Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 12 Mac 2009

'Konflik Jiwa Antara Dua Budaya', Talentime Karya Terbaik Yasmin Ahmad

Selepas kejayaannya mengangkat isu percintaan antara Melayu-Cina di dalam naskhah Sepet dan Gubra, kini Yasmin Ahmad menerusi filem ke-enamnya, 'Talentime' pula memaparkan pergolakan jiwa antara perempuan melayu dengan lelaki berbangsa India. Filem yang diterbitkan oleh Primeworks Studio ini akan menjengah ke pawagam seluruh Malaysia mulai 26 Mac 2009 ini memaparkan sebuah jurang percintaan yang agak menarik di antara Melayu-India yang jatuh cinta di sebuah lokasi pencarian ujibakat 'talentime' untuk menjadi bintang terkenal. Muhesh (Mahesh Jugal Kisho) seorang pemuda India yang bisu dan pekak ini sering menghantar dan mengambil Melur ( Pamela Chong) dari rumahnya ke sekolah untuk menjalani rehearsal talentime. Hari demi hari, bulan silih berganti, penemuan mereka saban ketika telah membibitkan rasa cinta masing-masing sehinggakan tercetusnya konflik jiwa di mana Muhesh amat bimbangkan sekiranya hubungan mereka tidak direstui ibunya, Sukania. Keakrabatan dan kesetiaan perhubungan mereka dapat dilihat semasa 'bait-bait lirik' yang dinyanyikan oleh Melur di atas pentas sambil lirik matanya memandang ke arah Muhesh, yang berada di luar pintu dewan. Ini dapat dikukuhkan lagi menerusi 'anak-anak kecil' yang berlari di sebuah padang, sekaligus menggambarkan keresahan hati mereka (Muhesh-Melur) untuk bersama sehingga ke akhir hayat. 'Ciuman' kegersangan hati masing-masing dapat dilihat semasa mereka tidur bersama di rumah Melur, di mana fokusnya tertumpu kepada tangan Muhesh dan Melur yang bersilang antara satu sama lain. Ini menunjukkan cinta mereka tidak mungkin bersatu dan akan mendapat tentangan daripada pihak yang lain.


Penampilan Jaclyn Victor sebagai Bhavani, kakak kepada Muhesh boleh di katakan agak menarik kerana inilah filem pertama lakonan Jac yang menampilkan sudut lakonan yang berkesan, mantap dan amat natural serta tidak 'dibuat-buat'. Jika dilihat pada keseluruhan filem yang berentak agak perlahan ini, 'sudut lakonan' pada ke semua karektor yang di bawa di dalam 'talentime' terutamanya watak Muhesh dan Melur boleh dibanggakan kerana setiap pelakon berjaya menghayati watak yang di beri. Ini bermakna, Talentime boleh di katakan sebuah filem terbaik 2009 arahan Yasmin Ahmad. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya filem-filem Yasmin ada di antaranya berjaya menarik perhatian pembikin filem dan penerbit filem antarabangsa semasa di beberapa festival filem antarabangsa termasuk Japan dan Berlin. Yang terbaru, filem Talentime telah terpilih antara 12 finalis filem terbaik yang akan di calonkan di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong Ke-33 yang akan berlangsung pada 22 Mac ini. Maknanya, inilah karya terbaiknya dan Yasmin adalah pembikin filem tempatan yang berada di persada dunia.

Menonton 'Talentime' seumpama menonton sebuah filem tamil kerana keseluruhan filem ini memfokuskan kepada dua budaya yang berlainan agama iaitu 'melayu dan india', walaupun secara hakikatnya Melur di mainkan oleh seorang pelakon baru yang berkacukan Cina-Inggeris , Pamela Chong dan ia merupakan kakak kepada bintang realiti AF 'Vince'. Tutur dialog pada keseluruhan filem ini menggunakan bahasa Tamil, Melayu dan Inggeris sekaligus meletakkan 'Talentime' sebuah filem berjiwa Malaysia yang kini berada di persada dunia, untuk di tonton oleh ratusan peminat filem di seluruh dunia. Pemilihan muzik dan lagu tema amat menyentuh perasaan dan kredit harus di beri kepada Pete Teo, sebagai pengarah muzik dan komposer untuk filem ini. Dari sudut sinematografi dan gerak kerja kamera, Talentime berjaya merakamkan sudut-sudut menarik iaitu semasa Muhesh dan Melur 'berdating' di sebuah padang yang menghijau, adegan mereka tidur bersama dan sebagainya.


amy ikram bersama Yasmin Ahmad semasa preview Talentime di Cathay Cineplexes, Damansara semalam.


Justeru, Talentime boleh dikatakan filem terbaik Yasmin Ahmad dan ia perlu di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia kerana filem ini menghidangkan sebuah plot dan naratif yang baik dan mempunyai jalur cerita yang sempurna. Tidak percaya?. Anda kena tonton filem ini okay...

Keseluruhan filem Talentime

Naratif dan Plot : *****
Lakonan : *****
Sinematografi : *****
Muzik Latar : *****
Keseluruhan : 5 stars ( WAJIB DAN MESTI TONTON )

info:
* Penyanyi Atilia dan Aizat turut menyumbangkan suaranya di dalam lagu yang di miming oleh Mohd Syafie Naswip dan Pamela Chong di dalam filem Talentime.

p/s: nantikan malam Gala filem Talentime 24 Mac 2009 ini. tempat dan masanya akan diberitahu kelak.

3 comments :

Tnx for the review^^ informative enough with depth
Guess we all feel the loss of Yasmin.. She had the most original ideas.. provoking in a good way..

Guest