Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Sabtu, 31 Januari 2009

Dolby Premier Studio Awards: Mampukah FINAS DOLBY PREMIER MIXSTAGE tercalon?

1 Februari 2009 nanti, bangunan baru FINAS, iaitu Dolby Premier Mixstage akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd.Razak pada pukul 8.00 malam. Oleh itu, diharapkan nanti bangunan baru ini akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pembikin filem tempatan mahupun antrabangsa. Di sini, saya sertakan serba sedikit info menarik mengenai Dolby Premier yang merupakan satu kualiti bunyi dolby yang paling terbaik di dunia. Dan mampukah studio milik FINAS ini akan mencipta sejarah seperti studio-studio Dolby Premier di Spain, Germany, Russia, New Zealand, United Kingdom, dan Australia sebagai studio bunyi yang terbaik dan tercanggih di seluruh benua perfileman antarabangsa. Jika ya, syukur alhamdulliah.


Dolby Premier Studio Certifications
Dolby® Studio Feature Requirements Certification covers a wide range of studio sizes, equipment, and capabilities. Studios with this certification are able to produce a mix suitable for cinema release with the minimum standard of equipment required. However, film producers and directors often wish to identify those studios with superior equipment, acoustics, and competence for the production and mixing of their film sound.

Dolby Premier Studio Certification is a measure of technical excellence at every level of the studio’s operation. Room acoustics, monitoring standards (visual as well as audio), equipment selection, installation standards, synchronization accuracy, mixing competence, and technical experience are all measured and evaluated as part of the certification process. The standards are based on our research and the vast experience of studio engineers who have worked all over the world producing multichannel film soundtracks. We believe the exacting specifications will be a true measure of excellence, highly regarded by producers and directors.

Studios meeting the requirements of the Dolby Premier Studio Certification program will be identified on this Web page and on studio lists. They will be able to use a special logo in credits and advertising, and will receive a trophy and framed certificate. Details of the program will be widely distributed to major film producers.

Both existing Dolby Approved Studios and new dubbing studios can apply for Dolby Premier Studio Certification.

View a list of studios with Dolby Premier Studio Certification.

For more details about the program, please contact the Production Services Group. A manual and a special electronic calculator are available, which give all the necessary technical specifications and calculations, as well as step-by-step procedures for application.

Note: This program is not available in the US and Japan


Studio with Dolby Premier Studio Certifications

Best Digital

www.bestdigitalgroup.com

Best Digital
Valle de Belagua
29-Mártires 6
Boadilla del Monte
28660-Madrid
Spain



MMZ


www.mmz-halle.de

Mitteldeutsches Multimediazentrum Halle
Mansfelder Straße 56
06108 Halle (Saale)
Germany



Mosfilm

www.mosfilm.ru

Mosfilm
1 Mosfilmovskaya Street
Moscow 119991
Russia



Park Road Post Productions

www.parkroad.co.nz

141 Park Road
PO Box 15132
Miramar, Wellington
New Zealand


Savalas

www.savalas.co.uk

Savalas
Film City Glasgow
11 Merryland Street
Glasgow G51 2QG
United Kingdom


Stage One Sound

www.stageonesound.com.au

Unit 3
706 Mowbray Road
Lane Cove
NSW 2066
Australia


Dolby Premier Mixstage Finas, Malaysia

* Insya-allah, saya harapkan satu hari nanti setelah beroperasinya studio ini dalam memberikan perkhidmatannya pada pelanggan, maka ia akan tercalon dalam kategori premier awards ini...

p/s: So.. kite jumpe esok di Hari Terbuka, Finas 2009..


Jumaat, 30 Januari 2009

Dana: RM 53 Juta ; Studio Dolby Digital Mixstage kini di FINAS

INFO TERKINI HARI TERBUKA FINAS


Majlis MoU akan diadakan pada jam 3.00 petang di Soundstage Studio, Finas

* 31hb Januari 2009, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengadakan hari terbuka, di samping Majlis menandatangani Perjanjian MoU antara FINAS dengan History Channel dalam penerbitan dokumentari untuk membolehkan mana-mana dokumentari yang dihasilkan oleh para penggiat filem di Malaysia, dapat disiarkan di saluran History Channel untuk tatapan penonton di seluruh dunia. Oleh itu, inilah peluang terbaik bagi karyawan kita untuk memperkenalkan diri dan karya masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa. So.. apa lagi.. sahutlah cabaran ini.. Finas di persada dunia..


Majlis Perasmian Dolby Digital Mixstage Finas akan di adakan jam 8.00 malam di Mixstage Studio.

* 1 Februari 2009, FINAS akan merasmikan Studio Dolby Digital Mixstage yang merupakan studio bunyi yang terbesar dan tercanggih di rantau asia dalam penerbitan filem. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Amy Search dan Anuar Zain. Studio Mixstage akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.


STUDIO MIXSTAGE FINAS BERTARAF HOLLYWOOD

Oleh Ramlah Zainal ( Harian Metro )

SELEPAS menunggu lebih dua tahun, akhirnya pembinaan Studio Digital Mix Stage, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang siap sepenuhnya sekali gus mencatat sejarah baru dilakar dalam industri perfileman tanah air.

Acara perasmian studio yang juga projek terulung Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini bakal disempurnakan dalam acara gilang gemilang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 8 malam, 1 Februari ini.

Pembinaan studio tiga setengah tingkat dengan keluasan 3,950 meter persegi sejak Disember 2006 ini membabitkan perbelanjaan RM53 juta di bawah projek Rancangan Malaysia ke-9 serta bertepatan usaha Finas untuk terus memartabatkan industri filem tanah air ke tahap lebih baik.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata, pembinaan studio itu tepat pada masanya.

"Studio Digital Mix Stage itu menyediakan kemudahan serba lengkap selaras sasaran Finas untuk penerbitan 30 filem setahun tahun ini. Langkah ini diharap dapat mengurangkan kos produser tempatan dalam menghasilkan filem kerana mereka tidak perlu menjalankan kerja produksi di luar negara seperti di Hong Kong, Bangkok dan New Zealand selepas ini.

