Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 20 Februari 2009

Rashid Sibir bikin filem 'adik-adik'?


Selepas kejayaannya menghasilkan drama Wali dan D'Debab, kini pengarah drama terkenal Rashid Sibir akan menghasilkan sebuah filem yang bertajuk 'Bidadari' yang khabarnya sebuah kisah mengenai golongan 'adik-adik' yang fokusnya lebih menjurus kepada isu transeksual mahupun golongan mak nyah. Filem yang bakal menampilkan barisan pelakon drama Wali, Ahmad Tarmimi Siregar, Zaibo, Mimi Zarina, Nasha Aziz, Fouziah Ghaus dan Saiful Apek ini akan memulakan penggambarannya pada bulan Jun 2009 nanti yang paparan ceritanya agak kritikal, dramatik dan penuh dengan elemen sensual yang menggoda serta mempunyai mesej yang amat mendalam. Yang menarik mengenai filem ini ialah, pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz akan memegang watak sebagai paperdoll dan Saipul Apek pula akan menjadi seorang mak nyah. Namun begitu, apa yang diharapkan agar lakonan Saipul Apek kali ini 'janganlah terlalu klise ataupun sama dengan lakonannya di dalam filem-filem lain, dan melalui 'Bidadari', beliau di harapkan dapat mengubah Style lakonannya kepada satu persembahan yang agak kuat. Insya-allah. Apabila bercakap mengenai filem 'bidadari' ini, teringat saya pada filem arahan Osman Ali yang tidak berjaya ditayangkan di pawagam, 'Bukak Api' sebuah filem yang memaparkan kisah kehidupan golongan transeksual yang jalur naratifnya agak kontroversi dan sensitif. Melalui 'Bidadari', di harapkan Rashid Sibir dapat memaparkan satu isu ataupun point mahupun plot penceritaan yang agak kuat dan jangan terlalu klise seperti naratif drama-drama arahannya.

Bukan 'Bidadari' sahaja yang disebut sebagai kisah 'adik-adik', tetapi ada juga filem lain khabarnya akan ditayangkan dipawagam yang mempunyai plot penceritaan yang agak sensitif kepada masyarakat, iaitu filem terbitan Tayangan Unggul 'Duhai Si Pari-Pari' dan filem terbitan Nuansa Film 'Akuarium Cinta' arahan Osman Ali. Apa yang pasti, kemunculan filem-filem sebegini di dalam industri filem Malaysia, di harapkan dapat membuka mata banyak pihak kepada persoalan isu yang ingin diketengahkan pembikin filem kepada khalayak, dan janganlah menuding jari kepada seseorang apabila filem sebegini menjadi panas dan sensasi.

p/s: Tak tau la bila nak hasilkan filem baru... 'Sundal Love'.. mungkin akan direalisasikan jugak.. insya-allah...

1 comments :

apparently sekarang neh, memang semakin menjadi-jadi eksplorasi mereka ke dalam isu ini.

Cuma harapnya ia bukanlah atas dasar komedi semata-mata