Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 31 Mac 2009

'Merakamkan Keindahan Pulau Bali..... Saus Kacang... Adaptasi Indah Indrayanto Kurniawan..

Mendengar saja tajuk 'Saus Kacang', barangkali penonton dan peminat filem di luar sana, terutamanya di Malaysia akan tertanya-tanya apakah cerita menarik di sebalik nama 'saus kacang' yang menjadi plot dan intipati utama kepada pergerakkan filem ini. Melihat sahaja foto di sebelah ini, menyaksikan keintiman pelakon utamanya, Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestari, pastinya anda mengandaikan bahawa filem ini penuh dengan aksi ranjang yang keterlaluan. Benarkah andaian ini?. Jom kita selidiki satu-persatu point terpenting yang terkandung di dalam filem arahan Indrayanto Kurniawan ini yang kini hangat ditayangkan di beberapa pawagam seluruh Malaysia..

Antara yang menarik di dalam filem Saus Kacang... yang perlu anda tonton di pawagam
  • Saus Kacang memaparkan sebuah kisah menarik yang berlaku di sebuah resort terkemuka di Bali, Indonesia. Ia menyaksikan ragam kehidupan beberapa orang pelancong yang menginap di resort tersebut yang realitinya agak bagus, di mana sikap remeh, ego dan bongkak beberapa orang pelancong tidak kira tempatan mahupun dari luar, masing-masing mempunyai perangainya yang tersendiri. Ini menemukan Dewi ( Bunga Citra Lestari ) dengan sikap tetamu hotelnya, Fredo ( Ashraff Sinclair ) dari Malaysia yang agak remeh dalam soal pemilihan sesuatu makanan. Pelbagai adegan menarik dalam filem ini yang membawa kepada hubungan perasaan dan cinta sesama mereka, yang akhirnya mewujudkan satu situasi yang agak kritikal. Apakah yang terjadi?. Anda kena tontonlah sendiri filem ini di pawagam, sekarang!.
  • Filem ini merakamkan sebuah pemandangan Pulau Bali, Indonesia yang cukup cantik dan kaya dengan adat serta budaya yang tersendiri.. Kehidupan rakyat yang hidup di sekitar Pulau Bali digambarkan secara baik dan harmoni, dengan paparan kepercayaan mereka dari segi agama, kepercayaan dan adat susila. Di Dalam filem ini, di gambarkan Fredo terlalu ego dengan pemikirannya, sehinggakan beliau terperangkap dalam situasi 'adat dan budaya' masyarakat Indonesia yang memaksa di kenakan hukuman adat kepada Fredo dan Dewi kerana melanggar adat dan peraturan semasa perayaan masyarakat Bali pada malam harinya.
  • Saus Kacang memaparkan jaringan plot yang cukup tersusun, di mana point utamanya adalah 'saus kacang'. Menerusi filem ini, sutradaranya meletakkan 'saus kacang' sebagai titik pertemuan kepada perhubungan antara Dewi ( Bunga) dan Fredo (Ashraff) yang mempunyai banyak suka dan duka, yang akhirnya menjerumuskan mereka berdua kepada satu hubungan cinta yang mengasyikkan dan cukup indah untuk dihayati. Elemen Saus Kacang juga menjadi kepada perleraian kepada sesuatu masalah yang dihadapi watak-wataknya, terutama Dewi yang menjadikan dapur memasaknya sebagai tempat melepaskan perasaan sekiranya berlaku sebarang kekecewaan dari sudut rasa dan cinta. Ini bermakna 'Saus Kacang' adalah satu menu yang mampu membuatkan seseorang itu di sayangi dan ingin dicintai.
  • Paparan sinematografi dan pencahayaan di dalam filem ini agak menarik kerana ia banyak menggunakan low key, yang bertujuan menimbulkan kedamaian, kemesraan, romantik dan sensual. Lihat sahajalah adegan di atas kapal yang menyaksikan Dewi dan Fredo buat pertama kalinya bermesra dan dari situlah timbul rasa risau akan kehilangan Fredo serta bimbangkan kekecewaan buat kali kedua pada watak, Dewi.
  • Filem ini agak biasa jika dibandingkan dengan karya-karya Indonesia yang lain, tetapi garapan plot dan naratifnya yang kemas serta lakonan yang berkesan daripada para pelakonnya sedikit sebanyak menjadikan Saus Kacang antara filem cinta yang menarik untuk tahun 2009 ini. Apa yang menarik mengenai filem ini ialah, tiada konflik yang keterlaluan dan lokasi yang melampau dan padat, cuma saus kacang meletakkan elemen pantai sebagai point utama kepada perkembangan sesebuah cerita mahupun kemusnahan setiap karektor-karektornya. Lakonan Ashraff Sinclair dalam filem ini berjaya meletakkan namanya sebaris nama-nama pelakon Indonesia yang lain, dan rezekinya mula bertambah apabila beliau memperisterikan Bunga Citra Lestari, secara realitinya. Lihat sahajalah jika di Malaysia, Ashraff cuma berlakon dengan produksi Red Films sahaja, tetapi apabila sudah berumahtangga dengan Bunga, maka sedikit sebanyak memberikan peluang kepadanya untuk memperkembangkan bakat dan kariernya sehingga ke luar negara, Indonesia.
  • Tidak lupa juga, Saus Kacang memaparkan sedikit adegan ranjang antara Bunga Citra Lestari dengan Ashraff Sinclair yang berciuman antara satu sama lain, bagi menunjukkan rasa cinta sesama mereka. Ini lumrah di dalam mana-mana filem Indonesia sekalipun. Jadi, tidak perlu menjadikan ia sebagai isu yang kontroversi.
  • Idea yang simple, lakonan yang mantap, plot naratif yang kemas, pemilihan lokasi yang menarik serta paparan adegan yang agak catchy, berjaya meletakkan 'Saus Kacang' sebagai sebuah filem Indonesia yang agak menarik dan perlu di tonton oleh anda dan pasangan anda..
  • Filem ini juga menampilkan Marsha Milan London yang memegang watak sebagai 'Mae' iaitu bakal isteri Ashraff. Apakah kemunculan Marsha dalam sinema Indonesia sebagai watak undangan atau watak sampingan?. Lakonan Marsha tidak begitu mengujakan, cuma agak biasa dan hanya seksi sahaja yang bagi saya mampu membuatkan penonton lelaki tidak akan senang duduk di kerusi pawagam. Percayalah?. Kenapa?. Tengoklah sendiri filem ini sekarang.. sebelum ia kehabisan..
  • Filem ini wajib ditonton oleh anda yang menggemari genre cinta..
  • Filem ini sangat menyentuh perasaan, mendebarkan dan menggemparkan. Tidak percaya?.
* Best bangat filem ini. Cuma saya menantikan, filem seterusnya, 'Perempuan Berkalung Sorban' iaitu sebuah filem yang menggunakan suara Datuk Siti Nurhaliza sebagai soundrack keseluruhan untuk filem ini. Apakah ia akan di tayangkan di Malaysia. sama-sama lah kita tunggu dan lihat sahajalah okay..

Salam...

iklan
Jangan lupa tonton lagi satu filem yang menyentuh perasaan anda, iaitu filem
TALENTIME... di pawagam

saus kacang kini di tayangkan di pawagam sekarang!!!. jangan lupa.. tonton yang original, bukan yang penyamun macam kawan aku, misbah!!. hehehe

Isnin, 30 Mac 2009

'Anak Emak'.. singkap permasalahan negatif dalam sebuah keluarga....