"Studio ini juga projek pertama seumpamanya di negara ini dan diiktiraf sebagai Dolby Digital Premiere. Pembinaan studio setanding Hollywood ini juga usaha kami untuk menarik pembikin filem dari luar negara untuk menjalani penggambaran filem di sini.

"Kini, pembikin filem luar negara datang ke negara kita bukan hanya untuk merakamkan lokasi menarik di sini sebaliknya mereka boleh menjalankan kerja pasca produksi dengan kepakaran yang kita ada di studio ini," katanya. Bagaimanapun, buat masa ini kata Mahyidin, pihaknya memberi keutamaan kepada pembikin filem tempatan untuk menggunakan kemudahan studio itu.

"Selepas studio ini stabil barulah kita memberi peluang kepada pembikin filem luar untuk menggunakan kemudahan disediakan studio ini," katanya.

Mahyidin ditemui ketika sesi lawatan media ke Studio Digital Mis Stage di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Jurutera Finas, Hassan Asbor Hassan Mutaat dan Jurutera Bunyi, Azriddin Hamzah.

Sementara itu Hassan berkata, pembinaan studio itu juga memberi ruang kepada pembikin filem tempatan menghasilkan adunan audio dari tahap Dolby Digital 5.1 hingga 6.1.

"Pada masa sama, ia juga menawarkan ruang kerja yang beraspirasi dan menenangkan. Secara tidak langsung perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada karya mengikut daya kreativiti mereka.

"Studio ini ditampilkan dengan peralatan audio terkini yang setanding studio di luar negara. Tambahan pula pembinaan studio ini mendapat sentuhan pakar dari Hollywood dalam reka bentuk bangunan, akustik dan juga pemilihan peralatan.

"Antara kemudahan ditawarkan di sudio ini, Audio Dubbing Room, Audio Sweeting Room, Foley dan Optical Sound Camera," katanya.

p/s: Sejarah bakal tercipta dengan kewujudan studio mixstage ini dalam industri perfileman Malaysia..Anda semua di jemput hadir

Khamis, 29 Januari 2009

FINAS open day..... you are welcome..!

Pada 31 hb Januari 2009 dan 1 Februari 2009, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengadakan Hari Terbuka FINAS di Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang sempena Majlis Perasmian Studio Mixstage Dolby Digital pada 1 Februari 2009. Pelbagai program menarik menanti anda terutamanya Tayangan Filem-Filem Tempatan dan Dokumentari, sesi uji bakat lakonan drama dan filem, bengkel perfileman, sesi beramah mesra bersama artis terkenal dan banyak lagi acara-acara menarik akan di adakan. So.. kepada anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama menghadiri Rumah Terbuka FINAS 2009 yang julung-julung kali di adakan ini. Nantikan kemunculan artis-artis terkenal Malaysia di FINAS... jangan lupa..

TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Turut tersenarai dalam jadual Hari Terbuka FINAS pada 31 hb Januari 2009 dan 1 Februari 2009 ini, ialah Tayangan filem-filem tempatan secara percuma di Pawagam Mini P.Ramlee Finas. Turut diadakan juga sesi bertemu peminat dan sesi fotografi..

31 Jan 09 & 1 Feb 09
11.00 pagi - 2.00 petang
Filem Histeria Arahan James Lee
Masuk Percuma


31 Jan 09 & 1 Feb 09
2.00 petang - 5.00 petang
Filem Los & Faun arahan Afdlin Shauki
Masuk Percuma



31 Jan 09 & 1 Feb 09
5.00 petang - 7.00 malam
Filem Cicakman 2 : Planet Hitam arahan Yusry KRU
Masuk Percuma

Selain daripada tayangan filem-filem tempatan, turut juga ditayangkan filem-filem dokumentari seperti Making The Cut, The Woodsmiths dan Pipe Dreams. Dokumentari-dokumentari ini sebenarnya dokumentari yang dihasilkan oleh beberapa orang karyawan muda tempatan yang mendapat kerjasama daripada Discovery Channel dan FINAS dan ia telahpun ditayangkan di saluran Discovery Channel.. so kepada anda yang ingin menonton dokumentari terbaik ini, jangan lupa datang ye ke pawagam Mini P.Ramlee Finas pada 31 Jan 09 dan 1 Feb 09, bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 7.00 malam. Selain itu, pelbagai acara menarik yang lain turut diadakan..


Sila klik laman ini untuk melihat jadual penuh aturcara program
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=announcement&id=1902


sp/s : so kepada anda.. jangan lupa datang ye hujung minggu ini di FINAS... Anda pasti terpegun dengan suasana baru FINAS yang pasti memukau pandangan..

Rabu, 28 Januari 2009

Saus Kacang... Filem Terbaru Lakonan Ashraff Sinclair

Sebuah filem dari Indonesia, lakonan Ashraff Sinclair, Bunga Citra Lestari dan Marsha Milan Londoh yang kini ditayangkan di semua pawagam Indonesia sahaja. Filem arahan Indrayanto Kurniawan ini merakamkan visual sebuah pemandangan Pulau Bali, Indonesia yang cukup cantik dan indah mata memandang. Ia mengisahkan sebuah perjalanan cinta yang sangat unik antara DEWI ( Bunga ) dan Fredo (Ashraff) yang menghadapi konflik percintaan dengan tunangnya Mae ( Marsha). Pelbagai pergolakan timbul disaat-saat cinta berputik antara Dewi dan Fredo.. Apakah kesudahan filem Saus Kacang ini?. Anda kenalah tonton filem ini sendiri. Saya tidak dapat mengulas filem ini kerana saya belum menontonnya dan cuma mengharapkan bilakah ia akan ditayangkan di Malaysia. Jadi, sama-samalah kita tunggu la ye.


