Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 23 Februari 2009

Top 10 film: Kirana Short Film Awards 2009...


Pada 27 Februari 2009, bertempat di KLCC Convention Centre pukul 8.30 malam, Astro Kirana melalui Kirana Short Film Awards 2009 akan mengumumkan keputusan terakhir filem manakah yang akan dinobatkan sebagai filem pendek terbaik bagi merebut hadiah wang tunai RM 100,000 ( productions cost for make a feature film). Tentunya pada malam tersebut akan menjadi malam bersejarah terutamanya buat pembikin filem muda untuk mencipta nama sekaligus menjadikan karya mereka ditayangkan di slot super short Astro Kirana. Bukan itu sahaja, para pemenang yang terpilih sebagai filem pendek terbaik, akan berpeluang mengarahkan filem feature pertama mereka yang akan diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan Astro. Benarkan berita ini?. Sama-samalah kita menunggu pada malam tersebut bertempat di KLCC Convention Centre. Sekiranya, anda rakan media ataupun pembikin filem muda yang ingin menyaksikan malam anugerah tersebut, akan di kehendaki menghubungi Astro Kirana segera untuk mendapatkan pas percuma dan tempatnya adalah amat terhad.

Nak tahu filem manakah yang tercalon antara filem yang terbaik?. Di sini saya senaraikan antara top 10 filem pendek terbaik yang tercalon bagi merebut pelbagai anugerah. Untuk mengundi filem ini dan menonton secara online (full film), sila klik
http://kirana.astro.com.my/aksfa08


TOP 10 KIRANA SHORT FILM AWARDS
'AKU' directed by Shuhaimi Zulkifli


'BURP' directed by Tayanithi Ramanujem


'EYEFINGER' directed by Margaret Bong


'KALSOM' directed by Sheikh Munasar Abdullah @ Moon


'KHILAF' directed by Noor Emelly bt Mohd Saad


'MIRROR' directed by Chirstopher Low


'ODOI ODU' directed by Farizie Bin Morinding


'PERMATA BONDA' directed by Fikri Jermadi


'QALAM' directed by Mohd. Shahrezahadi Koh


'SATU' directed by Zulman Zeki bin Supardi


* Untuk makluman anda, para juri yang akan menilai kesemua filem pendek ini ialah Gayatri Su-lin Pillai (Executive Producer), Wong Tuck Cheong (President of Kelab Seni Filem), Afdlin Shauki (Artiste/Film Director), James Lee (Film Director) dan Osman Ali (Film Director).


sama-sama kita menunggu apakah Burp, Qalam, Kalsom dan Satu daripada AFM ini akan menjuarai sebarang kategori pada malam tersebut. Kita sama-samalah tunggu la ye. Sedih la.. saya ada hantar 'comolot' tahun lepas, tak tercalon, coz ia kontroversi kot.. hmmm

0 comments :