Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 16 Disember 2008

Jom Tengok Teater BILIK SULIT.... pasti gempaq

Anda minat tengok teater? Jangan lupa temujanji anda mulai Sabtu ini hingga Selasa depan, pengarah profilik dan pengkritik politik, Hishamuddin Rais bersama pelakon Bukak Api, Mislina Mustaffa akan mementaskan teater bertajuk 'Bilik Sulit' yang pastinya akan mengundang fenomena seni teater yang panas dan menggemparkan, apatah lagi ia adalah karya Hishamuddin Rais yang sinonim sebagai pencetus kontroversi terhadap isu-isu sosial dan politik. Jangan salah anggap, ia bukan sebuah karya propaganda atau politik, tetapi ia mungkin sebuah persembahan yang cukup tajam sindiran dan mesej buat khalayak, barangkali. Oleh itu, buat semua karyawan filem, peminat teater dan pengamal industri anda dijemput hadir pada tarikh yang di nyatakan di bawah, bersama duit RM 10.00... untuk masuk!. So... .. datang la beramai-ramai.. confirm pecah panggung punya coz ia karya dari isham...

INFO

daripada blog Hishamuddin Rais
http://tukartiub.blogspot.com/

BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)

Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72

Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.


p/s: untuk makluman anda, Hishamuddin Rais ini merupakan pengarah filem 'Dari Jemapoh Ke Manchestee ' yang telah ditayangkan pada tahun 2001 dan ia memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Serta juga merupakan penyelia utama bagi filem pendek saya, comolot yang telah mencetuskan kontroversi... Manakala Mislina Mustaffa pulak merupakan pelakon filem dan aktivis teater serta juga pengarah lakonan untuk short filem saya itu, comolot.. so.. sabtu ini saya pasti akan datang... coz karya isham selalunya penuh sindiran tajam...so.. let's go baby..

1 comments :

salam, Dari Jemapoh Ke Manchestee pernah menang anugerah apa? Saya mungkin terlalu kecil untuk ingat ketika filem ini ditayangkan.
rujuk "Dari Jemapoh Ke Manchestee ' yang telah ditayangkan pada tahun 2001 dan ia memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa."