Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 18 Februari 2009

'Rasukan Ablasa'... filem seram yang menjerit-jerit..


Apakah yang dimaksudkan dengan Rasukan Ablasa?. Itulah pertanyaan pertama yang terpancul keluar dari bibir saya tatkala menyaksikan filem ini semalam di Cathay Cineleisure, Damansara semasa preview perdana filem ini. Jika mengikut pemahaman normal 'Ablasa' membawa maksud 'roh jahat yang terperangkap di dalam diri seseorang manusia serta bertindak ganas dan liar yang akhirnya menganggu kehidupan manusia itu sendiri'. Ini membawa makna segala kehidupan manusia itu adalah berpandukan kata-kata Iblis dan Syaitan yang akhirnya menjerat kehidupan seseorang manusia. Fokus utama filem ini mungkin ingin mengingatkan manusia agar jangan menjadikan iblis sebagai bahan pujaan mahupun rakan seperjuangan kerana jika tersalah langkah akan memakan diri. Itulah serba sedikit pengenalan ringkas kepada tajuk 'Rasukan Ablasa' yang akan merasuk seluruh pawagam Malaysia pada 26 Februari 2009.

'Rasukan Ablasa' filem ke-27 arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen ini memaparkan sebuah kisah seram yang berlaku di sebuah kampung terpencil yang bernama Kampung Bukit Gemuruh. Di kampung tersebut, berlaku satu tragedi yang menggemparkan di mana pembunuhan kejam telah berlaku antara Omar ( Gambit Saifullah) yang telah memancung kepala isterinya, Laila akibat kecurangannya bersama lelaki lain, Nordin, kesan daripada ketaksuban pemujaan iblis. Ini menggemparkan lagi apabila sekumpulan remaja yang terdiri daripada Ashraff,Kim, GG, Elly dan Jimmy telah bercuti di hutan Kampung Bukit Gemuruh untuk melaksanakan tugas masing-masing bagi merakam bunyi yang aneh untuk tugasan merebut juara terbaik. Akibat daripada kelalaian Jimmy yang taksub akan barang yang ditemuinya di dalam sebuah kotak usang, telah menjeratkan kelima-lima mereka di dalam permainan iblis yang sangat menggerikan. Rakaman bunyi yang dilakukan mereka, telah menjadikan hidup mereka tertekan dan terganggu sehinggakan persahabatan antara mereka bergolak. Mampukah mereka diselamatkan daripada rakaman bunyi yang menghantui mereka?. Anda kena tonton sendiri filem ini dipawagam.

Jika dilihat daripada struktur penceritaannya, Rasukan Ablasa memaparkan jalur naratif yang agak berkecamuk dan mempunyai tanda tanya yang menggelirukan terutamanya pada watak dan perwatakan sesetengah pelakonnya. Di dalam filem ini, penonton akan tertanya-tanya apakah hubungan antara Omar dengan Ashraff ( yang dilakonkan oleh orang yang sama, Gambit). Jika dibaca di dalam sinopsisnya, Prof Razak menyatakan yang Ashraff adalah cucu kepada Omar. Tetapi, di dalam visual tidak dinyatakan. Apakah ia tidak penting kepada penonton?. Harus diingat di sini bahawa, sesebuah filem yang kuat isi ceritanya adalah terletak pada kekuatan visualnya. Akan tetapi, di dalam Rasukan Ablasa, Prof Razak gagal menyatakan situasi tersebut, walaupun pada scene pertama hanya digambarkan sebuah van yang dipandu Jimmy tiba-tiba berhenti di tepi jalan dan kemunculan seorang lelaki tua menyebut 'Omar' kepada Ashraff. Adakah itu sudah cukup untuk menggambarkan yang Ashraff adalah cucu kepada Omar?. Mungkin ini strategi yang ingin dilakukan oleh Prof Razak dalam membangkitkan elemen thriller kepada penonton. Barangkali tidak pada saya. Persoalan kedua terlintas difikiran saya, apakah rasional watak Yusry KRU sebagai penampilan istimewa di dalam lift yang scenenya agak daring di mana Kim ( Almy Nadia) menjatuhkan sedikit bajunya sebagai tanda seksual dan godaan buat Yusry. Apakah itu sebagai tanda pelaris kepada filem ini?. Jika dilihat daripada lakonan Almy Nadia sebagai penggoda kepada Yusry, memang menjadi. Namun bagi saya, ia perlu lebih lagi daring sepertimana karektor yang di bawa Dynaz di dalam filem-filem lakonannya terutamanya filem Apa Kata Hati. Jadi bagi saya Almy perlu lagi daring!.

Apabila di sebut pada kualiti bunyi di dalam filem ini, bagi saya ia agak membingitkan dan terlalu banyak adegan menjerit-jerit pada setiap karektornya, seolah-olah filem ini tidak ada haluannya sendiri dalam memperkatakan sesuatu. Bagi saya, sebuah filem seram tidak perlu memperbanyakkan adegan menjerit-jerit, tetapi cukuplah sekadar memasukkan bunyi-bunyi persekitaran mahupun suara-suara aneh tersebut. Jikalau tidak, filem ini akan dikatakan sebagai sebuah filem yang 'jerit-jerit'. Penggunaan sinematografi dalam filem ini sedikit sebanyak membantu dan ia boleh dilihat banyak menggunakan elemen dark yang bagi saya mood sesebuah filem itu sampai kepada penontonnya.

Namun begitu, bagi saya filem ini agak biasa dan perlu diperbaiki jikalau mahu menarik perhatian penonton antarabangsa. Elemen seram juga perlu dipertingkatkan dan kurangkanlah 'jerit-jerit' tersebut kerana ia agak membosankan. Bagi anda yang meminati genre seram, mungkin filem ini menjadi citarasa anda dan jikalau anda datang ingin mencari naratif yang kuat, filem ini bukan antara filem yang bagus untuk dinilai oleh anda.

p/s: Saya tidak kata filem ini bagus, cuma ia agak biasa dan kadangkala membingitkan telinga dengan adegan yang menjerit.. tetapi, ada juga yang saya nampak enjoy dan ada juga yang tertidur.. hmmm.. biaselah... adat.. Apapun, bagi anda yang meminati filem seram, nantikan tayangan Rasukan Ablasa pada 26 Februari 2009 di semua pawagam.

eee.. takutnya.....

4 comments :

Tak perasan lak the movie tak establish hubungan antara Asyraf ngan Omar... maybe sbb dah baca dalam press release kot...

Tak seram pun citer ni... my colleague yg sgt2 penakut tu pun tak la cuak sgt masa preview tu... too much screaming kot... :P

hihihi ingatkan Maya sorang jer yg prasan felem nih bising..tapi nak sokong gak felem KITA selagi tak memualkan..

Any films by Prof Madya ni sumer takde makna..mcm mana indus.filem msia nak maju...