Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 6 Mac 2009

Temui Datuk Siti Nurhaliza di Teater Muzikal 'Sirah Junjungan Tahajud Cinta'

Mendengar sahaja tajuk 'Sirah Junjungan Tahajud Cinta', sebuah teater muzikal islamik arahan pengarah profilik, Erma Fatima yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 hingga 11 Mac 2009, barangkali tidak berjaya menarik penaja untuk menaja teater ini kerana faktor 'konsep persembahan'nya yang lebih memfokuskan kepada penceritaan kebesaran Rasulullah S.A.W, tetapi bagi saya ia sebuah persembahan yang agak unik barangkali sebagai penghormatan bagi mengingati Kemuliaan perjuangan Rasullullah S.A.W sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada 9 Mac 2009. Teater ini akan menampilkan bintang ternama, Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah dan Mawi sebagai penyanyi undangan yang melatari setiap persembahan teater Sirah Junjungan ini, di samping lakonan mantap pelakon-pelakon professional antaranya Vanidah Imran, Ahmad Yatim, Aman Graseka, Mazlan Tahir dan ramai lagi. Ketika ditemui media, Erma Fatima melahirkan rasa kesalnya kerana teater Sirah Junjungan ini tidak berjaya menarik perhatian mana-mana penaja untuk menaja teater ini kerana faktor jalan ceritanya yang berunsur islamik dan berlandaskan kisah Rasulullah S.A.W?. Apakah ia boleh dimaafkan jika yang tidak mahu penaja itu beragama islam?. Bukan sebagai paksaan atau rintihan hati untuk menaja, tetapi cukuplah sebagai menghargai, dan jangan memandang serong kepada teater ini! kerana kita adalah makhluk sementara di muka bumi ini. Daripada kenyataan Erma Fatima kepada media bahawa, 'Kami masih menggunakan beberapa set lama yang diperbaharui kembali bagi mengurangkan kos, namun sebahagiannya adalah set baru yang bersaiz besar".
“Antara 12 set itu seperti Kaabah, Patung Latar Uzza, Rumah Muhammad dan Khadijah, Kota Makkah dan Madinah, set perang Abrahah, Badar dan Uhud termasuk Mimbar dan tempat perbincangan orang Muslim. “Saya percaya dengan penggunaan set ini yang digambarkan seperti di Tanah Suci Makkah pada zaman Rasulullah, akan membantu mood pelakon dan penonton yang menyaksikannya,” katanya. Beliau juga menambah ' Kekuatan teater ini adalah dari segi penceritaannya yang saya percaya akan dapat meruntun hati penonton. Dengan menyuntik segala elemen penghayatan seperti gembira, takut, lucu dan yang paling ditekankan adalah kesedihan terutama babak kemangkatan Rasulullah.
“Segala yang dipaparkan lebih menjurus kepada peristiwa penting semasa di zaman pemerintahan Rasulullah di mana ada beberapa peperangan penting yang sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya. Justeru, Erma Fatima mengalu-alukan kedatangan semua penonton yang menyintai perjuangan Rasullullah S.A.W, dan tiket-tiket bernilai RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 & RM200 boleh di beli di kaunter Box Office Istana Budaya, atau dengan menghubungi talian 03-4026 5558 .

klik aje kat laman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teater muzikal ini.
http://www.yayasansenikarya.com/

Apabila berbicara mengenai teater ini, teringat saya pada Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Rabbani di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini amat menyedihkan saya kerana beberapa orang teman saya membatalkan hasrat untuk datang menyaksikan konsert tersebut dengan alasan ia sebuah konsert nasyid, bukannya konsert artis terkemuka. Jadi maknanya, konsert berunsur islam ini tidak menarik la, jadi kalau 'terloncat-loncat, terkinja-kinja macam monyet dalam clubbing itu best la sangat?. hrmmm. macam2.

p/s: bukan hipokrit okay. tapi kenyataannya..

0 comments :