Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 22 Februari 2009

'Ponti Anak Remaja'.. kisah seram terbaru di Astro Ria..

Pada 13 Mac 2009, The Media Hustler menerusi rangkaian tv berbayar Astro Ria, akan menghidangkan sebuah cerita seram terbaru arahan Ghaz, yang diterbitkan oleh Nizam Zakaria bersama Raqim Ahmad Ramli, 'Ponti Anak Remaja' akan menghantui seluruh rakyat Malaysia dalam jangkamasa 20 hari lagi. Telefilem ini yang dibarisi Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Farish Aziz, Hairul Azreen, Farah Alya, Ammar Alfian Aziz, Fiqa Liyana Chong dan Yazal Mohd Noor ini mengisahkan sebuah kisah remaja yang amat menarik berlatarbelakangkan sebuah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Telefilem seram ini menggunakan 'bunga' sebagai subjek utama penceritaan yang membawa mereka merungkai sebuah kehidupan misteri yang menggemparkan. Apakah misteri yang menghantui mereka bertiga?. Nantikan kemunculan telefilem yang ditulis skripnya oleh Nizam Zakaria ini pada 13 Mac 2009, hanya di saluran ria, Astro.. Jangan ketinggalan.

untuk menonton trailer Ponti Anak Remaja ini.. sila klik dua laman berikut
http://www.themediahustler.com/pontianakremaja/

trailer di Facebook
http://www.facebook.com/video/video.php?profile&v=52461236394

* Nantikan juga cerita-cerita menarik mengenai telefilem Ponti Anak Remaja ini.. akan datang..


ee macam best aje cite ni... jangan lupa ye kawan-kawan..hehehe

1 comments :

Salam Amy,
Maya harap telemovie ini sebaik Kekasihku Seru dan lakonan Lyana Jasmay lebih berkesan dari Puaka Niyang Rapik.Maya sedikit kecewa dgn lakonannya dlm filem Maut(2009.