Sinopsis Filem ini
( sinopsis ini menggunakan bahasa Indonesia kerana ia dipetik daripada laman filem ini facebook saus kacang)

laman rasmi



DEWI (Bunga Citra Lestari) – Chef de Cuisine restoran di sebuah hotel bintang 5 di Bali – sudah berulang kali sial dalam bercinta. Pengalaman pahit yang datang berulang kali membuat Dewi memutuskan untuk tidak lagi menggunakan perasaannya, dan hal ini membantu dia dengan mudah menghadapi berbagai tamu “bermasalah”.
Sampai akhirnya ia bertemu dengan FREDO (Ashraf Sinclair), seorang turis dari Malaysia yang sangat menyulitkan karyawan lainnya. Ia moody, ia sering complain, dan yang paling parah, ia senang sekali menghina para pegawai hotel. Tapi buat Dewi dengan slogannya “Tak ada tamu yang tak bisa dihadapi”, ini adalah tantangan.


Sayangnya untuk menunjukkan kekuatannya Dewi berbuat terlalu berlebihan yang mengakibatkan mereka tidak menyadari datangnya hari Raya Nyepi hingga mereka berdua tertangkap pecalang karena berada di luar rumah. Akibatnya mereka dihukum harus membersihkan pura selama beberapa hari. Dari saat-saat menjalani hukuman inilah Dewi tahu kalau Fredo bernasib sama dengannya, ‘kegagalan cinta’. Kedatangan Fredo ke Bali pada awalnya adalah untuk menjalani bulan madu yang akhirnya gagal karena calon istrinya meninggalkannya demi laki-laki lain tepat di saat hari akad nikah.
Selanjutnya, mereka berdua jadi bertambah akrab. Mereka melaksanakan hukuman adat hari berikutnya dengan lebih ceria. Fredo jadi bisa bercanda, dan Dewi selalu memasakkan masakan ber-saus kacang yang lezat. Fredo jadi menikmati liburannya. Sebelum hari terakhir mereka menjalani hukuman adat, Fredo membawa Dewi menikmati makan malam yang romantis.

Fredo mengungkapkan bahwa ia sudah siap untuk menjalani lembaran baru. Dan ia merasa jatuh cinta pada Dewi. Dewi kembali teringat akan kepahitan cinta yang sebelumnya sering dialaminya. Ia jadi takut, jangan-jangan ini cuma keriaan sesaat. Dengan keraguannya, Dewi memaksakan diri untuk menjalani hubungan itu. Hari-hari selanjutnya mereka jalani sambil bersenang-senang.
Tetapi kebahagiaan mereka berdua tidak berlangsung lama. Tiba-tiba Mae menyusul Fredo ke Bali dan menawarkan cintanya kembali. Fredo bimbang. Dewi pun berfikir akankah kegagalan cerita cintanya akan terulang kembali???

TRAILER FILEM SAUS KACANG



p/s: Jangan komen la pulak ek sinopsis di atas ini coz ia bahasa Indonesia kerana saya paste link masuk ke dalam blog saya. Jadi ulasan atas filem ini, tidak dapat saya komen kerana saya masih menantikan apakah filem Saus Kacang sudi di bawa oleh penerbitnya ke Malaysia?. Sama-samalah kite tunggu ye.

Selasa, 27 Januari 2009

Jom Tengok Konsert Rabbani...

Kumpulan Nasyid Popular, Rabbani akan mengadakan Konsert 'Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H' yang akan diadakan pada 28 Februari 2009, 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Kepada semua peminat Rabbani, jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama menghadiri konsert ini yang di bawakan khas oleh I Talk. Harga tiketnya dengan membeli kad pra-bayar I Talk yang bernilai RM 10, RM 30 dan RM50. Yang pastinya, amy ikram akan ke sana menghadiri konsert ini bersama-sama teman media bagi memberikan sokongan kepada Rabbani, yang sememangnya salah sebuah kumpulan nasyid yang amat saya minati sejak saya di bangku sekolah lagi. Boleh dikatakan semua album Rabbani telah saya miliki bermula dari album Assalamualaikum hinggalah album yang terkini Satu Dekad. Paling terbaru, Rabbani menghasilkan album Nostalgia Nada Murni yang mengandungi lagu-lagu nasyid yang pernah dipopularkan oleh Nadamurni dan ia di rakam semula oleh Kumpulan Rabbani. So.. dapatkan juga album ini yang original di pasaran. Khabarnya pada 28 Februari ini, Rabbani akan menampilkan Diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Amy Search, Akhil Hayy dan Dato' Uztazah Siti Nurbahyah sebagai artis jemputan yang akan memeriahkan lagi konsert tersebut.. So.. apa lagi, temukanlah janji anda bersama Rabbani pada hujung Februari nanti...

p/s: jangan lupa.. temujanji anda ya...

Isnin, 26 Januari 2009

FINAS : Chinese New Year Promo..

Salam Tahun Baru buat semua rakyat Malaysia yang menyambut Gong Xi Fa Chai. Tahun 2009 adalah tahun lembu bagi kalendar rakyat cina yang membawa maksud 'bertanggungjawab, keadilan, jujur, penyayang dan sebagainya'. Di harapkan tahun ini, anda semua pembaca yang disayangi terutamanya yang menyambut tahun baru ini akan berada dalam kesejahteraan dan sihat sentiasa. Dalam kita sibuk merayakan perayaan ini, saya ada dua video promo tahun baru cina yang dihasilkan oleh unit produksi FINAS untuk siaran tv tempatan pada tahun lepas. Dan nantikan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2009 yang akan diadakan di perkarangan Pavillion, Bukit Bintang pada Februari nanti... Gong Xi..


Finas Cat Trap Promo Chinese New Year
Directed by Cut Mutia Teuku Iskandar





Finas Rai Bersama Promo Chinese New Year
Directed by Ven Soma



p/s: Kedua-dua video ini tiada kaitan dengan tahun lembu ye.. Apakah pendapat anda mengenai video promo ini?

Ahad, 25 Januari 2009

'Jalan Mati.... Melodrama yang agak klise..'

(Daripada filem Jalan Mati arahan Zamir Zulkafli.. Untuk menonton video ini, sila ke buletin semalam.)

