Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Khamis, 30 April 2009

Menderma sambil menonton... Patung Kertas 2 gamatkan Panggung Matic!

oleh: Amy Ikram
Foto: Alan ( terima kasih )



Mulai 1 Mei 2009 esok, sempena Cuti Pekerja apa kata luangkan masa anda untuk ke Panggung Matic, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam kerana keesokkan harinya merupakan pementasan Patung Kertas 2 secara ekslusif yang khabarnya akan di hadiri oleh beberapa tetamu VIP daripada Institut Jantung Negara (IJN). Teater Patung Kertas 2 yang diterbitkan oleh Bintang Emas Pictures ini merupakan pementasan yang cukup menarik kerana ia menghidangkan sebuah jalan cerita yang menghiburkan, apatah lagi mempunyai banyak mesej yang tersirat di samping lakonan yang mantap daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim, Ku Yusri @ Adeq, Radhi Khalid, Kelvin Lau dan ramai lagi. Teater yang mula dipentaskan pada 23 April hingga 3 Mei 2009 ini menerima kunjungan hormat semalam daripada Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohammed Mohd Daud bersama isteri yang turut berpeluang beramah mesra bersama-sama pelakon patung kertas selepas pementasan berlangsung selama 2 jam setengah. Patung Kertas yang mendapat sokongan padu Kementerian Perlancongan Malaysia, Karangkraf dan Institut Jantung Negara ini akan menjual tiket pada malam esok bernilai RM 50, RM 80 dan RM 100 iaitu berbeza pada harga asal RM 30 dan RM 50 kerana pementasan pada 1 Mei 2009 adalah untuk mengutip derma bagi tabung IJN. Jika anda seorang yang prihatin terhadap insan lain yang memerlukan pertolongan dari segi kutipan dana, maka luangkan masa anda esok untuk menderma sambil menonton teater Patung Kertas 2 secara esklusif pada malam esok.

Patung Kertas 2 yang rata-ratanya dijayakan oleh pelakon lelaki, golongan mak nyah dan cuma seorang sahaja pelakon wanita, Aishah Atan ini mengisahkan sekumpulan golongan mak nyah yang diketuai Kak K ( Datuk Jalaluddin Hassan ) yang mengambil iniasitif untuk mengadakan Paper Dolls Night bagi mengutip dana untuk membantu adik Shafiq yang menghidap penyakit jantung berlubang bersama-sama rakan seperjuangannya, Mama Sally ( Radhi Khalid), Mama Shasha Poloko ( Rosnan Mak Yong ), Mama Mizi ( Aniff Ghani Media Hiburan ) , Karina Lau ( Kelvin Lau ) dan Kak Pah ( Ebby Yus ). Permulaan Patung Kertas 2 ini mengisahkan suka duka perjalanan kehidupan Adik Chu ( lakonan Ashraf Muslim ) yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari ketenangan dengan menyusuri gelap gelita kehidupan Kuala Lumpur bersama Adek Wan ( Ku Yusri ) sehingga menemukan mereka dengan beberapa jalur kehidupan setiap warga malam di lorong-lorong Jalan Tunku Abdul Rahman. Sisi gelap masyarakat lembut yang mewakili golongan mak nyah di gambarkan begitu ekstrim sehinggakan pergaulan antara mereka mungkin di katakan agak melampau menerusi tutur kata dan gerak gaya setiap pelakon yang membintangi teater Patung Kertas 2 ini. Inilah lumrah realiti yang patut kita sedari bahawa kewujudan mereka di muka bumi bukannya atas suka-suka atau rekaan peribadi, tetapi inilah realiti kehidupan tentang betapa mulianya peribadi golongan mak nyah dalam mereka yang memerlukan, walaupun mereka tidak sempurna dari segi naluri dan perasaan. Walaupun ia sebuah cerita yang simple, tetapi Patung Kertas 2 ini wajar dipuji kerana keberkesanan setiap karektor para pelakon yang menjayakan pementasan teater ini seolah-olah membawa kita menyusuri liku-liku kehidupan warga Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit dan sebagainya. Kredit perlu di beri kepada Ashraf Muslim, Datuk Jalaluddin Hassan, Adeq Yusri dan sebagainya kerana mereka memberikan lakonan dan penghayatan yang baik dan amat menyentuh perasaan setiap penonton yang menyaksikan pementasan ini di Panggung Matic. Bukan sahaja pementasan menerusi tutur kata dan gerak gaya, tetapi Patung Kertas musim kedua ini menyajikan sebuah persembahan paper dolls show daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Ebby Yus, Radhi Khalid, Kelvin Lau dan Ika Fancy Group. Jika anda tercari-cari sebuah teater muzikal yang berbaloi dengan harga tiket yang anda beli, maka Patung Kertas 2 adalah pilihan tepat dan perlu anda tonton sebelum ia menutup tirainya pada 3 Mei 2009. Ayuh.. segera kite ke Matic... anda bukan sahaja menonton tetapi anda turut menderma kepada tabung IJN bgi setiap tiket yang anda beli... jangan ketinggalan.

'Kenapa anda perlu menonton Patung Kertas 2 ?'.. Nak tahu jawapannya... anda kena tonton di Matic kerana ia sebuah persembahan yang cukup memukau.. tidak percaya?... rugi tau sapa tak tengok!!
Alan ( Jurugambar rasmi Patung Kertas 2), dan Ashraf Muslim..

Rabu, 29 April 2009

24 filem sah sertai FFM22.... RTM anjurkan siaran langsung.. bukan ASTRO!!!

