Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 5 Mac 2009

Selepas GENG, filem UPIN & IPIN pula...


Selepas kejayaan filem GENG:Pengembaraan Bermula yang mengutip hampir RM 5.5 juta ringgit, dan angka itu akan bertambah lagi sehingga hujung bulan ini terutamanya musim cuti sekolah. Pihak Les'Copaque Productions khabarnya, akan menghasilkan pula filem animasi 3D 'UPIN & IPIN the movie yang dijangka akan memulakan kerja-kerja produksinya tidak lama lagi dan sasaran tayangannya adalah tahun hadapan, 2010. Apakah filem kedua terbitan Les'Copaque nanti, UPIN & IPIN the movie akan mengulangi kejayaan yang sama seperti filem GENG?. Amy Ikram mendoakan agar filem kedua ini yang dijangka akan mendapat tajaan sepenuhnya oleh TM Malaysia ini berjaya direalisasikan juga. Justeru, mari kita ikuti petikan artikel mengenai filem terbaru terbitan Les'Copaque Production ini.

* Tayangan filem GENG.. akan diteruskan sehingga musim cuti sekolah ini.. oleh itu, bagi yang belum menontonnya, lekaslah serbu ke pawagam berhampiran..

artikel daripada blog rasmi filem GENG

Assalamualaikum kepada semua peminat dan yang tak minat tapi baca...he..he...

Sehingga hari selasa, alhamdullilah, filem GENG telah mengutip sebanyak RM 4.93 juta. Kurang RM 70k untuk mencecah sasaran kami yang pertama sebanyak RM5 juta. Insyallah, kutipan semalam mungkin dapat melebihi sasaran tersebut jika diambil kira pola kutipan minggu-minggu sebulum ini.

Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan rantaian panggung GSC pada hari selasa yang lalu. Hari ini pula, kami akan bertemu dengan pengurusan TGV untuk membincangkan soal tayangan Geng diteruskan hingga kecuti sekolah. Hasil pertemuan kami dengan pihak GSC, kami berpendapat mereka adalah "rational businessman". Mereka begitu gembira sekali dapat bertemu dengan pihak LCP, dan mengakui bahawa filem kami telah dapat mencetuskan satu phenomena baru kepada industri filem tempatan. Kami telah diberi penerangan bahawa mereka menghadapi masaalah untuk membuat penjadualan tayangan bagi panggung mereka yang terhad apabila dibanjiri oleh filem asing yang agak banyak waktu ini dan skim wajib tayang . Pengedar-pengedar filem asing memeberi ancaman sekiranya filem mereka tidak diberi keutamaan untuk mendapat jumlah tayangan yang lebih ketika pembukaan, pihak mereka tidak akan mendapat hak tayangan bagi filem-filem yang akan datang sedangkan sekim wajib tayang adalah peraturan yang mesti mereka patuhi. Oleh kerana itu, mereka terpaksa berada didalam situasi diluah mati bapak, ditelan mati mak.

Mereka telah mengurangkan penjadualan tayangan pada minggu yang lalu kerana terpaksa memberi laluan kepada situasi diatas dan mengambil kira prestasi biasa untuk semua filem bahawa kutipan untuk minggu ketiga akan jatuh dengan mendadak. Penjadualan tayangan biasanya akan dibuat pada hari rabu untuk satu minggu mendatang. Walau bagaimanapun, filem Geng telah menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dimana sambutannya masih hangat sehingga mereka terpaksa membetulkan jadual tayangan di peringkat panggung. Situasi ini turut dibantu oleh prestasi kurang memberansangkan dari filem yang bernaung dibawah skim wajib tayang dan filem baru yang dilancarkan minggu lalu. Kami telah diberi jaminan Geng akan diberi laluan tayangan sehingga cuti sekolah dan balasannya, pihak kami akan mengadakan road tour sekali lagi untuk membantu mereka.

Pihak TGV dan MBO juga telah memberi jaminan meneruskan tayangan sehingga cuti sekolah bagi panggung-panggung yang mempunyai dewan tayangan yang banyak. Oleh itu, pihak kami amat berterimakasih kepada pihak pengurusan panggung dan menyeru kepada semua peminat datang beramai-ramai menonton filem ini sebelum ia nya diberhentikan dari tayangan. Pihak kami tidak berhasrat untuk megeluarkan DVD sehingga ia telah habis ditayangkan di Indonesia, Sinagapura dan Brunai kerana ia tidak adil kepada peminat-peminat kami diasana.

Semalam juga, kami telah mendapat persetujuan panggung di Brunai untuk ditayangkan pada 14hb Jun 2009, iaitu, sebaik sahaja selesai kami menyertai Annecy film festival di Paris yang mensyaratkan bahawa kita tidak bolih menayangkan filem inin diluar negara seblum festival itu berlansung.

Kami juga telah berjaya mendapatkan tajaan pihak TM untuk membiayai kos pembuatan filem UPIN dan IPIN the Movie serta siri Upin dan Ipin di televisyen. Filem Upin dan Ipin akan dimulakan pembuatanya tidak lama lagi dan diharapkan dapt ditayangkan pada tahun hadapan sementara siri tv dalam proses sebanyak 42 episode untuk tahun ini dan ditayangkan di TV9. Harap semua peminat menunggu pengunguman rasmi yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Atok...Oh penatnya semalam mtg dgn TM. Panjang sungguh sampai dah nak maghrib. Tapi dapat jugalah ikan besar...he..he...



eee.. bestnye filem UPIN dan IPIN pula.. next year la..