Jika ditanya pada saya, apakah keistimewaan yang terdapat dalam filem 'Jalan Mati' ini?. Terus terang saya katakan Jalan Mati merupakan sebuah naskhah yang memaparkan isu yang agak klise dan remeh dalam kelompok masyarakat Malaysia. Walaupun elemen kasih sayang yang ingin diangkat di dalam filem ini berjaya menyuntik perasaan penonton, tetapi persembahan visual pada keseluruhan filem ini agak sederhana dan seakan-akan sebuah drama tv mahupun telemovie yang kebanyakkannya boleh dilihat telah memonopoli beberapa stesen TV tempatan. Isu penyalahgunaan dadah dalam sesebuah filem dilihat agak taboo dan ia hampir sama dengan mana-mana konsep filem feature yang ada di Malaysia. Jadi, sekiranya karya ini dijual pada stesen tv tempatan, ia masih boleh diterima dan tidaklah seteruk mana kerana penerimaan penonton di Malaysia pada mana-mana karya yang mengetengahkan elemen ini adalah amat memberangsangkan. Tetapi, jika Jalan Mati dipersembahkan dengan kekuatan visual, sinematografi, lakonan dan pemilihan pelakon untuk masa akan datang, maka ia akan dilihat sebuah karya yang mungkin akan memukau khalayak penonton tempatan dan antrabangsa. Oleh itu, kegagalan filem ini adalah dari sudut visual, skrip dan garapan naratif penceritaannya, barangkali ia adalah naskhah dari pelajar filem, masih boleh di maafkan. Justeru, filem ini perlu diperbaiki seandainya Zamir Zulkafli mahu menghantar karyanya ke beberapa festival filem pelajar mahupun festival filem pendek tempatan mahupun antarabangsa.

p/s: Idea dan konsep Zamir sudah ada dalam filem ini, tetapi ia perlu diperbaiki dengan pembinaan struktur 3 act yang lebih sempurna agar ia dilihat sebuah karya yang kuat. Saya tidak bersetuju sekiranya filem ini di kaitkan dengan karya-karya Yasmin Ahmad, kerana saya dapati ia lebih jauh bezanya.

** untuk filem ini.

Sabtu, 24 Januari 2009

MIIM Short Film : Jalan Mati..

Jalan Mati, sebuah filem pendek arahan Zamil Zulkafli yang diterbitkan oleh MIIM pada tahun 2008. Apakah ulasan dan pandangan anda terhadap filem ini?.

***(Nantikan ulasan saya sepenuhnya akan datang menemui anda..)

JALAN MATI PART 1


JALAN MATI PART 2




Jumaat, 23 Januari 2009

Tribute kepada Filem-Filem Melayu Era 80-an...... Awan Mendung Menanti Pelangi Karya terbaru Azri Abu Hassan


'Awan Mendung kini dalam DVD'

Selepas mencipta nama menerusi filem pendek 'Kopitiam Kurang Manis' terbitan FACT, UiTM tahun lepas, Azri Abu Hassan menerusi Kopitiam Productions kini menghasilkan naskhah terbaru 'Awan Mendung Menanti Pelangi', yang dikatakan sebuah filem tribute kepada filem-filem melayu era awal 70 dan 80-an. Filem ini telah pun ditayangkan secara ekslusif Rabu lepas di UiTM Puncak Perdana, Selangor yang dihadiri beberapa teman blogger, para pelajar dan para penglibat industri. Turut ditayangkan pada malam itu karya-karya pendek pelajar antaranya Omah Cilikku Enek Kelambu dan Sinkronis, yang merupakan antara filem pendek yang mendapat perhatian para pengkritik filem, pengulas blogger dan para pensyarah uitm. Berbalik kepada filem 'Awan Mendung Menanti Pelangi' ini, ia boleh dikatakan sebuah filem seakan-akan karya era 80-an, terutamanya filem-filem terbitan dan arahan Jins Shamsuddin, Sarimah Ahmad, Hussein Abu Hassan dan sebagainya. Permulaan filem Awan Mendung ini, anda dihidangkan dengan imej, penataan sinematografi, penataan seni dan warna dalam filem ini seakan-akan filem melayu era 80-an. Pemilihan muzik dan lagu tema nyanyian Salamiah Hassan 'Gelombang', amat bertepatan dengan mesej yang ingin di sampaikan Azri dalam filem Awan Mendung ini. Tiada apa yang menarik dari segi naratif yang perlu dikupas dalam filem ini, kerana ia sebuah filem tribute kepada filem lama dan tentunya agak melankolik dan penuh dengan perspektif melodrama air mata. Lakonan yang agak bersahaja daripada Aminah Rhapor, Mazlan Tahir dan sebagainya boleh dibanggakan kerana ia mengingatkan saya kepada filem-filem arahan Jins Shamsuddin seperti Tiada Esok Bagimu, Esok Masih Ada dan Esok Untuk Siapa. Jika dilihat pula dari segi poster filem ini, Awan Mendung seolah-olah mengambil inspirasi daripada poster filem-filem melayu era 80-an, sebagai contoh ; anda boleh perhatikan antara poster filem "Tiada Esok Bagimu" dengan poster filem Awan Mendung Menanti Pelangi. Ada persamaan kan?, kalau tidak, maafkan saya.

Pemilihan tajuk bagi filem 'Awan Mendung Menanti Pelangi', arahan Azri Abu Hassan ini memberikan makna yang cukup mendalam kerana gambaran Awan Mendung boleh dilihat pada pergolakan rumah tangga yang berlaku antara kedua-dua watak yakni 'Mazlan Tahir dan Aminah Rhapor'. Kedua-dua watak ini bermain dengan emosinya yang tersendiri di mana karektor Aminah Rhapor yang memegang watak sebagai Rohani, isteri kepada Pak Haji (Mazlan Tahir) yang agak curang dan beralih cinta dengan pemuda berlainan agama, Rajoo. Apakah tidak ada lelaki melayu lain di dunia ini yang boleh dicintai Rohani?. Dan kenapa Rajoo?. Mungkin penulis skripnya, En Norman bisa menjawab persoalan ini.