Selepas 'Perempuan, Isteri dan....?, Black Widow Wajah Ayu dan Buai Laju-Laju' yang memaparkan negatif sebuah keluarga Melayu, kini pengarah profilik, U-Wei Hj. Shaari menghasilkan pula sebuah naskhah terbaru 'Anak Emak', yang berkisarkan konflik keluarga antara anak dan emak yang telah ditayangkan pada 28 March 2009, secara ekslusif di pawagam Mini P.Ramlee, Finas. 'Anak Emak' yang dibarisi Melissa Saila dan ibunya, Seniwati Mariani ini merupakan sebuah cerita yang amat menarik kerana ia berkisarkan kisah keluarga yang terpencil dan hidup dalam sebuah konflik ciptaan masing-masing. Filem ini cuba mengangkat permasalahan sosial yang berlaku dalam sebuah keluarga melayu di antara hubungan kekeluargaan antara seorang anak dengan seorang ibu. Melissa, di gambarkan seorang anak yang cukup akur dengan kehidupan sederhananya, yang sudah bercerai dengan Hasnor Rahmat dan mempunyai dua orang anak yang sudah bersekolah, di samping seorang ibu yang di sayanginya, Mariani. Di dalam filem ini, U-Wei bercerita kepada khalayak tentang permasalahan keluarga antara dua watak, di mana Melissa seorang ibu tunggal yang terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan untuk membesarkan kedua-dua orang anaknya, di samping konflik antara Melissa yang mempunyai seorang ibu yang tidak boleh melupakan rentak gaya kehidupan silamnya (Mariani), yang merupakan seorang perempuan joget di masa lalu. Mariani, mengamalkan kehidupan tanpa sempadannya dengan menjadikan pusat hiburan sebagai tempat menenangkan fikirannya bersama rakan-rakan seperjuangannya. Ini merisaukan Melissa tentang ibunya, yang masih lagi tidak berubah. Akan tetapi, di sebalik rentak gaya Mariani yang masih mengamalkan kehidupan silamnya di masa kini, U-Wei menggambarkan keresahan tersebut melalui mimik muka Melissa yang amat risaukan perkembangan ibunya sehingga menjadikan Melissa dalam filem ini sebagai seorang anak yang tidak tahu menghormati ibunya, Mariani. Lihat sajalah, paparan dialog, tutur kata dan perlakuan Melissa terhadap Mariani, yang benar-benar membuatkan penonton tidak senang duduk menyaksikan pertelingkahan seorang anak dengan seorang ibu, di sebabkan masa silam dan rentak gaya ibunya, masih terbawa-bawa di masa kini. Jika kita perhatikan di dalam mana-mana drama ataupun telemovie yang ditayangkan dikaca tv, kebanyakkannya hanya memaparkan anak yang bermasalah, tetapi dalam 'Anak Emak', U-Wei menerbalikkannya kepada situasi seorang anak yang terpaksa menunggu ibunya, pulang daripada pusat hiburan. Jadi, filem ini sangat menyentuh perasaan dan mencabar pemikiran serta perasaan penontonnya.

'Anak Emak' arahan dan lakon layar U-Wei Hj Shaari ini akan menemui penonton di saluran Astro tidak beberapa lama lagi. Namun begitu, apa yang menarik di dalam 'Anak Emak' ialah keseluruhan filem ini tanpa muzik, dan ia cuma di bantu dengan lakonan berkesan daripada Melissa Saila dan Mariani yang sedikit sebanyak meninggalkan impak yang besar kepada penonton. Lihat sajalah, mana-mana karya U-Wei sebelum ini, tiada muzik yang dicomposed kan, tetapi yang penting adalah isi dan plotnya sahaja. Justeru, 'Anak Emak' boleh dikatakan sebuah filem yang ringkas daripada U-Wei yang mudah difahami, tidak memerlukan kefahaman yang tinggi untuk mengkaji susunan visualnya, sepertimana karya-karya sebelumnya yang lebih abstrak sifatnya. Oleh itu, filem ini perlu ditonton oleh sebuah keluarga yang cintakan keamanan dan bencikan persengketaan dan ia sebuah karya yang sangat-sangat mencabar rasa. Tidak percaya?. Tunggu ajelah tayangannya nanti di kaca tv, barangkali..

Insya-allah..

p/s: Saya cukup kesal, acara tayangan seperti ini kurang dihadiri oleh pegawai-pegawai perfileman dari sebuah badan perfileman yang dijemput. Apakah karya U-WEI tidak menggamit anda untuk menghayatinya?. Ataukah anda sebenarnya hanya tertarik pada karya sampah sahaja?. Wallahuallam..

Ahad, 29 Mac 2009

'Kembara Seniman Jalanan'... Kritikan pedas Nasir Jani..


** gambar : Nasir Jani, Imuda, Pyan Habib dan Khatijah Ibrahim di Tayangan Filem 'Kembara Seniman Jalanan' di Panggung Colleseium, pada 28 March 2009. **


Semalam, 28 March 2009 bertempat di Panggung Colleseium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pukul 12.00 tengahari, di adakan Tayangan Ekslusif Filem 'Kembara Seniman Jalanan' arahan Nasir Jani. Filem yang membariskan M.Nasir, sebagai pelakon utama, di bantu dengan Pyan Habib, Imuda, Khatijah Ibrahim, Datuk Shah Rezza dan sebagainya mengisahkan impian seorang anak muda, bernama Bujang ( M.Nasir ) yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib menjadi seorang penyanyi. Di Kuala Lumpur, pelbagai cubaan dan dugaan dihadapi Bujang untuk meneruskan kehidupannya, apatah lagi dalam filem ini, Nasir Jani memfokuskan realiti kehidupan apa yang berlaku di belakang tabir industri muzik pada ketika itu. Penipuan, rasuah dan hak cipta muzik diceritakan Nasir Jani melalui Kembara Seniman Jalanan tanpa prejudis sedikit pun. Apakah untuk menjadi popular sebagai seorang penyanyi, kita perlu mencuri hak cipta orang lain yang bertungkus lumus berkarya dan merasuah para wartawan untuk membuat liputan terbaik bagi sesuatu album, sedangkan hasilnya adalah penuh dengan penipuan? Mungkin barangkali situasi tersebut masih lagi berlaku dalam industri muzik ketika ini?. Jika tidak, alhamdulillah. Realiti sosial kehidupan segelintir rakyat Malaysia di gambarkan oleh Nasir Jani melalui karektor Osman Tikus, yang dilakonkan oleh Pyan Habib ( kini seorang blogger ) memaparkan kehidupan seorang anak muda yang menjadi pencopet di pudu raya sehingga bertemu dengan Bujang (M.Nasir), dan dari situlah hubungan persahabatan mereka terjalin dan atas sebab cemburu dengan kejayaan dan populariti Bujang / Jebat yang semakin meningkat, Osman Tikus ( Pyan Habib) membunuh diri. Bakat dan populariti seseorang individu dilihat dari sudut gaya, penampilan dan imej. Ini bermakna dalam Kembara Seniman Jalanan, Nasir Jani mengkritik beberapa produser dan penerbit muzik yang sering memandang serong pada karyawan muzik yang berambut panjang atau rockers 'rugged'. Kata sesetengahnya tidak bagus. Tetapi, dalam filem ini, Nasir Jani mengangkat imej rockers ke satu tahap yang boleh di banggakan. Dan merendahkan imej 'smart, hensem dan baik' sebagai penipuan dan hanya berselindung dengan wajah yang tulus tetapi hatinya penuh dengan kebusukkan dan kerosakkan.

Justeru, 'Kembara Seniman Jalanan' arahan Nasir Jani bukannya bertujuan mencari kontoversi dalam industri muzik Malaysia, kerana apa yang dipaparkan adalah pergolakan yang sebenarnya berlaku dan masih lagi di dalam industri muzik hari ini. Nescaya, filem ini boleh lagi dikaji dan dikritik juga dari sudut permasalahan sosial yang lain. Apakah mencari pendapatan yang halal dengan menyanyi ditepi-tepi jalan adalah satu penghinaan bagi sesetengah manusia?. Bagi saya tidak, kerana itu masih lagi rezeki yang halal. Jadi, tontonlah filem ini kerana ia banyak mengkritik persoalan sosial, realiti masyarakat dan kehidupan segelintirnya kerana Muzik dan kehidupan sangat-sangat diperlukan. Cuma, filem ini agak mengecewakan saya kerana tayangannya semalam di pawagam collesium adalah dalam bentuk DVD, dan saya mengharapkan tayangannya dalam bentuk filem 35mm. Kata, penganjur tayangan semalam 'bentuk filem tidak ada'. Jadi, saya menyeru kepada beberapa produser filem yang kini aktif menerbitkan filem, agar dapat menyimpan setiap filem-filem yang anda hasilkan (dalam bentuk 35 mm) kerana mana tahu dalam tempoh 20 tahun atau 50 tahun akan datang, filem-filem tersebut diperlukan untuk generasi akan datang. Akhir Kata, Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah naskhah terbaik Nasir Jani yang di hasilkan pada tahun 1986 yang telah diterbitkan oleh Zarul Al-Bakri melalui ZSA Holdings Sdn Bhd.


