Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 7 Februari 2009

59th Berlin International Film Festival 2009.. Live Streaming


Apakah filem-filem Malaysia turut tersenarai dalam 59th Berlin International Film Festival yang telah bermula pada 5 - 15 Februari 2009?. Jika ya, khabar-khabarkan di sini ye kerana saya masih menunggu senarai akhir filem-filem Malaysia yang tercalon. Sekiranya anda mempunyai maklumat yang berkaitan, e-mailkan kepada saya ok. Namun begitu, apakah Yasmin Ahmad sahaja yang akan menghantar filem-filemnya ke Berlin?. Saya rasa begitu, kerana karya Yasmin Ahmad sahajalah yang layak dipertandingkan di sana, barangkali Muallaf dan Talentime. Jika ada karya daripada pembikin filem yang lain, alhamdulillah. Kata teman media, 'filem lain susah kerana jalur pemikiran mereka hanya tertumpu kepada cereka komedi yang agak cliche tanpa memikirkan naratif penceritaan yang sempurna'. Bagi saya selain Yasmin, nama Mamat Khalid, Amir Muhammad dan James Lee sahaja yang sesuai, kerana karya mereka mempunyai pegangan yang kuat walaupun tidak se-box office karya-karya seperti Cicakman, Sifu & Tongga dan sebagainya. Mungkin filem 'Wayang'.. ntah la.. tepuk dada tanya selera.

Jika anda ingin mengetahui perkembangan terperinci mengenai 59th Berlin International Film Festival, sila klik laman berikut http://www.berlinale.de/en/HomePage.html

Selain itu, Malam Anugerah 59th Berlin International Film Festival 2009 akan di siarkan secara langsung secara online ke rumah anda.. sila layari

online live streaming
http://www.berlinale.de/en/visuals/videostreaming/index.html