Jika dibaca di dalam blog Azri Abu Hassan, beliau pernah berkata 'filem Awan Mendung telah di BANNED oleh Prof Hatta Azad Khan daripada ditayangkan pada umum '. Kenapa dan mengapa? Apakah isu yang menyebabkan filem ini di banned?. Adakah adegan yang memaparkan dialog antara Pak Haji dengan Rohani berkaitan kecurangan Rohani sendiri dalam memilih cinta sebenar dan Rajoo adalah pilihan hati Rohani ; sebagai punca filem ini di banned?. Tidak masuk akal, kerana karektor Pak Haji bukan seorang yang racist pada Rajoo. Ia hanya mempersoalkan kenapa tergamaknya Rohani memilih lelaki berlainan agama sebagai teman hidup mahupun skandal?. Jadi, bagi anda yang mengatakan filem Awan Mendung ini sebagai filem racist, perlu di perbetulkan kerana tanggapan anda itu salah dan jangan kelirukan penonton yang belum menonton filem ini.

Jika 'Awan Mendung', di lihat sebagai statement pergolakan, maka 'Menanti Pelangi' pula menggambarkan bagaimana perasaan Rohani yang berperang dengan situasi tersebut agar suaminya, Pak Haji Mazlan Tahir memaafkan kesalahan Rohani sekaligus mereka dapat kembali hidup bersama. Mustahil!, kerana Pak Haji hatinya telah retak bersulam duka, dan filem ini berakhir dengan titisan air mata penonton barangkali melihat pemergian seorang wanita, Rohani meninggalkan rumah tangga yang dibinanya, atas kecurangan yang dilakukan. Jadi 'Awan Mendung Menanti Pelangi' amat bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan Azri dalam filem berdurasi 20 minit ini. Justeru, sekiranya scene akhir 'ending' itu di letakkan hujan lebat atau guruh yang berdentum dengan cuaca mendung, mungkin filem ini akan dilihat sebagai tragedi betapa dunia membenci Rohani atas kesalahannya. Mungkin impaknya lagi besar dan melodrama..Tetapi, tidak.... ini pendapat saya, jangan la mempertikaikan pulak la ye... Sekiranya, filem ini diletakkan sebaris dengan karya-karya se-era 80-an, barangkali penonton tidak akan tahu yang Awan Mendung ini karya pelajar dari UiTM, jika yang menonton terdiri daripada sebuah keluarga yang ada 'mak, ayah, mak cik, nenek, adik, datuk, dan sebagainya'. Jadi, filem ini sesuai untuk tontonan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia yang amat cintakan filem-filem 80-an.

Bagi anda yang terlepas menonton Awan Mendung Menanti Pelangi ini, anda boleh dapatkan DVD filem ini bersama filem Kopitam Kurang Manis, yang harganya setiap satu filem RM 10.00, sila hubungi http://azriabuhassan.blogspot.com/ ataupun Yahoo Messengernya (YM), nickname azribusan

KOPITIAM juga dijual dalam DVD..

p/s: Kepada team produksi Azri, good job la... tapi kenapa dua filem tue dalam DVD diletakkan dalam plastik?. Nampak macam cetak rompak pulak. Apa kata, cadangan saya agar kedua-dua filem ini dimasukkan dalam case DVD.. baru la nampak best!!. Cover DVD dah cantik, tapi kenapa DVD Awan Mendung, tak deleted color bar dalam tue.. kata teman saya, dalam DVD yang hendak dijual tue, tak perlulah diletakkan color bar dan countdown tue... nampak macam biasa dan agak skema. Tapi gua, puas hati la tengok Kopitam.. antara kopitam dan awan mendung, gua lebih suka filem kopitiam, sinematografinya cantik bangat!!!.. so anda yang belum menonton dapatkannya sekarang stok terhad...

Khamis, 22 Januari 2009

Akademi Filem Malaysia.... dalam kenangan


Akademi Filem Malaysia (AFM) ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang terletak di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang kini hanya tinggal kenangan serta sejarahnya yang tersendiri. AFM telah melahirkan ramai graduan-graduannya yang kini terlibat di dalam industri hiburan dan perfileman tempatan, di antaranya ialah Osman Ali, Raja Mukhriz, Soffi Jikan, Bront Palare, Alfie Palermo, Moon Munasar dan ramai lagi. Nama AFM kini hanya tinggal kenangan yang mungkin tidak akan dapat di lupakan hingga akhir hayat oleh sesiapapun yang pernah menjejakkan kaki ke AFM, dan jika ditanya 'semua itu hanya tinggal kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi'.

Sebut sahaja sejarah dan kenangan manis di AFM, teringat saya akan masa saya menuntut di AFM terutamanya bagi subjek Solekan Filem. Inilah di antara gambar-gambar yang terpilih semasa kami menuntut di AFM. Terima kasih buat semua tenaga pengajar kami yang menjadikan kami benar-benar berani dalam industri hiburan dan perfileman tempatan.

AMY IKRAM DI SOLEK JADI WARGA TUA?


MAKE-UP EFFECT...

Bagi sesiapa yang namanya tak tersenarai di atas, khabar-khabarkanlah di kolum ini ya... Untuk makluman anda, graduan terakhir AFM kini adalah graduan ASWARA, yang filem-filem pendeknya berjaya di hasilkan, antaranya 'comolot, satu, burp, aman, 1963, kalsom, idiot, bathosai dan banyak lagi'. Yang tidak tersenarai tu, maafkanlah ye.