Kembara Seniman Jalanan di barisi oleh:-
  • Khathijah Ibrahim sebagai wartawan hiburan
  • Majid Salleh sebagai En Johan @ lanun cetak rompak
  • Pyan Habib sebagai Osman Tikus
  • dR Sam; (dR bermaksud [d]ari [R]embau)
  • Shah Reza sebagai Fareez
  • Imuda sebagai Brader Joe penjual burger
  • Siso Kopratasa sebagai penjual burger
  • Kumpulan Sweet Charity
  • M. Rajoli sebagai bapa Bujang
  • Hasnah Ibrahim sebagai ibu Bujang
  • Amy (Search)sebagai Amy Search
  • Ramli Sarip
  • Kumpulan Search
  • Kumpulan Blues Gang
  • Neeruam atau Maureen

sinopsis filem

Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.

Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.

Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah "tinggal" di ibu kota.

Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.

Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka "basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam , juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.

Suatu hari Khaty telah dipanggil oleh En Johan untuk mendengar lagu dari album terbaru Fareez. En Johan cuba merasuah Khaty dengan wang suapan supaya mempromosikan album itu. Khaty terserempak dengan Bujang yang menyanyi di tepi jalan, dan bertanyakan lagu yang dinyanyikan serupa dengan lagu Fareez.

Barulah Bujang sedar yang karya beliau telah dirakam rompak dan diciplak. Beliau dan Osman telah mengamuk dalam satu majlis promosi dan pradengar album Fareez di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Mereka berdua kemudiannya telah ditahan dan dipenjarakan.

Neeruam telah mengikat jamin Bujang dan Osman . Kemudian mereka menjadi artis syarikat rakaman dR Sam bersama artis lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.

nak kenal Pyan Habib ( osman tikus) secara dekat?.. klik aje kt blog dia nie

http://pyanhabib.blogspot.com/


p/s: Betul ker ada orang cakap, filem ini dulu di 'banned'.. betul ke?. ada info ke...?

Sabtu, 28 Mac 2009

'Penonton Malaysia, takutkan realiti?'


Apakah benar penonton Malaysia kebanyakkannya tidak boleh menerima apa yang digambarkan oleh sesetengah karyawan dalam sesebuah filem?. Ini merujuk kepada paparan realiti masyarakat yang dipaparkan kebanyakkannya menjurus kepada permasalahan sosial, budaya, agama dan kehidupan. Apabila sesebuah filem memaparkan adegan yang berlaku dalam masyarakat yang mewakili sesebuah golongan, timbul beberapa spekulasi negatif bahawa seseorang pembikin filem itu tidak beragama, berbudaya dan tidak bermaruah. Apakah yang mengkritik filem itu cukup bagus dan menuding jari menyalahkan pembikin filem, sedangkan apa yang dipaparkan bukan bertujuan untuk menghasut, membunuh dan mencederakan rakyat Malaysia. Walhal apa yang digambarkan itu adalah realiti sebenar kehidupan sesebuah masyarakat yang perlu di beri perhatian. Kenapa perlu takut pada realiti?. Adakah ia akan menggugat kehidupan dan status anda sebagai rakyat Malaysia yang beragama dan berbudaya?. Tidak perlu kita sensasikan keadaan ini kerana penonton kita bukannnya 'tolol dan bangang', menerima bulat-bulat sesebuah adegan yang dipaparkan serta mengikutinya dalam kehidupan seharian. Cuma, penonton yang bijak dan mempunyai akal yang waras sahaja akan merasai filem tersebut adalah lakonan semata-mata. Persoalan di sini ialah 'apakah yang diinginkan sebenarnya oleh penonton Malaysia dalam sesebuah filem'? Memaparkan filem yang berbudaya, walaupun terpaksa hipokrit, menghasilkan filem yang beragama dan di tonton oleh sesi serumah sahaja. apakah itu filem syok sendiri?. Bukannya saya kata 'kita perlu memperbanyakkan filem yang memaparkan adegan realiti', kerana realiti itulah yang sebenarnya anda lakukan dalam kehidupan seharian. Tidak percaya, lihat disekeliling anda. Ia lebih teruk daripada apa yang dipaparkan dalam sesebuah filem. Ingat, jangan menyalahkan pembikin filem apabila sesebuah filem menjadi kontroversi kerana kontroversi terjadi adalah dengan pemikiran manusia itu sendiri.

Sekiranya sesebuah filem memaparkan yang 'baik-baik' dan tidak ada konflik, tidak ada kejahatan, keburukan dan kesongsangan'. Maka itu bukan namanya 'cerita yang bagus', kerana tanpa kejahatan dan keburukan dalam sesebuah adegan, maka sesebuah filem mahupun drama akan menjadi bosan, kurang sambutan dan boleh dikatakan sebuah karya yang bodoh. Apabila realiti itu digambarkan secara kritikal dengan paparan adegan yang melampaui batas, mulalah pelbagai hadis di keluarkan oleh para ulama dan ahli agama mengatakan filem itu haram, duit lakonan dalam adegan itu adalah haram dan sebagainya. Jadi ini bermakna, industri hiburan dan perfileman kita adalah satu industri yang haram. Kerana 'dalam islam, membuka aurat adalah dosa yang besar'. Jadi, bagaimana pula adegan yang baik memaparkan seseorang perempuan tidak memakai tudung dan membiarkan ribuan penonton melihat rambutnya, adegan berpegangan tangan laki dan perempuan tanpa muhrim adalah dilarang walaupun ia hanya sekadar lakonan. Justeru, jangan membuat andaian terhadap sesuatu perkara dengan melihat kepada satu faktor kerana faktor yang lain juga perlu di ambil perhatian. Oleh itu, 'cermin lah diri kita sebelum kita mencerminkan diri orang lain' kerana semua manusia bukannya sempurna.

wallahuallam


Jumaat, 27 Mac 2009

'The Reader'.. kisah cinta penuh tragik!!


Betulkah ada orang cakap 'The Reader', adalah sebuah filem lucah dan tidak sesuai untuk tontonan anak-anak remaja di bawah umur? Jawapan saya, YA.. iaitu untuk persoalan 'tidak sesuai untuk tontonan remaja di bawah umur' kerana kata sesetengah orang 'nanti mudah terpengaruh', tetapi bagi saya kebarangkalian untuk remaja itu terpengaruh adalah mudah, tetapi jika di kawal dengan perasaan dan keimanan, ia akan terkawal tetapi dalam kuantiti yang amat sedikit. Kerana dalam filem ini terdapat banyak adegan ranjang di antara Kate Winslet dan David Kross yang memegang watak sebagai Michael ( masa muda) yang jatuh cinta pada Hanna, lakonan Kate Winslet. Jika di andaikan ia karya lucah, saya tidak bersetuju kerana filem ini mempersoalkan hubungan kasih sayang yang sangat menyentuh perasaan antara Hanna dan Michael, daripada pertama kali mereka bertemu sehinggalah Hanna dipenjarakan dan meninggal dunia.



'The Reader' arahan Stephen Daldry, lakon layar oleh David Hare ini memaparkan jurang percintaan antara seorang pelajar, Michael ( David Kross) dan Hanna ( Kate Winslet) yang jatuh cinta antara satu sama lain, sehinggakan mewujudkan rasa seksual masing-masing. Adegan ranjang di perbanyakkan di dalam filem ini seolah-olah untuk menarik perhatian remaja menontonnya, tetapi bagi saya scene-scene tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana filem Hollywood sebelum ini. Jika industri filem Malaysia, membikin adegan seperti ini tentunya akan menjadi kecoh, huru-hara dan tidak tentu arah sehinggakan segenap lapisan masyarakat tidak keruan dan menjadikan 'kritikan dan hentaman' sebagai satu kerjaya untuk mencari simpati. Berbalik kepada 'The Reader', filem ini cukup menyentuh perasaan saya di kala perbicaraan Hanna yang di sabitkan kesalahan membunuh dengan 300 kes yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Betolak dari titik itulah, kehidupan Michael menjadi satu rahsia di mana dalam jangkamasa 20 tahun, beliau tidak pernahpun menziarahi Hanna dan hanya mengirimkan beberapa pita rakaman yang merakamkan bait-bait puisi yang menjadi titik mula perhubungan mereka di rumah Hanna. That's great!! dan very touching bro...., I'm sad... Adegan seterusnya, adalah klimaks kepada penceritaan filem ini di mana Michael buat kali terakhirnya bertemu dengan Hanna ( dalam usia Hanna yang sudah lanjut dan berkedut). Dari situlah, kelihatan di antara mereka 'masih ada lagi kasih sayang' dan 'impian untuk hidup bersama', tetapi apa yang dirancang berlaku sebaliknya?. Apakah yang berlaku? Mampukah mereka hidup seperti dahulu di waktu usia muda dan melakukan seks bersama?. jawapannya.. anda kena tonton filem ini sekarang... Justeru, The Reader bagi saya, sebuah filem tentang kasih sayang yang sangat tragik dan menyentuh perasaan... dan inilah filem yang berjaya membuatkan saya menangis... terus menangis.. apakah hubungan mereka masih ada di saat hanya tinggal memori yang tiada kesudahannya?. Anda kena tonton filem ini yang telah memenangi anugerah di Academy Awards 2009 baru-baru ini..



