Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Selasa, 3 Februari 2009

Dolby Premier Mixstage FINAS Dalam Sejarah..

Teks: Amy Ikram Ismail
Foto : Mahmud Finas

Pada 1 Februari 2009, pukul 9.00 malam bertempat di Mixstage Studio at Dataran Karyawan Finas telah dilancarkan Dolby Premier Mixstage Studio oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pembinaan studio yang bernilai RM 53 juta ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada hujung Februari 2009 yang khabarnya akan menarik para produser dan karyawan filem tempatan untuk sama-sama menghasilkan produk perfileman mereka dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di Mixstage Studio Finas ini. Turut hadir sama pada malam pelancaran tersebut ialah Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Syafie Apdal, Menteri KPKKW dan En Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah Finas.



Tinjauan para media di dalam bangunan Mixstage ini mendapati peralatan-peralatan teknikal dan kemudahan studio mixstage ini telah diluluskan dan diiktiraf oleh Dolby Premier Certifications sekaligus meletakkan nama studio mixstage Finas ini antara studio yang ke-7 tercanggih di dunia selepas Spain, Germany, Russia, New Zealand, United Kingdom, dan Australia serta studio pertama di Asia yang mendapat pengiktirafan Dolby Premier ini. Namun begitu, walaupun secanggih mana sesebuah studio itu beroperasi, tetapi sekiranya kepakaran para pekerja dan tenaga mahir kita berada di tahap yang agak sederhana maka penghasilan sesebuah produk perfileman tidak akan mencapai apa yang diharapkan. Justeru, industri filem kita melalui Finas perlulah mengambil lebih ramai kepakaran yang diiktiraf untuk menerajui mixstage studio ini agar hasrat kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk melihat industri filem Malaysia kita berada dipuncak dunia dan setanding dengan produk-produk hollywood akan tercapai. Oleh itu, dengan adanya Studio Dolby Premier ini di Finas, pengaliran mata wang ke luar negara dapat dikurangkan kerana kita tidak perlu membelanjakan wang yang lebih ke luar negara, sekiranya studio ini memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kata En Azriddin, Jurutera Bunyi 'Kita akan mementingkan kualiti sesebuah produk kerana kita menggunakan nama Dolby sebagai produk akhir untuk memberikan kualiti bunyi dalam sesebuah filem agar ia setanding dengan kualiti filem-filem antarabangsa. Syabas buat Finas dan Kerajaan kerana prihatin kepada industri kita.. So.. apa pandangan anda?

gambar-gambar menarik di sekitar majlis perasmian







p/s: Semasa pelancaran tersebut, turut ditayangkan sebuah filem pendek terbitan Finas 'T21 Tempur', yang berdurasi 5 minit arahan Amir Sallehuddin Ithnin yang memaparkan kisah peperangan yang menggunakan efek bunyi yang cukup mengkagumkan. Nantikan info-info menarik mengenai filem pendek tersebut.... akan datang di blog ini sahaja.

0 comments :