p/s: to saiful nizam, cukuplah tue... aku dah bosan.. hahaha

Rabu, 21 Januari 2009

'Perlu wujudkan FINAS sebagai Suruhanjaya Perfileman Negara' - Ahmad Puad Onah

Sebuah artikel menarik tentang FINAS yang ura-uranya akan di ambil oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Terus terang saya katakan di sini bahawa, 'saya tidak bersetuju jika FINAS beralih kementerian!', kerana jika dilihat apakah yang sudah dikecapi oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan?. FINAS sudah mencapai tahap sebuah badan seperti suruhanjaya. Bak kata Ahmad Puad Onah 'FINAS perlu dijadikan sebagai sebuah Suruhanjaya Perfileman Negara'. Wah.. okay jugak kiranya kan, jika macam tuelah FINAS akan bertambah lagi mantap dari semasa ke semasa. Ada juga teman di kalangan industri, yang mengatakan FINAS macam-macam. Itu lah ini lah.. tapi bagi saya, 'FINAS telah mencapai tahap perkembangannya sebagai sebuah badan perfileman yang terunggul di rantau asia dalam memartabatkan industri perfileman negara sehingga ke pelusuk dunia. tahniah beb!! apatah lagi ucapan pengerusinya, Datuk Razali semalam di sidang media di FINAS.. nampak sangat very-very the intelektual.. Di harapkan tahun ini, FINAS akan berjaya lagi.. Jangan lupa, 31 hb Januari 2009 dan 1 Februari 2009, anda semua di jemput hadir ke Hari Terbuka FINAS sekaligus perasmian Dolby Sound Mixstage FINAS akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Ramai juga artis yang akan membuat persembahan. Dan khabarnya satu video sempena pelancaran ini akan dipersembahkan pada umum. Saya dah tengok masa penggambaran video ini di Dengkil. Gempaq sangat...

petikan dari Berita Harian hari ini

JANGAN GANGGU FINAS!!!

Oleh Zainuri Misfar

Kementerian Penerangan dicadangkan naik taraf peranan Filem Negara supaya boleh terbitkan filem cereka

APABILA kerajaan meletakkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KPKKW) ia dianggap keputusan tepat kerana filem adalah sebahagian daripada seni dan warisan negara yang perlu dipelihara.

Dan, sejak lebih lima tahun di bawah KPKKW, banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan terhadap Finas seperti kemudahan prasarana untuk penggiat filem sehinggalah kepada penstrukturan semula kakitangannya untuk memastikan kecekapan operasi perbadanan itu dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi pengamal industri perfileman dan media hiburan, suasana itu berbeza apabila Finas berada di bawah kementerian sebelumnya selama hampir 12 tahun apabila perbadanan ini seolah-olah dipinggirkan sehingga sukar untuk mereka melakukan pelbagai program pembangunan, pemasaran, promosi dan pengurusan perfileman tanah air.

Apabila timbul ura-ura beberapa pegawai atasan di Kementerian Penerangan sedang menyiapkan kertas kerja untuk membawa balik Finas di bawah kementerian ini menyebabkan banyak pihak terutama penggiat filem tertanya-tanya sebenarnya yang boleh mereka lakukan ke atas industri perfileman tanah air.

Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah berkata, walaupun masih ada beberapa kelemahan yang perlu di atasi, tetapi Finas sejak berada di bawah KPKKW sekarang secara keseluruhannya sudah melakukan pelbagai usaha terbaik terhadap kegiatan perfileman tanah air.

Menurutnya, sebaik saja kerajaan mengumumkan Finas dalam KPKKW, menterinya pada waktu itu, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyediakan peruntukan yang besar untuk menstruktur semula perbadanan itu seperti meningkatkan kecekapan kakitangan, peralatan pasca produksi dan menyediakan pelbagai teknologi penerbitan untuk kemudahan penerbit filem tempatan.

“Saya rasa beliau (Dr Rais) sudah menyalurkan hampir RM100 juta dalam tempoh lima tahun Finas di bawah kementerian ini sebelum ditukarkan menjadi Menteri Luar.

“Kesinambungan itu diteruskan oleh Datuk Seri Mohd Shapie Apdal. Beliau juga bersungguh-sungguh memajukan industri perfileman tanah air menerusi Finas. Filem adalah warisan negara. Filem juga sebahagian daripada seni dan budaya. Warisan negara adalah warisan rakyat. Jadi, sudah betul kedudukannya Finas berada di bawah kementerian sekarang.

“Kami tidak faham mengapa timbul ura-ura Kementerian Penerangan bersungguh-sungguh hendak membawa balik Finas di bawah mereka. Kita berpendapat hala tuju dua kementerian ini sangat berbeza,” katanya kepada Hip untuk mengulas laporan mengenai ura-ura bahawa Kementerian Penerangan bercadang untuk mengambil semula Finas di bawah kementerian ini.

Ahmad Puad yang juga Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, Kementerian Penerangan patut lebih fokus kepada soal penerangan dan penyiaran, bukan kepada aktiviti perfileman.

Menurutnya lagi, sekiranya kementerian ini teringin sangat terbabit dalam sektor perfileman mereka boleh menaik taraf peranan Filem Negara Malaysia (FNM) daripada sekadar menjadi arkib filem atau menerbitkan filem dokumentari negara kepada penghasilan filem-filem cereka.

“Lagipun peranan Filem Negara kurang relevan. Dulu kita tidak ada stesen TV kecuali RTM. Tapi sekarang sudah ada banyak stesen TV dan masing-masing sudah ada arkibnya sendiri, kecuali untuk tempoh sebelum kemunculan stesen TV swasta,” katanya.

Beliau berkata, pegawai di Kementerian Penerangan sepatutnya membuat kertas cadangan bagaimana hendak menjadikan FNM boleh terbabit dalam aktiviti perfileman tanah air secara lebih aktif kerana itu adalah lebih berbanding daripada ‘mengganggu’ Finas.

Menurutnya, antara yang boleh dilakukan oleh Kementerian Penerangan ialah menyediakan sejumlah dana yang besar bagi membolehkan FNM secara khusus menerbitkan filem bercorak kenegaraan, sejarah atau patriotik.

“Ketika Finas di bawah Kementerian Penerangan, mereka boleh memperuntukkan RM12 juta setahun untuk menerbitkan filem cereka. Perkara yang sama boleh dilakukan tetapi kali ini disalurkan kepada FNM. Biar FNM menerbitkan filem bercorak kenegaraan kerana ia bersesuaian dengan peranan kementerian Penerangan.

“Lagipun saya rasa agak janggal bagi sebuah kementerian yang bertanggungjawab menghebahkan dasar-dasar kerajaan tetapi turut terbabit dalam perfileman,” katanya.

