Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 15 Mac 2009

'Eliana, Eliana'.... paparan sisi gelap sebuah kehidupan Kota Jakarta..

Apakah 'Eliana, Eliana', boleh dianggap sebuah filem yang memaparkan sisi gelap kehidupan sebuah masyarakat yang hidup ditengah-tengah kesibukan bandar Jakarta?. Adakah subjeknya menjurus kepada persoalan sosial dan konflik jiwa yang melanda kebanyakkan warga Indonesia yang hidup berpaksikan gaya bebas tanpa sempadan yang menjurus kepada permasalahan jiwa yang sangat kronik?. Justeru, mari kita fikirkan sejenak 5 point yang terpenting, yang terdapat di dalam filem arahan Riri Riza, yang telah ditayangkan secara ekslusif petang tadi bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas.

5 point terpenting di dalam Eliana Eliana..

- Ia merakamkan perjalanan seorang anak gadis bernama Eliana yang melarikan diri ke kota Jakarta untuk mencari kehidupan baru, tetapi terperangkap di dalam permasalahan jiwa yang sangat kronik di antara erti persahabatan dan nilai kekeluargaan.
- Banyak menggunakan elemen 'dark' yang melatari keseluruhan visual di dalam filem ini. Ini membawa maksud kepada penonton bahawa, permasalahan utama yang dihidapi oleh watak Eliana adalah penuh dengan kekeliruan dalam mencari erti sebuah kehidupan. Apakah yang dicarinya di Kota Jakarta, sedangkan beliau mempunyai seorang ibu yang amat menyayanginya?.
- Eliana, Eliana, merakamkan realiti sebuah masyarakat di Kota Jakarta dengan menumpukan kepada beberapa kawasan yang agak terpencil iaitu kawasan lorong rumah-rumah setinggan dan pusat pelacuran di mana Riri Riza cuba menyelongkar isi kehidupan masyarakat Jakarta yang agak kotor dengan corak kehidupannya.
- Gerak kerja kamera yang banyak menggunakan handheld pada sesetengah scene, di samping lightingnya agak low key @ dark, cuba membawa maksud kepada penonton bahawa watak Eliana mempunyai banyak masalah, konflik jiwa yang agak kronik serta mempunyai hala tuju kepada pencarian identiti yang sebenar.
- Keresahan dan kekacauan hidup Eliana yang tidak tentu arah dan hilang fokusnya dalam melayari sebuah kehidupan dapat dilihat daripada pelbagai scene di mana 'Eliana asyik terkejar-kejar' dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan alasan untuk mencari sahabat karibnya, Heni.
* Filem ini memerlukan penelitian yang jitu untuk menghayatinya kerana setiap paparan visual memerlukan pemikiran yang mendalam dan agak memenatkan. Bagi anda yang mencari-cari sebuah filem untuk rujukan dari segi plot dan naratifnya, Eliana Eliana adalah contoh yang terbaik dan ia merupakan sebuah filem yang wajib di tonton oleh semua pelajar filem, penggiat industri dan karyawan filem..

Info:- Filem ini lari daripada pendekatan komersial dan ia terlalu indipendent.
- Filem ini telah menggamit perhatian juri di Young Cinema Awards, FIPRESCI Prize
( Singapore International Film Festival 2002 ) ; Dragons and Tiger Awards - Special
Citation at Vancouver International Film Festival 2002.

p/s: Jikalau Malaysia ada filem sebegini, mahukah orang kita pergi menontonnya?. Tepuk dada tanya selera..

0 comments :