Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 22 Disember 2008

Filem Pensil M.Subash..... sangat touching....


Walaupun sudah lama ia ditayangkan di pawagam sejak 12 Jun 2008, filem 'Pensil' arahan Sutradara Muda, M.Subash boleh dikatakan sebuah filem yang sangat menyentuh jiwa dan perasaan penonton. Menggunakan trademak yang agak simple ' Kebendaan tidak penting untuk insan yang mendahagakan kasih sayang' merupakan naskhah terbaik M.Subash yang mengisahkan 'Badrul seorang pemuda yang cacat dan hidup dalam lingkungan masyarakat melayu yang mempunyai sikap iri hati yang sangat kuat, dan ia mewakili watak Zaitun, lakonan Khatijah Tan merupakan adik kepada Mon, lakonan Maimon Muthalib. Filem pertama arahan M.Subash ini boleh dipuji dari sudut sinematografinya dan penataan muzik latar yang sangat membantu perjalanan filem ini walaupun ia sebuah karya melodrama yang sangat meruntun perasaan. Dalam filem ini, saya amat tertarik akan 'composed shot' fotografinya oleh Indra Che Muda terutama pada shot M.Subash duduk di atas tangga rumah dalam kesedihan mengenang nasib yang menimpanya, pada rakaman visual yang sangat cantik dengan paparan warna kelabu, hijau dan coklat. Mungkin kata kebanyakkan penonton, ia seperti sebuah melodrama tragik, tetapi bagi saya Pensil ini merupakan sebuah filem yang mempunyai nilai kemanusiaan yang sangat tinggi jatidirinya, apatah lagi ia di hargai di FFM21 dalam kategori Anugerah Khas Juri. Penggunaan latar muzik background di dalam filem ini, sangat membantu perjalanan filem ini sehinggakan saya hampir-hampir 'mengalirkan air mata' menyaksikan naratif penceritaan filem ini yang memaparkan kegigihan seorang pemuda gelap yang cacat dan dihina masyarakat termasuk ibu tirinya, Mon dan ia hanya di sayangi neneknya, lakonan Ruminah Sidek. Walaupun ia sebuah karya klise, tetapi lakonan M.Subash sebagai pemuda cacat boleh dipuji kerana 'bukan senang lelaki normal membawa watak lelaki cacat', ia sangat mengujakan.


Jika dilihat dari segi mesej, filem Pensil arahan M.Subash ini nyata memberikan signifikan yang tersendiri bahawa 'dalam kehidupan ini kenapa manusia yang sempurna akal fikiran dan anggota badannya malas untuk mengubah nasib keluarganya, malahan yang cacat anggota tetapi sempurna mentalnya tetap berjuang mencari sesuap rezeki walaupun terpaksa menempuhi pelbagai ranjau dan duri dalam kehidupan', itulah paparan apa yang ingin disampaikan oleh M.Subash dalam Pensil. Walaupun ia sebuah karya yang kurang menarik perhatian penonton, barangkali kurang pelakon komersial dan cantik seperti filem-filem arus perdana yang lain, tetapi 'Pensil' bagi saya sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua yang bergelar manusia dan ingatlah sesungguhnya kita hanya manusia sementara yang perlu bersyukur atas nikmat pemberian tuhan. Ingatlah jangan ego dalam kehidupan... kerana hidup ini adalah sementara.

SINOPSIS FILEM PENSIL M.SUBASH

Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua.

Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya.

Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.

Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid.

Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.


* Perhatian: Filem Pensil ini telah dijemput ke Festival Filem Antarabangsa, India ke-39, pada 22 November hingga 2 Disember 2008. Tahniah M.Subash...

p/s: pada cik saiful laharina daripada astro.. cukup-cukuplah dengan rasa ego dalam kehidupan..... kerana kite manusia biasa bukannya tuhan pencipta alam..

0 comments :