Syor wujudkan Suruhanjaya Perfileman Negara



KATANYA lagi, medium filem tidak diperlukan oleh Kementerian Penerangan untuk menghebahkan dasar-dasar kerajaan kerana kementerian itu sudah mempunyai pelbagai agensi atau jabatan yang mencukupi.

“Kementerian ini sudah ada Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Bernama dan untuk filem pula sudah ada Filem Negara. Jadi tidak perlulah kedudukan Finas yang sudah lancar di bawah kementerian sekarang hendak diganggu pula.

“Lebih daripada itu, pegawai di Kementerian Penerangan juga boleh bertindak memasarkan kandungan atau content yang mereka miliki ke pasaran luar negara,” jelasnya.

Malahan Ahmad Puad menegaskan Finas tidak sepatutnya berada di bawah mana-mana kementerian sebaliknya berperanan sebagai sebuah suruhanjaya dengan setiap kegiatan dan bidang tugasnya dilaporkan terus ke Parlimen.

Katanya, peranan kerajaan masih diperlukan tetapi pada masa biarlah industri perfileman tanah air ini dimajukan dan ditadbir oleh mereka yang arif dan menyintai serta meminati aktiviti berkaitan perfileman.

“Bagi saya mentadbir filem tidak semestinya dari kalangan pembikin filem juga. Ia memadai kalau mereka cekap dan memahami selain mempunyai minat mendalam terhadap hal ehwal berkaitan perfileman.

“Ini kerana pembikin filem atau karyawan filem yang baik tidak \bermakna mereka juga bagus sebagai pentadbir yang baik dan cekap untuk menguruskan sesebuah institusi perfileman,” katanya.


P/S: Nantikan juga kemunculan sebuah iklan Anti Cetak Rompak terbitan FINAS di semua pawagam tanah air... so apa komen anda pada isu di atas ini..


Selasa, 20 Januari 2009

‘Curi dan Ciplak Idea Penulis Skrip…... Bikin cerita baru untuk kepentingan diri…’


Budaya menciplak idea penulis skrip dan mencuri hak cipta pemikiran pemilik asal cerita sesebuah karya filem mahupun drama, bukan persoalan yang agak biasa dalam industri hiburan dan filem tempatan. Ia seolah-olah sudah sebati di dalam diri sesetengah produser filem mahupun drama, kerana ada sesetengah daripada mereka akan menerima sesebuah sinopsis dan mengolah ke bentuk lain dengan menggunakan khidmat penulis skrip lain, seterusnya mengadakan penggambaran. Maka, golongan pemilik idea asal akan tersingkir dan di sisihkan atas sikap segelintir produser mahupun penerbit sesebuah rancangan yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya sesebuah idea itu diolah dah ditukar sedikit ayat atau perjalanan isi kandungan sesebuah cerita, maka seseorang penulis atau pemilik asal sesebuah karya tidak ada hak untuk menuntut kerugian. Persoalan ini perlu di perbincangkan dengan teliti mengikut Akta Hak Cipta 1987, supaya kepentingan penulis dan pemilik asal cerita tidak akan di sisihkan dan terpelihara.

Isu ini timbul semasa saya mengadakan perbincangan semalam dengan beberapa orang rakan media tentang sikap segelintir produser drama yang mahukan idea yang agak fresh dari penulis-penulis baru, dan berani pula mengolah sesebuah idea tanpa kebenaran pemilik asal demi mengaut keuntungan daripada sebuah karya yang akan di filemkan atau di skrinkan. Apakah ia perjalanan yang sihat bagi industri hiburan dan filem tempatan untuk tahun ini dan masa akan datang?. Sekiranya ini di biarkan berlaku dan tanpa pantauan daripada mana-mana pihak, industri kita akan dipelopori oleh perosak-perosak yang akan menghancurkan masa depan industri perfileman tempatan. Apabila bercakap mengenai kes kecurian idea dan sinopsis asal daripada kalangan penerbit drama tempatan mahupun filem, teringat saya pada ugutan yang di terima beberapa hari lepas daripada rakan saya sendiri, meminta saya mengirimkan e-mail mengandungi satu sinopsis treatment sebuah telemovie berdasarkan sambungan kepada filem pendek saya. Saya mengirimkan e-mail padanya yang mengandungi sinopsis lengkap dan saya percaya kepadanya. Selepas itu, dia menghubungi saya dan memberitahu yang dia akan menerbitkan telemovie tersebut dengan skrip baru berdasarkan olahan kepada sinopsis saya. Saya bertanyakan apakah rasional atas tindakannya?. Dan meminta ia memulangkan hasil karya saya, sekiranya bukan saya yang mengarahkan. Katanya, ia cuma bergurau dan mahukan saya mengarahkan juga telemovie tersebut. Kepercayaan saya pada kata-katanya mula kian terhakis atas sikap tidak professionalnya terhadap professionnya sebagai pembantu penerbit sebuah drama tempatan di salah sebuah production house yang cukup terkenal. Apakah perkara ini perlu di biarkan dan kemungkinan ramai lagi mangsa-mangsa baru akan di carinya. Di harapkan ia tidak akan berlaku, jika ia berani menerbitkan jugak sinopsis saya, maka kata teman media ‘tindakan undang-undang akan di ambil’, kerana ia menggunakan hak cipta idea asal tanpa kebenaran pemilik asal’. Justeru, diingatkan juga pada teman-teman karyawan muda yang lain agar berhati-hati dengan sikap penerbit drama seperti ini, kerana golongan seperti ini tidak ada iniasitif lain untuk menghasilkan karya berdasarkan idea sendiri dan hanya popular dengan idea orang lain. Harap-harap teman saya tue , tak la macam tue sikapnya ye.. Kalau benarlah gurauan dia, mungkin kita akan melihat dua tajuk yang sama akan diterbitkan oleh dua produser yang berbeza. Sayangilah industri kita, jangan hancurkan ia dengan sikap iri hati kita untuk kepentingan diri sendiri.

p/s: produser nie nama dia bermula dengan huruf S***** M**** di salah sebuah produksi drama terkenal.