Sebelum ini, Festival Filem Malaysia di siarkan secara langsung di saluran ria, Astro. Tetapi, untuk Festival Filem Malaysia ke-22 yang akan di adakan di Kota Kinabalu, Sabah menyaksikan saluran milik kerajaan, RTM akan memancarkan secara langsung malam anugerah yang cukup berprestij tersebut pada bulan Ogos 2009. Menggunakan tema 'Filem Malaysia Ke Persada Dunia', FFM22 kali ini menerima jumlah filem cereka sebanyak 24 buah filem dan yang sudah mengesahkan penyertaannya, adalah filem Kami The Movie, Budak Kelantan, Histeria, Jin Hutan, Sayang U Can Dance, Jangan Tegur, Antoo Fighter, Syurga Cinta, Talentime, Maut, Geng: Pengembaraan Bermula, Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib, Senario The Movie: Episode 1, Los Dan Faun, Tipu Kiri Tipu Kanan, Selamat Pagi Cinta, CicakMan 2: Planet Hitam, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Ketika di temui media, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Penjurian FFM22, Nancie Foo berkata, jumlah penyertaan yang tinggi itu menunjukkan sokongan yang sangat menggalakkan daripada produser filem. Bukan itu sahaja, sebanyak 34 buah filem kini sudah siap penggambarannya dan masih menunggu tayangannya di pawagam. Dalam perkara ini, Nancie Foo menegaskan bahawa sekiranya sesebuah filem itu telah mendapat kelulusan daripada LPF ( Lembaga Penapisan Filem ) bagi tempoh Ogos 2008 hingga Julai 2009 samada yang sedang ditayangkan atau belum di tayangkan, para produser sesebuah filem layak mencalonkan filem-filem terbitan mereka untuk FFM22. Selain daripada filem cereka, FFM22 turut membuka peluang kepada penggiat filem muda untuk menghantar karya filem mereka terutama filem pendek, animasi, dokumentari atau digital kepada urusetia FFM22 bertempat di Ibu Pejabat Finas sebelum 5 Julai 2009. Katanya, untuk memantapkan FFM22 kali ini, pelbagai acara menarik akan di adakan FINAS seperti tayangan filem percuma yang tercalon serta tayangan perdana bagi dua buah filem yang belum ditayangkan dipawagam, dan penonton berpeluang menonton filem tersebut secara ekslusif. Tetapi, semua itu hanya berlaku di Kota Kinabalu, Sabah. Justeru, untuk FFM22 kali ini, 'kita mengharapkan agar penganjuran festival filem seperti ini akan lebih menarik dari acara-acara yang pernah kita anjurkan selama ini', kata Mohd Fadzli Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti FFM22. Namun, dalam diam-diam masih ada mulut yang berbisa yang cuba mempersoalkan apakah relevan penganjuran FFM22 di Kota Kinabalu, Sabah sedangkan YB. Datuk Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal bukan lagi Menteri di Kementerian yang terbabit. Namun, bagi saya penganjuran seperti itu wajar dilakukan di luar KL, bukan untuk meningkatkan kos produksi yang khabarnya menelan jutaan ringgit, tetapi ia satu usaha murni pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memupuk bangsa Malaysia yang cintakan filem sekaligus mendekatkan mereka dengan acara-acara kesenian dan kebudayaan. Ingat... ini bukan suka-suka di adakan. Tetapi, ia adalah satu kewajaran yang perlu.

info-info menarik berkaitan FFM22 akan diberitahu dari semasa ke semasa hanya melalui blog ini.

Selasa, 28 April 2009

'Bloggers Encouraged To Write Responsibly!', Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim


Perhatian kepada semua penulis blog di Malaysia, samada blogger politik, hiburan, dan sebagainya. Kenyataan ini di petik daripada laman Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


'Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Ministry of Informations, Communications and Culture hosted a dinner last night at Seri Melayu to forge a friendship with several renown Malaysian bloggers. He Had previously mentioned this intent at a press conference during his ministry's monthly briefing.

Datuk Seri Utama addressed and later approached each blogger to encourage a relationship to codevelop a more positive sentiment about the goverment and it's governance.

Datuk Seri Utama acknowledged the emerging importance of blogging as a powerful influencer. Bloggers are not independent 'islands of opinion' who voice out their thoughts to empty space, but rather people with far flung impact and a wide circle of supporters. As powerful influencers, he asked bloggers to find inroads toward Malaysians' communal success. He suggested for the establishment of a bloggers ethical commission or board to ensure reporting based on factual content and from trusted sources rather than emotional and baseless grouses.

Bloggers and their work are accountable to the acts and laws of the Malaysian Constitution. Instead of inciting unrest, distrust and disunity, bloggers have a communal and social responsibility to communicate values and uphold tenets of nation building. In line PM's ideology of 1Malaysia, Datuk Seri Utama ended his discourse with a call to unity and quick action to work for the good and betterment of the people.

Prepared by
SUZANIE MAT SAAT
Corporate Communicatin Unit
Ministry Of Information, Communication and Culture Malaysia

p/s: so.. how ur respond??.

Isnin, 27 April 2009

'Credit Title sesebuah filem perlu di tonton!'


Pada kebiasaannya, sekiranya sesebuah filem itu sudah hampir ke kemuncak penceritaannya, yakni filem itu tamat dan kredit title pertama keluar di layar skrin, fenomena 'lampu di buka' seringkali boleh dilihat di mana-mana panggung wayang sekalipun tidak kira di GSC, TGV dan sebagainya. Apabila pawagam mula cerah, ada segelintir penonton mula bangun, lantas meninggalkan kerusi pawagam tanpa berpaling sedikitpun pada kredit nama yang terpancul keluar di layar hadapan. Cuma ada sesetengah daripada penonton masih tidak berganjak, sehinggalah akhir kredit tertulis.. 'film produced by....' dan logo syarikat penerbitan keluar dan selesailah sesebuah filem itu di tayangkan. Harus diingat bahawa, sesebuah filem itu akan terhasil melalui kreativiti individu yang tersenarai di dalam kredit title sesebuah filem dan ia wajar di tonton oleh semua penonton filem. Percayalah, penonton kita di Malaysia kebanyakkannya tidak mahu menonton senarai nama yang terpampang di credit title tersebut dengan alasan ia terlalu lama dan membosankan. Tidak terfikirkah mereka bahawa tanpa nama-nama di belakang tabir, sesebuah filem tidak akan dapat dilaksanakan sekaligus di tayangkan. 'Mereka cuma mahu menonton cerita dan melihat aksi bintang filem pujaan mereka, bukannya nama krew yang tersenarai', kata salah seorang rakan media yang sempat saya temui dan meminta pandangannya semalam, selepas Tayangan dan Diskusi Filem Geng:Penggembaraan Bermula di Pawagam P.Ramlee, FINAS, turut menyaksikan fenomena tersebut masih berlaku. Justeru, dalam perkara ini, pihak pawagam perlulah memainkan peranan penting agar sesebuah filem itu di tayangkan sehingga habis kredit akhirnya, barulah pintu pawagam dan lampu di buka. Jika tidak, ini seolah-olah satu penghinaan ke atas sesebuah filem yang ditayangkan. 'Tolonglah menghargai kerja-kerja insan yang mempopularkan sesebuah filem'. Jangan tinggalkan pawagam selagi sesebuah filem tidak habis kredit titlenya, cuma pada yang menghargai akan setia sehinggalah sesebuah filem itu berakhir. Yang lain.. cuma pentingkan diri sendiri.. Wallahuallam

Saya akan bangun apabila filem itu habis kredit titlenya.. semua cakap saya pelik kerana bagi saya tanpa nama-nama dibelakang tabir, filem yang anda tonton itu tidak akan berjaya di hasilkan. Tolonglah hargai sedikit!!. Cuma, ada beberapa buah filem masih mengekalkan teknik penceritaannya di mana sesebuah filem akhir kreditnya, tiba-tiba masih ada visual.. Ini menunjukkan bahawa 'kita perlu menghargai setiap peranan yang di bawa oleh semua tenaga produksi'. So.. lepas nie pada anda, jangan lah bangun meninggalkan pawagam sebelum filem itu habis... dan kepada pihak pawagam.. tolonglah ambil perkara ini sebagai satu yang serius!!

Ahad, 26 April 2009

Lagenda Mahsuri... Gamatkan Panggung Sari, Istana Budaya....


