Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 13 Februari 2009

Geng Road Tour : Temui Bintang Filem Upin & Ipin Secara Dekat



Wah hebat!!. Sudahkah anda menonton filem Geng: Penggembaraan Bermula?. Jika belum, lekas lah serbu ke pawagam sekarang, kerana khabarnya tiket-tiket semakin sold out dan sedang rancak menemui penonton di semua pawagam seluruh negara. Bagi anda yang sudah menonton filem yang comel ini, apakah pandangan anda terhadap filem Geng: Upin dan Ipin ini?. Hebat bukan?. Bagi saya, filem Geng ini merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang dihasilkan oleh beberapa orang anak muda yang cukup kreatif dan mempunyai jalur cerita (naratif) yang agak sempurna iaitu dari sudut penceritaan. Yang pastinya filem ini tidak akan mengecewakan khalayak penonton yang hadir. Tidak percaya?. Anda kena tonton filem ini di pawagam sekarang!.


Malam ini, 13 Februari 2009 anda semua dijemput hadir di perkarangan Les'Copaque Productions , Seksyen 13 Shah Alam iaitu di Geng Corner, di mana pelbagai aktiviti-aktiviti menarik berkaitan filem ini akan dijalankan. Sesi bertemu peminat dan beramah mesra akan di adakan. Jangan ketinggalan.
Namun begitu, pada bulan ini hiasilah hujung minggu anda bersama Upin dan Ipin di mana mereka akan mengadakan road tour di 4 lokasi pawagam terpilih iaitu GSC One Utama, Damansara, Mid Valley KL, Pavillion BB dan Alamanda Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik seperti kemunculan maskot Upin & Ipin, sidang bergambar bersama artis suara latar, gerai jualan barang-barang GENG dan sebagainya, akan menanti anda semua. Jangan lepaskan peluang ini.

p/s: Jom kita gie tengok Opet bersama Upin dan Ipin di pawagam sekarang..


betul betul betul

0 comments :