Isnin, 19 Januari 2009

Amukan Realisme anak-anak muda…... Budak Kelantan singkap persoalan sosial yang sangat provokatif..




‘sebuah filem yang sangat menarik, apatah lagi menggunakan latar Kuala Lumpur di sebalik penceritaan yang mempertaruhkan dialek Kelantan sepenuhnya’, itulah yang boleh digambarkan menerusi filem terbitan Alternate Studio, ‘Budak Kelantan’, arahan Wan Azli yang telahpun di tayangkan pada 30 Oktober 2008 yang lalu. Mungkin agak terlambat untuk berbicara mengenai filem ini, tetapi isu dan persoalan yang cuba ingin di sampaikan oleh Wan Azli menerusi ‘Budak Kelantan’, adalah sangat provakatif. Pembukaan filem ini memaparkan kehidupan sekelompok remaja dari ‘Kelantan’, yang menjadikan Kuala Lumpur menerusi latar tempatnya Pandan Mewah, sebagai port utama kepada permasalahan dan keruntuhan institusi kekeluargaan, di mana gaya hidup anak-anak muda dari Kelantan ini yang diwakili watak, Jaha adalah terlalu mengagungkan kehidupan ‘ala Amerika’, yang disanjunginya. ‘Arak, rokok, judi dan seks bebas’adalah permainan dan makanan seharian Jaha dan rakan-rakannya. Inilah kerosakan minda anak-anak muda dari Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur, dan melupakan pegangan agama sebagai latar masa yang diwakili watak Buchek dianggap agak kecil dan memberikan sedikit tamparan kepada kehidupan yang agak kritikal. Buchek, watak yang mewakili anak-anak muda yang baik dan tidak lupa agama dan tuhannya, bergaul dalam kelompok Jaha, sedikit sebanyak menggoncang erti persahabatan antara Jaha dan Buchek, demi seorang perempuan Cina yang diculik Jaha, sebagai pemuas nafsu seks serakahnya. Naratif penceritaan filem ini berpecah kepada dua, iaitu dunia gelap Jaha yang terlalu mengagungkan budaya sosial ala-Amerika katanya, dan kehidupan berlandaskan pegangan islam dan budaya yang tinggi mewakili watak Buchek, lakonan Danny X-Factor. Ia bermain dengan teknik suntingan filem yang sempurna antara penceritaan watak Jaha yang di selangi dengan watak Buchek, yang saling berkaitan kerana mereka berdua adalah rakyat Kelantan tetapi mempunyai kehidupan yang berbeza. Ia seolah-olah memberikan sesuatu peringatan kepada khalayak bahawa inilah gambaran realiti yang berlaku sebenarnya dalam kehidupan masyarakat remaja bukan sahaja tertumpu kepada golongan remaja Kelantan, tetapi ia juga berlaku kepada remaja lain tidak kira dari Kuala Lumpur, Kedah, Penang, dan sebagainya. ‘Budak Kelantan’, ia mempersoalkan kehidupan remaja yang tiada pegangan agama dan moraliti dalam kehidupannya yang sanggup menggadaikan erti sebuah persahabatan demi nafsu seks serakah Jaha yang tiada berkesudahannya. Akhirnya, watak Jaha menemui penghujungnya apabila ia terkorban dalam nahas jalan raya, demi untuk berubah dalam pencarian cinta yang sejati. Walaupun filem ‘Budak Kelantan’, ini adalah kisah remaja sepertimana filem ‘Kami’, tetapi ia mempunyai intipati yang berlainan kerana ‘Budak Kelantan’, walaupun dialog dan pertuturan bahasanya sukar difahami tetapi corak persembahan dan gaya pemikiran yang cuba di sampaikan pengarahnya, amat mudah difahami iaitu ‘kisah cinta, persahabatan dan persoalan sosial’, adalah rumusan kepada filem ini.

Penggunaan muzik latar serta sentuhan liriknya amat mendalam maksudnya kerana setiap visual yang dipaparkan di dalam setiap frame filem ini, menceritakan apa sebenarnya yang akan berlaku dalam filem tersebut. Cuba hayati bait-bait lirik pada pembukaan dan pengakhiran filem ini, ia menceritakan bahawa anak-anak muda Kelantan ini adalah digambarkan seperti seekor tupai yang kerjanya mencari mangsa untuk ditebuk ; yakni untuk memuaskan nafsu seksnya.’ Apakah ini realiti anak-anak pribumi Kelantan?. Bukan menyangkal gaya hidup mereka, tetapi ia adalah realiti yang perlu difahami dan ingat tidak semua anak-anak Kelantan bersikap sedemikian, cuma segelintir sahaja yang mahu ia dibelai manja dengan cara paksaan; rogol. Penggunaan visual yang dibantu dengan rakaman kamera yang bersahaja dalam merakamkan setiap minit dan adegan dalam filem ini, agak biasa dan ia menunjukkan filem Budak Kelantan ini adalah dari Point of View remaja itu sendiri, maka kameranya agak seperti menggunakan handheld. Justeru, sebagai pembikin filem Wan Azli berjaya menyingkap erti sebuah kehidupan remaja Kelantan di bandar Kuala Lumpur dengan menjadikan flat murahan sebagai latar tempat kepada penceritaan filem ini. Oleh itu, Budak Kelantan perlu ditonton oleh semua anak-anak muda Kelantan, peminat filem dan pelajar filem kerana ia memberikan satu plot yang agak kuat, naratif penceritaan yang agak sempurna dan lakonan yang bersahaja dari muka-muka baru dan pelapis indusri hiburan dan filem tempatan. Akhir kata, Budak Kelantan sebuah filem untuk remaja yang tidak mengecewakan..

p/s: Tonton juga filem U-Wei Hj Shaari, kerana filem Budak Kelantan seperti karya Indipendent yang ironinya agak panas dengan isu permasalahan sosial dalam sebuah kehidupan masyarakat yang berbudaya tinggi.

Keseluruhan filem ini : *****