Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 9 Disember 2008

Astro Kirana Short Film Awards 08/09... Kini Kembali





Berita baik buat semua karyawan muda, pelajar filem mahupun pembikin filem professional, kini Astro Kirana kembali dengan Short Film Awards 2008/2009 yang tarikh tutup penyertaannya pada 31 Januari 2009. Program ini mengalu-alukan penyertaan semua jenis filem samada dirakam menggunakan format filem ataupun video, hendaklah menghantar penyertaan anda dalam bentuk DVD sebelum tarikh tamat penyertaan kepada pihak Astro Kirana, borang penyertaan dan maklumat lanjut bolehlah melayari http://kirana.astro.com.my/aksfa08.


Inilah peluang anda buat semua pembikin filem diluar sana yang ingin mengetengahkan bakat dan kreativiti masing-masing kerana penyertaan yang terpilih akan disiarkan di saluran Astro Kirana, dan filem yang dihantar hendaklah berdurasi 15 minit keatas. Dan khabarnya, para pemenang utama akan menerima kontrak menghasilkan filem daripada pihak Astro.. So apa tunggu lagi... sahutlah cabaran ini kerana ia adalah peluang keemasan yang sukar anda temui jika anda bercita-cita ingin menjadi pengarah filem ataupun penglibat industri...




0 comments :