OSCAR 2009 CATEGORY WINNER
Best Actress , Kate Winslet


* Filem ini memaparkan Flashback yang terbaik antara tahun 1995 dan 1940an... Flashback itu tanpa disedari oleh penonton barangkali kerana filem ini bergerak secara sempurna dan saya dapat mengesannya sebagai flashback apabila scene terakhir iaitu masa penemuan mereka semula antara Michael dan Hanna di sebuah kantin iaitu dalam usia Hanna yang sudah lanjut.

p/s: Anda tidak mungkin dapat menyaksikan adegan ranjang di pawagam, ia cuma ada di dalam DVD sahaja yang telah berada di pasaran. Ops!! saya bukan nak promosi adegan tersebut, tapi filem ini wajib di tonton oleh anda semua, peminat filem... .. tonton the reader jangan sampai anda terkesima sudah okay!!! hehehe

trailer The Reader

Khamis, 26 Mac 2009

Slumdog Millionaire.....Realiti Kehidupan Rakyat India, di Mumbai?


Kenapa anda perlu menonton filem 'Slumdog Millionaire'?, sedangkan filem ini di bikin untuk menggambarkan keresahan dan kekotoran serta kekusutan bangsa India untuk tontonan rakyat di seluruh dunia?. Jawapannya, ialah 'filem ini mempunyai naratif cerita yang agak kuat, serta mempunyai jalur pemikiran yang agak kritikal di mana ia mempersoalkan tentang kehidupan seorang anak muda bernama Jamal Malik, yang hidup dalam lingkungan kemiskinan yang agak kritikal. Kehidupan mereka di tindas tanpa belas kasihan oleh kuasa veto di mana ia ditempatkan bersama-sama anak-anak yang lain di sebuah penempatan seperti rumah kebajikan. Oleh yang demikian, Jamal Malik melarikan diri sehingga beliau memasuki sebuah rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire' untuk merebut juara bagi menebus kemiskinan yang di alaminya selama ini, sekaligus sebagai point utama untuk menyelamatkan insan yang di sayangi, Latika. Jom.. kita selidiki 6 point terpenting yang terdapat dalam filem Slumdog Millionaire, yang telah memenangi 8 Anugerah di Oscar Academy Awards 2009.

trailer



6 point terpenting dalam Slumdog Millionaire
.

- Slumdog Millionaire, sebuah filem tentang kasih sayang, impian, dan keinginan seorang anak muda, Jamal Malik bagi merebut juara program 'Who wants to be a millionaire' sekaligus sebagai point utama untuk dirinya keluar daripada kepompong kemiskinan yang memeritkan, lantas menyelamatkan Latika daripada genggaman penjahat.
- Filem ini merakamkan realiti kehidupan rakyat India yang hidup ditengah-tengah kemiskinan, di mana pembukaan filem ini menunjukkan kawasan perumahan setinggan yang penuh dengan kekotoran dan kedaifan, berdasarkan 'scene Jamal dan Salim yang melarikan diri' daripada penjahat / penculik yang menjadikan kanak-kanak sebagai ujikaji untuk menjadi kaya.
- Plotnya tertumpu kepada flashback Jamal semasa kecil, iaitu antara kehidupan, keinginan dan perasaan. Flashback ini diulang dengan paparan adegan tentang realiti permasalahan kehidupan rakyat India yang diselubungi dengan pelbagai masalah.
- Filem ini menyelongkar titik-titik hitam masyarakat yang hipokrit, prejudis dan kotor dengan beberapa adegan antara Hos TV, Anil Kapoor yang tidak mahukan Jamal memenangi permainan tersebut, dengan memberikan jawapan yang salah berdasarkan clue di cermin tandas. ( Lihat masa dalam tandas, ada tulisan jawapan tertera B', iaitu jawapan terakhir untuk memenangi Rs 20 juta'. Permainan ini tidak berjaya merasuk Jamal, lantas ia memberikan jawapan yang menyimpang dan Jamal memenangi permainan ini dan dia adalah pemenang termuda sekali dalam sejarah television India, ketika itu. Betul ker?. Ntah la.. hehehe
- Saya suka filem ini kerana ia memaparkan sudut sinematographi yang sangat cantik, ia seolah-olah seperti saya menonton filem Indonesia yang kebanyakkannya menggunakan pencahayaan ini.
- Percaya atau tidak, filem Slumdog Millioanire telah mengalahkan ratusan penyertaan di Academy Awards Oscar 2009 dalam menjuarai 8 kategori utama dan bayangkan filem Hindi mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain..

Best Motion Picture Of The Year
Best Directing
Best Music Score
Best Music Song
Best Film Editing
Best Sound Mixing
Best Cinematography
Best Writing / Adapted Screenplay


* Slumdog Millionaire masih lagi hangat di tayangkan di GSC dan TGV.. dan DVD filem ini telahpun di jual di pasaran-pasaran gelap...

p/s: Menonton Slumdog Millionaire mengingatkan saya seperti filem Talentime, Yasmin Ahmad.. Apakah Talentime akan menjadi seperti Slumdog? Saya percaya, YA!!!!...

iklan
Jom Tengok Talentime.. di pawagam sekarang!!



Rabu, 25 Mac 2009

'Mengkritik persoalan sosial rakyat Malaysia...... Talentime di Pawagam Esok..



talentime final trailer



Alhamdulillah..... walaupun sudah 3 kali saya menonton 'talentime', arahan Yasmin Ahmad ini, saya boleh katakan ia sebuah karya terbaik beliau yang mengangkat isu perpaduan dalam konteks pemikiran rakyat Malaysia. Garapan Yasmin kali ini cukup kemas malahan struktur penceritaannya agak tersusun dan ia di bantu dengan sub-plot yang cukup indah di mana naratifnya bergerak tanpa disedari. Persoalan sosial rakyat Malaysia dikritik secara sinis dan ia dikaburi dengan ucapan dialog para pelakonnya yang kebanyakkannya mencuit hati, dan dari situlah Yasmin bertindak menyelitkan isu-isu yang ingin diutarakan dan diperdebatkan. Talentime, mempersoalkan program realiti ataupun pencarian bakat yang kebanyakkannya menjadi barah di dalam masyarakat di mana Yasmin menggunakan latar tempat sebuah kampung yang terpencil di ibu kota, yang di dalamnya mengandungi sebuah keluarga yang hidup secara harmoni dan ada ketikanya bergolak dengan kehidupan masing-masing. Keharmonian masyarakat dalam keluarga Harith ( anaknya Melur ) di gambarkan secara aman dan penuh dengan kemesraan antara bapa dan anak, ibu dan anak dan keluarga dengan pembantu rumah adalah salah satu gambaran realiti yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Malaysia. Apakah gambaran tersebut masih lagi ada dalam masyarakat Malaysia yang penuh dengan kemodenan dan kemewahan ini?. Walaupun mesranya sebuah keluarga tersebut, tetapi masih ada lagi kaum yang begitu prejudis terhadap kaum lain. Ini di gambarkan oleh Yasmin melalui kehidupan keluarga Mahesh yang bergolak dengan dua situasi iaitu, pertama, Kehidupan silam pak cik saudaranya yang pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Indian-Muslim ( diceritakan melalui ibu Mahesh kepada Bhavani), kedua, pergolakan perasaan anaknya, Mahesh terhadap rasa cintanya pada gadis melayu bernama Melur, lakonan Pamela Chong. Apakah hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga tersebut?. Jawapannya ada dalam filem ini, dan anda perlu menontonnya dengan mendalam dan penuh penghayatan. Jika tidak , anda akan gagal mengesan situasi tersebut.

