Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 15 Februari 2009

Al Fatihah... buat bapa Datuk Siti Nurhaliza

Al Fatihah... buat Allahyarham Taruddin Ismail, bapa kandung kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Hajjah Siti Nurhaliza, yang telah kembali ke pangkuan Illahi pada pagi tadi pukul 10.45 pagi di Hospital Ampang Puteri akibat serangan sakit jantung dan buah pinggang. Berita ini diberitahu oleh rakan media kepada Amy Ikram pagi tadi, di samping siaran langsung perbualan antara Rozi dengan melodi tengah hari tadi. Terkejut benar mendengar berita ini kerana ketika itu Amy Ikram menunggu panggilan daripada produser unit hiburan RTM, Farouk Hiras untuk mendapatkan nombor telefon Rozi, kakak ipar Datuk Siti untuk menjemput Datuk Siti mengadakan persembahan pada sabtu depan. Tidak dirancang, berita kesedihan tiba kepada Amy Ikram. Salam Takziah buat seluruh keluarga Datuk Siti Nurhaliza.. Al fatihah... Ameen.. semoga roh En Taruddin Ismail di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

p/s: Hai.. Kawan-kawan... Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah . semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat. Jangan lupa tengok Geng ye.. ops.. sori.. betul betul betul

1 comments :

kenapa aku tak tau bapak siti meninggal? al-fatihah.

memetik kata2 menteri penerangan pada majlis pelancaran anugerah karyawan muda anjuran filem negara malaysia,
"kita perlu wujudkan industri content".

industri content yang dimaksudkan itu maksudnya isi.mesej. yang ada dalam satu2 karya filem atau drama di malaysia.

kalau sifu dan tongga tu contoh filem yang lemah dari segi content.

dan aku rasakan filem2 garapan mamat khalid,afdlin shauki,yasmin ahmad adalah antara pengarah yang mmampu menyunting content yang bernas dlm filem malaysia.

seterusnya memperbaiki industri filem tempatan.