Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 18 April 2009

Gara-gara Teater Air Con.... Media di usir dari KL Pac?

Hebat ke Sangat Teater Air Con yang dipentaskan kini di KL Pac tidak menerima media untuk membuat liputan?. Teater yang membariskan Zahiril Adzim, pelakon popular siri Merah Putih itu di katakan full house tiketnya semalam. Sebab itulah sekumpulan rakan media yang menunggu sejak pukul 8.00 malam itu tidak di layan mesra, sebaliknya di biarkan pergi begitu sahaja. Apakah tahap professional pihak penganjur yang tidak membenarkan rakan media masuk ke dalam panggung?. Alasan yang di beri 'tiada tempat duduk, awak kena book dulu, baru boleh masuk!'. Itukah jawapan yang perlu di beri kepada sekumpulan rakan media yang rata-ratanya adalah wartawan popular daripada beberapa akhbar dan majalah. Merungut salah seorang teman media kepada amy ikram 'Istana Budaya, Matic dan Aswara, tidak pernah mengenepikan media daripada masuk, Inikan KL Pac yang mengusir media daripada masuk membuat liputan, dengan alasan 'full house'.. dan apakah kami sengaja mahu datang membuat liputan. Kite nak promote macam mana?', kata salah seorang rakan media daripada laman online paling popular itu kepada saya, yang turut sama merasai kehangatan tragedi semalam. Akhirnya, kami pulang dengan hampa. Persoalan di sini ialah 'sepatutnya pihak penganjur menyediakan seat untuk media, ini tidak. Kami di biarkan pergi tanpa dipujuk!!. Ye la kan, pas nie nampak gayanya 'kite kena book la!, memalukan betul diorang ini. Ingat kite nie ape!', kata salah seorang jurugambar popular kepada saya menutup bicara. Wallahuallam.

hmm. lagi baik pengurusan Istana Budaya dan Matic!!. tak pernah sisihkan media. Apakah dalam Air Con ada scene-scene yang melampau?. ntahlah.. tepuk dada tanya selera.

6 comments :

kl pac nak tunjuk, tanpa media perdana pun, teater kl pac boleh penuh, kadang2 wartawan perlu sedar dan jgn igt deme dapat masuk semua tempat tanpa booking..

bro.. bukan itu masalahnya. cuma, kalau penuh, mintak lah rakan media tue dtg hari lain. Ini tidak, cakap maaf pun tak. sedangkan event2 besar yg melibatkan lain dari hiburan pun boleh benarkan. umpamanya baru-baru ini saya menghadiri Pertabalan Di Raja kat Kuala Pilah. Media tak disishkan pun?. Kalau di lihat di Istana Budaya, panggung yang terbesar kat Malaysia nie pun x menghalau para media. jadi kalau x suka media dtg, kite buat teater untuk syok sendiri...bukan media tergila-gila pun nak datang event mcm tue. sedangkan event lain lagi penting. jadi belajar lah cara pengurusan yang betul. masa mlm tue ada, tetamu dari IB pun yg dtg bersama media pun x leh masuk.. aku pun hairan... ye la kite memang x book. nampak gayanya, confirm pihak pengurusan x pernah bekerja ngn media.. ok..

wallahullam

KLpac tmpat org2 kaya bro, mane nak layan media murahan. klu Klue, Junk or ape2 yg serasi ngan standard depa, depa layan la... Booking tu alasan depa nak halau korang scara subtle. Psikologi Gestalt bro..

well, apalah salahnya kalau bagitau nak datang, bukan takleh bagitau kan....ni mesti kes, alah mesti ada seat punya...dan nak publisiti apa lagi? dah meletup baru nak buat publisiti ke? wartawan top atau tidak bukan persoalan, hakikatnya, kalau takde jemputan untuk datang free, kita dapatkan tiket....

aku tak rasa diaorang menghalau pun, betul ar, dah dewan penuh, nak masuk macam mana...nak duk tang mana?

mungkin sebelum2 ni pernah disediakan seat tapi media tak datang, kot sebab tuh kena tarik balik kot, baik jual....kalau di event lain aku rasa memang ada jemputan, cuma yang ini aku rasa memang tak ada jemputan, kalau ada pun...bukan untuk mereka..itu produksi mereka, mereka ada hak kan..

takpelah, next show write in pada pengurusan...saya wartawan top yang popular vast vast boom, saya nak masuk free...

Aswara tiket RM5 RM10, selalu tak penuh pun, media boleh pilih seat. Air Con kan show bagus mesti ramai, press mesti book bila nak datang!

ok.. pas nie media2 semua mesti book ok... kalau u guys x dijemput.. jgn dtg.. dan jangan promosi okay... kalau dia mintak promosi dlm akhbar atau tv.. mintak bayaran.. selalunya u guys buat percuma kan.. tgk mcm sensasi selebriti.... bile bayar baru promosi kan.. ok tue..