Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 5 April 2009

Pencarian Lelaki Maskulin : Mencari Yang Sejati atau idaman lelaki?

Hari ini, pukul 2.00 petang, bertempat di Panggung E.T Aswara ( Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di adakan pencarian lelaki-lelaki Maskulin anjuran Kumpulan Karangkraf yang akan menobatkan bakat-bakat muda di kalangan lelaki yang majlis penutupnya hari ini mengalu-alukan kedatangan para media, penonton dan peminat semua. Persoalan di sini ialah, apakah relevan penganjuran acara sebegini terutamanya kepada remaja?. Apakah ia mencari lelaki yang sejati atau lelaki untuk lelaki?. Jika dilihat atau ditinjau kepada acara-acara yang pernah di anjurkan sebelum ini, program seperti ini dibanjiri oleh golongan lelaki terutamanya lelaki-lelaki gay yang akan datang untuk 'mencuci mata' dan ada ketikanya ingin menyaksikan liuk lentuk tubuh lelaki-lelaki idaman mereka di pentas peragaan. Tidak boleh dikatakan tidak, acara sebegini sedikit sebanyak membantu terutamanya kepada pembikin filem, produser drama, agensi pengiklanan dan sebagainya yang akan menjadikan platform acara sebegini sebagai pencarian bakat muda untuk diketengahkan. Kepada anda yang mencari bakat-bakat muda samada lelaki sejati atau mencari ikon remaja ataupun pasangan hidup anda, atau model pakaian dalam, maka acara Maskulin seperti ini amat sesuai untuk anda semua. Justeru, lihat dan amati sedalam-dalamnya golongan manakah yang akan membanjiri panggung E.T petang nanti, lelaki, wanita atau golongan gay?. Sama-sama kita lihat dan tunggu sahajalah ye.

p/s: x confirm nak datang atau tak coz agak busy... apapun masih tunggu Hero Remaja nanti jugak jika missed program ini. Kata rakan media, confirm Kak Raja datang.. jika nak cari hero Anu Dalam Botol.. hehehe.

0 comments :