Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 1 Mac 2009

Panas dan Sensasi: 2 Artis Lelaki ber'comolot' di lokasi...


Gempar!!.. Ada dua pelakon lelaki sensasi ber'comolot' di lokasi ujibakat 'Anu Dalam Botol'... sila baca artikel di bawah..

AKSI COMOLOT DI LOKASI UJIBAKAT...

Belum lagi penggambaran bermula, produser Raja Azmi bikin panas lagi masa dia buat uji bakat untuk cari pelakon Anu Dalam Botol, filem keinsafan pasangan sejenis.

Dalam uji bakat yang diadakan di Finas pada 24 Mac lalu itu, ramai pelakon yang datang antaranya Iqram Dinzly, Adi Putra, Fauzi Nawawi, Calvin Lau, Jessie Lim dan Keifli (AF3).

Yang paling panas masa uji bakat tu apabila dua orang pelakon lelaki sanggup melakukan aksi terlampau bercium mulut.

Raja Azmi bagi tahu dia terkejut apabila dua pelakon itu sanggup buat lebih daripada yang sepatutnya.

Ingatkan mereka nak melakonkan aksi-aksi sederhana panas tetapi lain pula yang jadi apabila dua orang pelakon itu berlakon terlebih panas.

"Saya ingat dia orang nak peluk-peluk biasa tapi terkejut juga sampai ada yang sanggup bercium mulut. Memang hebat. Dia orang memang menjiwai watak seperti yang saya nak dalam skrip," katanya.

Raja Azmi turut puji beberapa pelakon yang sanggup datang dan tak malu untuk diuji bakat. Itulah namanya pelakon serba boleh.

Dalam ramai pelakon yang diundang itu, ada juga beberapa nama yang menarik diri kerana tak sanggup tanggung risiko berlakon watak gay.

Antara pelakon yang pernah ditawarkan untuk mendukung watak utama dalam filem berkenaan ialah Aaron Aziz, Remy Ishak, Fizo Omar dan Ashraf Muslim.

Berdasarkan kepada rakaman uji bakat itu, Raja Azmi bersama pengarah Shadan Hashim dan Adlin Aman Ramlie akan membuat penilaian dari pelbagi segi sebelum membuat keputusan siapakah yang layak untuk dipilih berlakon filem tersebut panas men

2 comments :

haha.. menjiwai watak la konon..

tgk2 dah biasa comolot! hhahaha

nape Amy Ikran tak ujibakat sekali? saya rase pasti boleh meletup menang anugerah terbaik punya kalau Amy Ikram cube.