'Mahsuri', nama yang tidak asing lagi dalam sejarah di bumi Langkawi. Keayuan dan kejelitaannya seringkali diimpikan oleh anak-anak muda di Langkawi sehingga tercetusnya satu tragedi yang menggemparkan di mana 'Mahsuri' di hukum bunuh kerana di fitnah oleh Wan Mahura akibat kecurangannya bersama Deramang yang mengakibatkan seluruh Kota Langkawi menjadi porak peranda lantaran sumpahan Mahsuri yang tiada berkesudahannya. Daripada lagenda tersebut, Istana Budaya melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kini mementaskan sebuah teater muzikal arahan Fauziah Nawi, 'Mahsuri The Musical' yang membariskan Vanidah Imran, Arja Lee, Azizah Mahzan, Cico Harahap, Sabera Shaik, Azliyuszaini, Norsiah Mohd Yatim dan Ard Omar..Teater Mahsuri yang dipentaskan bermula pada 24 April hingga 30 April 2009 ini mengisahkan seorang gadis cantik bernama Mahsuri, anak dara pingitan kepada Pandak Mayah dan Cik Alang yang dikahwinkan dengan pemuda terbilang, Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya atau Datuk Pekerma Jaya. Perkahwinan mereka dicerumbui Wan Mahura, isteri kepada Datuk Pekerma Jaya yang merancang strategi untuk membunuh Mahsuri melalui penghantaran Wan Darus untuk berperang dengan tentera Siam akibat Hubungan Kedah-Siam mula retak. Melaluinya, Mahsuri di jaga oleh Deramang, seorang kembara yang rapat dengan Wan Darus ( suami Mahsuri ) sehingga tercetusnya konflik di mana Mahsuri di fitnah oleh Wan Mahura, katanya 'Mahsuri menduakan suami dan anak yang di kandung itu adalah anak Deramang. Kebodohan Datuk Pekerma Jaya dengan kata-kata nista, Wan Mahura menyebabkan Mahsuri di hukum bunuh tanpa belas kasihan yang akhirnya sebelum di bunuh, Mahsuri bersumpah yang bumi Langkawi akan menjadi 'Padang Jarak Padang Terkukur selama 7 keturunan'. Sumpahan tersebut telah membuktikan Mahsuri tidak bersalah dan ia di fitnah semata-mata Wan Mahura yang terlalu cemburu dengan Mahsuri yang sering kali mendapat perhatian masyarakat kampung.

Jika di lihat pada konsep persembahan dan lakonan setiap para pelakonnya, Mahsuri memberikan persembahan yang cukup cemerlang terutamanya pada lakonan
Sabera Shaik yang memegang karektor Wan Mahura, seorang yang antagonis kepada Mahsuri sehingga menyebabkan Mahsuri di bunuh. Karektor Wan Mahura amat berkesan dan mampu menimbulkan kemarahan penonton yang menyaksikan pementasan Mahsuri di Panggung Sari, Istana Budaya. Begitu juga, dengan karektor Mahsuri lakonan Vanidah Imran yang cukup meruntun perasaan melalui bait-bait dialog yang diungkapkan oleh Mahsuri dalam teater ini. Ia seumpama kisah suci perempuan yang di hormati di Langkawi tetapi difitnah angkara kesucian dan kehormatannya. Tetapi, bagi lakonan Arja Lee menerusi watak Wan Darus, adalah agak sederhana dan perlu di perbaiki walaupun ia memberikan lakonan dan penghayatan yang cukup baik. Yang menarik di dalam Mahsuri ialah pembinaan set dan grafik pembukaannya yang bergerak secara automatik, lantas menjadikan Mahsuri sebuah pementasan yang cukup cemerlang untuk bulan April 2009 ini. Justeru, seandainya anda ingin menyaksikan sebuah teater muzikal yang cukup menghiburkan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan tiket teater Mahsuri di Istana Budaya sekarang... sebelum ia kehabisan stok...

Dengar-dengar tiket untuk Mahsuri telah sold out dari hari ke hari... kata Fauziah Nawi ' saya cukup gembira apabila melihatkan ramai penonton membanjiri panggung sari.. ini membuatkan saya cukup takut...., nampak gayanya IB tak kan marah la kalau panggung tak penuh'. Barangkali.. lagenda Mahsuri kot.. yang membuatkan ramai yang ingin menontonnya', Kata Fauziah Nawi semasa sidang media selepas pementasan Mahsuri pada 24 April 2009 lalu..

anda sudah menontonnya?.... jom... jangan ketinggalan..
Bile la ye agaknya.. Mahsuri akan difilemkan..?

Sabtu, 25 April 2009

Antara Realiti atau Fantasi.........Patung Kertas 2...... bukan sekadar kontroversi!

Cantik tak Ebby Yus?. hehe

'Pondan, bapuk, dan mak nyah', antara kelompok golongan yang di rasakan jijik dalam kehidupan masyarakat Malaysia, terutamanya yang beragama islam. Suka duka kehidupan mereka seringkali di salah ertikan oleh sesetengah masyarakat kerana ada di antaranya menganggap golongan seperti mereka hanya bersandarkan aktiviti pelacuran, tanpa mengenal isi hati sebenar kehidupan dan kedudukan mereka di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun kehidupan mereka sedikit sebanyak tersasar daripada kejadian asal pencipta-Nya, namun golongan seperti ini banyak menghiasi kerja-kerja kreatif terutamanya di dalam industri hiburan dan perfileman tempatan, selain sesetengah antaranya bekerjaya besar serta berkedudukan tinggi. Daripada inspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih mengenali golongan ini secara positif tanpa sebarang spekulasi, produksi Bintang Emas Pictures melalui kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC ) dan IJN kini mementaskan sebuah teater muzikal arahan Lokhman Ghani 'Patung Kertas 2 The Musical' yang masih hangat di pentaskan kini bermula 23 April hingga 3 Mei 2009 di Panggung Matic, Kuala Lumpur. Berkisarkan sebuah kisah sebenar golongan mak nyah yang rata-ratanya menjadikan pelacuran sebagai destinasi mencari rezeki, tetapi Patung Kertas 2 lebih memfokuskan kepada perjalanan kelompok 'diva' atau mak nyah yang di ketuai Kak K bagi mencari dana untuk mengubati seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang. Walaupun memaparkan jalan cerita yang klise dan sama seperti pementasan musim pertama, Patung Kertas Musim Kedua ini menyajikan pementasan yang amat menarik daripada Diva-Diva Nyah yang di ketuai Kak K ( Datuk Jalaluddin Hassan ), Adik Chu ( Ashraf Muslim), Adik Wan ( Ku Yusri @ Adek Sutun) dan ramai lagi nama-nama besar dalam industri hiburan dan filem tempatan.