Apakah seseorang yang memeluk agama islam perlu menukar namanya menjadi seperti islam?. Itulah yang cuba dipersoalkan Yasmin melalui Talentime, di mana persoalan tersebut cuba ditimbulkan melalui watak Datin Kalsom, lakonan Ida Nerina semasa dalam perjalanan mereka menuju ke Genting bersama keluarga Harith dalam sebuah kereta. Dalam situasi ini, Datin Kalsom mempersoalkan apakah Mei Ling yang memeluk islam tidak menukar namanya menjadi islam?. Ini dijawab Yasmin melalui karektor ibu Melur lakonan Mislina Mustaffa, di mana beliau memberikan jawapan bahawa 'Mei Ling memeluk islam bukannya bertukar menjadi melayu'. Ini bermakna, Yasmin mengkritik secara jelas pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya yang begitu prejudis kepada kaum lain sekiranya mereka bertukar agama, dan tidak bertukar nama. Dalam Talentime, isu ini digambarkan secara komedi di mana garapan tersebut tidak menjadi kontroversi, malahan ia sebuah kritikan yang agak mendalam. Walaupun persoalan demi persoalan di utarakan Yasmin di dalam Talentime yang akan menemui penonton mulai esok, 26 Mac 2009 nyata tidak memberikan apa-apa spekulasi negatif pun terhadap masyarakat Malaysia, malahan Yasmin bijak menggunakan peluang yang ada untuk berkomunikasi dengan penonton dengan membawakan isu-isu dan cerita yang menarik agar ia dapat ditonton dan dikongsi bersama. Justeru, Talentime filem Malaysia yang wajib di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia, kerana filem ini bukannya filem sampah seperti filem-filem Malaysia lain, malahan ia sebuah filem yang mempersoalkan banyak perkara dari sudut intelektual dan ia dekat dengan masyarakat kita. Percayalah, filem ini jika ditayangkan di Korea ataupun Japan, ia akan mendapat sambutan yang hangat kerana talentime, sebuah filem berjiwa Malaysia yang sarat dengan mesej dan kritikan. Oleh itu, luangkan masa anda untuk menonton filem ini esok di pawagam kerana duit yang akan anda laburkan untuk membeli tiket bagi menonton filem ini pastinya tidak akan mengecewakan kerana ia sebuah filem terbaik dan bakal menjuarai Best Filem untuk Festival Filem Malaysia, akan datangnya. Katanya... insya-allah..

amin...

p/s: Alhamdulillah.. semua filem Yasmin setakat ini tidak pernah mengecewakan saya... dan tentunya juga anda di luar sana, masih berpendapat sama kan.. Sori la.. banyak lagi persoalan yang ingin saya tuliskan dalam rencana ini, cukuplah hanya yang ini.. so apa pula pandangan anda terhadap talentime...? rasanya saya nk tonton lagi buat kali yang ke-empat la.... nak ikut tak?


ulasan terdahulu tentang filem Talentime ini.. sila klik ke arkib berikut untuk membaca artikel sebelumnya:
http://amyikram.blogspot.com/2009/03/konflik-jiwa-antara-dua-budaya.html

Selasa, 24 Mac 2009

'Wasurenagusa' , filem terbaru arahan Yasmin Ahmad

'Wasurenagusa' bermaksud 'sekuntum bunga' dalam bahasa Jepun menjadi tajuk filem terbaru arahan pengarah profilik, Yasmin Ahmad. Filem yang bakal menampilkan Sharifah Armani bersama pelakon-pelakon ternama dari Jepun itu khabarnya mendapat tajaan sepenuhnya daripada Japan Entertainment yang akan memulakan proses produksinya tidak lama lagi. Wasurenagusa adalah sebuah kisah percintaan penuh dramatik yang lebih memfokuskan kepada nilai kasih sayang sesama manusia antara Malay-Japan, di mana keseluruhan lokasi penggambaran filem ini akan berlaku di negara Jepun sepenuhnya, di samping ia tidak melupakan nilai budaya Malaysia amnya. Di dalam kenyataan kepada media, Sharifah Armani menjelaskan bahawa' filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi agak menarik kerana menunjukkan pertembungan antara dua budaya iaitu Melayu dan Jepun tetapi akhirnya dua insan berbeza budaya ini boleh tertawan. Menariknya, dalam masyarakat Melayu ni kita suka menonjolkan kasih sayang dan akan bersalam dan mencium pipi apabila berjumpa keluarga sebaliknya di dalam budaya Jepun ni mereka kurang berpelukan dan bersalaman. Mereka suka ‘bow’ seolah-olah tidak ramah dan tidak mengekspresikan kasih sayang mereka. Di dalam filem ini, saya melakonkan watak orang Malaysia yang berjumpa dengan seorang lelaki Jepun. Saya merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan terlalu ramah sehingga lelaki tadi perasankan saya sedang bercakap seorang diri dengan bunga seolah-olah mempercayai saya ini tidak waras. Apabila berjumpa, banyak kenangan antara kami,” cerita Nani mengenai serba sedikit sinopsis filem yang pada pandangannya berkisarkan tentang cinta.

Filem ini akan memulakan penggambaran pada pertengahan 2009 ini yang akan menggunakan dua lokasi iaitu Jepun dan Malaysia. Justeru, amy ikram berharap agar filem Wasurenagusa ini akan menjadi sejarah pertama di dalam industri filem Malaysia, di mana karyawan tempatan seperti Yasmin Ahmad mula mengorak langkah dalam menerbitkan filem-filem bertemakan 'kasih sayang sejagat' yang kontranya lebih luas dan tidak tertumpu kepada budaya Malaysia sahaja. Oleh itu, pastinya filem ini akan mendapat tempat di hati jutaan penonton bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia dan tentunya akan di nobatkan filem terbaik Japan. Insya-allah.


p/s: Di harapkan Yasmin dapat memberikan sedikit maklumat berkaitan filem ini ye.. Jika ditayangkan nanti, jangan lupa ye khabar-khabarkan kepada kami semua.. good luck and sukses to kak min... amy ikram masih menantikan filem Muallaf yang akan di tayangkan di Malaysia pada Julai 2009 nanti. Jangan lupa ye ramai-ramai kite serbu ke pawagam berhampiran untuk menyaksikan filem Talentime pada 26 Mac 2009.. Sebuah filem yang penuh touching dan menyentuh perasaan semua penonton..

* Malam ini 'Talentime Gala Night at Cathay Cineplexes, the Curve, Damansara 8 pm. Yang dapat jemputan, let's go... jangan tak datang.. kerana ia menjanjikan kepuasan dalam talentime*.. 5 stars to talentime..

Isnin, 23 Mac 2009

Teater 'Patung Kertas' akan dipentaskan lagi...


Pada April 2009, bulan hadapan, produksi 'Bintang Emas Pictures Sdn. Bhd' akan mementaskan teater 'Patung Kertas' untuk musim yang ke-dua. Teater ini akan dipentaskan di MATIC, Saloma Bistro, Ampang yang khabarnya akan bermula pada 17 April 2009. Teater ini akan menampilkan sekali lagi Datuk Jalaluddin Hassan, Ika Fancy Group, Rosnan Abd. Rahman dan ramai lagi. Cuma, pelakon Ashraf Muslim belum lagi memberikan kata putus samada untuk menerima watak 'mak nyah' ini sedangkan lakonannya dalam teater Patung Kertas musim pertama mendapat reaksi yang positif daripada para media, karyawan filem dan penggiat teater di Malaysia. Ashraf Muslim masih lagi tidak memberikan keputusan kerana beliau masih lagi terikat dengan beberapa jadual produksi dan penggambaran. Ketika ditemui media, penerbit teater ini memberitahu bahawa 'Patung Kertas musim ke-dua' ini akan mengandungi cerita yang lebih menarik lagi di samping muka-muka baru yang bakal menghiasi pementasan teater ini. Sesi ujibakat pemilihan pelakon untuk musim kedua akan di adakan, tidak lama lagi. Terbaru, pelakon drama Sutun, Adek atau Ku Mohd Yusry terpilih untuk membintangi teater ini yang bakal dipentaskan bulan hadapan. Apakah dalam keghairahan beberapa penerbit drama dan filem menghasilkan genre 'songsang' ke layar skrin, 'Patung Kertas' juga khabarnya akan difilemkan tidak lama lagi. Benarkah isu ini?. nantikan beritanya akan datang...

p/s: Semalam, amy ikram dan rakan media dijemput ke muara ikan bakar Klang bersama produser filem Gentayangan untuk menikmati makan malam yang sungguh enak. Di samping itu, ada rakan media bertanyakan pada saya 'comolot' awak yang kontroversi tue, tak nak ke dipentaskan di khalayak. katanya 'comolot the musical'.. kata saya 'gile ape!!'. kalau betul lah, menarik tue. tak ke nanti huru hara.. tapi kalau nak la kan.. kena ada mesej.. kalau tak penonton kita cepat melatah... tak gitu sayang?.. ada ke produser teater berminat?. Yo la tue..

