Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 4 April 2009

Funeral: Yasmin Ahmad.....sangat menyentuh perasaan..




Apakah hubungan kasih sayang sesebuah keluarga hanya terletak pada ingatan tulus dan ikhlas semasa ketiadaan orang yang dicintai dan amat disayangi?. Perasaan kasih, cinta, sayang dan ingin dinikmati adalah perkara lumrah bagi kebanyakkan individu tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kasih sayang bersifat universal dan ia hadir tanpa dipaksa dan ia pergi tanpa di pinta. Dalam persoalan ini, Yasmin Ahmad mengungkap erti sebuah kasih sayang antara sebuah keluarga melalui ikatan antara seorang isteri pada suaminya, di mana setiap gerak geri suaminya tidak boleh dilupakan oleh si isteri, apabila ketiadaan suaminya lagi di muka bumi. Walaupun hubungan antara si suami dan si isteri, seringkali di anggap perkara klise jika di paparkan oleh kebanyakkan pembikin filem ke bentuk layar skrin untuk tontonan penonton dan peminat sesebuah cerita. Tetapi, sekiranya paparan itu memberi signifikan yang positif terhadap sesebuah perhubungan, maka ia tidak akan menjadi satu isu yang kontroversi. Apa yang menarik mengenai komersial 'Funeral' arahan Yasmin Ahmad yang diterbitkan untuk Goverment of Singapore ini ialah 'persoalan kasih sayang dan garapan naratif cerita yang agak simple di samping sudut pemikiran terhadap paparan visual dan cerita di dalam naskah komersial terbaru arahan sutradara profilik ini yang kini ditayangkan di beberapa stesen tv di Singapura. Justeru, tontonlah komersial ini dengan hati yang terbuka dan ingatlah bahawa 'kasih sayang itu hadir bukan dipinta dan bukan dipaksa-paksa'. Ia datang dengan sendiri dan memerlukan kita untuk menghayati dan menyayanginya..

p/s: Yasmin Ahmad, pembikin filem yang sinonim dengan karya-karya yang mempersoalkan erti sebuah kasih sayang yang adakalanya menyentuh perasaan tidak kira tua, muda, anak-anak remaja dan sebagainya. Beliau bijak menggunakan sudut pemikirannya dengan paparan perilaku yang sememangnya diperlukan bagi memaparkan erti kasih sayang dalam sesebuah cerita. Di Malaysia kita cuma ada Yasmin sahaja yang mampu merungkai setiap persoalan cinta yang cukup indah. Ia tidak memerlukan komedi murahan dan box office yang memecah perut tetapi memperbodohkan macam sesetengah karya yang saya rasa amat memalukan bagi pelajar filem. Yasmin.. the best storyteller in the world.. Jikalau tidak, macam mana karya beliau boleh mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia?. So.. saya nak jadi macam dia!!!.


1 comments :

setuju sangat yasmin best storyteller..harap industri filem kita boleh berkembang dengan ada dia ni...