Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 10 Februari 2009

Corat Coret Sinema Yasmin: Talentime Muncul...... Muallaf Menyepi

Mengikut jadual wajib tayang Finas, filem ke-enam Yasmin Ahmad Talentime akan ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 26 Mac 2009, tetapi filem kelimanya Muallaf masih lagi tersangkut tayangannya di Malaysia. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Muallaf telah pun di luluskan tayangannya oleh LPF dan masih menunggu rangka jadual sebenar tayangannya di Malaysia. Walaupun ia tersangkut di negara sendiri, Muallaf sebenarnya telahpun ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa sehinggakan berjaya mengumpul jumlah penonton yang agak tinggi terutamanya masa tayangan di negara Singapura. Walaupun Muallaf masih menunggu green light daripada wajib tayang finas untuk tayangan di pawagam, filem keenamnya Talentime telah mengungguli carta wajib tayang untuk bulan March 2009. Apabila bercakap mengenai filem-filem arahan Yasmin, terfikir sejenak saya 'apakah yang membuat setiap filem-filem arahannya mendapat perhatian?' dan kadangkala menjadi kecoh dan gempar!. Barangkali pada isu yang ingin diketengahkan dalam setiap filem-filem arahannya yang selalunya menjurus kepada persoalan sosial, agama, budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat Malaysia. Kita tinggalkan sejenak pasal Muallaf, dan kita fokus pada Talentime. Talentime ini merupakan kisah pertembungan cinta dua budaya antara seorang perempuan melayu dengan lelaki India, yang bertemu di satu lokasi 'pencarian bakat untuk menjadi penyanyi'. Cinta mereka agak pelik dan penuh dengan melodrama yang amat menyentuh perasaan. Di dalam Talentime, tidak ada unsur kontroversi mahupun scene-scene yang kritikal, tetapi barangkali anda yang menonton Talentime mungkin ada sesetengahnya tidak dapat menerima cinta berlainan agama dan budaya ini. Cuba buka minda dan perhatikan inilah realiti kehidupan yang cuba digambarkan oleh Yasmin dalam Talentime. Ulasan terperinci mengenai filem Talentime masih terlalu awal kerana ia belum ditayangkan lagi. Mungkin pertengahan March akan saya usulkan dengan artikel mengenai filem Talentime dan kepada anda semua, filem Talentime adalah filem wajib dan mesti ditonton kerana ia sebuah karya indah yang mempunyai banyak persoalan yang ingin diungkapkan Yasmin. Wallahuallam..

p/s: jangan marah.. saya dah tengok filem Talentime... sangat menyentuh perasaan dengan alunan muzik latar yang dibantu dengan kekuatan visual, apatah lagi naratifnya.. pergh.. beb......Kepada anda semua artikel ini bukan bertujuan untuk membodek ye..

1 comments :

dah tgk jugak movie yasmin ni. Memang best. Berbanding Sepet dan Mokhsin, Talentime mmg best dari segi dia punya plot semua.