Ahad, 22 Mac 2009

Mabuk Estrogen, paparkan adegan kissing antara Roslan Shah dan Fizz Fairuzz


(gambar sebelah adalah sekadar hiasan)

* Mabuk Estrogen, sebuah telemovie terbitan Sheila Rusly yang akan menemui penonton di Saluran Astro Ria pada 17 April 2009.*

Artikel di petik daripada Utusan Malaysia..

DENGAN satu ungkapan sahaja iaitu ‘kucupan’ yang didakwa dilakukan antara pelakon kacak Fizz Fairuz dengan pengacara dan penyanyi serta pelakon, Roslan Shah, ia telah mengundang pelbagai reaksi.

Maka timbullah isu drama atau filem berunsur gay dan lesbian seharusnya dibanteras. Pandangan negatif orang perseorangan dan juga pihak berkenaan terhadap gejala songsang seperti ini mula mendapat perhatian.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dialami oleh pelakon yang menjadi sasaran media minggu lalu.

Roslan Shah yang memegang watak Vee (mak nyah) dalam telefilem Mabuk Estrogen yang bakal ditayangkan di Astro Ria April nanti mengakui tertekan dengan isu yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar mengenai minggu lalu.

Cemuhan pasti diterimanya tapi Roslan Shah ingin memberi penjelasan sebenarnya agar apa yang berlaku tidak disalah anggap oleh masyarakat di luar sana.

Telefilem arahan Jinggo itu juga menampilkan Memey, Nor Aliah Lee serta Sheila Rusly sebagai barisan pelakonnya.

Cubit paha kanan, paha kiri terasa. Begitulah yang dialami oleh penerbit JSP Pictures dan juga pelakon Mabuk Estrogen, Sheila Rusly. Dia ingin memberi sedikit penjelasan agar Roslan Shah tidak dipersalahkan dalam hal ini.

Apa sebenarnya yang ingin dijelaskan oleh Roslan tentang babak bercium dengan Fizz Fairuz?

ROSLAN SHAH: Saya hanyalah pelakon, melakonkan watak Vee yang mempunyai perasaan terhadap Awang, lakonan Fizz Fairuz. Sewaktu melakonkan adegan lemas, Awang cuba selamatkan saya melalui pernafasan mulut ke mulut. Itu bukan kucupan. Kalau kita belajar bagaimana nak selamatkan orang yang lemas, adakah itu kita katakan teknik kucupan mulut ke mulut? Kalau dalam bahasa Inggeris dan perubatannya kita katakan Cardiopulmonary Resuscitation atau CPR. Tidak ada langsung makna kucupan di situ. Pandai tak bezakan kucupan dan CPR?

Tetapi yang penting mulut awak dengan mulut Fizz Fairuz bercantum atau tidak? Maksud saya berlakunya teknik CPR tu.

ROSLAN SHAH: Biar saya jelaskan dengan lebih jelas dan sejelas-jelasnya. Dalam lakonan tak perlulah ia dijadikan satu realiti, maksudnya mulut saya dengan mulut Fizz Fairuz bercantum. Kita ada teknologi moden yang boleh menampakkan adegan tu macam betul. Itu yang dilakukan oleh pihak produksi. Saya bagi contoh lain, macam orang berlakon kena tembak, apakah dia harus benar-benar kena tembak dengan peluru hidup. Kalau mati, adakah dia benar-benar kena matikan diri. Cuba fikir tu! Siapa yang nak berlakon kalau gitukan? Pada dasarnya tak bercantum pun mulut saya dengan mulut dia. Itu dah jelas. Ramai krew yang terlibat termasuklah pengarahnya, Jinggo. Boleh tanya dia orang.

Apakah Roslan rasa tertekan dengan kisah yang disiar di akhbar sebelum ini?

ROSLAN SHAH: Bagi saya sendiri adalah sikit tapi saya tahu apa yang saya buat. Saya perlu tahu bahawa saya hidup di dunia ini bukan seorang diri. Ramai orang yang menilai, mendengar dan menafsir tentang macam-macam. Itu yang buat sedikit kecewa dan tertekan. Bukan semua orang tahu tentang dunia lakonan dan teknik-teknik lakonan. Mereka ada yang berfikiran polos. Kalau saya terangkan masih ada yang tidak percaya. Itu tidak mustahil. Saudara mara saya pun demikian juga. Mereka juga terasa. Jadi inilah peluangnya untuk saya jelaskan semuanya.

Adakah Roslan terasa dianiaya?

ROSLAN SHAH: Tidak, saya mencari rezeki dengan menyanyi, berlakon dan menjadi pengacara. Saya tahu apa saya buat. Ini merupakan drama saya yang keenam. Saya pun tahu tugas saya sebelum ditawarkan berlakon. JSP Pictures beri saya peluang itu dan saya berterima kasih kepada mereka. Ini berlaku semuanya sekadar sensasi berita. Tidak salah wartawan juga. Tapi tanggapan orang luar dari dunia seni agak sukar untuk diperjelaskan dengan terperinci untuk benar-benar mereka memahami apa yang berlaku di sebaliknya.

Apa pula komen Sheila, apakah itu sekadar gimik?

SHEILA RUSLY: Saya sedikit pun tidak terfikir untuk menjadikan isu ini sebagai gimik. Buat apa? Bagi saya soal ‘kucupan’ tadi dah dijelaskan oleh Roslan. Saya sebagai penerbit eksekutif dan juga pelakon dalam Mabuk Estrogen sendiri menyaksikannya. Mulut mereka tak bercantum pun.

Setelah ia jadi bualan dan ada yang kata drama atau filem seperti ini tidak patut ditayangkan. Tolong jawab!

SHEILA RUSLY: Itulah dia orang kita. Sebut saja gay, mak nyah, lesbian dan pengkid, kita harus banned. Hal negatif saja yang dapat dilihat dari mata kasar kebanyakan orang. Apa yang berlaku di sebaliknya, apakah mesej yang nak disampaikan oleh orang seperti saya penerbit dan pengarah lain tidak difikirkan. Bukan nak saya menghalalkan yang haram ataupun sebaliknya. Yang haram tetap haram. Kami sebelum buat drama selalu lakukan kajian dengan mendalam soal-soal agamanya, iktibarnya, mesejnya, natijahnya, impaknya, dan sebagainya. Kena tengok dulu cerita itu, kemudian baru komen. Kami sedia terima komen. Memang pandangan orang lain-lain. Saya pun tak mengharapkan semua orang setuju dengan pendangan saya. Itu bukan yang natural namanya. Kita ada otak dan diberikan akal, jadi fikirkanlah dengan mendalam. Jangan asyik nak menghukum saja. Kalau kita ini sempurna tapi kita sendiri tidak betul dan mengata orang, saya rasa kita ini sama saja dengan mereka yang tidak sempurna itu. Apa gunakan kita sempurna tapi tak berakhlak. Oleh itu jangan pandang hina pada golongan seperti ini. Saya yang sempurna sebagai wanita dan mereka yang tidak sempurna dari segi perasaan itu adalah juga makhluk Allah. Hanya Tuhan yang dapat menilai sama ada hidup kita ini sempurna atau tidak di sisi-Nya. Bukan kita sesama manusia yang masing-masing ada kelemahan.

