Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 14 Februari 2009

Yasmin Ahmad SPCA New Commercial



Apakah pandangan anda terhadap video commercial SPCA ini daripada Yasmin Ahmad?. Apa yang saya rasai daripada video ini ialah, Yasmin Ahmad ingin bercerita kepada khalayak penonton bahawa 'jangan kita membuat penilaian terhadap sesuatu perkara yang halal dan haram mengikut naluri dan kefahaman kita sendiri tanpa melihat kepada faktor-faktor sekeliling'. Ini bermakna Yasmin cuba menjadikan isu seorang budak lelaki, Adlan yang agak lonely dan extreme pada persekitaran walaupun mempunyai keluarga yang disayangi. Apabila ia memasuki sebuah kedai dan ternampak anjing di satu sudut . Adlan tidak menyisihkan binatang tersebut lalu dibelainya. Apakah mesej yang ingin disampaikan Yasmin di dalam video yang berdurasi seminit ini?. Adakah Yasmin cuba menyampaikan mesej bahawa 'sebagai manusia kita perlu menyayangi semua makhluk ciptaan tuhan sebagai satu yang perlu?. Dan kenapa Yasmin memilih anjing sebagai point utama?. Barangkali mungkin ada sesuatu perkara lain yang Yasmin ingin penonton fikir-fikirkan. Apakah perkara tersebut?. Jika anda tahu, jom kongsi perkara ini bersama-sama.

Apabila Yasmin menggunakan warna hitam putih sebagai perjalanan cerita untuk video ini, saya dapat gambarkan bahawa kesuraman hidup pada karektor tersebut yang diwakili Adlan agak kritikal dan ia memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak. Oleh itu, ia adalah masalah fizikal yang selalunya dihidapi oleh sesetengah kanak-kanak. Justeru, pandangan anda terhadap video ini amat dialu-alukan untuk dikongsi bersama. Pandangan yang berbaur negatif dan perkauman akan dipadam.

p/s: Ini pandangan saya terhadap video ini. Jika ia bertentangan dengan anda, maafkan saya.. namun begitu kata Yasmin 'With this little film, I urge my people to read more about the true Islamic rules concerning this beautiful creature of God, and to please refrain from being cruel to it. Let's do this for Allah.'.

Wallahuallam.

1 comments :

What's up with anjing already? I thought Yasmin already bring this persoalan dlm Gubra?

It's weird to see her came back again and again with a such specific topic. This isn't a mere "acceptance" stuff. It doesn't take a fervent believer in the auteur theory to sit forward in his/her seat and say, "Kak Min, is there something you're trying to tell us?"

I think it coulda been better kalau Yasmin made the family org Melayu, dan took out the anti-dog criticism statement. Aku rasa dgn itu, ia boleh jadi something much, much more. Lebih byk persoalan boleh main dekat situ.