Selain daripada pementasan berunsur dialog antara setiap para pelakonnya, penonton di hiburkan pula oleh sebuah persembahan paper dolls daripada Ika Fancy Group, di samping persembahan istimewa daripada Diva Patung Kertas, Datuk Jalaluddin Hassan, Ebby Yus, Radhi Khalid, Kelvin Lau dan Vivianna selaku pengacara rasmi bagi pementasan Patung Kertas 2. Sekiranya anda ingin menyaksikan secara ekslusif pelakon-pelakon lelaki kita beraksi dalam jantina berlainan, maka Patung Kertas 2 adalah pilihan tepat dan berpatutan untuk anda tonton sekeluarga pada hujung bulan ini. Ketika tayangan media pada 23 April 2009, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan bahawa 'Teater Patung Kertas 2 ini perlu di tonton oleh setiap golongan masyarakat kerana ia bukan karya sebarangan tetapi mempunyai banyak mesej yang perlu difikirkan oleh setiap penonton dan rakyat Malaysia. Sekiranya di beri peluang untuk melakonkan watak 'nyah' ini lagi dalam mana-mana produksi drama atau teater, saya akan meneliti skrip dan jalan ceritanya. Jika ia karya yang negatif saya akan menolaknya. Jadi niat kita mesti penting untuk merealisasikan sesuatu kerja dan ia membuatkan saya berhati-hati'. Justeru, bagi anda yang merasakan Patung Kertas ini sebuah karya yang mengangkat golongan mak nyah ke tahap yang tertinggi, perlu di buang jauh-jauh kerana, Patung Kertas bukan karya yang jijik dan lucah serta tiada langsung perilaku watak yang melampau, tetapi boleh di katakan ia sebuah teater komedi yang menyentuh perasaan di mana 'hubungan mak nyah lebih prihatin terhadap masyarakat dan kehidupan segelintir daripadanya yang memerlukan bantuan, maka Patung Kertas dua adalah persembahan teater paper dolls yang menarik dan perlu di tonton untuk tahun 2009 ini.

Patung Kertas 2 jika di beri kesinambungannya ke part 3, di harapkan ceritanya lebih berkembang dan janganlah sama dengan pementasan sebelumnya. Tetapi ia bukan karya songsang yang merosakkan tetapi inilah realiti kehidupan sesebuah kelompok masyarakat. Ingat.. jangan menghina mereka kerana mereka juga manusia biasa yang punyai perasaan seperti kita.. cuma mereka punyai naluri yang mungkin tidak di terima hukum alam.


dengar-dengar Patung Kertas bakal di filemkan.. aik!!! nak jadi Bukak Api la pulak kan.. apapun Adek Yusri.. malam tue paling seksi.. dan ashraf muslim paling cantik!!! hehehe


PATUNG KERTAS 2..
TIKET RM 30 DAN RM 50
RM 50, RM 80 & RM 100 ( cuma 1 Mei 2009 sahaja) untuk derma Tabung IJN
23 April - 3 Mei 2009

Jumaat, 24 April 2009

Taubat Jalang..... Kisah Sundal Wanita Muda...


Apakah 'Taubat Jalang' boleh di anggap satu lagi karya kontroversi dari produksi tempatan?. Mampukah ia menyuntik elemen positif kepada penonton tempatan yang beragama islam?. Dan Benarkah filem ini di anggap naskhah seks yang boleh mempengaruhi anak-anak remaja, walaupun ia di bikin dengan satu niat iaitu 'memberi kesedaran atas nama penceritaan'. Justeru, dengan tajuk yang mungkin kontroversi 'Taubat Jalang' sebuah filem arahan Nazir Jamaluddin yang di terbitkan oleh produksi D'Baron Sdn Bhd akan di tayangkan tidak lama lagi di pawagam tempatan seluruh Malaysia. Bila?. Nantikan sahaja info-info menarik akan di beritahu kelak..

Di antara pelakon yang akan membintangi Taubat Jalang adalah Yasmin Khanif ( Pelakon baru), Hairee Othman, Yang Kassim, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Maria Faridah, Kuswadinata, Roslan Saleh, Faizal Hussein dan Amy Lateef S.Roomai Noor.

Semasa sidang media sebentar tadi, pihak produksi D'Baron menyatakan bahawa filem ini bakal menyentuh perasaan setiap penonton. Jadi nantikan sahaja filem ini dan di harapkan tidak timbul spekulasi negatif apabila filem ini ditayangkan kelak.

nantikan sinopsisnya.... akan datang..

*Taubat jalang.. akan menjalang di pawagam... *

Khamis, 23 April 2009

Filem Pendek: Idea dan Keberanian


**Ada orang bertanya pada saya, apakah yang dimaksudkan dengan Filem Pendek. Di sini saya sertakan artikel terpilih daripada saudara A.Wahab Hamzah berkaitan filem pendek. Jika anda ada pandangan lain mengenai filem pendek, kemukakan pandangan anda di sini okay.. Sebarang pandangan berunsur negatif akan di padam oleh pengarang....**


Filem pendek bukanlah jenis filem yang popular di kalangan penonton filem biasa, kecualilah kepada pelajar filem, pembikin filem dan peminat filem yang serius. Menonton filem pendek juga bukanlah tradisi di kalangan penonton di negara ini.

Filem-filem pendek selalunya ditayangkan di festival, sesi apresiasi khusus atau di sekolah-sekolah filem. Biarpun filem pendek terhad penayangannya, tetapi di kalangan pembikin, pelajar dan pencinta filem, filem pendek mempunyai keistimewaan, kepentingan dan keperluannya yang tersendiri.

Filem pendek selalunya tidak memerlukan dana yang besar untuk menghasilkannya. Sebab itu kewujudannya adalah untuk pembikin yang tidak mempunyai sumber dana yang cukup banyak untuk menghasilkan sebuah filem cereka.

Maka, filem pendek sebenarnya memberikan peluang dan ruang kepada pembikin filem dalam dunia ini yang mampu bercerita atau berkongsi pengalaman kerja kreatif dalam lingkungan masa yang relatif pendek, antara masa 5 ke 10 minit.

Filem pendek menyediakan ruang untuk menemukan dan mempromosikan pembikin filem yang berbakat, kreatif dan visi yang unik. Sebenarnya filem pendek merupakan wadah untuk pembikin filem muda sebelum mereka melangkah ke arena yang lebih besar dan mencabar.

Melalui filem inilah mereka mencuba idea, visi, bentuk dan stail filem mereka. Filem pendek adalah filem anak muda. Keberanian mengemukakan idea merupakan aspek yang penting dalam pembikinan sesebuah filem pendek. Kerana itu filem pendek selalunya dihubungkan dengan karya-karya eksperimental dan selalunya juga bersifat personal.

Pada 18 dan 25 September yang lepas Alumni Akademi Filem Malaysia telah mengadakan festival tayangan filem-filem pendek yang telah mereka hasilkan. Sebanyak lima belas buah filem pendek telah dipilih untuk tayangan daripada sejumlah lebih daripada 20 filem pendek yang mereka hasilkan. Melihat pada filem-filem yang ditayangkan itu di festival tersebut, saya mempunyai keyakinan terhadap mereka.

Mereka mempunyai idea, stail dan yang penting berani bereksperimen. Dengan peruntukan dalam lingkungan kurang daripada RM3,000 mereka berjaya menghasilkan filem-filem pendek yang cukup menarik dengan kreativiti yang mengagumkan. Ini yang memungkinkan mereka menjadi pembikin filem Malaysia masa depan.

Filem-filem ini merangkumi pelbagai persoalan anak muda yang dilihat dari sentuhan anak muda yang kasar, ikhlas, dan personal. Sebagai filem hasilan pelajar maka filem-filem ini juga tidak lepas daripada beberapa kelemahan, yang menonjol seperti ketidakupayaan mengolah naratif dengan baik, memahami subjek dengan meyakinkan dan tidak mampu membuat penamat atau kesimpulan naratif yang berkesan. Namun yang lebih penting filem-filem ini juga memperlihatkan potensi yang besar kepada beberapa anak muda ini sebagai pembikin filem dan pengarah fotografi yang berbakat.

