Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 7 Mac 2009

Adegan Panas dalam Filem Anu Dalam Botol..

* cuba bayangkan jika scene seperti ini di dalam filem Anu Dalam Botol...


Apakah ia akan menjadi sebuah filem yang kontroversi selepas filem pendek 'comolot'?. Mungkinkah sekali ia akan mencipta fenomena baru dalam industri perfileman tempatan?. Adakah penghasilannya nanti bakal membuatkan semua pengkritik filem 'gay' akan tidak senang duduk?. Jawapannya terletak di tangan anda, sekiranya filem arahan Shadan Hashim, Anu Dalam Botol yang di terbitkan oleh Raja Azmi ini benar-benar direalisasikan. Percayalah, pengkritik di youtube akan memperdebatkan filem ini nanti, sepertimana yang terjadi pada karya saya, 'comolot' yang telah diupload masuk dalam youtube sehinggakan ramai yang tidak boleh menerimanya, walaupun ia hanya sekadar lakonan.. Justeru, mari kita lihat gambar-gambar menarik di sekitar ujibakat filem gay Malaysia 'Anu Dalam Botol' ini.

Artikel daripada Sinema Malaysia..

"Rubi campakkan tubuhnya pada Ghaus dan bibir pun bertemu bibir. Sambil itu Rubi mematikan lampu meja. Dalam kegelapan malam yang gelita, hanya menampakkan bayang-bayang kabur mereka sedang berasmara di katil. Disambut pula bunyi-bunyi gerak rakus mereka melayan kehendak masing-masing yang makin hanyut dibuai nafsu!"

Sekali membaca petikan dialog ini imaginasi seseorang itu akan berlegar liar membayangkan keadaan perbuatan tersebut. Detik-detik keintiman sepasang kekasih yang sedang hanyut dalam dakapan mesra masing-masing. Tetapi jalinan cerita cinta mereka ini cukup berbeza kerana ini merupakan kasih mesra antara hubungan dua lelaki yang mengamal cinta homosexual. Berikut merupakan salah satu adegan yang bakal dimuatkan dalam filem Anu Dalam Botol (ADB).

Minggu lalu telah berlangsungnya sesi ujibakat untuk mencari pelakon utama filem terbaru terbitan syarikat Pengedaran JAS Sdn. Bhd, Anu Dalam Botol. Sesi ujibakat itu berjaya menarik beberapa artis ternama tanah air yang mencuba nasib untuk membawa watak yang dikatakan bakal mencabar kredibiliti dan komitmen seorang pelakon itu. Sejauh mana kesanggupan pelakon tersebut memberi komitmen untuk menjayakan watak itu. Difahamkan filem tersebut akan mengetengahkan budaya hidup homosexual secara lebih terperinci. Menurut produser filem tersebut, Raja Azmi Raja Sulaiman, filem itu akan turut memaparkan beberapa adegan yang dirasakan perlu ditunjuk untuk memberi gambaran realiti sebenar kehidupan yang dilalui oleh mereka itu kepada penonton.

"Adegan-adegan itu semua memang perlu ada kerana itu realiti sebenar yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Sampai bila nak berselindung dari kebenaran. Ini adalah paparan antara gejala tidak sihat yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini walau dimana-mana juga. Adakah kita hanya perlu menutup sebelah mata dan menggangap bahawa mereka ini semua tidak wujud? Selama ini masyarakat kita mengeji pandang hina pada golongan ini tapi tidak pernah terfikir bagaimana ia semua bermula. Saya berharap jika filem ini lepas untuk tayangan umum kelak ia akan dapat bangkitkan kesedaran buat mereka yang menjalani kehidupan sedemikian sebelum terlambat. " ujar Raja Azmi.

Sesi ujibakat yang diadakan di FINAS itu dijalankan oleh Adlin Aman Ramlie selaku casting director, Mohd Shadan Hashim selaku pengarah filem tersebut dan juga Sutex, penulis skrip filem itu. Mereka yang hadir ujibakat itu telah menjalani make-over secara menyeluruh. Mereka dikehendaki memakai make-up serta berapakaian lengkap seperti seorang wanita dan melakonkan babak-babak yang dipilih dari filem tersebut. Pada awalnya terdapat beberapa nama terkenal yang dijadualkan hadir untuk sesi ujibakat itu antaranya Ashraf Muslim, Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal Ashaari & Fizow. Tetapi pada saat-saat akhir pelakon-pelakon tersebut telah menarik diri kerana tidak dapat memberi komitmen pada watak itu. Antara mereka yang hadir untuk sesi ujibakat tersebut adalah Ady Putra, Kelvin Lau, Arja Lee, Iqram Dinzly, Kefli AF, Jesse Lim, Fauzi Nawawi dan adik Zul Huzaimy, Firdaus.

Menurut Raja Azmi, pemilihan finalis ADB dijangkakan pada hujung bulan April dan pengambaran bagi filem tersebut bermula pada bulan Jun tahun ini.

"Mereka yang datang untuk ujibakat ini akan disenarai pendekkan. Kami akan cuba mendapatkan maklumbalas dari orang ramai untuk memilih siapa diantara yang tersenarai itu sesuai untuk membawa watak ini. Mereka yang dipilih itu kemudian akan menjalani kelas lakonan intensif bersama Adlin untuk membentuk karakter mereka sebelum penggambaran bermula." katanya.

Raja Azmi turut memberitahu bahawa satu lagi sesi ujibakat tertutup akan diadakan minggu hadapan kerana beliau telah menerima banyak permintaan dari artis-artis lain yang ingin memikul watak itu. Antara nama yang dikatakan mungkin hadir untuk sesi ujibakat ini ialah Razali Hussain, Zul Huzaimy, Syawal AF, Ryzal, Ery Putra, Zul Yahya, Fizz Fairuz & Faizal Yusof.


'comolot the telemovie?', insya-allah akan datang...

2 comments :

Filem ini bakal mengundang kontroversi namun sampai bila karya begini harus kita dedahkan dan diterima kerana ini realiti yang sedang berlaku di malaysia...

filem medium sampaikan mesej maka aku rasa x salah filem macam ni..x sabar nak tgk filem ni hehehehe...

www.katasuhaimi.blogspot.com

amy ikram,
ppengarah2 yg mcm kalian ni x takut ke kalu hasil karya kalian menjadi penyemarak budaya songsang di kalangan umat nabi muhammad?
alasan kalian;hanay lakonan, sebagai pengajaran...
tp bagaimana jika ribuan atau jutaan yg menonton itu membenarkan dan menjadikan karya "seni" kalian sebagai alasan untuk menjerumuskan diri dalam aktiviti songsang ni..
bayangkan berapa tonne dosa yang kalian bakal bawak di akhirat kelak..x takut ke?semua yang hidup pasti mati...tugas kita sebahai khalifah Allah dibumi, bukab agen kecil syaitan sebagi penggalak maksiat..
p/s: hidup di dunia mengumpul aml, jariah, kebajikan, menegur kemungkaran..carila jalan bertaubat jadila pengkarya sebenar seperti arwah yasmin ahmad!