Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 14 Disember 2008

'Bagaikan sebuah filem animasi.... Sinbad The Musical pecah pentas teater Istana Budaya...


Semalam (13 Disember 2008), bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur telah dipentaskan Muzikal Kanak-Kanak yang diadaptasikan daripada sebuah filem animasi, Sinbad, 'Sinbad The Musical', telah memecah rekod yang amat memberangsangkan dengan semua kerusi dipenuhi dengan para penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur tidak kira kanak-kanak, sehinggalah ke orang dewasa. Pembukaan teater kanak-kanak sinbad ini dengan video multimedia yang memaparkan kehidupan laut yang divisualkan ke layar skrin sebenarnya ini memaparkan pengkisahan Sinbad, seorang pelayar yang cukup dikagumi dan digeruni oleh kebanyakkan pihak termasuk musuhnya, Dewi Bencana, seekor sotong gurita yang amat besar dan menakutkan. Sinbad belayar saban hari ke seluruh pelusuk negara dan dia mempunyai sahabat akrab, Putera Zariq yang dianggapnya abang kandungnya sendiri. Demi persahabatan dan kasih sayang antara mereka, Putera Zariq telah mengambil risiko mempertahankan Sinbad daripada tuduhan mencuri Kitab Damai, kepunyaan Raja Mikraj yang merupakan maruah dan keagungan bangsa dan negara. Tetapi, atas kebijaksanaan Dewi Bencana untuk menjatuhkan Sinbad agar dihukum bunuh, telah memerangkapkan Dewi Bencana kepada satu situasi yang cukup memeranjatkan sehingga pertelingkahan pendapat antara mereka, menjadi satu paparan komedi yang mengasyikkan. Kemunculan Raja Azura sebagai antagonist ( Dewi Bencana - seekor sotong ) ini sebenarnya telah menjadikan Teater Sinbad ini sebuah fantasi komedi yang sangat mengujakan. Kenapa?. Ini adalah kerana keberkesanan karektor yang di bawa Raja Azura ini sebenarnya telah menyuntik perasaan penonton sehinggakan setiap babak di dalam persembahan ini cukup memuaskan, apatah lagi menyaksikan lenggok tari alunan muzik dangdut yang dipersembahkan khas kepada khalayak oleh Dewi Bencana , yakni Raja Azura. Dewi Bencana di dalam teater Sinbad ini sangat dengki akan kejayaan Sinbad, tetapi di sebalik lukisan alam di dalam teater ini, sebenarnya beliau seorang pembikin karektor yang agak komedi. Syabas.. kak engku...


Teater kanak-kanak Sinbad ini seolah-olah sebuah filem animasi yang dipentaskan secara langsung oleh setiap para pelakonnya yang terdiri daripada pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat, malahan mereka amat berdisiplin ke atas setiap watak dan karektor yang dibawa masing-masing. Susunan props, kostume dan penataan bunyi serta muzik di dalam teater ini boleh dibanggakan kerana ia dilakukan oleh tenaga-tenaga professional yang menggembleng usaha dan penat jerih untuk memberikan persembahan yang terbaik, melalui kerja-kerja teknikal di samping ia dipersembahkan oleh para pelakon yang cukup beretika, walaupun ada diantaranya bukan pelakon professional, cuma Raja Azura sahajalah penambah seri di dalam teater ini yang tidak dapat dinafikan kehebatannya. Cuma, saya boleh katakan, Sinbad The Musical ini amat tidak mengecewakan anda dan ia amat sesuai dijadikan hadiah hujung minggu oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka, dengan meluangkan sedikit masa menyaksikan persembahan ini, yang telah menutup tirainya, semalam. Apa-pun, saya amat menyukai karektor Raja Azura yang memberikan mood yang cukup happening bagi setiap babak di dalam teater ini. Justeru, kepada anda yang telah menonton teater ini, apa komen anda. Dan untuk pengetahuan anda, Sinbad The Musical ini merupakan persembahan teater yang dibawakan khas Istana Budaya bersama FINAS dan Perpustakaan Negara. Tahniah kepada semua tenaga produksi dan para pelakon yang membintangi teater animasi Sinbad ini. Syabas.. amy ikram ucapkan...



CREDIT TO ALL PICTURE FROM THIS ARTICEL:
sensasi selebriti.. Budiey.. jangan marah...

p/s: Tahun depan 2009.. amy ikram nak pergi tengok Teater Musical Puteri Gunung Ledang yang khabarnya akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan Februari 2009 kot... so ada yang mau teman dan ikut amy ke sana?

2 comments :

teater kanak kanak harus banyak dipentaskan

wa dah bayak x tengok teater ....sinbad memang best , tapi kat sini wa ingat nak betul kan areniz .....sebenarnya bukan props yang menarik ......sebenarnya set yg awak maksudkan tu....props adalah seperti kotak , pedang , bunga api kerusi dan lain lain lagi benda yg kecil dan boleh dibawa oleh pelakon, sebaliknya set adalah visual keseluruhan yang dilihat , contohnya set keseluruhan kota baghdad , set keseluruhan bilik kitab damai , set keseluruhan pulau ikan , set keseluruhan pulau rukh dan set keseluruhan maya bencana . sorry . hanya nak bagi tau tentang apa yg saya tau