Daripada lima belas filem-filem tersebut terdapat lima buah yang menonjol dari segi idea dan stail pendekatannya. Angel In The Mask yang mengemukakan masalah jurang komunikasi dalam satu keluarga antara dua generasi.

Pembukaan filem ini mungkin memperlihatkan pengaruh filem pendek yang pernah dihasilkan oleh Martin Scorsese iaitu The Big Shave, tetapi kemudian filem ini menyelami persoalan sebenar secara cukup sensitif. Idea yang simple, tetapi diarahkan dengan dengan baik dan dibantu oleh kerja fotografi yang cemerlang.

Filem Memoir To Bonda Ju oleh Sabinas menggunakan pendekatan dokumentari yang merakamkan kerinduan seorang anak kepada ibunya yang sudah tua dan sakit. Watak si ibu dirakamkan dalam bentuk frem untuk memberikan kesan slaid, dan Raja Mukriz sebagi pengarah fotografi telah memberikan mood yang cukup baik melalui kawalan cahaya asli.

Hasilnya sebuah filem yang secara emosionalnya berkesan. Manakala filem Sister Yurika and I oleh Sean memperlihatkan reaksi seorang adik lelaki yang sedang mencari teman wanita tetapi mengetahui kakaknya yang lesbian (mempunyai temanita) selepas enam tahun tinggal di Jepun.

Sean cuba mendekati persoalan sejujur mungkin di sebalik halangan tradisi dan budaya tanpa berprasangka. Hasilnya sebuah filem yang cuba memahami persoalannya dengan pendekatan yang sensitif.

Kopi yang diarahkan oleh Aisyah mengemukakan insiden yang berlaku akibat kesibukan seorang yang ibu hingga terlalai melayan anaknya. Subjeknya biasa, tetapi yang menarik memperlihatkan keupayaan pengarah menggarap subjeknya dalam masa enam minit hingga menjadi naratif yang berkesan disamping berupaya meninggalkan kesan suspens yang sewajarnya.

Selain filem-filem tersebut, tiga buah filem lain yang menarik untuk diperkatakan ialah Amok, Separuh Bumi dan RIP Studio Merdeka. Tiga buah filem dengan pendekatan ekspresionis yang menarik. Amok memperlihatkan sikap dan protes anak muda yang dipaparkan melalui kumpulan punk dan skinhead.

Dihasilkan dalam pendekatan dadaism, tanpa struktur naratif yang konvensional, sekuen yang disunting tanpa hubungan dan imej-imej yang surrealis. Apa yang dipaparkan adalah suasana tanpa fokus cerita yang nyata. Manakala Separuh Bumi adalah esei visual yang menunjukkan ekspressi diri yang menghadapi masalah emosi kesan daripada perkembangan sosial di sekelilingnya yang dirasakan tidak selamat baginya.

Hasilnya watak utama kembali merujuk kepada zaman silamnya, bermain dengan fantasi silam daripada percikkan filem-filem lama dan kembali merasa selamat di alam kanak-kanaknya. Filem RIP Studio Merdeka oleh Raja Mukriz adalah percubaan yang berani dan menarik. Dengan satu syot panjang dan mainan lensa Mukriz memperlihat kesan yang dihadapi oleh industri filem Melayu yang pernah dilalui oleh Studio Merdeka. Satu nostalgia tetapi juga penuh cerita duka dan kecewa yang dipaparkan melalui suara-suara daripada filem lama.

Rabu, 22 April 2009

Filem Manakah Mengungguli Carta Box Office Filem Tempatan?

Ingin tahu filem manakah yang mengungguli Carta Box Office Filem-Filem Tempatan untuk tahun 2009?. Apakah ada filem lain yang boleh memberi saingan kepada kutipan filem tersebut? Jom kita selidiki maklumat terkini antara kutipan 7 buah filem tempatan daripada Wajib Tayang Finas...


1. GENG: PENGEMBARAAN BERMULA - RM6.32 million
2. SIFU & TONGGA - RM2.57 million
3. MAUT - RM1.6 million
4. RASUKAN ABLASA - RM820,000
5. TALENTIME - RM420,000
6. SAYANG - RM370,000
7. JIN HUTAN - RM230,000

Tahniah kepada filem geng... nantikan Diskusi Secara Ekslusif Filem Geng: Penggembaraan Bermula di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas, Ahad ini 26 April 2009, pukul 3.00 petang. Masuk percuma!!!

Isnin, 20 April 2009

Jawatan Kosong di Finas...


Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke persada dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap/kontrak seperti berikut. Sebanyak 17 jawatan ditawarkan kepada anda samada berkelulusan dalam bidang perfileman atau bidang yang setaraf dan diiktiraf dengannya.

Tarikh tutup permohonan adalah : 6 Mei 2009


17 Jawatan yang di tawarkan:-


  1. Jurutera
  2. Akauntan
  3. Pegawai Tadbir
  4. Pegawai Teknologi Maklumat
  5. Pereka
  6. Pembantu Teknik
  7. Penolong Pegawai Tadbir
  8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  9. Penolong Juruaudit
  10. Penjaga Jentera Elektrik
  11. Juruteknik
  12. Ahli Fotografi
  13. Juruteknik Komputer
  14. Pembantu Tadbir Kewangan
  15. Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
  16. Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi
  17. Pemandu Kenderaan
Selain dari itu, jawatan-jawatan lain akan diberitahu kelak dari semasa ke semasa.
* jawatan produksi akan di buka kelak!!

untuk sebarang maklumat, dan download borang.. sila layari
http://www.finas.gov.my/

Ahad, 19 April 2009

Negatif Filem Berhantu..... Coming Soon kisah seram panggung wayang?

Pada permulaan menonton trailer ini, saya menyangkakan bahawa 'coming soon' merupakan sebuah kisah seram yang berlaku di dalam panggung wayang , tetapi tidak kerana 'coming soon' merupakan sebuah filem yang mengisahkan tragedi yang berlaku di sebalik sebuah filem yang akan ditayangkan. Filem ini memaparkan pembunuhan tragik yang berlaku semasa penggambaran filem itu berlangsung di mana scene terakhir dalam filem tersebut adalah realiti kepada pembunuhan pelakon utamanya yang kini menghantui pawagam tersebut. Elemen seram di dalam 'coming soon' mampu membuatkan penonton teruja kepada setiap babak dan perilaku yang di paparkan. Imej-imej yang menakutkan dengan efek make-up pelakon yang dibunuh sedikit sebanyak menjadikan 'coming soon' sebuah filem seram yang bisa membuatkan setiap degupan jantung penonton akan berombak kencang. Justeru, 'coming soon' bukan sahaja memburu setiap mata yang memandang, tetapi sebenarnya ia membunuh para pekerja di belakang wayang yang memutarkan sesebuah filem di pawagam. Tidak percaya dan ingin tahu apakah yang berlaku selepas itu?. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton 'coming soon' di pawagam berdekatan anda.. nescaya ia pastinya tidak mengecewakan anda.. jika anda salah seorang peminat genre seram..

trailer



Sabtu, 18 April 2009

Gara-gara Teater Air Con.... Media di usir dari KL Pac?

