Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 21 Februari 2009

Sejarah Mat Kilau.. bakal di filemkan?


'Sejarah kehidupan Mat Kilau bakal di filemkan?', itulah pertanyaan yang terpancul keluar di minda saya, tatkala menghadiri sidang media Pelancaran Filem Epik terbitan Lagenda Studio, khamis lepas di Pawagam Mini, P.Ramlee Finas, yang disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Hj. Mohd Shafie Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Filem yang menelan belanja RM 10 juta ini akan diarahkan oleh Rodzee Abd. Razak, yang akan memulakan penggambaran pada April 2009 nanti dengan menggunakan lokasi sekitar Bota, Perak dan Pahang. Filem yang akan menggunakan set sebuah perkampungan melayu dan Inggeris ini khabarnya akan di bina bagi menggambarkan kehidupan Mat Kilau dan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu bagi menimbulkan mood penceritaan dalam filem epik ' Pahlawan Mat Kilau' ini. Filem yang bakal dibarisi muka-muka baru, antaranya Mohd Hairul Nizam Ibrahim yang akan memegang watak Mat Kilau, manakala Mazlina Omar akan memegang watak sebagai Yang Chik, iaitu isteri kepada Mat Kilau. Selain itu, filem ini juga akan dibantu oleh pelakon-pelakon professional yang lain, antaranya Sabree Fadzil, Shahrudin Thamby, Khir Rahman, Badrul Muhayat, Roslan Salleh dan Serina Redzuawan.

BERGANDINGAN... Hairul dan Mazlina sebagai pasangan suami isteri.

Semasa pelancaran tersebut, ditayangkan juga video Test Shot yang mengandungi aksi-aksi menarik berkaitan filem ini yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Justeru, apa yang saya bimbangkan disini ialah , apakah filem-filem sebegini akan mendapat sambutan hangat masyarakat Malaysia, tatkala dibanjiri filem-filem komersial yang lain. Pastinya, Legenda Studio akan memastikan plot penceritaan dalam filem epik 'Pahlawan Mat Kilau' ini akan menjadi filem sejarah yang mempunyai kekuatan naratifnya yang tersendiri. Sama-samalah kita menunggu hasilnya nanti la ye.

p/s: amy ikram berharap filem ini akan diterima baik masyarakat Malaysia apabila ia ditayangkan kelak. Dan pastikan point-point yang dibawa dalam filem ini tidak terlalu hambar dan membosankan, kerana saya takut jika sambutan filem ini akan menjadi hambar sepertimana karya terbaik 'Wayang, Kala Malam Bulan Mengambang, 1957 Hati Malaya dan sebagainya'. Insya-allah

0 comments :