Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 29 Mac 2009

'Kembara Seniman Jalanan'... Kritikan pedas Nasir Jani..


** gambar : Nasir Jani, Imuda, Pyan Habib dan Khatijah Ibrahim di Tayangan Filem 'Kembara Seniman Jalanan' di Panggung Colleseium, pada 28 March 2009. **


Semalam, 28 March 2009 bertempat di Panggung Colleseium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pukul 12.00 tengahari, di adakan Tayangan Ekslusif Filem 'Kembara Seniman Jalanan' arahan Nasir Jani. Filem yang membariskan M.Nasir, sebagai pelakon utama, di bantu dengan Pyan Habib, Imuda, Khatijah Ibrahim, Datuk Shah Rezza dan sebagainya mengisahkan impian seorang anak muda, bernama Bujang ( M.Nasir ) yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib menjadi seorang penyanyi. Di Kuala Lumpur, pelbagai cubaan dan dugaan dihadapi Bujang untuk meneruskan kehidupannya, apatah lagi dalam filem ini, Nasir Jani memfokuskan realiti kehidupan apa yang berlaku di belakang tabir industri muzik pada ketika itu. Penipuan, rasuah dan hak cipta muzik diceritakan Nasir Jani melalui Kembara Seniman Jalanan tanpa prejudis sedikit pun. Apakah untuk menjadi popular sebagai seorang penyanyi, kita perlu mencuri hak cipta orang lain yang bertungkus lumus berkarya dan merasuah para wartawan untuk membuat liputan terbaik bagi sesuatu album, sedangkan hasilnya adalah penuh dengan penipuan? Mungkin barangkali situasi tersebut masih lagi berlaku dalam industri muzik ketika ini?. Jika tidak, alhamdulillah. Realiti sosial kehidupan segelintir rakyat Malaysia di gambarkan oleh Nasir Jani melalui karektor Osman Tikus, yang dilakonkan oleh Pyan Habib ( kini seorang blogger ) memaparkan kehidupan seorang anak muda yang menjadi pencopet di pudu raya sehingga bertemu dengan Bujang (M.Nasir), dan dari situlah hubungan persahabatan mereka terjalin dan atas sebab cemburu dengan kejayaan dan populariti Bujang / Jebat yang semakin meningkat, Osman Tikus ( Pyan Habib) membunuh diri. Bakat dan populariti seseorang individu dilihat dari sudut gaya, penampilan dan imej. Ini bermakna dalam Kembara Seniman Jalanan, Nasir Jani mengkritik beberapa produser dan penerbit muzik yang sering memandang serong pada karyawan muzik yang berambut panjang atau rockers 'rugged'. Kata sesetengahnya tidak bagus. Tetapi, dalam filem ini, Nasir Jani mengangkat imej rockers ke satu tahap yang boleh di banggakan. Dan merendahkan imej 'smart, hensem dan baik' sebagai penipuan dan hanya berselindung dengan wajah yang tulus tetapi hatinya penuh dengan kebusukkan dan kerosakkan.

Justeru, 'Kembara Seniman Jalanan' arahan Nasir Jani bukannya bertujuan mencari kontoversi dalam industri muzik Malaysia, kerana apa yang dipaparkan adalah pergolakan yang sebenarnya berlaku dan masih lagi di dalam industri muzik hari ini. Nescaya, filem ini boleh lagi dikaji dan dikritik juga dari sudut permasalahan sosial yang lain. Apakah mencari pendapatan yang halal dengan menyanyi ditepi-tepi jalan adalah satu penghinaan bagi sesetengah manusia?. Bagi saya tidak, kerana itu masih lagi rezeki yang halal. Jadi, tontonlah filem ini kerana ia banyak mengkritik persoalan sosial, realiti masyarakat dan kehidupan segelintirnya kerana Muzik dan kehidupan sangat-sangat diperlukan. Cuma, filem ini agak mengecewakan saya kerana tayangannya semalam di pawagam collesium adalah dalam bentuk DVD, dan saya mengharapkan tayangannya dalam bentuk filem 35mm. Kata, penganjur tayangan semalam 'bentuk filem tidak ada'. Jadi, saya menyeru kepada beberapa produser filem yang kini aktif menerbitkan filem, agar dapat menyimpan setiap filem-filem yang anda hasilkan (dalam bentuk 35 mm) kerana mana tahu dalam tempoh 20 tahun atau 50 tahun akan datang, filem-filem tersebut diperlukan untuk generasi akan datang. Akhir Kata, Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah naskhah terbaik Nasir Jani yang di hasilkan pada tahun 1986 yang telah diterbitkan oleh Zarul Al-Bakri melalui ZSA Holdings Sdn Bhd.


Kembara Seniman Jalanan di barisi oleh:-
  • Khathijah Ibrahim sebagai wartawan hiburan
  • Majid Salleh sebagai En Johan @ lanun cetak rompak
  • Pyan Habib sebagai Osman Tikus
  • dR Sam; (dR bermaksud [d]ari [R]embau)
  • Shah Reza sebagai Fareez
  • Imuda sebagai Brader Joe penjual burger
  • Siso Kopratasa sebagai penjual burger
  • Kumpulan Sweet Charity
  • M. Rajoli sebagai bapa Bujang
  • Hasnah Ibrahim sebagai ibu Bujang
  • Amy (Search)sebagai Amy Search
  • Ramli Sarip
  • Kumpulan Search
  • Kumpulan Blues Gang
  • Neeruam atau Maureen

sinopsis filem

Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.

Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.

Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah "tinggal" di ibu kota.

Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.

Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka "basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam , juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.

Suatu hari Khaty telah dipanggil oleh En Johan untuk mendengar lagu dari album terbaru Fareez. En Johan cuba merasuah Khaty dengan wang suapan supaya mempromosikan album itu. Khaty terserempak dengan Bujang yang menyanyi di tepi jalan, dan bertanyakan lagu yang dinyanyikan serupa dengan lagu Fareez.

Barulah Bujang sedar yang karya beliau telah dirakam rompak dan diciplak. Beliau dan Osman telah mengamuk dalam satu majlis promosi dan pradengar album Fareez di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Mereka berdua kemudiannya telah ditahan dan dipenjarakan.

Neeruam telah mengikat jamin Bujang dan Osman . Kemudian mereka menjadi artis syarikat rakaman dR Sam bersama artis lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.

nak kenal Pyan Habib ( osman tikus) secara dekat?.. klik aje kt blog dia nie

http://pyanhabib.blogspot.com/


p/s: Betul ker ada orang cakap, filem ini dulu di 'banned'.. betul ke?. ada info ke...?

0 comments :