Hebat ke Sangat Teater Air Con yang dipentaskan kini di KL Pac tidak menerima media untuk membuat liputan?. Teater yang membariskan Zahiril Adzim, pelakon popular siri Merah Putih itu di katakan full house tiketnya semalam. Sebab itulah sekumpulan rakan media yang menunggu sejak pukul 8.00 malam itu tidak di layan mesra, sebaliknya di biarkan pergi begitu sahaja. Apakah tahap professional pihak penganjur yang tidak membenarkan rakan media masuk ke dalam panggung?. Alasan yang di beri 'tiada tempat duduk, awak kena book dulu, baru boleh masuk!'. Itukah jawapan yang perlu di beri kepada sekumpulan rakan media yang rata-ratanya adalah wartawan popular daripada beberapa akhbar dan majalah. Merungut salah seorang teman media kepada amy ikram 'Istana Budaya, Matic dan Aswara, tidak pernah mengenepikan media daripada masuk, Inikan KL Pac yang mengusir media daripada masuk membuat liputan, dengan alasan 'full house'.. dan apakah kami sengaja mahu datang membuat liputan. Kite nak promote macam mana?', kata salah seorang rakan media daripada laman online paling popular itu kepada saya, yang turut sama merasai kehangatan tragedi semalam. Akhirnya, kami pulang dengan hampa. Persoalan di sini ialah 'sepatutnya pihak penganjur menyediakan seat untuk media, ini tidak. Kami di biarkan pergi tanpa dipujuk!!. Ye la kan, pas nie nampak gayanya 'kite kena book la!, memalukan betul diorang ini. Ingat kite nie ape!', kata salah seorang jurugambar popular kepada saya menutup bicara. Wallahuallam.

hmm. lagi baik pengurusan Istana Budaya dan Matic!!. tak pernah sisihkan media. Apakah dalam Air Con ada scene-scene yang melampau?. ntahlah.. tepuk dada tanya selera.

Jumaat, 17 April 2009

Malaysia Sebagai Destinasi Perfileman ?

'Malaysia sebagai sebuah destinasi perfileman serantau?'. Apakah Malaysia akan menjadi gedung perfileman terunggul di rantau asia dalam memberikan yang terbaik buat para penonton tidak kira di mana jua anda berada. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik boleh dijadikan lokasi perfileman yang boleh difikirkan oleh para produser dan penggiat industri. Apa yang boleh dilihat dalam jangkamasa yang terdekat ini, ramai produser filem tidak kira tempatan mahupun antabangsa berlumba-lumba menjadikan Malaysia sebagai destinasi perfileman dalam mengadaptasi beberapa lokasi untuk di masukkan di dalam sesebuah filem. Antara lokasi yang popular dan boleh dilihat dalam sesetengah produksi bollywood mahupun tempatan adalah lokasi KLCC, Taman Suria, Genting Highlands, Langkawi dan sebagainya. Ini bermakna, Malaysia mampu menjadi daya tarikan kepada penggiat seni antarabangsa kerana apa yang dimiliki di Malaysia adalah suatu yang luar biasa dan ini sekaligus dapat menaikkan nama Malaysia di persada dunia terutamanya sebagai pusat pelancongan global. Peranan ini perlu di mainkan oleh semua pihak termasuk pihak Kementerian Perlancongan dan pihak FINAS amnnya kerana sekiranya ramai pembikin filem berlumba-lumba menjadikan Malaysia sebagai Destinasi Penggambaran, maka percayalah satu hari nanti lokasi tempat-tempat menarik di negara kita boleh dilihat di dalam filem-filem antarabangsa. Melalui peranan tersebut, FINAS melalui Sinema Malaysia Online kini memperkenalkan laman rasmi yang memberikan maklumat terperinci dan ringkas mengenai 'Malaysia sebagai Destinasi Perfileman' ataupun ' Destination Malaysia... Shoot Asia in Malaysia'.... Laman ini memfokuskan mengenai Malaysia sebagai pusat perfileman terunggul di rantau Asia..

sila klik
http://www.sinemamalaysia.com.my/destination/#p1

Bayangkan jika seandainya filem-filem luar menggunakan Malaysia sebagai pusat penggambaran utama.... Apakah yang akan terjadi?. Sama-sama kita fikirkan la ye.. Cintai Malaysia...

Khamis, 16 April 2009

'Free Mp3 Download... apakah nasib Karyawan Seni Tempatan?'


Jika di taip pada laman google.com, 'mp3 free download', banyak link kepada pencarian tersebut akan tertera. Ini tidak terkecuali, laman popular yang mengandungi ratusan mp3 tidak kira lagu-lagu tempatan mahupun antarabangsa boleh diakses secara percuma oleh sesiapapun. Sebagai contoh, laman paling hit MP3Crypt blogspot umpamanya menyediakan rangkaian download percuma tidak kira lagu-lagu baru samada dari album tempatan mahupun antarabangsa yang boleh dimiliki secara online, tanpa membayar satu sen pun kepada pihak penerbit mahupun para artis tersebut. Lagu-lagu yang boleh didownload tersebut adalah merangkumi keseluruhan album samada yang lama atau yang baru. Apakah laman web tersebut adalah laman berbayar atau laman yang dicipta untuk kepuasan pendengar muzik?. Sekiranya lagu-lagu dari album baru yang kini berada di pasaran, dan pada masa sama boleh didownload secara percuma di internet, apakah nasib kepada para karyawan seni tempatan samada yang baru atau lama untuk menghasilkan album?. Jika ia dibiarkan, maka industri muzik dan hiburan tempatan akan mengalami kemerosotan pada masa akan datang terutamanya dalam penerbitan sesebuah album. Kenapa?. Ini adalah kerana, kelembapan jualan album tempatan amnya yang semakin merudum dan kebanyakkan peminat akan memilih jalan mudah untuk mendapatkan sesebuah album melalui download percuma tanpa mengira sensitiviti pengkarya atau penggiat seni tempatan. Terbaru, album terbaru Jamal Abdillah, Kaer Azami dan OST Talentime juga menjadi mangsa kepada laman web tersebut yang menyediakan download percuma kepada peminat dan pendengar muzik. Justeru, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa pemantauan daripada pihak berkuasa atau yang berkenaan, maka kita akan melihat fenomena seperti ini akan menjadikan industri muzik hancur sekaligus kerjaya sebagai anak seni akan terhakis dan hanya tinggal kenangan. Oleh itu, sayangilah industri kita. Jika tidak, siapa lagi?.

Awas!!! Semua Produk Muzik adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.. Di manakah peranan pihak kementerian Penerangan, Telekomunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dalam hal ini?. Jika di biarkan, maka apakah Nasib Karyawan Tempatan dalam hal ini?

Rabu, 15 April 2009

OST Talentime.... kini di pasaran!!