Andai kata drama atau filem sedemikian tidak dibenarkan tayang oleh pihak berwajib? Apa komen Sheila?

SHEILA RUSLY: Bagi sayalah kita jangan cepat menghukum dan terlalu sempitkan fikiran. Kalau pihak kita dihalang, pasti pihak luar akan buat, dan akan ditayangkan di negara kita juga. Apa bezanya. Kalau tidak dalam bentuk drama televisyen, mungkin dalam bentuk DVD. Dalam kehidupan kita seharian sebenarnya penuh dengan unsur-unsur negatif. Tinggal lagi kita sebagai manusia berakal inilah yang tahu dan waras menerima atau tidak unsur-unsur negatif tersebut. Janganlah kita jadi hipokrit dan cuba menidakkan perkara-

perkara seperti itu berlaku di negara kita. Maksud saya adanya golongan istimewa (gay dan lesbian serta mak yah). Itu adalah realiti. Bumi bukanlah satu planet yang mana isi kandungnya semua dilahirkan sempurna. Kena ingat tu. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Seperti yang saya katakan tadi, orang yang dipandang mulia dan hina itu adalah daripada sisi-Nya, bukan kita. Kita tak ada hak nak menilai itu semua sebab kita sesama manusia.

Apa tujuan JSP menonjolkan cerita bertemakan kisah-kisah seperti ini?

SHEILA RUSLY: Saya memang rapat dengan golongan seperti ini. Tidak saya nafikan. Mereka juga manusia, Sheila Rusly juga manusia, salahkah saya kalau kami ada hubungan? Maksud saya bukan hubungan itu. Harap faham. Jadi mereka juga punya cerita sendiri. Mereka yang sempurna jantina juga punya cerita sendiri. Drama-drama terbitan JSP Pictures sebenarnya mahu menyampaikan mesej. Itu saja. Bukan saya nak menyuruh penonton menjadi seperti apa yang dilakonkan, kalau mereka rasa watak itu tidak baik. Sekarang ini dah jadi satu tabiat saya rasa, bila dengar saja tajuk yang pelik dan negatif, automatik terlintas hal-hal yang negatif juga. Apa bezanya kisah drama yang memaparkan kes perceraian, pergaduhan dan keruntuhan moral. Sama saja, tinggal lagi subjek yang digunakan lain. Pelakonnya tetap manusia, dan manusia tidak sempurna.

p/s: Kata Sheila Rusly, penonton harus membuka fikiran apabila menonton telemovie ini. Jangan menuding jari menyalahkan golongan tersebut, kerana mereka juga manusia seperti kita, cuma naluri dan perasaan mereka berbeza. Nantikan telemovie ini akan datang... confirm semua ternanti-nanti termasuk para pengkritik dan pengutuk kan..


Sabtu, 21 Mac 2009

Arja Lee dan Vanidah Imran dalam Teater 'Mahsuri' akan datang....

Sebut sahaja nama 'Arja Lee', barangkali peminat dunia filem dan drama tempatan, mungkin kurang mengenali anak muda yang berusia 25 tahun ini. Jika anda peminat setia rancangan Gangstarz, mungkin ada yang mengenalinya. Beliau merupakan peserta Gangstarz yang berada di dalam kumpulan Equastarz. Terbaru, Arja Lee telah terpilih untuk membintangi sebuah teater 'Mahsuri' arahan Fauziah Nawi yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April 2009. Teater ini turut di bintangi, pelakon filem terkenal Vanidah Imran, Azizah Mahzan, Azman Md Hassan dan ramai lagi. Di dalam Mahsuri, Arja Lee akan memegang watak utama sebagai Wan Darus, iaitu suami kepada Mahsuri, lakonan Vanidah Imran. Mari kita selidiki, apa kata 'Fauziah Nawi atas pemilihan Arja Lee, sebagai watak utama...

Kenapa Fauziah Nawi memilih Arja Lee sebagai watak utama sedangkan Rashidi Ishak boleh melakonkannya bersama Vanidah Imran?

'"Saya dapati Arja mempunyai kebolehan dan bakat tetapi yang lebih penting kehendak dan komitmennya dalam pementasan ini amat besar. Saya yakin dengan kecenderungannya itu. Malah, saya juga sudah biasa bekerja dengan orang baru dalam bidang lakonan.Apa yang penting dia sanggup belajar dan mendengar kata demi melakonkan watak itu dengan sebaik mungkin," komennya.Bagaimanapun, sebagai pengarah dan pelakon berpengalaman beliau tidak menafikan terdapat riak kegoyahan sewaktu Arja mula-mula dipertemukan dengan Vanidah Imran yang melakonkan watak Mahsuri.Namun, atas bimbingan dan yakin dengan bakat lakonan yang semakin cerah digilap dalam siri-siri latihan yang telah diadakan, ia memberi banyak keyakinan kepada pelakon muda itu.Contohnya, masa Arja mula - mula pegang Vee (Vanidah) dia macam rasa takut. Apatah lagi saya ingatkan dia bahawa Vee isteri orang. Tetapi Arja dan Vee faham batas dalam melakonkan watak masing-masing. Ini kerana, pada mulanya saya menjangkakan Rashidi Ishak (suami Vanidah) boleh melakonkan watak yang akan dilakonkan oleh Arja itu.Sebabnya lebih senang kalau ia dilakonkan oleh Vee dan Rashidi kerana mereka memang suami isteri. Sayangnya, Rashidi ada komitmen lain," jelas Fauziah lagi.Selain Arja Lee dan Vanidah Imran, Mahsuri yang menyelitkan elemen nyanyian, tarian dan pencak silat itu turut dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Azizah Mahzan dan Abu Bakar Juah."
- Fauziah Nawi


sinopsis Teater Mahsuri

Kategori : Teater
Tarikh : 24 - 30 Apr 09
Masa : 8.30 MALAM

Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.


Info

* Arja Lee merupakan pelakon asal filem pendek 'comolot'. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, watak di dalam filem tersebut telah di beri kepada Remy Ishak.

p/s: nantikan teater Mahsuri pada 24 hingga 30 April 2009 di Panggung Sari, Istana Budaya

Jumaat, 20 Mac 2009

Trailer Short Film Burp arahan Tayanithi Ramanujem....


Sudahkah anda menonton filem pendek 'Burp' arahan Tayanithi Ramanujem?. Filem ini telah mengondol Anugerah Penataan Seni Terbaik di Astro Kirana Short Film Awards 2008/2009 baru-baru ini, melalui Suhaili Nurdin yang bertindak sebagai Pengarah Seni dalam filem tersebut. Nama Tayanithi Ramanujem memang tidak asing lagi dalam pembikinan filem-filem pendek terbitan Aswara dan AFM (Akademi Filem Malaysia), kerana keseluruhan tenaga kerjanya lebih memfokuskan kepada Sinematografi, di samping juga sebagai Pereka Produksi (production designer) di dalam filem-filem pendek. Ayuh.. jangan membuang masa, mari kita tonton trailer filem Burp arahan Tayanithi Ramanujem yang bagi saya sebuah filem yang cukup menarik dari sudut fotografi, penataaan seni dan production designer. Tahniah buat Suhaili Nurdin dan Tayanithi Ramanujem.

Info: * Tayanithi Ramanujem merupakan pengarah fotografi dalam filem pendek comolot.

Burp trailer




Khamis, 19 Mac 2009

Filem Songsang boleh pengaruhi Remaja Malaysia?


