Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 13 Januari 2009

Asyik di undang ke Tayangan Media, Jadi Blogger tak sokong industri filem?


Apakah status blogger di anggap tidak menghargai industri filem apabila dijemput ke tayangan sesebuah filem di pawagam?. Kata teman saya yang bukan seorang blogger, katanya 'ko cuba la sokong industri kita, pergi tengok wayang bayar tiket, bukannya gie tayangan perdana yang free!' Aduh, kiranya kite para blogger-blogger nie di anggap sebagai pencacai dan peminta sedekah untuk tengok wayang free la?. Jadi kalau macam tue, kite buat filem tak payah ada promosi terus tayangkan kat pawagam!. Di mana peranan media dan blogger selepas tue?. kalau filem tak diterima penonton yang tak tahu 'aik.. bila pulak masuk wayang', jangan salahkan media atau blogger ya. Saya cukup terasa dengan kenyataan teman saya tu, yang kononnya saya dan blogger lain asyik pergi tengok wayang free dan tak payah bayar tiket!. So, dia pergi ke tengok wayang filem-filem tempatan yang ada sekarang. Hampeh!. Bila di ajak, katanya 'ala.. tak best lah... boring lah'.. jadi itu ker namanya sokong industri filem kita jikalau tak nak luangkan sedikit masa untuk pergi tengok wayang dan bayar tiket. Jika, saya diundang ke sidang media dan tayangan perdana sesebuah filem, apakah saya dan blogger lain di anggap 'tidak sokong industri?!', commontlah... Saya terus terang di sini, saya bukan setakat tengok wayang di tayangan perdana sahaja, selepas tue filem yang saya tengok tiba-tiba di tayangkan di pawagam untuk tayangan umum, saya akan bawak teman-teman lain selepas tue, kiranya kali ini kita bayarlah tiket, walaupun dah berulangkali tonton filem yang sama. Jangan pandang para blogger yang ada sebagai 'sampah industri', kerana mana-mana produksi filem yang ingin menayangkan sesebuah filem terbitan mereka di pawagam, para media dan blogger diutamakan dahulu masuk. Jadi, selepas tayangan, kami berperanan mengulas filem tersebut secara bersendirian mengikut kesukaan masing-masing dan ini sebagai promosi kepada sesebuah filem yang akan masuk ke pawagam dalam dua minggu atau seminggu mengikut 'waktu wajib tayang!'. Justeru, jikalau cemburu pada kami blogger yang ada, jangan buat kenyataan yang macam tue walaupun hanya bergurau secara sindiran, kerana kami tetap menyokong industri dan tolonglah faham bahawa kami semua para blogger juga menonton filem tempatan dan bayar tiket!!', so, sudah puas?....

p/s: tanya je, filem tempatan apa yang terakhir ditontonnya... Hampeh.... Komen di atas ini tercetus semasa saya berbicara dengan teman saya, pasal 'jemputan pada malam ini, Tayangan Perdana Filem Geng:Upin & Ipin di Cathay Cineplexes, Damansara. Limited seat for media, VIP dan Blogger only... Don't make me wrong statement about Blogger!!!

8 comments :

biarkan labu terjun dengan luncai-luncainya! hahaha!

So what? blogger2 turut membantu industri perfileman dengan memberi pembaca2 akan review2 filem, tul tak? ;) just ignore it and keep up the good work :)

tulisan kau menyemak. takde pendirian, takde apa-apa pun. setakat menyemak. tulis lah pasal benda lain, yang lebih dekat pada hati dan kebolehan kau. kesian kalau penonton yang kurang matang terkeliru, terpedaya dengan tulisan kau.

'apa maksud ko dengan 'tulisan kau menyemak'... gua tak faham la... dia punya suka la nak tulis ape2 pun. blog dia, bukan blog ko.. kenapa ko sentap ke?

- Hafifi Zainal.

just do ur job bro, ko dah pun menolong industri perfileman ni tanpa mereka tahu, dan mereka tak sedar, kita buat semua ni kerana PASSION, yg itu, no one can take it from u!

btw, ejaan betul: diundang, sebab undang di sini kata kerja.

fifi, sebelum kau menulis, elok kiranya kau belajar membaca dulu.

fadz, kau memang lucu dan penulis yang bagus.

Eh, aku pun dpt jemputan filem Geng ni jugak. Actually, aku segan jugak sebenarnya bila org tanya aku dari mana dan aku jawab blogger sebab diorg yg tanya aku semuanya dari kampeni besar2 cam MDec, RTM, Karangkraf. mungkin sebab blog aku tak glamer kut ahak :D