Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 4 Mac 2009

'Muallaf Yasmin Ahmad.... lulus dengan dua potongan...


Filem Muallaf arahan Yasmin Ahmad, lulus dengan dua potongan oleh Lembaga Penapisan Filem dan masih menunggu tayangannya di pawagam. Menurut sumber yang boleh dipercayai, filem Muallaf tidak akan ditayangkan di pawagam, sebaliknya akan menemui penonton di kaca tv. Kata teman media, barangkali akan ditayangkan oleh sebuah stesen tv berbayar. Mungkinkah di saluran Astro Box Office Movies?. Saya masih menunggu jawapannya sendiri daripada Yasmin Ahmad, 'apakah isu ini benar?'. Ataupun sekadar tulisan para media untuk mencari kontroversi?. Apapun, amy ikram amat berharap Muallaf akan ditayangkan juga di sini kerana 'pengikut filem Yasmin' masih ternanti-nanti apakah status sebenar Muallaf ini?. Mari kita ikuti sebuah artikel daripada Berita Harian, mengenai isu filem Muallaf ini...

LPF ingatkan karyawan filem yang mahu bawa filem ke luar negara mesti dapatkan surat kebenaran kerajaan

PENERBIT dan pengarah filem yang mahu menayangkan atau menyertai mana-mana festival filem di luar negara sepatutnya mendapatkan surat kebenaran daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Walaupun peraturan itu bukan bermakna sesebuah filem mesti melalui proses penapisan terlebih dahulu, tetapi ia adalah satu undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap pengkarya tempatan jika bercadang untuk membawa karya mereka keluar negara.

Timbalan Pengerusi LPF, Mohd Helmi Abdullah berkata, walaupun tiada tindakan dikenakan ke atas mereka tetapi ia tidak bermakna karyawan filem hendak mengabaikan peraturan dan undang-undang negara.

Beliau ditanya mengenai kecenderungan karyawan filem yang lebih gemar menayangkan filem terbitan mereka ke luar negara sama ada untuk tujuan menyertai festival atau pasaran serta promosi.

“Undang-undang dan peraturan kita jelas. Mana-mana filem yang hendak ditayangkan di negara ini mesti mendapat kelulusan daripada LPF terlebih dulu.

“Bagaimanapun, filem tempatan yang hendak di bawa ke luar negara, memang tidak perlu melalui proses penapisan. Mereka hanya perlu mematuhi undang-undang di negara yang mereka kunjungi.

“Kita tidak halang karyawan filem kita untuk bawa filem mereka ke luar negara. Tapi negara kita ada peraturan dan undang-undangnya. Jadi, mereka kena mematuhi peraturan ini sebagai tanda Malaysia ‘membenarkan’ filem mereka di bawa untuk ditayangkan ke luar negara, iaitu mendapatkan surat kebenaran atau permit dari LPF,” jelasnya.

Menyentuh mengenai kewujudan LPF sebagai menyekat kreativiti pengkarya, Mohd Helmi berkata ia hanya sekadar persepsi umum saja kerana hakikatnya lembaga karyawan filem bebas berkarya.

“LPF tidak menyekat kreativiti karyawan filem. Tetapi setiap kreativiti itu mestilah ada batasan dan disesuaikan dengan peradaban kita. “Merakamkan gambar orang yang tidak berpakaian di tepi jalan mungkin dianggap sebagai satu kreaktiviti, tetapi dari sudut moralnya apakah ia sesuai dengan budaya dan sensitiviti masyarakat kita.

“Dari sudut lain, karyawan filem juga sepatutnya bertanggungjawab dengan karya yang mereka hasilkan. Mereka juga patut memahami peranan LPF dan mengapa ia diwujudkan,” katanya selepas mesyuarat dengan wakil media untuk membincangkan kandungan Deraf Garis Panduan Isi Kandungan Filem, Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya baru-baru ini.

Mesyuarat itu adalah untuk mendapatkan pandangan daripada wakil media sebagai usaha proses penambahbaikan garis panduan LPF.



Mualaf lulus dengan dua potongan

Terdahulu ditanya mengenai filem Mualaf arahan Yasmin Ahmad kononnya tersadai di LPF, Mohd Helmi menjelaskan, ia tidak benar sama sekali dan ketika laporan itu disiarkan oleh sebuah akhbar, penerbit filem berkenaan belum membuat permohonan untuk menapisnya.

Katanya, mengikut piagam LPF, sesebuah syarikat perfileman yang sudah mengemukakan permohonan kepada LPF, proses untuk penapisan akan dilakukan dengan segera.

“Kita di LPF tidak pernah memerap atau membiarkan sesebuah filem itu tersadai. Apabila permohonan sudah dibuat, proses penapisan dibuat dengan secepat mungkin.

“Kebiasaannya, kita akan bagi keputusan dalam masa antara tiga hari hingga seminggu. Kita akan bagi keputusan secara bertulis, sama ada ia lulus tanpa tapisan, lulus dengan potongan atau lulus dengan klasikafikasi tertentu,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, filem Mualaf sudah diluluskan dengan dua potongan untuk tayangan oleh LPF pada Januari lalu. Ini menafikan kononnya LPF sudah membuat potongan sehingga tujuh babak ke atas filem itu.

“Yasmin sendiri mengaku terkejut dengan dakwaan kononnya filem Mualaf tersadai di LPF sedangkan ketika itu dia sendiri belum membuat sebarang permohonan di LPF.

“Apabila kita sudah luluskan tayangannya dengan dua potongan, saya dimaklumkan filem Mualaf tidak ditayangkan di panggung sebaliknya disiarkan oleh sebuah stesen TV,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Helmi juga menjelaskan pegawai yang terbabit dalam proses penapisan filem sebenarnya sentiasa bersikap terbuka dan berpandukan kepada keadaan semasa ketika menjalankan tugas masing-masing.

“Mereka tidak rigid, tidak terlalu terikat dengan garis panduan. Selagi sesebuah filem itu memaparkan kebaikan mengatasi kejahatan, tidak ada masalah untuk kita luluskan.

“Filem tempatan selalunya jarang menghadapi potongan babak yang banyak. Malahan pegawai kita tidak pernah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sesebuah filem terbitan tempatan ditayangkan kepada umum.

“Jika ada sesuatu yang tidak kena, kita akan panggil penerbit untuk memperbaikinya. Pendekatan kita dalam hal ini adalah untuk membantu karyawan filem kita,” jelasnya.

Talentime akan menyusul dahulu sebelum Muallaf nampak gayanya..

2 comments :

the truth:

muallaf received NO cuts from LPF, but we were asked to mute the sound in 3 parts.

also the truth:

muallaf scheduled for cinematic release in malaysia in july, inshaallah.

no cuts..?.
good..
oh ya kak min... i'm very excited to see ur movies in cinema.. ya on july 2009. thank's ya for great info..