem tersebut, apakah filem Muallaf terlepas jua tayangannya di Malaysia untuk 2009?. Jika ya, penantian seluruh rakyat Malaysia terutama para peminat karya-karya Yasmin mungkin akan gembira dengan pengkhabaran ini, dan pastinya filem Dukun, yang dinanti-nantikan ramai tidak jua muncul untuk tahun 2009. Mungkin Cik Gayathri je yang tahu, apakah situasi sebenarnya yang terjadi. Untuk maklumkan anda, filem Dukun sebenarnya telah diluluskan tayangan oleh LPF dan yang membuatnya tersangkut ialah salah faham beberapa pihak atas naratif filem ini yang dikatakan kisah Mona Fandey... itu cuma kebetulan, tetapi tidak sebenarnya... so... apa pandangan anda?

Di antara 25 buah filem yang akan ditayangkan 2009. Trailer boleh ditonton di portal Sinema Malaysia

http://www.sinemamalaysia.com.my

1. Talentime by Yasmin Ahmad
2. Syurga Cinta by Ahmad Idham
3. Lu Pikirlah Sendiri De Movie by Aminah Rhapor
4. Johnny Bikin Filem by Dr.Anuar Nor Arai
5. Syirik by M.Subash
6. Lembing Awang Pulang Ke Dayang by Majed Salleh
7. Eee.. Hantu by Majed Salleh
8. Shhh.. Dia Datang by Saipul Apek
9. Berani Punya Budak by Afdlin Shauki
10. Setem by Khabir Bhatia
11. Hooperz by....?
12. Janin by Yeop Hitler
13. JOM C.I.U.M by M.Subash
14. C.C.T.V by M.Subash
15. Cinta Terakhir by Along Kamaruddin
16. Misteri Dendam Balan Balan The Movie by Amith Abidin AW
17. Ablasa ( Bisikan Syaitan ) by Prof Madya A.Razak Mohaideen
18. Muallaf by Yasmin Ahmad
19. Geng : Misteri Hantu Durian @ Upin & Ipin by Nizam Razak
20. Papadom by Afdlin Shauki
21. Taiko by Brando.. script by Hassan Muthalib
22. Kantoi by Mat London @ Ahmad Ibrahim FDAM
23. Sayang You Can Dance by Bjarne Wong
24. Jangan Tegur by Pierre Andre
25. Estet by Mamat Khalid



Apakah yang tersenarai di atas ini akan ditayangkan pada tahun 2009? Setahu saya, ada yang dah lama terperap tak tayang-tayang jugak. Walaupun yang tersenarai 25 filem di atas ini, tetapi ada lagi filem yang dibikin penggambarannya, belum dimasukkan lagi. Contohnya Syair si Pari-Pari, Akuarium Cinta by Osman Ali dan banyak lagi... termasuk filem Animasi Mamat Khalid yang menggunakan suara Datuk Siti Nurhaliza tue...
so... harap2 la ye tahun 2009, banyak lagi karya bermutu akan keluar di pawagam..

0 comments :