Sejak kebelakangan ini, isu mengenai filem-filem berunsur gay atau lesbian menjadi panas seketika, kesan daripada keghairahan beberapa produser dan pengarah filem untuk menghasilkan genre sedemikian. Karya-karya seperti 'comolot, anu dalam botol, mabok astrogen, bukak api dan yang terbaru donut' di katakan pencetus kepada permasalahan sosial anak-anak muda di Malaysia. Kenyataan daripada NGO di dalam akhbar kosmo semalam mengandaikan bahawa filem-filem mahupun karya-karya yang mengangkat permasalahan sosial dalam bentuk realiti ke layar di katakan boleh mempengaruhi anak-anak remaja menjadi seperti itu, lantas melupakan kehidupan beragama dan berbudaya. Ini menjelaskan bahawa 'apakah anak-anak remaja yang normal dan mempunyai kekasih hati 'kaum wanita' sebagai naluri hati akan berubah perasaan menjadi golongan yang digambarkan di dalam sesebuah filem tersebut?'. 'this is stupid statement from NGO!'. Kenyataan mereka semalam, mengandaikan bahawa pembikin filem di Malaysia yang gemar menghasilkan genre 'songsang dan agak taboo' itu boleh mempengaruhi minda anak remaja. Apakah seorang lelaki sejati, tiba-tiba menjadi gay apabila menonton filem 'comolot dan anu dalam botol' misalnya?. Itu namanya 'tidak ada jawapan yang rasional untuk isu dan persoalan ini . Sepatutnya mereka mengkaji permasalahan jiwa anak-anak remaja yang menjadi golongan tersebut, bukannya menghentam dan menuding jari menyalahkan pembikin filem jika isu sesebuah filem memaparkan genre realiti yang agak kontroversial!. Apakah golongan yang menjadi gay dan lesbian adalah berpunca daripada menonton karya-karya songsang?. Naluri gay seseorang individu itu adalah datang dari dalam hati mereka sendiri, bukannya menonton filem, tiba-tiba menjadi gay.. 'stupid statement yang memperbodohkan pembaca'. Ingat, jangan mengelirukan pembaca dengan statement yang menghentam sesebuah filem tanpa memikirkan naratif penceritaannya. Justeru, sekiranya kita ingin mempersoalkan 'apakah filem songsang akan menjadikan masyarakat itu songsang?' untuk diperbesarkan di mana-mana media, tolonglah memberikan kenyataan-kenyataan yang intelektual dalam memperdebatkan perkara ini, bukannya bercakap dengan mewujudkan pertelingkahan rasa yang tidak rasional'... Ingat.. budaya songsang bukan daripada filem songsang..... dan tolonglah jangan kelirukan pembaca yang masih muda dan terbelakang!.

p/s: saya bukan marah tapi kecewa dengan statement NGO yang mengatakan karyawan seperti saya, Raja Azmi, Sheila Rusly dan sebagainya adalah merosak pemikiran anak-anak remaja di Malaysia dengan karya seperti 'comolot, anu dalam botol dan sebagainya'. Apakah budak-budak yang menjadi gay sejak zaman dahulu menjadi songsang disebabkan filem songsang?.. dari mana medium filem mereka tonton?. Janganlah buat statement tanpa berfikir dengan matang. hmm. aku dah penat memperbincangkan isu ini.

to kak raja azmi: go head.. pedulikan apa orang ckp.. kita membikin karya realiti.. kalau tak realiti nanti org ckp 'eh mcm tue ke gay ek?. bukan ke diorang mcm nie?'.. pening-pening!'

komen yang berunsur negatif dan mencabar pertelingkahan rasa
akan dipadam oleh pengarang..

Rabu, 18 Mac 2009

'Bukan persoalan untuk sisihkan karyawan tempatan.... Idealistik penuh makna Riri Riza..

Sabtu dan Ahad lepas, UiTM melalui Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif telah menganjurkan Program 2 hari bersama Riri Riza di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Program itu turut menayangkan 3 buah filem terbaik dari Riri Riza, 'Gie, Eliana Eliana dan 3 Hari untuk selamanya'. Acara tersebut turut di hadiri oleh Amir Muhammad, Hassan Muthalib, Dr Hatta Azad Khan, Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim dan Ho Yuhang selaku mewakili karyawan filem tempatan yang lain. Program yang dinamakan 'Retrospektif Sutradara Indonesia' ini sebenarnya salah satu wacana pemikiran yang memperdebatkan filem dari sudut intelektual dalam memberikan penekanan kepada semua aspek penceritaan dan konsep sesebuah filem. Ia merujuk kepada gaya penceritaan, teknik development of film structure dan storytelling sehinggakan juga sesi temubicara atau diskusi mengenai filem-filem arahannya bersama para pelajar UiTM. Daripada 2 hari program yang dianjurkan, rata-rata hadirin yang hadir terutamanya dikalangan penggiat industri amat mengakui bahawa Riri Riza seorang karyawan muda Indonesia yang penuh dengan idealistik dan idealogi dalam menyampaikan sesuatu menerusi karya-karya yang dihasilkannya. Kebanyakkan isu yang diutarakan oleh Riri Riza di dalam setiap naskhah karyanya, banyak merujuk kepada persoalan sosial yang sangat kronik, kehidupan yang berlandaskan realiti serta cabaran pemikiran dalam gerak gaya penceritaan filem-filem sentuhannya. Walaupun ada yang membidas program yang dianjurkan oleh UiTM ini, kata sesetengahnya 'cuba mengenepikan karyawan tempatan' memang tidak boleh diterima pemikiran yang rasional kerana program seumpama ini bukannya 'cakap-cakap kosong' sepertimana diskusi-diskusi filem-filem lain, seumpamanya filem tempatan misalnya. Jika dibandingkan antara karyawan muda tempatan dan karyawan muda Indonesia, bandingkan ia dari sudut pemikiran dan intelektualnya. Ia sangat berbeza. Jika dilihat di dalam diskusi filem tempatan, pembikin filem kita ada sesetengahnya agak melalut percakapannya dengan lebih memfokuskan kepada unsur hiburan tanpa sokongan idealistik dalam garapan penceritaannya. Jika dilihat kepada Riri Riza, kedua-dua mereka jauh bezanya. Kenapa? tepuk dada tanyalah selera. Bukan saya terlalu taksub akan filem-filem dari Indonesia mahupun filem-filem dari luar negara, tetapi saya amat kagum dengan teknik pemikiran Riri Riza di dalam setiap naskhah arahannya. Beliau seolah-olah bercerita kepada penonton tanpa prejudis sedikitpun. Maka, seandainya ada pihak memperkatakan lagi kenapa Riri Riza tidak patut diundang ke Finas pada sesi bicara bersamanya, perlulah memikirkan kenapa anda 'memperkatakan perkara sedemikian'. Apakah Riri Riza menghasilkan filem yang agak slow perjalanannya dianggap tidak menarik?. Memaparkan jurang realiti masyarakat Indonesia dengan memberikan penekanan kepada unsur sosial dan pencahayaan yang agak 'dark theme' dianggap cerita yang membosankan?. Jika ya, maka anda adalah peneraju kepada filem-filem yang akan 'melingkupkan industri filem tempatan'. Bukan tidak boleh menghasilkan filem yang ada unsur komersialnya, tetapi terapkan juga sudut pemikirannya kerana penonton filem kita sekarang sudah cerdik dan memerlukan naratif yang kuat dan plot yang kemas agar filem kita boleh dilihat dan diperdebatkan dari sudut pemikirannya. Maka, sekiranya kita ingin mengadakan wacana sedemikian dengan memberikan fokus kepada filem dan karyawan tempatan, 'make sure, pengarah tersebut mempunyai naratif dan kekuatan pemikiran dalam setiap karya-karya arahannya'. Ingat.. jangan kerana filem itu box office dan menerima sambutan penonton yang hebat dan dikecam pengkritik; kita terus adakan wacana bersamanya. Apakah ia boleh dianggap wacana pemikiran yang berguna buat para pelajar filem?. itu namanya 'nak merosak pelajar-pelajar kita'. Justeru, kredit perlu diberi kepada pihak FACT UiTM yang diterajui oleh En Norman yang membawa masuk RiRi Riza ke Malaysia untuk berkongsi idea dalam menghasilkan filem-filem yang mempunyai plot dan kekuatannya yang tersendiri. Oleh itu, janganlah kecewa atau marah seandainya karyawan luar berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pemikiran kepada khalayak di Malaysia terutamanya para pelajar filem kerana 'mempelajari sesuatu adalah perlu dari individu yang dirasakan perlu' dan ingatlah sesungguhnya 'belajar daripada kesilapan' itu penting dari keegoan untuk memperbaiki diri'.

Wallahuallam..

p/s: Artikel di atas bukan bertujuan untuk memperburuk-burukkan sesiapa atau mana-mana karyawan atau pihak pengkritik, kerana saya menulis atas kekaguman saya terhadap karyawan dari nusantara ini, Riri Riza... Ayuh.. jangan putus asa..

wo ajami.. posting lu telah kecoh satu blogger.. hehehehe..
nampak gayanya, ajami akan jadi blogger terpopular mengalahkan azwan ali.. hahaha