Album runut bunyi filem Talentime, Yasmin Ahmad kini sudah berada di pasaran dan ia di boleh dimiliki di semua kedai-kedai muzik tempatan di seluruh Malaysia. Yang menarik mengenai album ini ialah, keseluruhan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam filem Talentime ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat, Pete Teo di samping Yasmin Ahmad yang menjadi penulis liriknya, terutamanya pada lagu 'Just One Boy' yang di dendangkan oleh penyanyi Aizat. Selain Yasmin, Amran Omar juga turut menyumbang liriknya pada lagu Pergi, nyanyian Aizat serta Ahmad Hashim ( bapa kepada Yasmin Ahmad ) turut menyumbang lirik yang penuh bermakna yang di dendangkan oleh penyanyi berbakat, Atilia menerusi lagu 'Kasih Tak Kembali'. Keseluruhan lagu-lagu yang di muatkan di dalam OST Talentime ini sangat menarik untuk dihayati kerana setiap bait-bait lirik dan melodi yang digubah Pete Teo untuk filem Talentime ini sangat menjiwai dan amat menyentuh perasaan penonton. Antara kesemua lagu-lagu yang terkandung di dalam OST Talentime ini sungguh bermakna dan di antara lagu yang begitu menyusuk perasaan dengan rentak melodi dan gaya penyampaiannya, adalah lagu 'Kasih Tak Kembali' yang seolah-olah sebuah lagu klasik yang mendamaikan. Jika anda peminat kepada Aizat dan Atilia, mungkin anda akan berpuas hati dengan lagu-lagu yang di sampaikan mereka di dalam filem ini, seolah-olah kita tidak dapat menyedari pada permulaannya, apakah Syafie dan Pamela menyanyikan lagu tersebut semasa mereka di atas stage Talentime. Yasmin Ahmad, bijak dalam memilih vokal seseorang penyanyi untuk dikenakan pada watak Syafie dan Pamela. Maka vokal Aizat dalam lagu I Go dan Just One Boy, sememangnya pada mulanya, saya mengatakan 'eh... syafie boleh nyanyi kan, real la..'. Tetapi, apabila diperkenalkan barisan pelakon dan penyanyi yang menjayakan Talentime, saya terkedu seketika. Justeru, Aizat dan Atilia seorang penyanyi yang berprofessional dan boleh menyampaikan lagu-lagu yang berentak perlahan dan rancak dengan jayanya. Oleh itu, mungkin agak kecewa barangkali kepada anda yang merasakan lagu 'O Re Piya' turut tersenarai dalam OST Talentime ini. Jangan mimpilah.. kerana lagu tersebut bukan fokus utama kepada album Talentime dan ia adalah lagu sekadar background Talentime yang menggambarkan rasa cinta sepasang kekasih yang berlainan agama, budaya dan kepercayaan. Namun begitu, di antara album yang terbaik di pasaran sekarang dan wajar di miliki segera dengan harga RM 26.90 (CD) adalah album Talentime.. yang penuh makna dan sesuai dijadikan hadiah bagi pasangan yang bercinta..


Dapatkan album Talentime... Original Picture Soundrack di pasaran sekarang.. bukan yang di download dari laman web lain okay..
***** OST Talentime..

anda tak suka... saya tak paksa!!

Selasa, 14 April 2009

Kisah Hidup Remaja Bohsia.... Garapan Syamsul cukup panas!.


'Pergaulan bebas tanpa sempadan serta perlakuan seksual yang melampau', adalah garapan utama kepada Bohsia, karya terbaru Syamsul Yusof yang akan menemui penonton tempatan di seluruh Malaysia mulai 23 April 2009. Filem yang di barisi Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle dan Syamsul Yusof ini memaparkan sebuah kisah hitam anak-anak remaja di kota besar, Kuala Lumpur yang hanyut dengan kehidupan sosial dan perlakuan bebas tanpa mengenal erti dosa dan pahala. Ragam anak-anak muda antara lelaki dan perempuan yang diwakili watak Amy (Salina Saibi ) dan Tasha (Nabila Huda) adalah kelompok remaja wanita yang hanyut dengan arus kemodenan serta kehidupan bangsa Malaysia yang tidak tahu hukum agama dan budaya. Filem ini lebih memfokuskan kepada anasir-anasir negatif dan kehidupan remaja liar yang menjadikan seks, lepak dan dadah sebagai makanan seharian tanpa sedikitpun prejudis terhadap sesuatu perkara. Kemarahan dan kritikan sosial beberapa kehidupan liar anak-anak muda samada lelaki dan perempuan, dikupas secara drastik dan agak kritikal dengan struktur naratif penceritaan yang lebih kepada remaja bohsia dan perlakuan songsang remaja itu sendiri. Hubungan kekeluargaan serta didikan agama adalah penting kepada seseorang remaja itu, sekiranya ingin menjauhkan diri daripada pegangan negatif ini. Bohsia, cuba mengupas permasalahan sosial anak-anak muda yang terbabit di dalam situasi ini sebagai kelompok remaja yang mempunyai masalah keluarga yang agak kritikal. Permasalahan ini dilihat agak ketara kepada dua buah keluarga yang bermasalah iaitu keluarga Amy, yang mempunyai seorang bapa yang pemabuk dan gila seks manakala keluarga Tasha melalui sikap ibu Tasha, lakonan Ifa Raziah yang sering membawa pulang jantan @ lelaki pulang ke rumah. Dalam situasi ini, maka tidak hairanlah, anak-anak akan terikut sama dan menjadikan kebimbangan sosial ini sebagai satu perkara yang di halalkan. Soal halal dan haram di dalam Bohsia cukup pedas gambarannya, kerana Bohsia cuba mengupas pelbagai masalah remaja yang berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Walaupun ia sebuah isu klise dan lapuk, namun isu-isu seperti ini digemari oleh beberapa produser mahupun pengarah filem dalam menggarapkan naskhahnya, Kenapa?. Ini adalah kerana, remaja dan kehidupan itu sendirilah yang menjadikan sesebuah filem itu menjadi agak panas mahupun kontroversi. Bohsia karya Syamsul Yusof ini banyak menggunakan elemen-elemen yang agak sensitif dan keseluruhan filem ini di bikin dengan visual-visual, paparan dialog dan pemilihan pakaian terhadap sesebuah karektor adalah tanpa mengira sensitiviti masyarakat Malaysia. Bohsia bukan di bikin untuk kita mengikutinya, tetapi ia adalah sebagai peringatan kepada kita terutamanya ibu bapa di luar sana, agar memandang perkara ini sebagai satu yang serius kerana apa yang di paparkan di dalam Bohsia adalah realiti kehidupan rakyat Malaysia di akhir zaman. Filem yang dilabelkan 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem ini tidak sesuai di tonton oleh remaja di bawah umur kerana segala paparan, aksi-aksi dan perlakuan adalah bertentangan dengan umur dan peringkat pemikiran. Jika kita lihat dari sudut ceritanya, filem Bohsia agak kritikal dari sudut visual dan dramatiknya, tetapi keseluruhan filem ini cuma agak biasa dan seakan-akan tidak dapat lari daripada konsep konflik drama atau sesebuah telemovie. Yang membezakan Bohsia dengan telemovie ialah, sudut visualnya. Kenapa?. Ini adalah kerana, jika Bohsia dibikin untuk di siarkan di televisyen, maka kita tidak akan dapat melihat adegan-adegan panas dan perilaku negatif secara keterlaluan. Justeru, jika anda inginkan sebuah karya yang cukup rencahnya dan menghiburkan tanpa memikirkan apa-apa yang memeningkan, maka Bohsia adalah naskhah yang perlu ada tonton di penghujung bulan ini kerana ia menyajikan pelbagai adegan menarik, mencabar dan mendebarkan. Percayalah anda tidak akan berganjak menyaksikan filem ini di pawagam..


