Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 26 Mac 2009

Slumdog Millionaire.....Realiti Kehidupan Rakyat India, di Mumbai?


Kenapa anda perlu menonton filem 'Slumdog Millionaire'?, sedangkan filem ini di bikin untuk menggambarkan keresahan dan kekotoran serta kekusutan bangsa India untuk tontonan rakyat di seluruh dunia?. Jawapannya, ialah 'filem ini mempunyai naratif cerita yang agak kuat, serta mempunyai jalur pemikiran yang agak kritikal di mana ia mempersoalkan tentang kehidupan seorang anak muda bernama Jamal Malik, yang hidup dalam lingkungan kemiskinan yang agak kritikal. Kehidupan mereka di tindas tanpa belas kasihan oleh kuasa veto di mana ia ditempatkan bersama-sama anak-anak yang lain di sebuah penempatan seperti rumah kebajikan. Oleh yang demikian, Jamal Malik melarikan diri sehingga beliau memasuki sebuah rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire' untuk merebut juara bagi menebus kemiskinan yang di alaminya selama ini, sekaligus sebagai point utama untuk menyelamatkan insan yang di sayangi, Latika. Jom.. kita selidiki 6 point terpenting yang terdapat dalam filem Slumdog Millionaire, yang telah memenangi 8 Anugerah di Oscar Academy Awards 2009.

trailer



6 point terpenting dalam Slumdog Millionaire
.

- Slumdog Millionaire, sebuah filem tentang kasih sayang, impian, dan keinginan seorang anak muda, Jamal Malik bagi merebut juara program 'Who wants to be a millionaire' sekaligus sebagai point utama untuk dirinya keluar daripada kepompong kemiskinan yang memeritkan, lantas menyelamatkan Latika daripada genggaman penjahat.
- Filem ini merakamkan realiti kehidupan rakyat India yang hidup ditengah-tengah kemiskinan, di mana pembukaan filem ini menunjukkan kawasan perumahan setinggan yang penuh dengan kekotoran dan kedaifan, berdasarkan 'scene Jamal dan Salim yang melarikan diri' daripada penjahat / penculik yang menjadikan kanak-kanak sebagai ujikaji untuk menjadi kaya.
- Plotnya tertumpu kepada flashback Jamal semasa kecil, iaitu antara kehidupan, keinginan dan perasaan. Flashback ini diulang dengan paparan adegan tentang realiti permasalahan kehidupan rakyat India yang diselubungi dengan pelbagai masalah.
- Filem ini menyelongkar titik-titik hitam masyarakat yang hipokrit, prejudis dan kotor dengan beberapa adegan antara Hos TV, Anil Kapoor yang tidak mahukan Jamal memenangi permainan tersebut, dengan memberikan jawapan yang salah berdasarkan clue di cermin tandas. ( Lihat masa dalam tandas, ada tulisan jawapan tertera B', iaitu jawapan terakhir untuk memenangi Rs 20 juta'. Permainan ini tidak berjaya merasuk Jamal, lantas ia memberikan jawapan yang menyimpang dan Jamal memenangi permainan ini dan dia adalah pemenang termuda sekali dalam sejarah television India, ketika itu. Betul ker?. Ntah la.. hehehe
- Saya suka filem ini kerana ia memaparkan sudut sinematographi yang sangat cantik, ia seolah-olah seperti saya menonton filem Indonesia yang kebanyakkannya menggunakan pencahayaan ini.
- Percaya atau tidak, filem Slumdog Millioanire telah mengalahkan ratusan penyertaan di Academy Awards Oscar 2009 dalam menjuarai 8 kategori utama dan bayangkan filem Hindi mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain..

Best Motion Picture Of The Year
Best Directing
Best Music Score
Best Music Song
Best Film Editing
Best Sound Mixing
Best Cinematography
Best Writing / Adapted Screenplay


* Slumdog Millionaire masih lagi hangat di tayangkan di GSC dan TGV.. dan DVD filem ini telahpun di jual di pasaran-pasaran gelap...

p/s: Menonton Slumdog Millionaire mengingatkan saya seperti filem Talentime, Yasmin Ahmad.. Apakah Talentime akan menjadi seperti Slumdog? Saya percaya, YA!!!!...

iklan
Jom Tengok Talentime.. di pawagam sekarang!!



4 comments :

menarik! filem india berani menonjolkan keburukan mereka walalupun mereka tahu mengenai perkara seperti itu...tetapi atas penerimaan orang2 india yang tidak begitu kisah dgn perfileman ini...mereka lebih berjaya dan dapat menonjolkan indentiti negara mereka yang sebenar dengan nyata dan jelas...tetapi negara kita hanya ada yasmin ahmad sahaja yang mempunyai keberanian seperti itu...

salam

ye betul.. Malaysia cuma ada yasmin aje yg mampu membikin filem sebegitu.. tidak lupa juga osman ali yg sukakan genre sebegini.. iaitu mengetengahkan realiti kehidupan dlm masyarakat. Yasmin pembikin filem yang terbaik di seluruh dunia.. dia tak membikin filem yg caca merba dan komedi murahan ok.. yasmin is the best storyteller kt m'sia bro.. aku mahu jadi mcm dia dlm berkarya.. Filem Prof?. hancus!!

* Talentime aku menangis bro tgk cite tue.. u must watch

wassalam

pada yang telah menonton, dapatkan pula bukunya (yang juga dikenali dengan tajuk Q&A)...

novel ini akan lebih meruntun jiwa anda