Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 16 April 2009

'Free Mp3 Download... apakah nasib Karyawan Seni Tempatan?'


Jika di taip pada laman google.com, 'mp3 free download', banyak link kepada pencarian tersebut akan tertera. Ini tidak terkecuali, laman popular yang mengandungi ratusan mp3 tidak kira lagu-lagu tempatan mahupun antarabangsa boleh diakses secara percuma oleh sesiapapun. Sebagai contoh, laman paling hit MP3Crypt blogspot umpamanya menyediakan rangkaian download percuma tidak kira lagu-lagu baru samada dari album tempatan mahupun antarabangsa yang boleh dimiliki secara online, tanpa membayar satu sen pun kepada pihak penerbit mahupun para artis tersebut. Lagu-lagu yang boleh didownload tersebut adalah merangkumi keseluruhan album samada yang lama atau yang baru. Apakah laman web tersebut adalah laman berbayar atau laman yang dicipta untuk kepuasan pendengar muzik?. Sekiranya lagu-lagu dari album baru yang kini berada di pasaran, dan pada masa sama boleh didownload secara percuma di internet, apakah nasib kepada para karyawan seni tempatan samada yang baru atau lama untuk menghasilkan album?. Jika ia dibiarkan, maka industri muzik dan hiburan tempatan akan mengalami kemerosotan pada masa akan datang terutamanya dalam penerbitan sesebuah album. Kenapa?. Ini adalah kerana, kelembapan jualan album tempatan amnya yang semakin merudum dan kebanyakkan peminat akan memilih jalan mudah untuk mendapatkan sesebuah album melalui download percuma tanpa mengira sensitiviti pengkarya atau penggiat seni tempatan. Terbaru, album terbaru Jamal Abdillah, Kaer Azami dan OST Talentime juga menjadi mangsa kepada laman web tersebut yang menyediakan download percuma kepada peminat dan pendengar muzik. Justeru, sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa pemantauan daripada pihak berkuasa atau yang berkenaan, maka kita akan melihat fenomena seperti ini akan menjadikan industri muzik hancur sekaligus kerjaya sebagai anak seni akan terhakis dan hanya tinggal kenangan. Oleh itu, sayangilah industri kita. Jika tidak, siapa lagi?.

Awas!!! Semua Produk Muzik adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.. Di manakah peranan pihak kementerian Penerangan, Telekomunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dalam hal ini?. Jika di biarkan, maka apakah Nasib Karyawan Tempatan dalam hal ini?

1 comments :

kalau di Korea dan Jepun....
kes free download nie adalah purata yang tertinggi tetapi mentaliti orang-orang mereka yang tetap menyokong, mereka tetap sanggup membeli album original walaupun mereka telah men download secara percuma di internet.
ini kerana artis atau penyanyi2 di sana benar2 memberikan kualiti yang terbaik. boleh lihat sendiri bilangan artis di negara mereka hanya beberapa kerat.
negara kita kuanntiti yang lebih kualiti kurang.

its not mean that im not supporting local industry, i do especially indie act.