Bohsia.. panas dan kontroversi?. Jom tonton hanya di pawagam mulai 23 April 2009.



Isnin, 13 April 2009

Garapan yang menarik dan Ketakutan mula terasa..... Apakah Jangan Tegur Karya yang tulen?


‘Jika anda mencari-cari karya seram yang boleh menakutkan anda dan mampu mengejutkan dengan bunyi-bunyi audio yang bisa menaikkan bulu roma anda, maka ‘Jangan Tegur’ adalah jawapan kepada pencarian anda terhadap karya-karya seram untuk tahun 2009. ‘Jangan Tegur’ arahan dan lakon layar, Pierre Andre ini mengisahkan dua watak yang bertembung antara satu sama lain semasa kemalangan jalan raya yang menyebabkan koma, Natasha ( Julia Ziegler ) isteri kepada Kamal ( Pierre Andre ) yang mengalami gangguan ilusi akibat kemalangan jalan raya berdekatan dengan sebuah kampung , di mana kehilangan seorang wanita bernama Baizura ( Nadia Mustafar ) yang dibunuh menjadi persoalan kepada gangguan fikiran Natasha sehingga menemukannya kepada satu tragedi yang menggemparkan?. Apakah tragedi tersebut?. Apakah kaitan Baizura dengan Natasha?. Semuanya ada di dalam filem seram arahan Pierre Andre ini. Jom kita selidiki secara ringkas ulasan mengenai Jangan Tegur yang telah memukau pawagam-pawagam tempatan seluruh negara.


· Jangan Tegur merupakan skrip yang telah diolah melalui karya asal, Mohd Fairuz Padoli yang sehingga kini menjadi isu yang agak kontroversi. Dari segi jalan ceritanya, Jangan Tegur Pierre Andre telah berubah secara keseluruhannya daripada karya asal, cuma ia mengekalkan point utama daripada karya asal, iaitu kematian ,mayat dan pengebumian. Mayat nenek yang terdapat di dalam Jangan Tegur ini tidak dikebumikan ( tidak ada scene pengembumian), mayat terbuka tanpa ditutup mukanya, membuatkan saya teringat pada naskhah asal Fairuz yang memaparkan mayat di tanam tanpa dibuka penutup mukanya. Dalam hal ini, ia sudah terbalik. Di mana di dalam Jangan Tegur Pierre Andre, mayat di buka tanpa ditutup mukanya. Manakala di dalam Jangan Tegur Fairuz, mayat terlupa di buka bunjutnya. Apakah ia sama dan sengaja diterbalikkan lakon layarnya agar tidak dapat dikesan secara realitinya?. Bijak.. bijak… Jika filem ini skripnya diciplak. Kenapa penulis asal filem ini naik baran?. Maknanya ada sebarang kecelaruan dalam karya ini yang sengaja disenyapkan. Jawapannya ada pada Fairuz yang tahu apa yang sudah jadi kepada karya asalnya.

· Jangan Tegur menyuntik elemen seram yang boleh menakutkan penonton dengan kualiti bunyi audio yang adakalanya mengejutkan dalam beberapa ketika. Kredit boleh diberi kepada jurubunyi yang berjaya menimbulkan mood suspend, takut dan terkejut. Ia amat berbeza dengan filem Rasukan Ablasa yang sekadar filem jerit-jerit , tetapi Jangan Tegur tidak ada scene menjerit-jerit yang melampau cuma ia banyak bermain dengan audio, visual dan mimik muka Julia Ziegler dan kesan solekan yang agak menakutkan, barangkali!.

· Dari segi jalan ceritanya, Jangan Tegur memberikan fokus kepada dua kehidupan yang berlaku serentak iaitu kehidupan Baizura yang berlaku pertelingkahan dengan Mak Su, lakonan Ellie Suriaty ( digambarkan pada flachback penceritaan di mana pembongkaran berlaku selepas mayat Baizura ditemui ). Mak Su mencemburui kehidupan Baizura yang akan memiliki kekayaan daripada harta peninggalan bapa mereka. Ini membuatkan Mak Su tergamak membunuh Baizura, lantas menghantar kuasa jahat untuk memusnahkan Natasha kerana pembongkaran kematian Baizura, yang akhirnya menjerat kehidupan Mak Su sendiri. Tragedi ini membuatkan kehidupan Natasha terganggu seketika, kerana Natasha seringkali di bayangi bayang-bayang Baizura yang seolah-olah meminta Natasha membongkarkan sesuatu. Bayangan tersebut muncul sejak Natasha dalam keadaan Koma dan penemuan mereka semasa perlanggaran Natasha dengan Baizura berjaya merungkaikan satu demi satu episod tragedi yang menggemparkan. Jika anda ingin tahu apa yang berlaku seterusnya?. Jangan lupa menonton Jangan Tegur, sebuah naskhah yang mampu membuatkan anda tidak senang duduk di dalam pawagam.

· Tiada apa yang menarik untuk di kupas di dalam naskhah Jangan Tegur ini, cuma filem ini boleh di anggap sebuah karya yang berjaya membuatkan penonton terkejut dalam beberapa ketika. Ia bukan filem sampah tetapi ia sebuah cerita seram terbaik yang boleh dikatakan antara yang terbaik daripada nakshah Congkak. Ada teman media mengatakan, Jangan Tegur mampu mengutip pulangan yang memberangsangkan dan barangkali akan menjadi box-office.

· Pemilihan lokasi penggambaran juga berjaya menghidupkan filem ini kerana keseluruhan filem ini berpaksikan sebuah kampung dan sebuah jalan raya. Ia seolah-olah ada kesinambungan kepada naskhah Ahmad Idham seperti Jangan Pandang Belakang. Maka tidak hairanlah, dalam filem Jangan Tegur ini, Ahmad Idham bertindak sebagai Penasihat Pengarah. Justeru, apa yang ingin saya katakan di sini ialah, apakah Jangan Tegur sebuah karya tulen daripada Pierre Andre ?. Atau karya yang dicedok dan diubah untuk menjadi lebih dramatik daripada karya asal? Jika ini benar-benar karya yang diciplak, maka apakah yang akan terjadi kepada penulis-penulis baru yang lain untuk menghantar karya kepada beberapa produser filem?. Mungkin mereka akan berhati-hati dan sedikit sebanyak merisaukan segelintir daripadanya. Oleh itu, apakah peranan SWAM dalam hal ini?. Tepuk dada tanyalah selera.


pssst.. Jangan Tegur..