Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 13 Disember 2008

Komedi Thriller yang gempaq.... Los dan Faun, naskhah terbaik Afdlin Shauki..

Apakah anda sudah menonton filem terbaru Afdlin Shauki ini di pawagam? Bagi anda yang belum menonton filem ini, lekaslah serbu ke pawagam-pawagam berhampiran anda kerana ia menyajikan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Menggunakan trademark yang agak sempoi, 'hilang akal pun boleh diorang cari' , Los dan Faun arahan dan lakon layar, Afdlin Shauki ini telahpun berada dipawagam sejak 4 disember lalu, dan ia merupakan sebuah filem komedi yang menggabungkan 3 unsur dramatik seperti aksi, thriller dan melodrama yang mengisahkan tentang dua orang budak lelaki yang dianugerahkan bakat semulajadi dalam mencari barang-barang yang hilang mengikut psikologi dan pemikiran rasional mereka, yang diketuai Los dan Faun. Akibat daripada bakat yang dianugerahkan tersebut, mereka terpaksa bekerja keras dalam menyelesaikan setiap perkara yang diberi tugas oleh para pelanggan dalam mencari benda-benda hilang, sehinggakan ini sedikit sebanyak merubah kehidupan mereka yang sebelum ini tidak tentu arah menjadi manusia yang tinggi pegangan dan pemikirannya. Saya cukup berpuas hati menyaksikan keseluruhan filem Los dan Faun ini kerana ia cukup enjoy dan tidak memerlukan pemikiran yang tinggi untuk menghayati plot penceritaan yang dibawakan oleh sutradaranya, Afdlin Shauki. Ia sebuah filem yang cukup dekat dengan masyarakat, walaupun ada ketikanya sesetengah daripada scene atau babak dalam Los dan Faun, seperti tidak masuk akal. Namun, itu tidak penting kerana bagi anda yang tercari-cari sebuah filem selain daripada cicakman 2 yang agak ringan dan sesuai untuk seisi keluarga, Los dan Faun adalah jawapan yang tepat. Dari sudut penceritaan, ia agak ringan dan merangkumi plot-plot yang membina struktur penceritaan yang agak sempurna dimana ia bermula dengan 'pencarian atau percubaan Los dan Faun mencari kerja di ibu kota' dan seterusnya bergerak ke act 2; apabila mereka dapat menyelesaikan satu demi satu kes kehilangan barang sehinggakan terpaksa bergelumang dengan nyawa apabila menyelesaikan satu kes yang agak rumit yang membabitkan kehilangan barang berharga yang bernilai jutaan ringgit. Pelbagai risiko dan rintangan yang dihadapi mereka untuk menyelesaikan kes ini, iaitu struktur di act 3. Mampukah mereka menyelesaikan masalah ini?. Anda kena tontonlah filem ini di pawagam berdekatan. Jika dilihat pula dari sudut lakonan para pelakonnya, saya cukup respect akan lakonan pelakon versatile Adlin Aman Ramlie, yang berjaya menghidupkan watak yang diberikan kepadanya walaupun sebelum ini beliau banyak memegang watak antagonist, tetapi dalam Los dan Faun, lakonan beliau amat berbeza sama sekali. Selain dari itu, Ida Nerina tidak dapat disangkal kebolehannya dalam memegang watak-watak daring di dalam kebanyakkan filem, tetapi di dalam Los dan Faun, wataknya agak sama seketika dengan kebanyakkan filem-filem lakonannya sebelum ini, namun itu bukan penghalang beliau memberikan yang terbaik di dalam Los dan Faun. Oleh itu, jika ditanya pada saya tentang filem ini, saya akan jujur menjawab, 'ia sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat filem di seluruh Malaysia'.Ingatlah jangan membuat perbandingan di antara filem Hollywood dengan filem Malaysia.. kerana dua-duanya adalah berbeza daripada segi kos produksinya.. Jadi... yang belum menonton filem ini, bawalah keluarga anda ke pawagam berhampiran... sekarang sebelum ia kehabisan stok!!!.

p/s: Petang ini pukul 3.00 petang, Amy Ikram akan berada di Istana Budaya untuk menonton Teater Kanak-Kanak SINBAD... Tq pada Kak Shiela daripada Finas yang sudi melayani karenah saya untuk mendapatkan pas jemputan ini ye.. so jom lah pergi sama-sama... amy ada dua tiket free nie... nak?

0 comments :